Sunday, April 8, 2012

4 Kunci Ketenangan

Bismillahirrahmanirahim..Assalamualaikum w.b.t

Kita ada Dia
Untuk kita mengadu..
Cuma kadang-kadang kita tersasar..

Setiap yang Allah takdirkan di dunia ini semuanya berhikmah dan terbaik.

Saya yakin ini.

Cumanya, kadang-kadang, iman teruji. Keikhlasan diragui. Adanya bersangka-sangka.

Tahu, ianya salah! Tahu, ianya tak patut.

Sebab itu, akhirnya air mata sendiri yang mengalir hasil pergolakan emosi dalaman.

Baguslah dan sememangnya ada baiknya.

Allah nak diri tertanya-tanya apa itu kunci ketenangan.

Dan jawapannya adalah empat kata kunci ini:

1. "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang."

2. "Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya."

3. "Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa."

4. "Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."


Allah,Engkau Maha Mengetahui setiap masalah hambaMu..
Moga rahmat Engkau sentiasa bersamaku..

sumber: artikal iLuvIslam

Wednesday, April 4, 2012

Kekuatan ukhuwwah..

Assalamualaikum..
Hari ini ana kongsikan bersama antum mengenai kekuatan ukhwah..
Moga antum semua beroleh manfaat darinya, insya Allah..=)


Sebagaimana yang antum ketahui, ukhuwah Islamiah (Persaudaraan Islam) adalah satu dari tiga unsur kekuatan yang menjadi karakteristik masyarakat Islam di zaman Rasulullah saw iaitu :


1. Kekuatan iman dan aqidah.
2. Kekuatan ukhuwah dan ikatan hati.
3. Kekuatan kepimpinan dan persenjataan.


Dengan ketiga-tiga kekuatan ini, Rasulullah telah dapat membangunkan masyarakat yang ideal iaitu :


1. Membangun masyarakat yang ideal.
2. Memperluaskan dakwah Islamiyah.
3. Mengangkat tinggi bendera tauhid.
4. Mewujudkan umat yang baru iaitu umat Islam di atas muka bumi kurang dari setengah abad.


Rasulullah saw bersabda :
"Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin lainnya dalam kelembutan dan kasih sayang, bagaikan satu tubuh. Jika ada bahagian tubuh yang merasa sakit, maka seluruh bahagian tubuh lainnya turut merasakannya. " (HR Imam Muslim). Ukhuwah juga mampu membangun umat yang kukuh. Ia adalah bangunan maknawi yang mampu menyatukan masyarakat manapun. Ia lebih kuat dari bangunan material yang suatu ketika boleh sahaja hancur diterpa oleh badai atau ditelan masa sedangkan bangunan ukhuwah Islamiah akan tetap kukuh.


Ukhuwah tidak boleh dibeli dengan wang atau sekadar kata-kata tetapi ia hanya diperolehi dari :


1. Penyatuan antara jiwa dan jiwa.
2. Ikatan hati dan hati.


Justeru ukhuwah merupakan karakteristik istimewa dari seorang mukmin yang soleh.


Rasulullah saw bersabda : "Seorang mukmin itu mengikat dan diikat (hidup rukun). Tidak ada kebaikan bagi yang tidak mengikat dan tidak diikat (tidak hidup secara rukun dan harmoni)." Di sisi lain, Ukhuwah Islamiah ini diikat oleh iman dan taqwa manakala iman juga diikat dengan ukhuwah.


Mereka yang bersaudara bukan kerana IMAN, ibarat persaudaraan yang dusta dan tidak memiliki akar dan buah.


Antum yang ana sayangi, moga kita dapat aplikasikan semua ni dalam kehidupan harian kita as a muslim, insya Allah..Banyak lagi, tapi cukup untuk hari ini..
Mohon doanya kawan-kawan..=)
Wasalam..
May Allah bless and forgive us..


http://shahalam.ikram.org.my