Sunday, December 16, 2012

Akhirnya........


credit!

Bismillahirrohmanirohim..

Alhamdulillah, akhirnya habis jugak penantian selama 3 tahun.. Banjir kolam air mata tak berhenti dari lacrimal sac. Jatuh mencurah2 tanpa tiada tangan yang sambut, cuma pelukan demi pelukan bersilih ganti..
Lagu yang cukup menyentuh hati dan perasaan membuatkan perpisahan ini lebih sayu dan pilu..

Lidah kelu tanpa suara, moga ikatan menjadi pengganti diri..
Buat sahabat2 kumpulan januari 2010, may Allah bless us insya Allah..
Moga dibukakan jalan untuk mencari keredhaan Nya..

Lots of LOVE and MISS..
~Khaulah~

Saturday, November 24, 2012

Dialog di pusara ayahanda...


Bismillahirrohmanirrohim...
Al Fatihah buat mereka yang telah tiada..



Alhamdulillah, saya masih lagi diberi peluang untuk punya ayahanda yang tercinta setakat ini. Saya masih diberi peluang untuk bau haruman bonda saya juga pada hari ini. Tapi saya tidak pasti sampai bila saya akan diberi peluang dan nikmat yang satu ini. Rabb, Kau berilah kesihatan akal, fizikal dan rohani kepada mereka kerna saya sangat sayang akan mereka pasa saat dan detik ini. Tidak akan satu pun saya abaikan ia. Insya Allah. Let's we travel in this story..

                Seluruh kampung semacam tidak percaya. Tapi itulah hakikatnya. Pak Hamid, pulang dari sebuah negara sebagai seorang jurutera dan hafiz. Semalam dia mengimani solat Tarawih. Lunak dan lancar bacaanya. Mereka yang tidak kenal asal usul Ramli, kagum. Mereka yang mengenali lebih kagum. Saya antara generasi anak kampung yang masih mengingati Pak Hamid. Malam setelah pulang dari solat Tarawih, saya berbual-bual dengan anak saya.

" Ayah nak kamu contohi imam muda tadi. Sudahlah hafiz, jurutera pula."

" Hebat betul."

" Kalau kamu tahu sejarah hidup beliau, kamu akan lebih kagum."

" Ayah tahu?"

Saya mengangguk." Sudah tentu, ayah anak jati kampung ni."

Mata saya merenung ke luar tingkap. Pohon nyiur melambai-lambai dalam kegelapan malam yang disinari cahaya purnama. Dua hari lagi, Aidilfitri menjelang tiba. Sesekali pulang ke kampung terasa kedamaiannya. Nostalgia kisah Pak Hamid terbayang kembali di ruang mata.

" Ayah nak cerita ni sekadar mengambil iktibar. Bukan hendak memburuk-burukkan orang yang telah mati..."

Perlahan memulakan cerita.

" Kenapa Pak Hamid begitu sekali ayah?"

" Pak Hamid terkenal di kampung ni sebagai buruk perangainya. Solat tidak. Puasa tidak. Menjengah ke surau langsung tidak pernah. Berjudi, minum arak dah jadi kebiasaannya."

" Ramli tu terseksa sejak kecil lagi. Dibentak-bentak. Makan minum, pakaian dan sekolahnya tak terurus langsung."

" Tapi macam mana dia boleh mencapai kedudukan sepeti sekarang?"

" Itulah luar biasanya Ramli ni. Dalam serba kekurangan dan cabaran dia gigih. Rajin belajar. Berdikari mencari rezeki."

" Ibunya macam mana?"

" Ibunya dah lama meninggal dunia. Kata orang, itulah sebabnya Pak Hamid jadi begitu. Berubah sejak kematian isteri."

" Sedih juga..."

" Kalau orang lain dah lama putus asa. Tapi Ramli tidak. Keputusan cemerlang di sekolah rendah dia memasuki sekolah berasrama penuh. Dan entah macam mana kaedahnya dia mampu meneruskan pencapaian akademik dan hafaz Quran sekali gus. Hebat."

" Sekarang ni ayah dah ramai yang menempuh sistem itu. Ada caranya."

" Baguslah, jika berpeluang kamu ikuti jejaknya. Kembali kepada kisah Pak Hamid. Dia meninggal tak lama selepas Ramli masuk ke sekolah asrama penuh. Ayah masih ingat.." Saya sebak.

" Kenapa ayah?"

" Waktu Ramli pulang menjelang pengebumian jenazah ayahnya, dia menangis. Sebatang kara. Orang kampung kata macam-macam tentang arwah ayahnya. Berdosa besar. Jenazahnya berat, berat dosalah, macam-macam. Sedih ayah rasakan. Ramli yang masih muda tu terpaksa  menanggung kecaman pada hari dia kehilangan orang yang disayanginya. Mujurlah ada datuk kamu."

"Atuk pun ada peranan dalam kisah ni?" tanya anak saya.

" Ayah masih ingat datuk kamu panggil Ramli berjalan bersama di tanah perkuburan. Ayah ada sekali."

"Apa kata atuk?"

" Ramli, kalau benar kamu sayangkan ayah kamu, jadilah anak yang soleh. Doakan dia. Itu sahaja jalannya untuk menyelamatkan ayah kamu di alam barzakh."

