Assalamualaikum..
Hari ini ana kongsikan bersama antum mengenai kekuatan ukhwah..
Moga antum semua beroleh manfaat darinya, insya Allah..=)
Sebagaimana yang antum ketahui, ukhuwah Islamiah (Persaudaraan Islam) adalah satu dari tiga unsur kekuatan yang menjadi karakteristik masyarakat Islam di zaman Rasulullah saw iaitu :
1. Kekuatan iman dan aqidah.
2. Kekuatan ukhuwah dan ikatan hati.
3. Kekuatan kepimpinan dan persenjataan.
Dengan ketiga-tiga kekuatan ini, Rasulullah telah dapat membangunkan masyarakat yang ideal iaitu :
1. Membangun masyarakat yang ideal.
2. Memperluaskan dakwah Islamiyah.
3. Mengangkat tinggi bendera tauhid.
4. Mewujudkan umat yang baru iaitu umat Islam di atas muka bumi kurang dari setengah abad.
Rasulullah saw bersabda :
"Perumpamaan seorang mukmin dengan mukmin lainnya dalam kelembutan dan kasih sayang, bagaikan satu tubuh. Jika ada bahagian tubuh yang merasa sakit, maka seluruh bahagian tubuh lainnya turut merasakannya. " (HR Imam Muslim). Ukhuwah juga mampu membangun umat yang kukuh. Ia adalah bangunan maknawi yang mampu menyatukan masyarakat manapun. Ia lebih kuat dari bangunan material yang suatu ketika boleh sahaja hancur diterpa oleh badai atau ditelan masa sedangkan bangunan ukhuwah Islamiah akan tetap kukuh.
Ukhuwah tidak boleh dibeli dengan wang atau sekadar kata-kata tetapi ia hanya diperolehi dari :
1. Penyatuan antara jiwa dan jiwa.
2. Ikatan hati dan hati.
Justeru ukhuwah merupakan karakteristik istimewa dari seorang mukmin yang soleh.
Rasulullah saw bersabda : "Seorang mukmin itu mengikat dan diikat (hidup rukun). Tidak ada kebaikan bagi yang tidak mengikat dan tidak diikat (tidak hidup secara rukun dan harmoni)." Di sisi lain, Ukhuwah Islamiah ini diikat oleh iman dan taqwa manakala iman juga diikat dengan ukhuwah.
Mereka yang bersaudara bukan kerana IMAN, ibarat persaudaraan yang dusta dan tidak memiliki akar dan buah.
Antum yang ana sayangi, moga kita dapat aplikasikan semua ni dalam kehidupan harian kita as a muslim, insya Allah..Banyak lagi, tapi cukup untuk hari ini..
Mohon doanya kawan-kawan..=)
Wasalam..
May Allah bless and forgive us..
http://shahalam.ikram.org.my
a.k.a METRONIDAZOLE~ adalah salah satu daripada kumpulan antibiotik yang bertindak menentang bacteria dan parasit dalam tubuh badan yang berpenyakit.Manakala iman dalam diri kita bertindak sebagai perisai kehidupan..selagi kita masih meletakkan iman dalam hati,kita tidak akan melakukan perkara yang di luar batasan...di situlah kekuatan sebagai seorang yang bergelar MUSLIM...~
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012
Monday, April 2, 2012
~Kita semua agen dakwah by Dr Asri~
Assalamualaikum..
Jazakallah bagi kalian yang sentiasa memberi sokongan pada blog ini..
Moga Allah payungi kalian di bawah lembayung rahmatNya..
Insya Allah..
Temanku..
Berjanji pada diri ini agar dirimu berjuang di medan ini..
Membawa kemanisan iman, cinta dan jihad yang abadi, lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan agama Ilahi..
Biar dirimu mati dalam perjuangan kerana kau Islam sejati..
Biar rebah jasadmu kerana kau syahid insani..
Biar puas sanubari kerana cintamu telah terbukti..
Dan kau masih berdiri memandang setiap ummah walaupun langkah nafasmu kadang kala lemah..
Menanti setiap seru pejuang Allah mengikat ukhuwwah..
Lantas membawa pulang FISABILILLAH..
Insya Allah..
Monday, August 15, 2011
berjalanlah tanpa henti
Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikkan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."
(Surah Al-Baqarah:286)

Sunday, July 10, 2011
Sinar harapan tetap ada dihujungnya..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum,
Khas buat kalian yang tidak jemu-jemu mendokong penulisan di sesawang ini,
Alhamdulillah dengan nikmat kurnianya, kita masih diberi peluang untuk bernafas.
Salam kasih dan sayang buat junjugan Baginda s.a.w. Salam rindu buat keluarga baginda serta sahabat-sahabat Baginda yang sentiasa membantu dalam dakwah perjuangan hidup Baginda. Moga ini semua dapat menjadi saksi buat saya dan antum semua. Insya Allah.
Berbicara soal iman, bagaimana dengan iman kalian saat ini?
Masih teguh berdiri atau sudah digoyangkan dengan arus dunia?
Ya, begitulah kita yang digelar manusia. Hidup ibarat roda. Sebentar diatas, sebentar dibawah.
Manusia itu perlu kepada peringatan walau setinggi manapun ilmu yang bertapak didadanya hatta mereka yang tahu tentang agama.
Masih perlu kepada peringatan.
Suatu pagi.
