Showing posts with label m0tivasi. Show all posts
Showing posts with label m0tivasi. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

DAKWAH TARBIAH VS AKADEMIK...~

Assalamualaikum w.b.t…

Sekadar perkongsian dari sahabat tercinta untuk semua…m0ga memberi inspirasi dan mentarbiah diri…~



Maha suci ALLAH kerana memberi kelapangan masa buat hambaMu yang dhaief ini agar MEMBERI di medan maya ini, juga atas segala ni'mat yang telah Engkau berikan kepada kami, hamba-hambamu, sama ada yang taat atau yang engkar akan perintahmu.

Segala puji ALLAH juga kerana telah memberikanku ilmu-ilmu untuk dikongsi bersama kalian. M0ga ilmu-ilmu yang dikongsikan di sini menjadi aset di akhirat kelak, aset yang akan digunakan untuk membayar d0sa-d0sa  yang bertimbun akibat alpa, leka, lagha akan matlamat hidup di dunia ini.


matlamat hidup yang sebenar???


Selawat , salam serta kasih sayang buat junjungan kita, Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam yang berpenat lelah, malah berkorban segala-galanya untuk menyampaikan dakwah beliau kepada setiap individu di muka bumi ALLAH ini. Maka, lihatlah natijah usaha keringat baginda pada hari ini. 

Kita adalah sebagai seorang muslimah@muslimat.. Antara berbillion manusia di bumi ini, ALLAH telah memilih kita antaranya untuk menjadi seorang muslimah/muslimat. Darah baginda yang mengalir di bumi Th0if sebagai bukti kasih dan sayangnya Rasulullah kepada kita.






Maka bersyukurlah wahai kalian yang bergelar muslim. ALLAH telah memilih kamu sebagai pendukung agama ALLAH. Tidak dapat tidak, kita mesti melaksanakan perintah ALLAH ini. ALLAH telah berjanji bahawa agamaNya tidak akan luput selama-lamanya. Akan tetapi, sekiranya kita lagha daripada melaksanakan tanggungjawab da'wah ini, maka ALLAH akan melenyapkan kita, menghilangkan status kita sebagai daie di jalan ALLAH dan menggantikan diri kita ini dengan kaum yang lebih baik.

Nauzubillahi min zaalik...






ALLAH tidak pernah memerlukan kita untuk menyebarkan agamaNya, akan tetapi diri kita ini amat memerlukan kerja sebagai pendakwah Islam, men0l0ng agama ALLAH kerana pekerjaan inilah yang akan menyelamatkan kita di hari Qiamat nanti.

Salam barakah dan ukhuwah juga buat ahli keluarga baginda, yang meny0k0ng baginda dengan sepenuh hati, jiwa, dan raga malah turut berk0rban untuk membantu baginda dalam menyampaikan ISLAM.






Saidatina Khadijah pernah berkata kepada suami beliau yang tersayang,


"Wahai suamiku, ambillah segala-galanya milikku untuk agamamu. Dan setelah aku mati, ambillah tulang-tulangku sekiranya ia masih diperlukan untuk dakwahmu."



Subhanallah, lihatlah betapa peng0rbanan Saidatina Khadijah untuk Islam.

Saya pun masih berkira-kira, besar manakah pengorbanan saya untuk Islam. Sikit. Masih amat sedikit saya kira. "Ya ALLAH masukkanlah aku ke dalam g0l0ngan terakhir ini, g0l0ngan yang sentiasa mendukung agamaMu, yang bermati-matian hanyalah untukMu."







"AKADEMIK MEMANG NOMBOR SATU,TAPI BUKAN 

TARBIYYAH DAN DAKWAH"



p/s dari sahabat:

Hajat di hati pesanan ini ditujukan utk ingatkan diri sendiri dan 0rang lain,ana hanyalah pengusaha,yang memberi hidayah adalah Allah.Wahai insan,pandanglah setiap insan yang berdiri di sisimu dgn penuh keimanan.Sampaikanlah kebenaran walaupun ianya pahit.Kita adalah pejuang yang akan meneruskan dakwah Rasulullah tercinta.Penat lelah Baginda amat3x ana hargai dgn sepenuh jiwa dan raga..M0ga masih ada rasa cinta di hati insan yang membaca ini..

Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...~


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... 

Assalamualaikum w.b.t...

Segala pujian buat ALLAH s.w.t. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Salam ramadhan buat semua. Moga ramadhan kali ini memberi seribu erti buat kita semua. Moga kita bersama-sama dapat menyemarakkan bulan Ramadhan.


1.  Abu Hurairah menyatakan :

Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

 (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2.  Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

(Hadis riwayat Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3.  Abu Hurairah telah berkata :

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

4.  Daripada Abu Hurairah telah berkata:

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

(Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)



5.  Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

(Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Saturday, June 25, 2011

Fikirkan sejenak...~

Assalamualaikum w.b.t.
Sekadar sebuah c0retan bagi menilai diri…fikir-fikirkanlah biarpun hanya sejenak…

Kita biasa dan sering memerhatikan semut dan sedikit jalan hidupnya; gemar menghurung benda manis, kuat bekerjasama, saling berganding bahu dan tenaga dan pastinya sangat taat demi Sang Ratu.

Namun, tidakkah kita akan rasa pelik andai suatu hari kita melihat semut sudah tidak lagi menggemari gula, tetapi mula menggilai pedasnya cili, masamnya jeruk, dan pahitnya petai? Pelik dan kita pasti menyangka si semut itu bakal mati ataupun ia bukan spesies semut sebenar, tetapi kacukan dengan serangga lain, atau semut sedang mencuba sesuatu yang baru?

Itu tafsiran kita pada si semut yang menyalahi fitrahnya ; sukakan benda manis seperti gula dan yang sama waktu dengannya. Tetapi apa pula tafsiran si semut, andainya mengetahui, manusia sudah menyalahi fitrah ciptaannya.

Manusia hari ini se0lah-0lah merekalah pencipta alam semesta, enggan memenuhi k0tak fikiran dengan akal , sudah kering hati dek ketiadaan suburnya iman dan hampir menyamai cara kehidupan makhluk bernafsu tanpa akal.Manusia yang kian s0mb0ng pada Tuhannya.

Alangkah peliknya, se0rang hamba kepada Tuhan Maha Memiliki, sudah pandai –pandai mengubah yang hak kepada batil dan batil kepada hak mengikut kehendak hatinya. Tidak malukah kita pada Sang Pencipta? Kita hanya hamba. Siapa kita di sisiNYA sehingga sewenang-wenangnya kita mengubah arahan dan perintahNYA yang kita rasa tidak sesuai dengan nafsu dan sejajar dengan kem0denan dunia? Hambakah kita? Sedangkan semut begitu taat pada Ratunya,tetapi kita? Masih adakah rasa ‘hamba’ dalam diri setiap dari kita? Astaghfirullah…

Wahai sekalian yang beriman, janganlah kalian menuruti langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan keji dan mungkar. Sekiranya tidak kerana kurnia ALLAH dan rahmatNYA kepada kalian, nescaya tidak se0rang pun dari kalian suci (dari perbuatan keji dan mungkar)selama-lamanya, tetapi ALLAH mensucikan sesiapa yang dikehendakiNYA. Dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
                                                                        (an-Nur : 21)

Namun, kita jugalah yang enggan mempedulikan tuntutanNYA. Seakan-akan terlupa dengan amaran ALLAH:

“Mengapa kamu menyuruh manusia lain mengerjakan kebaikan, sedangkan kamu melupakan dirimu (kewajipan) sendiri,padahal kamu membaca al-Kitab. Mengapa tidak kamu berfikir?”
(Al-Baqarah : 44)

            Saban hari, manusia meneruskan jalan hidupnya, tanpa mempedulikan masa lalu dan masa yang telah berlalu. Muhasabah diri kita setiap hari. Fikir sejenak silap-silap yang telah kita tinggalkan selagi nur taubat masih b0leh kita usahakan agar ranting keimanan memesrai jiwa kusam kita.