Anak saya diam. Terkesima agaknya. Matanya mula redup.

" Datuk kamu menyambung lagi, untuk harumkan kembali nama ayah kamu di dunia, kamu belajar bersungguh-sungguh. Jadi orang yang berjaya dalam hidup. Insya Allah, kecemerlangan kamu akan menjulang kembali nama ayah kamu yang dikatakan orang pada hari ini."

" Macam mana reaksi Ramli waktu tu?"

"Dia hanya mengesat air mata dan mengangguk-angguk."

" Hebat betul, ayah. Sekarang semuanya semacam menjadi realiti."

" Memang hebat. Anak yang baik lahir daripada seorang ayah yang sedemikian. Kamu bagaimana?"

" Saya bertuah, saya ada ayah."

Saya diam. Terusik hati saya, adakah aku ayah yang baik?

" Kamu mesti terima kenyataan bahawa kita masih mampu menjadi anak yang soleh walaupun bapa kita bukan seorang yang soleh. Dan tidak semestinya bapa soleh maka anak secara automatik menjadi anak yang soleh."

" Kenapa ya?"

"Itulah bukti keadilan Allah. Dosa dan pahala tidak boleh diwariskan. Setelah akil baligh kita punya potensi sendiri nak menjadi baik atau sebaliknya."

" Jadi seorang ayah yang soleh tak boleh membentuk anak yang soleh?"

" Tidak begitu. Didikan ibu bapa sangat memainkan peranan. Anak yang dididik secara baik, berpotensi besar menjadi anak yang soleh bila dewasa. Tetapi mesti ada usaha yang dia sendiri perlu lakukan untuk meneruskan program menjadi insan soleh. Jika program itu dipatuhinya, alhamdulillah. Jika menyimpang dia terima akibatnya.

" Saya setuju. Ini bukti Tuhan itu adil. Jika tidak, setiap anak terpaksa menanggung akibat kesalahan ibu bapanya, tanpa berpeluang mengubah keadaan dirinya."

" Ya, itulah yang dibuat oleh Imam Ramli. Demi cinta kepada ayahnya, dibela maruah ayahnya di dunia dan akhirat. Tolong buat begitu jika ayah telah tiada..." Semacam wasiat pula kata-kata saya.

           Pada pagi raya, selepas solat Aidilfitri, kami sama-sama menziarahi pusara pinggiran kampung. Saya lihat Imam Ramli duduk di tepi pusara ibu dan ayahnya. Saya dan anak duduk di tepi pusara insan yang kami paling sayangi; ayah saya, datuk kepada anak-anak saya. Lelaki yang pernah menasihati Imam Ramli. Mudah-mudahan rohnya bersemadi di sisi orang soleh.

            Nasihatnya sangat memberi bekas. Saya yakin ayah ikhlas waktu itu. Dialog ayah dengan Imam Ramli  belasan tahun yang lalu ini masih segar di ingatan. Saya di sisi mereka. Saya melihat air mata ayah mengalir sewaktu meluahkan nasihatnya. Oh, mampukah saya seikhlas itu?

p/s: cerita ini saya petik dari sebuah buku Nota Hati seorang Lelaki,  Pahrol Mohd Juoi. Semoga kalian ambik pengajaran darinya. Bagi sesiapa yang belum membaca sila la dapatkan terutama pemuda harapan..

~Khaulah~~















Tuesday, November 20, 2012

Alhamdulillah..~~


Bismillahirahmanirrohim..
sukses!!

Alhamdulillah, selama tiga tahun penantian akhirnya usaha pengajar kami membuahkan hasil. Berkat kesabaran, tunjuk ajar, usaha, doa dan tawakal keputusan kami yang agak memberangsangkan menjadi hadiah terindah buat mereka yang sanggup bersengkang mata untuk kami..Bahkan menjadi satu sumber inspirasi buat junior kami yang masih jauh lagi perjalanan sebagai seorang pelajar. Insya Allah..

Syukur juga pada Rabb yang memberi petunjuk, yang memberi ilham dan membuahkan idea, yang menguatkan ingatan, dan melembutkan hati para pemeriksa buat kami semua. Sungguh, kita cuma berusaha selebihnya kita taruhkan kepada Dia..Mak ayah yang sentiasa meniupkan doa dari jauh, menjadi satu kekuatan buat kami untuk terus melangkah. Redha kalian amat kami harapkan..

Air mata kegembiraan ini kami rai dengan sujud syukur kepadaNya, supaya kami diberi peluang sekali lagi untuk mengecap kejayaan pada peperiksaan yang akan datang, supaya kami diberi peluang sekali lagi untuk terus maju ke hadapan dalam apa jua bidang.

Walau apapun tidak akan pernah saya lupakan pesanan murobbi, "akedemik memang yang pertama tetapi tarbiah dan dakwah bukan yang kedua". Saya amat mengerti pengharapan beliau kepada kami semua. Mendidik kami untuk seimbang dalam semua perkara. Syukur Rabb, Kau hadiahkan dia buat kami.

