Sunday, November 17, 2013

IMAN kita perlu HIDUP, BERTENAGA dan berbuah dengan BUAH-BUAH KEBAIKAN...~

"...apabila kita menghidupkan iman dalam hati, maka kita mesti mewujudkan makna-maknanya dan menampakkan pengaruhnya dalam perilaku kita,sehingga ia akan membuahkan kehidupan hati..."

( Dasyatnya Energi Iman , Abdullah bin Fahd As-Sallum )



* Ibnul Qayyum berkata :
   "Sesungguhnya amal itu bertingkat-tingkat kerana bertingkatnya apa yang ada di dalam hati. Apabila amalan badan tidak disertai dengan amalan hati, maka ibadah itu hambar, tidak membuahkan kelazatan, kenikmatan, kelapangan dan tidak menambahkan iman. Ibadah kehilangan r0h dan jiwanya. Inilah keadaan maj0riti umat Islam."


Bila iman telah benar, maka sese0rang hamba akan berdakwah kepada Allah, menebar hati dan menyebar dakwah dengan p0tensi maksimal yang ia miliki dengan lisannya, penanya,hartanya, petunjuknya, kedudukannya, pengajarannya, himbauannya, kehadirannya dan layanannya. Pintu-pintu terbuka, apakah ada yang mahu masuk? Diantara kurnia Allah adalah Dia membuka pintu-pintu dakwah untuk semua 0rang. Bukan hanya khusus untuk para ulama ,khatib, dan 0rang-0rang yang fasih lisannya. Tidak...tetapi semua b0leh berdakwah, mengingatkan, melarang, dan memerintah, mengajari dan menunjukkan kebaikan sesuai dengan kemampuannya. Tidak disyaratkan bagi se0rang da'i sampai pada tingkat mujtahid ( orang yang sangup dan layak menumpukan fikiran pada nas-nas dan kaedah-kaedah (dasar-dasar) agama serta menyelidiki jalan-jalannya dengan teliti bagi memahamkan maksud firman Allah dan hadis nabi serta menetapkan keputusan-keputusan hukum mengikut alasan-alasan yang didapati.)  atau mufti (mufti dari segi syarak membawa maksud gelaran yang diberikan kepada orang yang menerangkan kepada manusia tentang urusan-urusan agama mereka, benar-benar mengetahui dan memahami tentang ilmu-ilmu yang memerlukanya mengeluarkan hukum agama atau berfatwa.). Hanya saja mesti mengetahui berdasarkan ilmu tentang apa yang akan ia serukan kepada 0rang lain kerana Nabi S.A.W besabda, 'Sampaikanlah dariku meskipun satu ayat." (HR. BUKHARI).

( Dasyatnya Energi Iman , Abdullah bin Fahd As-Sallum )

#K0BAR2013...~

Thursday, November 14, 2013

Inni akhafullah..!




Inni akhafullah..
'aku takut akan Allah'
Saya kira sudah ramai yang mendengar ayat ini..
Samada ianya sekadar ucapan di bibir ataupun ia memang lahir dari hati..
Awalnya, saya langsung tidak faham maksud 'inni akhafullah'
Tapi melalui pembacaan, akhirnya saya tahu!

Gembira..
Seronok..
Terharu..
Dapat belajar perkataan baharu lagi..!
Thanks kawan-kawan..!

"Aku takut la nak buat benda ni, nanti Tuhan marah"

"Aku takut la nak buka aurat, nanti dijamah panas bahangnya api neraka"

"Aku takut nak songlap duit ni, nanti kena hudud, hukuman atas dunia.. Hukuman dekat sana belum tahu..hmm"

"Aku takut nak koyak buku ni, nanti kakak aku marah"?

Erk?

Tiba-tiba*****
Hihihi..


Yup, itu hakikat manusia yang masih ada iman di hati walaupun ianya bersisa, berbaki..
Sekurang-kurangnya dia masih takut untuk buat satu kejahatan itu kerana ada yang melihat..
Yang lain?
Buat ikut suka..
Asal untung balun je..
Itu manusia dunia semata
Akhirat dop jadi mende!

