Thursday, September 10, 2015

The day coming!


Bismillahirrahmanirahim..
Dengan menyebut namaNya..
Moga saya dan kamu yang sudi membaca peroleh ketenangan yang nyaman... ----senyum--
Dah lama saya tunggu nak update tentang abah saya!
Disebabkan internet erm..huhu..
Terpaksa la tunggu, dah dapat kuasa internet yang berleluasa kekangan masa! Eheh, alasan!

Okay geng, let's start!

***************************************

DAY 1@ 21/8/2015

Inilah tarikh keramat yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Insha Allah..
Tarikh pertama chemo pertama yang akan dilalui abah.
Tarikh inilah juga abah ditempatkan. Wad 7A, hematology.
Dr J merupakan consultant yang merawat abah, bersamanya seorang MO pada pandangan saya sangat-sangatlah sopan lagi berhemah. 
Sedangkan waktu saya bersama mereka tidaklah lama. Huhu..

DOKTOR!! JANGAN CAKAP HAKAK TAK PAYUNG!

PPPPFFFFFFTTTTTT##########################

Lepas doktor buat pemeriksaan dekat abah, Dr J cakap dalam mulut abah tu dah nampak infected, saya sendiri perasan jugak. Masa tu mulut abah memang agak berbau la.
Dah ada jangkitan inside the mouth.
Kemudian Dr bincang tentang ubat yang akan dia bagi pada abah.
Bab ni saya tak faham mana, i'm not from hematolgy, of course i'm not expert!
Tapi lepas-lepas tu saya study la.
Tanya saya punya pakar hemato, MLT, medical doktor, sister, senior otai-otai staff nurse..huhu..

ouh, lupa nak cakap pasal ubat.. Membebel banyak sangat. Pheww
So pakar-pakar ni decide bagi R-CHOP + IT MTX..
Ubat chemo dorang aku tak faham mana, panjang sangat nama..huhu..
Saya guna aku la eh, cam best jerr..koh..koh..koh..
IT tu intrathecal, dia bagi ubat mtx ikut lumbur. 
Sebijik macam prosedur lumbar puncture tu..

Abah on the dot buat chemo 1st day admit tu.
Apa? 
Drama air mata?
Rugi kalau takde, My mom la, masa abah kena tolak masuk bilik prosedur nak buat BMA (bone marrow aspiration), nangis..peluk..cium..
Perghhhh.. Aku rasa nak bawak mama pi jauh-jauh..
Takut abah nangis plak..adeh, Takpela..
Dah aku buat apa kat situ? Hanya mampu menjadi penonton yang setia..hehehe
Ni prosedur basic la aku kira.
BMA dia buat sebab nak tahu sejauh mana sel-sel kanser tu menata rias dekat abah.
Ni dah masuk 2nd chemo, takde orang pun bagitahu finding result?
Aku pun tak tanya, aish..

Ehem..ehem..
Maka petang tu beermulalah regime abah dengan jayanya..
Fisry day passes! Keep abah over the weekend.
IT on next Monday..

Day 3 @ 24/8/2015

Inilah hari abah kena buat IT.
Sehari sebelum abah buat IT, berbuih dah rasanya aku ingatkan abah, untuk baring 4/6 jam..
Sebab, kalau bangun awal, nanti sakit kepala yang amat sangat.
Dan pagi itu IT given!

Abah sakit kepala teramat sangat!
Sakit kepala tu, bila bangun rasa bergetar tulang tunjang..
Rasa yang menarik macam nak tercabut, kalau lah boleh cabut, lega la kot!!
Sudden deaf! Ni paling teruk!
Nausea!
Bad emotional!

COZ WHAT??
Abah bangun less than hours yang aku cakap tu..
Abah nak pass urine, dengan bangganya dia bangun pi toilet.
Mama pulak suh abah makan tengahari tu. Abah bangun lagi.
Kemudian petang tu, jumpa ENT team/
WHY ENT TEAM TAK NAIK ATAS REVIEW PT?
OOOHHH, SEBAB NAK BUAT AUDIO TEST.
Tu pun abah cakap sangat lama nak tunggu.