Syukur juga untuk sahabat yang saya sayangi yang sentiasa berada dalam bulatan gembira, sentiasa mengingatkan antara satu sama lain..Syukran di atas pemberian mutaba'ah amal tu ye..
Saya rasa macam dah bagi ucapan selamat tinggal pulak.!Memang hakikatnya, itulah..Kalau dikira masa, hari dan jam tak lama dah kita semua akan berpisah..Harap kita semua akan hargai masa bersama!!

Khaulah~~
Save Gaza, Hope your do'a for them=)











'ABID




Allah beri apa yang kita minta. Walau tak banyak,paling tidak sikit , tapi Dia tetap bagi. Yang membezakannya hanya  cepat atau lambat. Tapi ada dikalangan kita yang masih tak sedar kasih sayang ALLAH pada kita. Siapa di antara kita yang sentiasa kembali pada ALLAH apabila dapat sesuatu nikmat? Dan siapa yang di antara kita yang sering menyalahkan ALLAH diatas setiap musibah yang menimpa? Siapa di antara kita yang tahu erti syukur pada Yang Esa? Pernah kita ucap Alhamdulillah walaupun sekali atas nikmat yang kita dapat? Kepada yang pernah atau tak pernah lupa, Alhamdulillah, kerana jiwa kita masih terisi dengan cinta ALLAH.

Walau terlalu banyak dosa yang kita buat, tapi ALLAH tetap ada untuk kita. ALLAH buka pintu taubat dan sudi ampunkan kita walau sebesar mana pun dosa kita. Kasih sayang  ALLAH pada kita mendahului kemurkaanNya pada kita.  Kasihnya ALLAH pada kita. Tapi, sedarkah kita???

            Kita mohon apa yang kita nak setiap hari. Paling minima 5x sehari sesudah usai solat fardhu. ALLAH sentiasa dengar dan Dia amat suka mendengar rintihan kita. 

            Kadang-kadang ALLAH tak beri seperti mana yang kita pohon, sebab hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. ALLAH layan kita baik sangat. Tapi, kita???

            Terlalu alpa dengan nikmat dunia. Kadang-kadang, sampai solat pun diqadakan sahaja. Tak pun tertinggal begitu sahaja. Bagi yang hatinya masih hidup, pasti ada rasa kekesalan dalam diri. Tapi bagi hati yang telah mati, nauzubillah. Moga ALLAH sentiasa memberi petunjuk pada mereka dan mengampunkan dosa mereka.



            “Ya ALLAH, terlalu banyak yang Kau beri pada aku dan terlalu banyak yang aku minta. Namun terlalu sikit pengabdianku padaMU. Aku malu dan rasa hina terhadapMU. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan, tapi aku dapat merasai kasih nya ENGKAU pada aku. Aku malu dengan apa yang telah kau lakukan. “

            Sahabat…

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tak beri apa yang kita minta, tapi Dia sentiasa beri apa yang kita perlu. Tapi kita tak kan sedar apa yang ALLAH sedang lakukan untuk kita.

Sentiasalah kembali pada ALLAH, sebab Dia yang menciptakan kita. Teruskan pengabdian kita sebagai hambaNYA. Jangan pernah berhenti berharap pada ALLAH. Sentiasa berdoa dan yakin yang ALLAH akan beri. Penting!!!







p/s : JANGAN PERNAH LUPA SAUDARA KITA DI SANA
        PRAY FOR GAZA =)
        

Monday, November 19, 2012

Bantu gaza dengan segenap jiwa..~



10 jam yg lalu,selepas Israel mengebom bandar gaza..
KETERLALUAN!!

Tidak keterlaluan jika saya katakan ini satu tindakan yang sangat melampau dari  dulu hingga sekarang..!
Saya merayu dan memohon harap pada kalian semua, tiada apa yang mampu kita lakukan sebagaimana rakyat palestin sedang lakukan..
Mereka HERO SEBENAR buat saya!
Saat kita semua bergembira bersama keluarga tercinta, mereka kehilangan segala nyawa..
Anak kecil dan seluruh warga palestin jadi buruan
Mangsa kekejaman zionis yang sedang bertepuk tangan kegembiraan!
Konon-kononya tanda kemenangan!

Sayu hati saya bila melihat seorang bapa yang berusaha selamatkan anaknya yang masih lagi bayi..
Berada di pangkuan anak itu dengan harapan masih lagi ada..
Teruja dengan kesungguhan para medik..
yang tetap cuba lakukan cpr..
Dengan harapan dia dapat menyambung perjuangan hidup..
Tapi semua itu tinggal harapan..

Bagi saya,mereka tetap punya satu kekuatan!
Yang akan pertahankan bumi kesayangan!
Demi mendapatkan kembali keamanan!
Yang kian luput dek zaman...
disebabkan oleh kekejaman!

Untuk itu saya mohon seribu kali mohon..sampaikan doa kalian pada mereka..
Dengan penuh harapan...
Semoga dengan doa kalian, dapat hulurkan bantuan...


Allah sentiasa bersamamu...


Khaulah~~

Thursday, November 8, 2012

Bicara di padang merah..



Assalamualaikum..
Kerana aku sayangkan mereka..

insya Allah be stronger!

Adikku..
Seharian kau menangis tak terbendung lagi..
Hujan air matamu itu..
Sudahlah..
Usah kau hantar bonda ke syurga dengan muka mencuka..
Dan kau iring ayahanda dengan tangis menggila..
Sekalah, meskipun abang turut berair mata jatuh ke dalam..