"Korang mana nak pandang orang jahat macam kami. Nak kawan dengan yang soleh je"

"Eh2 opkos la!! Kawan dengan orang soleh, solehah paling tidak tempias soleh, solehah tu dapat la jugak walau tak banyak."

Kawan, taklah sebenarnya..
Bukan taknak geng dengan korang..
Nak sangat, nak sangat ajak korang duduk dengan kami untuk rasa indahnya hidup bersyariat tu..
Tapi bila kami ajak korang menolak, korang tak boleh salahkan kami dan kami tak boleh nak memaksa..
Melainkan terus mengajak..
Feel free..

Mengajak tanpa lelah
Biar sampai berpeluh basah..
Supaya hati bertaut untuk Ilah..
Insya Allah mesti dipermudah..
Sebab kita semua inni akhafullah!


Wednesday, November 13, 2013

Tolong aku ya Tuhan !



"Kuatkan aku tuhan, untuk menenggelamkan kapal cinta manusia, 
tetapku.. pinta ia karam..
jika belayar ia dilautan dosa..
Tolonglah aku tuhan, untuk mengisi bejana cintaku untukMu, agar aku tidak akan pernah dahagakan cinta dari dia yang tidak halal bagiku..
Teguhkan hatiku tuhan, agar aku tidak mudah dijajah cinta yang dusta, yang kelak menjadi hijab di antara kita.."



::anonymous::

JarijemariBahjah

Kisah pemuda dan sebiji epal..

credit!

Diriwayatkan dalam kisah orang-orang soleh dalam Daerah Jilan di Iraq terdapat seorang pemuda yang soleh.
Suatu hari dia berehat di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dia terasa amat lapar. Tiba-tiba pemuda tersebut ternampak sebiji epal yang sedang terapung dibawa arus sungai. Kerana kelaparan, dia mengambil epal tersebut lalu memakannya. Dia berasa amat kesal dan takut kepada Allah s.w.t. kerana memakan buah epal yang tidak diketahui pemiliknya itu tanpa izin.
Tiba-tiba terdetik di hatinya,

“Mungkin tuan buah epal ini berada di hulu sungai, lebih baik aku mencarinya untuk memohon maaf padanya.”

Demi mencari tuan punya buah epal itu, dia sanggup menyusuri sungai dengan harapan akan menemui kebun epal. Memang benar telahannya. Terdapat sebuah kebun epal di hulu sungai dan beberapa pohon yang buahnya berjuntai ke arah sungai. Si pemuda bertemu dengan tuan kebun untuk meminta maaf dan minta dihalalkan buah yang telah dimakannya tanpa izin tersebut. Tuan kebun sungguh kagum dengan kewarakan si pemuda lantas mengujinya dengan meminta pemuda tersebut bekerja di kebun epal tersebut selama 10 tahun tanpa upah sebagai syarat memaafkan dan menghalalkan buah epal yang telah dimakannya. Walaupun berat untuk menunaikannya namun kerana kewarakannya dia tetap menerima syarat tersebut.

Setelah tamat tempoh 10 tahun, pemuda tersebut meminta izin untuk pulang. Namun tuan punya kebun sekali lagi mengenakan syarat tambahan iaitu pemuda tersebut dikehendaki berkahwin dengan anak perempuannya yang dikhabarkan adalah buta, pekak, bisu dan cacat anggota badan. Walaupun syarat itu sangat berat namun dia tetap bersetuju asalkan kesalahannya memakan buah epal 10 tahun yang lalu dihalalkan.

