| YANG SALAH | YANG BETUL |
| Jodoh tidak perlu dicari. | Allah menyuruh manusia berusaha. |
| Perempuan hanya perlu menunggu. | Sayadatina Siti Khatijah meminang Rasulullah s.a.w. |
| Alang2 sudah terlajak,teruskan sahaja kerana tak mungkin lagi menemui lelaki/perempuan yang baik. | Allah sentiasa membuka taubat kepada hambaNya. |
| Perempuan tidak banyak pilihan,sebaliknya lelaki banyak pilihan. | Perempuan berhak memilih. |
| Pasangan yang banyak perbezaan tidak akan kekal dalam perhubungan. | Perbezaan menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi. |
| Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan ber ‘SMS’ dan berjumpa. | Selagi belum berkahwin,syariat membataskan hubungan antara pasangan.Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber ‘SMS’ sehingga melalaikan. |
| Janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki berkata kepada teman ‘I takde harta ,tp I ada cinta. | Lelaki demikian sebenarnya tak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras untuk mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan. |
a.k.a METRONIDAZOLE~ adalah salah satu daripada kumpulan antibiotik yang bertindak menentang bacteria dan parasit dalam tubuh badan yang berpenyakit.Manakala iman dalam diri kita bertindak sebagai perisai kehidupan..selagi kita masih meletakkan iman dalam hati,kita tidak akan melakukan perkara yang di luar batasan...di situlah kekuatan sebagai seorang yang bergelar MUSLIM...~
Showing posts with label picisan. Show all posts
Showing posts with label picisan. Show all posts
Wednesday, April 11, 2012
Perspektif jodoh
Saturday, November 19, 2011
sahabat...
Sahabat.. Aku mencintaimu kerana Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabatku yang sangat aku cintai.. Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.
Sahabat.. Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misi yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!
Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.
Sahabat… Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan ini. Aku yakin,kerana kau sahabatku.
Sahabatku yang dikasihi.. Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerana kita saudara yang saling mencintai kerna Nya…
Sungguh aku bersama mu…
p/s:Dari adik2 halaqah SMAKL..LOVE SMAKL..=) Moga ALLAH sayang kalian... Moga ALLAH sayang Siti Zulaika... Moga ALLAH sayang pembaca ini...
Sunday, June 12, 2011
Monolog Hati
Hati itu bermonolog dalam resah
Cereka dunia kelihatan indahAdakah mampu ia mengusir gundah?
Berkelana ia mencari arah
Hati itu kelihatannya cedera parah
Menangisi setiap ujian dan mehnah
Bagaikan tak mampu ia meneruskan langkah
Terasa sarat dengan segala musibah
Hati iu bermonolog lagi
Seterusnya apakah yang akan terjadi
Perlukah aku terus begini
Hanya tahu merintih tanpa menginsafi
Hikmah di sebalik kejadian ini
Lantas hati itu cuba bermuhasabah
Di setiap ujian dan musibah
Di tilik satu persatu tanpa lelah
Mulai yakin pasti ada hikmah dan sebab yang munasabah
Hati itu cuba merawat
Setiap yang luka diletaknya ubat
Meski sakit yang amat sangat
Melawan nafsu yang cuba berdebat
Hati bangkit bersulam mujahadah
Iman mengiringi mengorak langkah
Pada Allah dia berserah
Mohon kekuatan dalam mengharungi mehnah
Ralit hati dalam tarbiyyah
Tersenyum ia dengan rasa indah
Tak dapat digambarkan dengan madah
Betapa bahagianya mencintai Ilah

![]() |
| bagaimana keadaan hati anda? sakitkah atau sihatkah? |
Subscribe to:
Posts (Atom)


