Friday, August 30, 2013

kerja vs belajar?

Bismillah..

KERJA

Pertamanya hidup kita terikat dengan jadual kerja yang tidak menentu. Terutamanya yang still single mingle.
Hujung minggu dihabiskan dengan tidur lepas berpenat lelah mencurahkan bakti penuh setia la sangat!

Tidur!
Tidur!
Tidur!

Bangun untuk solat je, agak2 bosan online
Bangun esok pagi kompem kena siap sedia untuk bekerja samada satu shift atau tiba2 berdouble lumen bagai..
Mujur junior belum lagi.. huh!!
Tak rasa ke macam ntah pape je??
Ibarat bancuh air teh,minum dan buat la pape yang kau rasa patut?
OH MY LIFE!!!

STUDY

Pagi punch card gi kelas..
Sambil-sambil tunggu puan masuk lelap dulu..
Malam dah on call
Penat!
Siapkan assigment, study sikit..
Bangun dah pagi, takut bathroom penuh!
Makan pun awal, takut berebut.

Bila puan start lecer, mata mula kuyu, layu
Macam sayur!
Tapi bila dapat cuti, cuti lamaaa!!
Dapat cuti raya,
Dan cuti-cuti yang lain..
Cuti-cuti Malaysia je tak dapat lagi!
haha

Hakikatnya, antara kerja dan belajar banyak sangat perbezaan
Apa yang kita belajar kadang-kadang tak sama dengan alam pekerjaan..
Bekerja di usia yang masih muda tatkala remaja masih bergembira 
Menuntut pelbagai tribulasi dan mehnah..
Jadi alamilah dan bersabarlah..

Jom tido!!
Bismikallahumma ahya wa amut!!

Wednesday, August 14, 2013

She will married!!



Bismillah..
Mengenali dia suatu anugerah terindah dalam hidup saya..
Segala suka dan duka saya lalui bersama dia sehingga ke hari ini.
Mungkin dia juga adalah kekuatan saya untuk tidak terus jatuh ke dalam lubang yang dalam..
Dia merupakan anak yang sentiasa berusaha untuk membahagiakan ibu dan ayah,,
Biarpun dia garang, tegas tetapi di dalam ketegasannya terselit kelembutan..
Hatinya yang cukup sensitif dengan umat Islam..
Hati yang cintakan kepada dakwah..
Hati yang sentiasa dahagakan tarbiyah Islamiyah..

Menempuh ranjau dalam alam penghijrahan bersama dia membuatkan saya rasa lebih berfikir..
Menunjukkan kesungguhannya dalam mempertahankan pegangannya membuatkan saya kagum..
Cita2 yang tinggi sungguh membuatkan saya tidak sangka bahawa dia akan mengiktiraf zaman bujangnya dengan ikatan perkahwinan..
Allahu,allahu,allahu..
Mungkin dulu saya pernah rasa kehilangan dia..
Dan sekarang saya kehilangan lagi..
Kehidupannya bakal berubah setelah mendirikan baitul muslim yang in shaa Allah kekal hingga syurga..!
Tapi saya masih ada GBG dan juga dia..!!
Saya ada seikat lidi yang in shaa Allah tidak akan patah..
Pada sahabat2 GBG yang akan berkahwin pada masa akan datang, saya doakan yang terbaik..
In shaa Allah..

Thanks to Allah yang telah pertemukan kami semua..
Ahli usrah GBG..
Thanks to all of you yang selalu support saya sehingga ke hari ini..
To Nur Atiqah yang akan berkahwin pada sabtu ini----17 Ogos 2013..
SELAMAT PENGANTIN BARU!
Barakallah!