Tibalah saat yang dinanti-nanti, usai majlis akad nikah pemuda tersebut pun melangkah masuk ke dalam kamar untuk bertemu isterinya yang dikatakan buta, pekak, bisu dan cacat itu. Sebelum memasuki kamar, dia memberi salam. Namun dia terkejut kerana salamnya dijawab. Ini menunjukkan bahawa perempuan di dalam bilik itu tidak bisu dan pekak. Malah apabila bersemuka, dia melihat wanita tersebut tidak cacat anggota badan malah sempurna sifat dan baik rupa parasnya. Si pemuda lari keluar kerana menyangka dia telah tersalah bilik.

Lantas bapa mentuanya memberi penjelasan bahawa buta yang dimaksudkan ialah kerana anaknya itu tidak pernah melihat perkara yang diharamkan Allah s.w.t. Pekak yang dimaksudkan itu pula kerana dia tidak pernah mendengar perkataan lagha, umpatan dan sebagainya. Dikatakan bisu pula kerana dia menjaga lidahnya daripada mengatakan perkara-perkara yang mebawa kepada kemurkaan Allah. Manakala anggota badan yang cacat itu pula tersirat maksud anggota badannya terpelihara daripada mengerjakan maksiat.

Tuesday, November 12, 2013

Opick - Ya Maulana | Official Video



sayang Rasulullah s.a.w.... <3 <3 <3

Risikan demi risikan..



Bismillah..
Agak gerun dan takut untuk memulakan penulisan yang ini..
Hingga beberapa kali typo, backspace, delete..
Ahh, usahkan typo.. 
Berapa kali dah tulis delete balik!!

****************
Dengan namaMu Tuhan..
Yang telah menentukan qada' dan qadar sesuai dengan hambaNya..
Yang tahu isi tersurat mahupun tersirat..
Yang telah menciptakan setiap manusia itu memang berpasang-pasangan..
Allahu..

Hebat aturan Dia dalam menentukan segalanya..
Dalam fasa taaruf yang belum lagi selesai menguji dengan pelbagai persoalan..
Tidak dinafikan risikan baik dari sebelah perempuan mahupun lelaki bertali arus..
Yang bertanya tanpa jemu, yang minta untuk mengenali..
Tidak dinafikan juga yang hadir itu punya peribadi yang hebat!..
Tapi kental dengan jawapan 'saya memilih dia'
Wahhh ini macam dah kira nekad je!!

Tak..
Bukan itu sebabnya.. Bukan nekad jawapannya..
Tapi..
Yang pertamanya, setelah isthikarah dan beberapa fasa berlalu mana mungkin senang hati untuk bertukar fikiran..

Melainkan sebaliknya..
Yang keduanya, apabila kedua-dua pasangan itu serius untuk membina baitul muslim yang ada matlamat tersendiri atau sebaliknya asalkan ianya menuju Ilah, mana mungkin akan berpatah semula..
Yang ketiganya, selagi ia berusaha untuk mematuhi syariat, itukan lebih ohsemm!!
Melainkan jika ia bukan rezeki, bukan jodoh..


Impian..
Semua ada impian bila ingin berbaitul muslim..
Mengimpikan imam atau makmum yang pandai mengaji, yang mengikuti sunnah2 Rasulullah..
Yang hebat peribadi, yang unggul akhlaknya, yang jitu jiwanya..
Yang pelindung..
Itu semua impian.. sekadar impian!
Tapi untuk dapatkan impian itu jadi kenyataan, buatlah perkara yang sama..
Insya Allah, soleh dan solehah itu ketemu...

Jangan risau selagi kita adil
Adil--meletakkan sesuatu di tempat yang betul..
I do..

Pray me as well too..
hii

Monday, November 11, 2013

Semangat dari yang 'tua' untuk kami yang 'muda'...


Bismillah..
Memulakan penulisan..tangan terus menari di atas keyboard..
Ya sudah beberapa tahun dalam 'dunia' ini..
Kadang ianya gembira, kadang ianya menyakitkan..
Tapi masing-masing tetap punya matlamat yang sama..
Iaitu menuju Illah..
Pencipta.. :)

***********************

Huh!

Tut..tut..(mesej baru!)

"Assalamualaikum. Esok halaqah kita di Surau Putri jam 5 petang insya Allah. Moga Allah permudahkan urusan kita."