Senyumlah; Tuhan memilih mereka..
Sebagai penghuni syurga..
Kita juga akan ke sana nanti..
Bila tiba masanya..

Adikku..
Fahamilah kata Tuhan..
Zionis itu takkan pernah puas menyiat kulit kita hidup-hidup..
Mereka binatang buas; lapar daging manusia bernama muslim.

Adikku..
Jangan kau biar pemergian bonda dan ayahanda buntu..
Masih terlihat terang mentari dan langit cerah..
Masa depan kita boleh seterang dan secerah itu.

save gaza Ya Rabb..

Dari: http://www.puisigaza.blogspot.com/
 ~Khaulah~





















Tuesday, November 6, 2012

Apa yang anda rasa?



Assalamualaikum..
sedih..

Kali ni apa agaknya yang saya nak kongsikan dengan korang..?
SEDIH VS UJIAN..
Kadang-kadang bila kita ditimpa ujian, kita akan cakap..

Oh God, why me?!
Kenapa saya yang mesti terima semua ni?!
Kenapa saya mesti diuji?!
Asyik-asyik saya je yang kena!!
Arghhh, tension la macam ni!

Ada menangis sorang-sorang..
Ada yang menangis masa dia solat dan doa..
Ada yang menjauhkan diri, tak nak bercakap..
Macam-macam kita akan buat bila kita ditimpa ujian..
Kadang-kadang saya sendiri rasa sedih yang teramat sangat bila saya terima ujian yang melantun-lantun..
Rasa macam nak bagi penumbuk je kat orang berdas-das ditambah dengan sepakan bertubi-tubi!
(Waaa melebih-lebih pulak analogi nih, jangan tiru aksi ini..hehe)

Tapi bila dah reda, duduk fikir-fikir semula, mungkin ini salah satu cara nak dapatkan apa yang kita minta..
Apa dia?

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk harungi segala masalah ini..
-------Bagi lagi banyak masalah, sebab kita kan minta kekuatan?

Ya Allah, berikanlah aku jalan penyelesaian bagi masalah ini dan hadirkanlah dalam insan yang aku percaya dapat membantu aku Ya Allah..
------- Dapat kakak yang solehah boleh bantu kita..

Haa, kesimpulannya.. jangan salahkan Allah kalau kita ditimpa ujian,
Sedih tu tak pe sebab itu lumrah yang Allah kurniakan pada kita..
Sabar, berdoa, berusaha dan bertawakal oke..?

p/s: Anda boleh komen jika ada penambahan untuk pembaikkan pengisian.
      sekarang, time to eat..

Assalamualaikum semua, jumpa lagi!













Saturday, November 3, 2012

UJIAN.......EXAMINATION!!


ASSALAMUALAIKUM......
Buat kalian yang saya rindui sentiasa..!


huh!

Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun menelaah, peperiksaan, praktikal, kokurikulum macam-macam lagi la pengalaman kehidupan sebagai seorang pelajar.. inilah saatnya! Tamat peperiksaan terakhir bagi pelajar tahun akhir dalam kursus................??(jeng..jeng..jeng). Cuba kalian teka apakah ia? huhuhu..
okey, let's join me together we searching life before exam started!! (saya pun tak tahu la bahasa ni betul ke tak, halalkan ea teacher)

Sebelum exam

Movie dulu sebelum study..
Lapar pulak rasanya...
Soksek..soksek...hahaha!! GOSSIPP! Ceh,takdek benda len ke nak buat!
Movie dah, makan pun dah..
STUDY LA MINAH OI!! Satu suara yang merdu lalu di gegendang telingaku yang comel! huhu..
Otakku yang cantik mula mentafsir suara tersebut.. Dengan bangganya aku menoleh.. prrap!
My presiden ++ my roomate!
Alamak, aku berkhayal rupanya..
Nota itu ku buka.. satu persatu ku belek..
Makin ku belek makin katil memanggil datang..
Makin ku toleh makin lemah jantungku..
Aku pun apalagi, merelakan diri ke katil itu!!
Semua mata memandang tajam ke arahku. Argh.. tidak ku hiraukan lagi nasihat korang! Ini jalan yang aku pilih. Jangan berani korang menghalang. Ke tepiiiiiiiiiii!!!!!!!
Dan akhirnya...........

tumpang tidur..lena dibuai mimpi indah!!credit.

Bantal yang tersusun indah ku peluk erat..
Sampai la masa...
Allahuakbar..allahuakbar!
Subuh!
Mata tertutup rapi, selimut ku tarik lemah, kaki melangkah longlai, tuala ku capai.. air membasahi tubuh..
SEGAR!!

"Urm, banyak dah korang study?"

"Banyak tu takde la, tapi study la kan..kau byk study?"

Glurrpp!!

"Hehehe...."


1hari sebelum exam


lepas ni bukak ni pulak..mati la aku!

"Gelabah la wei, study tak habis..
Dah la esok major paper.. 7jam kredit hour..
Tak lulus ni takleh final.. Pening!!!!!!!!!"

"Ha tau pun kau, dah sebelum ni kau banyak sangat berkhayal dengan dunia kau..
Dah tu sekarang jangan nak banyak cakap, fokus yang kita penah bincang dalam kelas tu sikit-sikit."