Apa-apa pun aku syukur, dalam keadaan abah menahan sakit, ENT dah buat bahagian dorang baik.
Abah on ubat dexa, ladi dua ubat tu aku tak ingat.
Sampai la abah dibenarkan balik  26/8/2015.
Dengan hb 5.1
Dr Izan cakap sebab kenapa abah tak perlu transfuse, abah tak nampak tanda-tanda anemia.
Lepas tu Dr Izan bagitahu dalam darah abah ada antibody, so kalau nak transfuse takut jadi lain.
Misal kata HB still low, akan transfuse..
Oke, aku terima.. Takpela, mungkin guideline hosp berbeza.

Day 7 @ 28/8/2015

Tibalah hari temujanji abah, dalam keadaan kepala abah yang masih menyengat.
Mahu atau tidak, kena bawak jugak abah!
Abah memang tak boleh duduk atau bangun langsung. Sebab memang sangat sakit.
Dengan aku sekali terasa sakit tu.
Sampai je day care bahagian hemato, FBC TAKEN.
Blanket mintak la satu dengan dorang, abah tak tahan sejuk.

Disebabkan oleh nak tunggu result FBC pun berjam-jam,
Aku bawaklah abah TCA ENT!
Yang susah sikit kat situ, aku kena daftar 2 kali????? OUCHH
DEEP BREATHING IKAAA..
Dah aku menapak dengan ayu lagi jelita dekat kaunter depan nak daftar.
Sekali akak manis tu cakap, day care tak discaj abah lagi.

ARGHHH, BAGAI DITUSUK SEMBILU, WHY SO RUMIT??
Takpe, tunggu lagi..
Siap daftar kaunter depan, masuk ENT deparment, daftar kat situ pulak..
So hakak, abang hadek,,nampak tak? nampak tak??
Nak tunggu giliran abah dengan keadaan yang aku tinjau tu takdela ramai sangat pesakit.
Tunggu tu dekat 2 jam??? Jadi, aku pun sangka baik.
Sebab teringat yang Mr husband bagitau, sorang pesakit ambil masa half an hour, kadang-kadang sanpai sejam.
So aku pun tenangkan abah..

Yang paling syok tu, aku terserempak dengan bacthmate aku!
Apa lagi, dengan penuh bijaksana aku mintak la tolong dia tracekan result FBC abah..

HB: 61
WBC:???? Aku tak ingat..hehe

Habis je ENT, patah semula pi day care.
Aku mintak  kt dorang yang abah nak baring, tak tahan sangat dah sakitnya tu...adussss
Tunggu punya tunggu, doktor discaj dengan hb 6.1.
Bila aku tanya doktor dengan SN situ, HB yang macam mana baru boleh transfuse ya??

Aku dapat jawapan memang terrbaikk ah..

MEMANG TAK PERLU TRANSFUSE..

...........................................????????????????????????

WHICH PART LAGI YANG ABAH TAKDE ASSYMPTOMATIC ANEMIC??

Bila aku tanya WBC ni mcm mana?
Dia order neopogen (growth factor) selama 3/7. Fungsi dia untuk tambah darah..
Aku balik dengan penuh persoalan.. Menyengat gak kepala hotak aku mikirin..
Nak dipendekkan cerita, masa kat lipis. Complete ubat tu 3 hari. Repeat FBC. 
WBC + HB LOW, fever on and off, fatigue, loss of appetite, nausea, severe headache
Tx as a neutropenic sepsis.
STAT transfer Hosp Ampang. Buat jugak akhirnya blood transfusion 2 pint.
Antibiotix as hemato plan. Esoknya datang tengok abah, abah dah nampak segar. Boleh bukak mata.
Good respons, good hydarte, good hygiene.
So rasa amat lega dan alhamdulillah.

Hosp Ampang, yang aku baru tahu, mereka tak akan tarnsfuse sesuka hati!Ada la sebab dorang.
Tapi at least jelaskn bagi faham. Bagi relative yang tak faham, susah medical team nanti. Avoid speculation..huhu

Dan sekarang!! After 3 weeks abah bersakit-sakitan, harini abah dah buat 2nd cycle chemo!