            Sang semut barangkali lebih taat menuruti ketetapan yang ALLAH tentukan untukNYA, kerana sang semut tahu, segala yang diberikan ALLAH adalah yang terbaik dan nanti akan dipers0alkan. Barangkali sang semut mengimani bahawa pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun telah dilipat, dan semua perkara telah habis ditetapkan hinggakan semut tidak sesekali menyalahi fitrahnya, sekalipun ia tidak berakal.

            Pers0alannya, mengapa kita tidak sebegitu?



Monday, June 13, 2011

luahan se0rang hamba...~



Assalamualaikum....

Syukur, alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menitipkan sebuah c0retan...

m0ga bermanfaat untuk semua...~


Dugaan…
Kata 0rang,setiap dugaan yang datang mengajar kita untuk sabar…
Kata 0rang,setiap dugaan yang berlaku ada hikmahnya…
Kata 0rang,setiap dugaan akan membuatkan kita untuk jadi lebih kuat…
Paling penting,
setiap dugaan yang ALLAH bagi tu tanda DIA sayang pada hambaNYA…
hanya ALLAH  yang  Maha Mengetahui..

Setiap manusia mengalaminya,bezanya adalah jenis dugaan yang dilalui dan cara kita untuk menyelesaikannya..
Hanya yang terpilih sahaja akan mengalaminya…
Sesungguhnya,amat bertuah bagi mereka yang diberi ujian…
ALLAH teramat kasihkan mereka…

Kenapa ALLAH hadiahkan kita dengan dugaan???

ALLAH tahu sejauh mana kekuatan hambaNYA…
ALLAH ingin menguji seteguh mana iman kita..
ALLAH ingin melihat kita selalu bermuhasabah…
ALLAH ingin mendengar setiap perm0h0nan hambaNYA…
ALLAH rindu mendengar d0a kita…
ALLAH rindu mendengar rintihan kita…
ALLAH rindu bertemu kita waktu sepertiga malam…


Pernah kita terfikir???
Apa akan jadi kalau kita diberi kemanisan yang berterusan???
Adakah kita akan menjadi manusia yang pandai atau tahu untuk bersyukur???
Adakah kita akan istiqamah untuk terus berd0a???
Adakah kita percaya setiap kejayaan yang kita miliki itu segalanya atas usaha kita semata-mata???
Adakah kita akan belajar untuk muhasabah di atas setiap kekhilafan diri kita???


Kadang-kadang,kita akan merasa sangat sedih dan tertekan…
Sampai kita berfikir..
Kenapa ALLAH bagi semua ni???
Apa salah aku???
Kita akan berterusan merungut…
Menyalahkan takdir…
Se0lah-0lah kita menjadi manusia yang tidak tahu untuk bersyukur…
Hanya tahu menyalah kan 0rang lain….
Tidak  pernah tahu untuk muhasabah diri…
Kita seakan-akan tidak memiliki iman dalam diri…

Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ?
Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara?
Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.
Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Firman Allah SWT :

"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."  
                                                                                                                        

Jalan yang terbaik adalah dengan beristighfar
Redha dengan setiap ketentuan yang ALLAH tetapkan untuk kita…
Itu  adalah qada’ dan qadar’ dari ALLAH…
Sesungguhnya ALLAH memberi ujian setanding dengan keupayaan kita…
Dekatkan diri dengan Al-Qur’an..
Fahami dan cuba untuk menghayati setiap ayat yang terkandung di dalam nya…
Justeru,berd0alah m0ga diberi kekuatan dan ketabahan…
Sesungguhnya d0a itu adalah senjata bagi 0rang mukmin….
ALLAH cukup sayang dengan manusia yang rajin berd0a kepadaNYA…

Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu".

Mengadulah hanya pada ALLAH…

Ucapkanlah  " Hasbunallah Wanikmal Wakil "  - 

 Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.




bantulah aku Ya ALLAH...~