"Mana-mana yang kau rasa boleh ingat, review je.."

Banyak pulak suara-suara merdu hinggap kat telinga aku. Mujur suara, kalau slap? Tak ke aku dizalimi!!
huhu..
So, 
malam ni aku kene stay up sebab tak study banyak lagi..
Nasib baik sebelum ni aku dah buat nota kaki, takde la aku nak resah gelisah sangat...
Cuma peningkatan intrakranial aku naik sikit lerr..
STDUY HARD sangat, bukannya STUDY SMART..!
Malam pun dah berlalu, 
bunyi cengkerik menemani malam study aku..
Seram jugak la, kawan-kawan semua dah syahid dah atas katil..
Aku je belum lagi, jap lagi ada peluang syahid ni..
Nescafe yang aku minum tadi buat mata aku tak nak tutup pulak..

Jam 1.00 am..
ting..ting..ting..
' 1 pagi dah ni, esok nak exam'
Dan akhirnya aku pun tak tahan
SYAHID JUGAK!!


Hari exam!

"Zue, bangun dah subuh, siap-siap nak exam. Kena ada pukul 7.30 pagi kat dewan. Nak makan lagi ni."


Suara tu lagi! Penat la macam ni. Dah la tak cukup tidur!

"Awal kau bangun, study ke, tak kejut aku pun?"

"Study sikit, dah aku tengok kau syahid macam dunia ni kau yang punya, memang tak la aku nak kejut. Kang ada je dapat api free.. Pecahkan mood exam aku je nanti."

Hish berbisa jugak budak ni, makan dalam aku.. Senyap jela, malas aku nak bertekak dengan dia pagi-pagi indah ni. Habis ilmu aku nanti.

"Mandi lagi bagus!"

"Memang patut pun kau mandi, takkan nak sambung tidur pulak"!

'Ya Allah budak ni, kelam kabut betul'

Tapak exam!

"Baiklah seperti biasa, baca doa sorang sebelum masuk ke dewan.." Ketua peperiksaan berhalus kata.


"Ya Allah ya rahman, kami berlindung daripadaMu dari gangguan syaitan laknatullah. Limpahkanlah rahmatMu ke atas kami, moga dengan rahmat Mu kami beroleh ketenangan yang abadi. Ya Allah yang Maha Bijaksana, berikanlah ilham kepda kami tatkla kami sedang menjawab soalan peperiksaan, dan janganlah Kau tarik semula ilmu yang telah kami pelajari selama ini ya Allah. Bantulah kami dalam menghadapi ujian ini ya Allah, agar kami semua lulus dengan cemerlang. Tenangkanlah hati-hati kami dan lembutkanlah hati para pemeriksa kami. Amin"

Doa yang penuh mengharap. 
Tapi aku takdela dengar sangat sebab duduk belakang.
Kakiku melangkah masuk ke dewan setelah diperiksa oleh pemeriksa dengan begitu teliti.
Selawat dan doa mengiringiku..
Aku duduk di tempat yang telah disusun.
Aku menoleh kiri depan dan belakangku..
Tepi aku tingkap, jadi tak payah nak toleh sangat. Hehee..
Kalau aku toleh pun, bangunan je aku nampak.


nombor 2(a) jawapan apa??


"Weh, jangan lupa tolong sikit-sikit nanti, aku baca tak banyak."

"Oke, tolong aku jugak ea."

Nasib baik kau sporting! kawan depan dengan kiri la, belakang tak sempat nak pusing.

2jam 50 minit+++ berlalu.

Masa tambahan diberi.

50 minit untuk objektif merangkumi 50 soalan. 
2 jam untuk esei merangkumi 4 soalan dan diberi beberapa pecahan soalan yang puratanya markah yang sangat banyak! 
Mau aku tak kelam kabut menjawab!
Mujur siap! 
Harap-harap lulus la, tulisan aku pun dah macam bihun dah!


SEBENARNYA...

Setiap orang berbeza-beza..

Ada yang kena study dari awal lagi, ada yang study ikut mood, ada yang study last minit..
Tapi kata pelajar cemerlang 21A SPM, Azali Azlan ( sampai sekarang saya ingat dia)
Belajar memang kena ikut mood, tapi mood itu kita yang rangsangkan. Kalau kita tak rangsangkan mood itu untuk belajar, maka kita memang takkan belajar. Kita akan fikir..

Lambat lagi kan exam, banyak masa lagi..
Movie Adam Hawa dulu la..
Lepak-lepak amik buah mangga ke..
Men game zuma sat..

Ha itula yang bakal terjadi kalau kita tidak memberi rangsangan kepada mood!
Yang kedua, jangan kita pernah mengabaikan tanggungjawab kita pada Allah  walaupun dalam keadaan sibuk..
Sebab..
Bila kita meletakkan sesuatu pengharapan setelah kita berusaha, kita takkan meletakkan harapan kita pada manusia..

"Weh aku tak tau la boleh jawab ke tak, macam tak betul je jawapan aku."