"Waalaikummusalam makcik, maaf makcik, saya tengah kerja ni.. Maaf tak dapat hadir lagi.."

Dan lagi..

"Maaf makcik, saya balik kampung esok.."

Dan seterusnya..

"Maaf makcik, saya demam.. Tiba rasa nak cari madu, Sahabat suggest yang itu."

"Insya Allah nanti makcik tanyakan siapa-siapa yang tahu ya."

Mesej ni saya akan terima hampir setiap minggu.. Dan setiap minggu jarang sekali saya dapat hadir ke majlis ilmu ini.. Apatah lagi konvensyen,ijtima', tamrin dan yang lain..

"Makcik, rindu kat makcik. Asal nak halaqah je saya kerja. Asal nak halaqah je saya balik kampung. Asal nak halaqah je saya demam. Sedihnya!"

"Allah uji kita tanda Dia sayang pada kita. Macam-macam bentuk ujian yang Dia bagi pada kita. Bersabarlah."

Ouh itu lah makcik jemaah saya, yang sentiasa tenang dalam memberi kata semangat! Qudwah yang dia tunjukkan makin membuatkan saya rasa kagum dengan dia.

Apa yang lebih mengharukan saya, ummi (panggilan adik-adik usrah yang kini. Dulunya saya panggil makcik aje) invite saya untuk ke program KOBAR. Nun jauh ummi mengingatkan saya mengenai program ini. 
Sedangkan tempat program dengan saya hanya ambil masa beberapa jam sahaja. 
Lembiknya saya, macam sardin!

Rindu dengan murobbi-murobbi yang sentiasa inbox saya. Memberi kata-kata semangat. Invite pelbagai program. Suatu ketika saya pernah diberi tanggungjawab untuk buat program ditempat saya. Dimana saya perlu bekerjasama dengan beberapa badan uniform dan juga Jabatan Agama Islam.
Tapi saya tak dapat laksanakn program itu walaupun saya punya kenalan dalam badan uniform.

"Maaf tuan, saya tak dapat buat tuan, saya tidak punya organisasi pelaksana. Mana mungkin program ini akan berjalan tuan."

Ahh.. waktu itu!!

Mereka mencari pelapis.

Sedangkan saya nak jadi pelapis belum tentu.
Jadi penapis air teh, mungkin!
Betapa lobaknya saya!

Saya juga pernah kecewa!!



Dengan namaMu Tuhan
Salam junjungan selamanya buatmu penghulu ummat
Tidak lupa buat keluargamu jua sahabat seperjuanganmu
Tidak pernah lupa setiap titik darah yang jatuh menyembah bumi demi Islam yang kalian tegakkan..
Moga setiap titik darah itu, tiap perjuangan kalian itu sumber kekuatan kami pada hari ini

****************
Dia baring tak sedarkan diri. Hanya bangun untuk solat lalu disambung tidurnya. Esok nak exam nih, pelik pulak dia nih. Bangun dan duduk di katil dia. Tapak tangan menyapa lembut di dahinya.

"Allah! Demam!"

Alat pengukur suhu diletakkan di bawah lidah.

"39 celcius! Panas nih! Jap aku keluar jap."

"Nak pergi mana?"

"Nak amik daun bunga raya je.. Masa aku demam haritu, Zila selalu buat macam ni kat aku..(senyum, rindu Zila)."

Gelap, sunyi.. Takut jugak. Buat tak tahu je.. Petik jela mana yang nampak. Berlari-lari balik hostel. Berdebar!! Takut kot!! Bekas kecil itu saya ambil, ditonyoh-tonyoh daun bunga raya tu. Tuala kecil saya juga jadi mangsa keadaan. 


Pffttttt.... "Sejuk sikit, biar cepat sembuh, jangan selimut la, nanti serap haba. Nak apa-apa, bagitahu je. Aku nak study sikit."

"Tak baca buku lagi."

