Thursday, March 29, 2012

Sajak Hari Lahir buat SaHaBaT



Antara perkara yang paling terindah dalam hidupku..
Adalah bila aku cuba mengenali dirimu..
Bila aku cuba untuk memahami kamu..
Bila aku cuba untuk merindui kamu..

Kalau bukan kerana hubungan ini..
Aku tidak akan menjadi sebagaimana aku hari ini..
Aku tidak mampu berdiri sebagaimana aku hari ini..
Mungkin juga aku tidak setabah hari ini..
Moga semua ini menjadi saksi..
Bila kita disana nanti..

Semoga sahabat..
Kita sentiasa berada dalam rahmatNya..
Semoga kau kekal sabar bersamaku..
Semoga aku juga kekal sabar disisimu..
Hingga ke syurga..
Berpimpin tangan..
Bersenda gurau..
Tawa gembira..
Menyambut salam dariNya..
Insya Allah..

Dedikasi khas buat Siti Mardhiah..=))