"Aku pun tak tau la camne, kalau la aku yang tanda kertas aku tu, aku bagi lulus 100%"

See..dia pun tak mampu nak bagi pengharapan pada kita. Sebab tu sebaik-baik pengharapan is to HIM!
Yang penting kita dah berusaha, selebihnya tawakal!
Jangan lupa mengaji, solat hajat dan lain-lain yang seangkatan..
Bagi pelajar yang lemah, jangan lupa buat jadual untuk study dan mulakan dari awal bukan last..
Ha ni la kata-kata dia yang saya ingat.

Lastly, jangan jadi macam budak tadi, yang mengabaikan tanggungjawab dia pada diri sendiri.
Nak exam kena fokus pada exam, yang lain semua ketepi..
Termasuk la movie-movie yang korang gilakan sangat tu..
Belajar bukan untuk orang lain ye, tapi untuk kebaikan diri sendiri.
Semua oarang yang Allah jadikan pandai. Cuma tahap IQ kita berbeza-beza..
Semoga semua kumpulan saya dan adik-adik junior saya lulus dengan cemerlang untuk final exam!
Expecially to my lovely friends and my roomate, thank you for your moral support.
Semoga jumpa lagi!!
Exam akan datang..hehe


Semoga kejayaan milik kita bersama!



Salam sayang penuh rindu,
       ~Khaulah~

Wednesday, October 17, 2012

Hanya kamu..


Gonna miss and love you so much lillahita'ala..




Hari ini aku dibesarkan dalam genggaman kasih dan sayangmu..
Hari ini aku merasakan erti kehidupan juga keranamu..
Aku dibelai serta diasuh dengan penuh tertib..
Untuk menjadi insan yang berguna suatu hari kelak..
Itu harapanmu..


Hari ini aku telah dewasa di bawah jagaanmu..
Kau memberikan didikan agama padaku..
Supaya aku tidak terpesong dengan permainan dunia..
Kau didik aku untuk mencintai Allah dan Rasulullah..
Agar hidup aku sentiasa terarah..


Tatkala kejayaan ku mengiringi..
Kau orang pertama yang menumpahkan airmata..
Hatimu dibalut hiba..
Anak yang dibesarkan telah pun berjaya..
Tiada apa yang kau pinta..
Selain aku sentiasa menjaga agama..


Kaulah ibu dan ayah yang sentiasa aku hormati..
Buat selamanya..
Setelah redha Allah dan Rasulullah yang aku selalu damba..
Moga hidupmu disinari cahaya dariNya..
Salam rindu buat kalian untuk selamanya..


Kuala Terengganu,
CONKT
~Khaulah~














Tuesday, October 16, 2012

Hati ini..


Dengan lafaz bismillah..

Buat insan-insan yang Allah pilih..
Moga dengan refleksi ini dapat meningkatkan taqwa kita bersama..
Moga HATI kita sentiasa disuluh dengan cahayaNya..


Tarbiah hati untuk ana dan antum semua..credit!

Bagaimana dengan HATI yang kita sekarang?
Jika senarai diatas bersarang dalam lubuk HATI kita..
Renung-renungkan dan selamat memperbaiki..

Penuh kasih dan sayang..ana 
           ~Khaulah~

Saturday, September 29, 2012

Insaf tidak semestinya skema-imam muda Asyraf


together we learned..


Dengan Nama Allah Yang Maha Lembut..

"Hai Izati! Sambil-sambil kita baca buku ni, kau nak dengar satu cerita lucu dak."

Pujuk Safiyya kepada Izati, rakan sekelasnya..

"Waalaikumsalam. Wahai sahabatku Safiyya, mulai hari ini usah dikau mengajak aku untuk berada di dalam kealpaan. Aku tidak mahu bergurau senda lagi. Aku sudah insaf. Sesungguhnya biarlah jiwaku ini khusyuk setiap saat tanpa terhibur!"  Ujar Izati dengan secara tiba-tiba berubah perwatakan menjadi alim.

"Aik..ni kenapa tetiba jadi 'skema' semacam je. Kalau nak insaf pun takkan sampai nak bergurau sikit pun tak boleh?" Safiyya merasa pelik.

"Aku tidak mahu sedetik pun hatiku ini menjadi gelap. Biarlah aku bersendirian seketika." Izati menjawab dengan penuh etika dan disiplin tatabahasa Melayu.

Dahsyat! Saya cuba meneliti dialog ini. Benarkah untuk menjadi baik, soleh dan insaf maka kita juga perlu menjadi sebegini rupa?

Tidak! Menjadi baik tidak semestinya perlu menjadi 'skema'. Tidak juga perlu menjadi lurus bendul. Adakah Nabi SAW dan para sahabat yang terbaik itu menjadi 'skema' sepanjang masa? Tidak, Nabi SAW adakalanya bergurau senda. Ada kisah di mana Nabi SAW bergurau senda dengan para sahabat.

Suatu hari ketika mana Nabi SAW bersama para sahabat berkunjung ke sebuah rumah. Nabi dan para sahabat mendapat undangan untuk menjamu selera di rumah tersebut. Tuan rumah mula menjamu hidangan beberapa biji kurma dengan diberikan alas atau pinggan masing-masing. Apabila mereka selesai memakan kurma tersebut, biji kurma akan diletakkan di dalam pinggan masing-masing.