"Hmm, biar aku cerita. Nak tajuk yang mana?"

Maka, tajuk2 yang dia nak tu saya pun baca dengan seringkasnya, mata dia lelap dengan nota kaki yang saya baca. 

Kembali ke meja study, hampir jam 1 pagi berhempas pulas di selang seli basahkan kain, menyuakan ubat untuk dia. 
Penat jugak, tapi saya yakin satu perkara.. 'Aku dah usaha, pemeriksa itu pengantara, yang bagi lulus tetap Dia.'

Demamnya tak kebah-kebah sampai hari last exam, mujur saja exam 3 hari. 

Dalam 3 hari tu saya kena cover banyak topik dan subjek. 
Mengenangkan dia yang sakit, ya saya korbankan sedikit masa. Boleh dikatakan hampir setiap malam dan selepas subuh tak lena tidur.

Minggu berganti minggu. 
Result exam keluar. Mencari empunya nama. Mata berkaca-kaca. 
Rasa macam Tuhan tak adil. Memandang langit dengan perasaan remuk. 
Langkah lebih longlai dari biasa. Dia lulus!! Lagi tambah sedih. Lagi bertambah rasa Dia tak adil dengan saya.

"Ka, lulus tak?"

Tangan lembutnya yang menyapa bahu ditempis. Diam seribu bahasa.


"Aku nak keluar jap."

Anak matanya melirik tepat dengan setiap pergerakan. Kasut sukan itu siap disarungkan. Langsung tidak menoleh ke arahnya.

Sampai di gelanggang badminton. Kepala tunduk.
Berlari mengelilingi gelanggang entah yang ke berapa kali.

"Woi, tak penat ke? Dah2 la tu, nak maghrib dah ni!"

Tersedar, berhenti berlari! Balik bilik.

"Aku failed satu paper!"

Wahhhh, masa tu menangis!!

"Allah bagi kita gagal bukan tiada sebab ka, Dia nak kita belajar lebih lagi dengan subjek tu. Aku lulus pun atas kehendak Dia. Kan ka sendiri pernah cakap."

insaf....

Thankss... :)

Saya punya sahabat..



Bismillahirohmanirohim..
Usai subuh yang menenangkan..
Berteleku di sejadah usang dengan masa yang agak lama..
Pelbagai cerita-cerita dulu hadir menyinggah fikiran..
Dan airmata hati terus mengalir laju..


"Aku tak sihat lepas makan kacang tu la.. Terus start batuk diikuti dengan sedas selsema ditambah pulak dengan demam suam2 kuku!"

"Padan muka ngko!! Amik madu around 250gm pastu campur dengan lemon then ngko potong halia kecik2. Halia tu amik besar ibu jari je. Dah siap semua tu, letak dalam peti ais, insya Allah, sembuh!"

"Lupa nak cakap, makan madu guna sudu kayu je, baru zat madu tu tak hilang."

"Sudu kayu pulak dah!"

"Woi, ni info i dapat dari kawan i sekolah pondok hokeh!"

"Hahaha... Aku tahu la!"

Memang saya tak reti buat langsung, macam2 soalan yang hantar pada sahabat saya yang sorang nih. Dalam bengang dia dengan soalan saya dia tetap jawab..hihi


"Takde madu..semua takde."

"Amik dalam peti ais aku."


"Macam nak dapat sepakan berdas-das je? Sudah jauh lagi suruh amik!"

Senja berlalu dengan begitu cepat. Maghrib dan tadabur al quran menari di bibir hati..

klik!!

"Harini aku gembira! Berjaya masak bubur buat pertama kalinya. Bagi jiran rasa, dia cakap tawar/ likat pulak tu. 'Dia tanya aku fes time masak ke?' Aku cakap la ha'ah..haha. Jiran datang bilik 'renovate' aku punya bubur. Dan bubur aku jadi sedappp!! Baru dapat masukkan nasik lepas semalaman tak masukkan nasi. Masa sakit lepas kerja malam tu terus tak larat nak buat apa, menahan sakit untuk beberapa hari. Nak bangun solat pun rumate yang kejutkan.."

