Thursday, September 5, 2013

Kamu dan kami..




Membesarkan aku penuh kasih sayang
Ya itu aku mengerti
Membesarkan aku dengan titik peluhmu
Nyata itu juga aku mengerti
Tapi aku tidak menegrti kenapa begitu tungkus lumus kamu lakukan itu untuk aku?

Ooo..kini aku benar-benar mengerti
Pengalaman itu telah mendewasakan aku rupanya..
Kini aku sendiri mengalami situasi itu..
Kenapa rotan selalu di sebelah aku
Tatkala waktu mengaji?
Ya, sungguh aku takut akan rotan itu..

Oo..kini aku sangat mengerti..
Supaya aku tidak main-main dalam ilmu agama
Mahu aku fasih dan lancar dalam al quran
Biar sedari kecil sudah pandai al quran..
Bila mereka dah tua, alunkan bacaan itu di telinga mereka
Sungguh, mereka sangat tenang..

Kudrat tua, urat-urat tua
Telah dan semakin kelihatan
Apa yang kita semua bakal lakukan lagi terhadap mereka?
Ya, berlaku ihsan lah kepada mereka
Doakan mereka..
Gembirakan hati mereka
Hargai hidup mereka
Jaga hati mereka..
Selagi nyawa masih dikandung badan..

Antara sedar atau tidak

Bismillah...

Antara sedar atau tidak almost 4 month we're in this session..i mean alam pekerjaan la
Tak best macam yang kita bayangkan..
Bekorban masa, tanggungjawab yang dipikul makin bertambah..huh!
Bukan mengeluh kerana tanggungjawab itu, tapi..???

Baru saya faham betapa susahnya ibu bapa kita bertungkus lumus cari duit nak besarkan kita sorang je..
Tambah lagi dengan adik-adik yang lain.. Allahurabbi..!
Dari kita kecil sampai kita besar, sampailah saya sendiri berada di tahap ini.
Tiba-tiba rasa naik angin bila tengok anak yang tak pernah nak hargai kudrat tua ibu bapa mereka!
Tak hargai kudrat tua yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang..

Suatu petang, memerhati seorang ibu..
Tiba-tiba mata saya bergenang!
Mana tidaknya, ibu bapa setiap hari datang duk belai anak tu bagai menatang minyak yang penuh..
Kalau anak tu dah besar buat perangai, ya Allah sedihnya..
Saksikanlah ya Allah..mereka sudah melakukan jasa terbesar untuk anak-anak mereka..
Tapi jika anak-anak tidak berlaku ihsan, lalu harus bagaimana ya Allah..
T_T



credit to this mother!