Sayidina Ali RA seorang sahabat dan juga menantu turut ada bersama. Kemesraan mereka sememangnya sudah diketahui umum. Ali RA berniat untuk bergurau dengan Nabi SAW. Dengan sengaja dia meletakkan setiap biji kurma yang beliau makan ke dalam pinggan Nabi SAW sehingga penuh pinggan Nabi SAW.

Ketika sedang berbual mesra, Ali RA mula meninggikan suara dan bergurau. "Kalian semua, saksikan betapa Nabi SAW begitu kuat makan. Lihat sahaja ke dalam pinggan baginda. Betapa banyaknya biji kurma yang sudah dimakan oleh Nabi SAW!"

Semua sahabat tertawa kecil dengan gurauan Ali RA. Sedangkan mereka memang mengetahui, biji kurma yang memenuhi pinggan Nabi SAW adalah milik Ali RA sendiri. Dalam senda gurau para sahabat itu, Nabi pun menjawab kata-kata Ali RA tersebut. "Aku makan kurma sebanyak ini tidak mengapa lagi.  Cuba tengok pinggan Ali RA, ia lagi dahsyat. Tiada satu pun biji kurma yang ditinggalkan. Ali RA makan kurma dengan biji-bijinya sekali!" Semua para sahabat ketawa dan terhibur dengan gurauan Nabi SAW. Ia telah menceriakan suasana majlis jamuan petang itu.

Cuba kita renungkan sejenak perjalanan hidup Nabi SAW. Baginda seorang yang banyak yang menitiskan air mata di hadapan Allah. Baginda juga seorang yang tegas dan berprinsip pada urusan agama. Baginda juga seorang yang mulia tutur lisannya. Namun begitu, Nabi SAW tidak pula membiarkan sepanjang hidupnya dalam kemurungan. Adakala baginda juga bergurau senda dengan sahabatnya.

Kesimpulannya, berubah menjadi baik bukanlah bermaksud berubah menjadi 'skema'..Terkadang ramai yang takut untuk berubah, kerana katanya ia terpaksa meninggalkan dunia' cool' dalam dirinya. Sedangkan menjadi baik itulah yang 'cool'. Bukan sebaliknya. Renungkanlah semula maksud baik dan soleh itu dengan menguatkan iltizam untuk mematuhi arahan RabbNya. Bukan dari 'cool' menjadi 'skema'. Ceriakan hidup anda. Kerana agama bukan sesuatu yang mengongkong kita.

"BERUSAHA UNTUK MENJADI LEBIH BAIK ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TIDAK BERUSAHA LANGSUNG MENJADI LEBIH BAIK."

Wasalam,salam rindu buat kalian yang sudi meluangkan masa..


Saturday, August 11, 2012

Kembali Kepada Fitrah ALLAH S.W.T...


Assalamualaikum w.b.t...
Buat sahibah FLAGYL sekalian,m0ga ukhwah yang dibina mendapat redha ALLAH...

Syukur,alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk mengarang sesuatu buat tatapan semua...
Moga memberi panduan buat kita bagi meneruskan perjuangan dalam menegakkan Islam.
Islam yang bukan sekadar nama agama semata-mata,tetapi Islam yang dititikberatkan sebagai pegangan dalam mentarbiah diri dan menjadi panduan dalam kehidupan kita.
Kerana Islam itu meliputi semua perkara...Islam,agama kita yang syumul..

Ya ALLAH,
Moga Kau permudahkan urusan kami dalam memegang amanat sebagai khalifahMU...
Moga Kau bimbing kami di saat kami tergelincir dek nikmat syurga duniaMU...
Kami,hambaMU yang alpa dan mudah lupa..
Moga Kau bersama-sama kami...

Mari kembali pada fitrah ALLAH...

" Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (ALLAH); tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. Itulah agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. "(Ar Rum: 30 )

Semuanya telah ALLAH tetapkan dan kita sebagai hamba perlu sedar dan mensyukuri setiap yang ALLAH telah jadikan.

Kerana ALLAH itu sifatnya Maha Mengetahui.


Oleh itu sahabat, mari bersama kembali pada fitrah ALLAH S.W.T...antara tips yang perlu kita laksanakan...

1.   sinGGah RumAH ALLAH SEMASa berMUSafiR

2.   sEbut ‘astaghfirullah’ 
(AKu mEM0HoN AMpUN kEpADa ALLAH) 
WAlaupUN seKAli dALAM seHARI


3.   CIum TANgan AYAh + iBu seTIAP HARi dAN MINit mereka d0AKAn kITA


4.   BERsahabAt DENgan ikHLAS kerANa ALLAH S.W.T


5.   mULakan LANgkaH YANG PERtamA DENgaN ‘Bismillah’


Ayuh praktikkan...m0ga ALLAH redha dan sayang kita semua...

Uhibbukifillah abadan abada!!!



p/s: credit to akak naqibah@sufi humairah


Friday, August 10, 2012

HuSnuZon~

Bismillahirrahmanirrahim.......

ASSALAMUALAIKUM WBT.......

Subhanallah walhamdulillah walaailahaillallah wallahuakbar...................ALLAH... <3

Setinggi kesyukuran di panjatkan kepada yg Maha Agung, yang telah menciptakan makhluk-makhluknya, tidak mengantuk dan tidak tidur.......... Subhanallah...