"So?"

"Hek eleh berlagak pulak dia nih, so aku gembira la! Baru gagah sikit, dapat la nak sembang-sembang sakan kan! hihi Sebelum maghrib tadi jiran aku lagi ea, bagi makan panadol soluble! Itu pun fes time aku telan..werkk!!"

"Hahahaha... Aku faham la perasaan ko tu. Dulu time aku sakit, boleh kawan aku pergi jalan-jalan lagi. Datang la abang2 senior yang tua dalam 2, 3 tahun dari aku 'rawat' aku la. Dorang siap ajar subjek yang aku tak faham, siap masakkan lagi.. Ouh, terharu sangat. 16hb ni depa nak balik dah, sedihnya.."


"Huu, sedih jugak citer ko.."

"Ko buat tak madu tadi?"

"Tak,aku tak buat pun, makcik tolong carikan madu dulu..hihi"

"Aku nak maghrib."

"Aku nak isyak."

Assalam wbt..


??Magrib dan isyak
Ya, kami dipisahkan dengan 2 benua yang sangat jauh jaraknya..
Tapi saya gembira punya sahabat seperti dia..hiiii 
Peace no war...

sigma-senandung ukhuwwah...

Tuesday, November 5, 2013

Suatu yang tidak dijangka... Saya ada wali bohh!!

Muslimah rock kot!

"Jom couple!"

"Erk? Nah amik number phone ni ko gi tepon bapak aku tanya bapak aku yang ko taknak kawan dengan ak ko nak couple je."
Satu nafas yang bunyi dengan tak puas hati..

Selang beberapa minggu..

"Helo assalam abah, abah sihat..kita nak tanya nih, ada tak sape2 kol abah cakap macam ni..'pakcik saya tak nak kawan dengan anak pakcik nak kapel je,boleh?"

"Amboi..panjangnya! Sape tuh? Takdek pun?"

"Ha itu namanya lelaki yang nak buat anak abah yang chomel ni macam touch and go..kepala lutut dia! Ingat kita hape.."

"Hahaha.. Awak ni!"

"Abah...saya ada wali bah..dan wali saya adalah abah yang hensem nih!hihi"

padat dan ringkas,sekian terima kasih..
 

Ohsemm kot..!

Bismillah..
Petang yang agak mendamaikan..

Sembang santai dengan adik yang telah pun bergelar ummi buat puteri dan puteranya..
Kagum melihat ketabahan adik yang hidup dalam keadaan serba sederhana..
Masih bergelar seorang pelajar sekaligus memikul amanah yang saya kira begitu berat untuk dia seawal usianya yang begitu muda..

Tabahnya adik..! May Allah love and ease you for everything adik..!

Menyedari kelemahan dan kekurangan yang bersarang dalam diri membuatkan saya rasa lebih termotivasi dan sentiasa di motivasi oleh keadaan sekeliling..
Berhijrah dari yang biasa kepada yang luar biasa merupakan satu pengalaman yang sangat ohsem..!
Memahami makna sebenar minda tajdid dalam erti kata pembaharuan lebih membuatkan kita terbuka, maknanya syadid itu, pembaharuan itu perlu pada tempat dan keadaan..

Walaubagaimanapun..
Saya tetap diri saya..
Kadang itu jatuh bangun sendiri..
Untungnya punya Dia dan teman yang sentiasa disisi..
Untungnya punya teman yang punya hati,matlamat dan fikrah yang sama..
Sekurang-kurangnya tidak jauh lari dari landasan dalam mencari erti hidup bertuhan..

Punya bulatan, jemaah dan tali ikatan yang teguh..
Ibarat bina satu jambatan juga bangunan yang ampuh..
Takkan pernah roboh dek badai ombak mahupun tiupan angin anasir jahat yang hadir merempuh..
Kerana semua itu terbina atas satu nama aqidah..!