#cancer non hodgkin lymphoma..
#selagi Allah izinkan, hanya Dia tempat bergantung harap..

Dear all medical staff yang merawat abah dan pesakit lain, semoga kerja kamu adalah ladang-ladang pahala buat kalian dan selamat maju jaya..


KITA JUMPA LAGI!!
NANTI SAYA CERITA LAGI!!

Assalamualaikum..
senyum.. :) 


9/9/2015
Sehari sebelum admit untuk 2nd cycle chemo
Nampak kan, abah dah berisi, rib pun tak yah kira.huhu 

Wednesday, August 19, 2015

OUH MY!!


Bismillahitawakkal tu'alallah..

Fikiran aku dah macam akar serabut..
Dah lama aku tak balik..
Nak balik, mobile penuh weekend. Tak dapat nak exscuse

Latest update from my big brother for today!
Abah tak jadi admit harini, insha Allah esok admit.. Insha Allah..
Tengah aku dok focus gunting kertas, mai la MO aku tanya abah condition..
Oh sensitifnya aku saat ni..
Tahan betul-betul ayaq mata noqqq

Dup dap dup dap..
Fisrt time in our life..
Tengahari tadi masa tengah makan,
Isi perut yang tak berapa nak lapar sangat sebenarnya..

"Terr, saya nak mintak kurangkan mobile boleh?"

Sebenarnya aku sendiri takut nak bagi tahu, tak pandai nak susun ayat pulak.
Aku cakap tadi pun suara mendatar je..
Ketaq bibir nak bagi tahu, menahan sebak lagi nak cerita..
Takpe lah, cerita jelah..

"Ayah saya nak buat treatment dekat ampang, nak start chemo."

"Diagnos"?
".............."

Diam je semua, aku cakap jela yang aku nak kurangkan mobile, bukan taknak pegi langsung.
Aku fikir kiranya nanti aku takdela penat sangat nak ulang alik pi sana.
Kot boleh tukar-tukar shift dengan mama..

See! Perempuan memang macam ni lah! Belum apa-apa, dia dah fikir tu macam esok lusa.
FITRAH yang boleh DIKAWAL sebenarnya.
Tapi ntahla aku nih! Aish!

Yang paling aku tenang dan boleh buat aku senyum, aku tanya la terr aku tuh,,
Terr aku cakap buat jelly yang sejuk-sejuk,
Variaty kan bubur..
Ubat untuk stop bleeding and untuk kebas dalam mulut. 
So nanti bila abah makan takdela rasa sakit sangat..
SOON punya care planning..
Have to discuss dengan doktor walau apa pun..
Have to know indication, contraindication, side effect..
Gitu! Dah macam doktor!

At the end,
Dengan Dia juga kita berharap dan berserah..
Kepada abang saya, along..
Fahamilah kerisauan adik perempuan kau yang jauh nih..
Mintak maaf mana-mana yang kurang ataupun terlebih..
Mohon nasihat yang baik hingga hujung nyawa..
Tenks to kakak ipar jugak..

Kakcik..!
Thanks atas segala usaha kau..
Semoga Allah menyayangi kamu dan keluarga..

Buat husband yang sentiasa beri penjelasan dengan setiap ketidakfahaman saya sendiri..
Semangat, kekuatan, sangka baik dalam sesuatu urusan..

Tenks..

Kepada saudara mara yang mengambil berat tentang abah..
Terima kasih atas beberapa ingatan.. 
Semua boleh contact dengan kami anak-anak abah..
Fahamilah sensitiviti kami sekeluarga..
Yang perlukan masa dan ruang untuk kami sendiri bernafas..
Mintak maaf atas segala kata-kata yang kurang enak dari kami..

Untuk mama, semoga beroleh pahala darinya..
Dan semoga ujian ini lebih dekatkan kita dengan Pencipta..

Awak semua, doakan kesihatan abah saya..