Tika ini, kita telah berada di fasa terakhir dalam Bulan RAMADHAN al-Mubaraq 1433H.......
Semoga amalan semakin meningkat, dan tarbiyyah sentiasa berjalan... InsyaALLAH.........

Juga....... Semoga kita menjadi GRADUAN yang MUMTAZ....InsyaALLAH...!!!

Dalam berukhwah, pasti kadang hati teruji.....
Kadang sahabat tidak sehaluan...
Kadang sahabat gagal memahami diri....

Namun, wajarkah menyalahkan mereka atas kekurangan diri mereka, diri kita terasa???

Usahlah hanya kerana SATU  KEBURUKAN, tertutup  10 KEBAIKAN sahabat kita....

Mereka juga manusia biasa, yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan...Sama macam kita....

Kerana asas kekuatan ISLAM adalah kesepaduan persaudaraan antara umatnya....

Jadi langkah terbaik dalam berukhwah adalah HUSNUZON-lah pada sesiapa sahaja di sekeliling kita....kerana ISLAM itu kan bersaudara...
Husnuzon lah pada ALLAH SWT yang telah menciptakan kita......
Yakinlah, setiap yang berlaku PASTI ada hikmah yang tersirat disebaliknya...................wallahualam

Ketahuilah, MUJAHADAH itu sukar, tetapi ia amatlah indah bagi yang melaluinya  ......  Subhanallah....~


< Memuhasabah diri >


Salam 21 Ramadhan 1433H.....

Semoga ALLAH redha n sentiasa dalam lindungan dan rahmat-NYA.....insyaALLAH..... barakallahufikum....


Ukhwah Fillah Abadan Abada.....~

::: Husnuzon = bersangka baik.

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan..

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang sangat saya sayangi..=)


Sedar tak sedar sudah 6 ramadhan berlalu. Lama juga rupanya saya tidak membersihkan sesawang ini. Al-maklumlah, kadang-kadang masa sangatlah mencemburui kehidupan saya buat masa sekarang. Kawan-kawan sesawang pun sibuk dengan agenda tersendiri. Bukan senang dapat biarkan sekali sekala tangan ini menari riang di atas papan board. Kadang-kadang tangan ni keras, diam membisu. Penat sebenarnya, ditambah dengan beban kerja yang sangat menekan emosi serta fizikal. Bagi mereka yang bekerja, tentulah sangat memahami bukan?!


Sempena ramadhan, orang sibuk duk melayangkan jari jemarinya di board untuk bercerita tentang ramadhan. Dikongsikan sesuatu di dalam sesawang untuk menambahkan ilmu para pembaca. Credit diucapkan! Anda adalah salah satu mereka yang sangat menitikberatkan pengetahuan orang sekeliling anda agar tidak terkurang amalannya!. Moga Allah terima sebagai amal soleh, insya Allah.


Seperti biasa, juadah di bazar ramadhan sangat sinonim dengan kita. Sangat menyelerakan! Berbagai pilihan yang boleh dibuat. Dengan cara? Tunjuk, bayar dan bawak balik..hahaha. Wahai pembeli juadah di bazar ramadhan yang setia, bulan puasa ini mendidik jiwa untuk menahan segala nafsu. Tak salah untuk membeli, tapi apa yang salahnya bila berbeli luar biasa hidangannya. Bila terlebih dan tidak termakan, jatuhlah hukum membazir. RUGI!!!! Meh share dengan saya, kita makan bersama!huhuhu


Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya tak banyak, tapi harap ada manfaatnya.
........Janganlah membazir, kita bukan orang kaya. Kalau kita orang kaya pun, jangan lupa kepada yang kurang berkemampuan.
........Bersedekah, untuk tambah amalan kita yang terlopong terutama perempuan. Anda sendiri tahu sebabnya.
........Banyakkan mengaji al quran.
........Harap-harap, bulan puasa ini merupakan asbab untuk dekatkan diri dengan Allah.
........Moga dibukakan pintu hati untuk menerima taufiq dan hidayahNya, 
insya Allah.
........Banyakkan berzikir. Dengan berzikir, hati menjadi lebih tenang.


p/s: stomach pain! sayang kamu semua! wasalam!!!!!!!







Wednesday, May 16, 2012

Jangan Menyalahkan Takdir

Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah..
"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.
Gedebuk!
Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.
Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.
Ah anak kecil ini.
Dahulu kita juga sepertinya...


Sahabat,
Dahulu, Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Tapi,Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.
Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.
Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)




Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah. Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..




Sahabat,
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang sahabat,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.




Sahabat,
Allah sungguh kasih kepada kita. Tapi berbalaskah kasih itu?
Jangan Menyalahkan Takdir
Ada orang, yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.



Sahabat,
Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.
Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.
orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.
Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.
Begitukah?
Mari kita baca satu cerita :
Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.
Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?
Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?


Nak dengar cerita lagi?
Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."
Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.
Sabda baginda:

"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."


Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.
Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata "Ala,dah takdir.."
Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.



Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd :11)


Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.
Jernihkan fikrah kita. Islam itu amaaaatttt Indah.

Berusaha!
Fighting!
Tatkala hujan yang lebat itu telah pergi,
Pelangi memuncul diri,
Dan manusia,
Terus merungut mengenangkan hujan yang telah pun berlalu..

credit to: T_T