"Ija, kalau dah bertudung itu, teruskanlah bertudung. Lebih sopan nampaknya. Apabila kita bertudung tingkah laku kita akan jadi terjaga secara semulajadi. Pucuk dicita ulam yang mendatang. Daripada perangai nak kata lelaki bukan lelaki, nak kata perempuan memang perempuan lama-lama akan berubah. Cuba la untuk bertudung ye" Kata-kata Puan Aisyah menjengah masuk di telinga aku.
Dipanggil lagi nama-nama mereka yang masih belum mengenakan tudung di kepala. Satu demi satu. Mereka tunduk membisu. Barangkali berfikir.
"Apa salahnya kalau awak semua berhijrah. Balik rumah pakai tudung. Bagi hadiah perubahan yang awak lakukan. Peduli apa orang nak kata, abaikan."
"Buang tabiat apa?!" kata salah seorang pelajar dengan nada bergurau.
"Buang tabiat? Eh, ini bukan buang tabiat, tapi ini adalah kenyataan. Awak semua dah setahun setengah di sini. Takkan tak ada satu perubahan yang awak nak buat dalam diri awak semua? Jadi saya harap tolong la bertudung, saya bercakap di sini selagi saya masih hidup. Selagi saya masih boleh berkata yang benar."
Tersentuh sebenarnya hati aku. Mereka semua ini kalau diubah, ada yang datang memimpin tangan mereka untuk bersama-sama mujahadah pasti lebih hebat dari yang biasa. Pasti seperti mutiara yang bersinar dengan kilaunnya yang tidak dapat digambarkan.
Seperti kisah Umar Al-Khattab r.a. Beliau memiliki perwatakan yang sangat digeruni ramai. Dia juga membunuh anak perempuanya sendiri hidup-hidup. Dia amat memusuhi Rasulullah s.a.w. Tapi suatu hari dia melalui dihadapan rumah adiknya dan terdengar beliau mengaji surah Taha. Lalu dia berasa amat marah dan hampir saja membunuhnya.
Umar meminta kertas yang dibaca oleh adiknya sebentar tadi lalu minta dibacakan. Umar terjelepuk jatuh dan air matanya jatuh berderaian. Terharu. Saat itu juga Allah telah mencampakkan iman dihatinya pada masa itu dan dia meminta orang yang mengajarkan adiknya mengaji untuk berjumpa dengan Baginda. Ucapan dua kalimah syahadah meluncur laju di bibir Umar. Baginda tersenyum riang.
Begitu juda dengan mereka yang ditegur ini. Meskipun ada yang tidak terkesan dengan kata-kata ini, masih ada yang sedikit diantara mereka tersentuh. Moga Allah mencampakkan iman di hati kami semua sebagaimana Allah mencampakkan iman di hati Umar. Moga Allah lembutkan hati kami semua sebagaimana Allah lembutkan hati Umar.
Dan saya percaya,
Sinar harapan tetap ada dihujungnya, semoga ia bersinar bercahaya sentiasa.
Kata-kata semangat dari Akhi Ali.
Moga Allah sayang antum.

Monday, July 4, 2011
~ ILMU YANG BERMANFAAT ~
Assalamualaikum wbt....
Syukur ke hadrat ALLAH SWT masih diberi peluang untuk merasai nikmatnya di atas muka bumi ini, juga masih diberi peluang mencari bekalan untuk ke akhirat-NYA, juga dapatku merasai manisnya ukhwah ini atas dasar keimanan kepada-NYA....Alhamdulillah......
Setiap degup jantungku ini adalah untuk-NYA....
Ilmuku ini, adalah dari-NYA.....semoga bermanfaat buat semua....
Alhamdulillahi Rabbilalamin,
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Kami bersyukur ke hadrat Mu yang telah
mencipta diri kami dari segumpal darah. Engkau Tuhan
Yang Maha Pemurah, yang memiliki ilmu pengetahuan. Engkau
wahai Tuhan yang mengajar kami sesuatu yang tidak diketahui dengan
perantaraan membaca serta menulis. Sesungguhnya Engkau Tuhan
Yang Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.
Subhanallah!
Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang telah melanjutkan usia kami
menjadi remaja yang berilmu, beriman dan berbakti. Sesungguhnya
zaman remaja banyak pancaroba. Apa lagi dalam menghadapi
kehidupan di zaman pembangunan dan kemajuan. Kehidupan dunia
global menyebabkan banyak perubahan dan pergolakan yang hebat
dan mencabar. Perubahan dan pergolakan yang mencabar itu hanya
dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan ilmu dan kemahiran yang
kita miliki. Justeru itu ia menuntut supaya kami mengamalkan budaya
ilmu untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Kami masih ingat lagi
di waktu kecil dahulu, ayah ibu serta guru sentiasa berpesan dan
menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi
orang yang pandai dan bijaksana. Kami belajar di rumah daripada
ibu, ayah serta keluarga. Manakala di sekolah, kami belajar pelbagai
ilmu daripada guru. Kami sentiasa menyayangi dan menghormati
mereka.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
Berikan pertunjuk dan hidayah Mu di hati kami. Pancarilah nur ilmu
pengetahuan Mu dalam sanubari kami, tanamkanlah kesedaran dan
keinsafan ke jiwa kami betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam
kehidupan ini. Sesungguhnya tanpa anugerah ‘nur’ ilmu pengetahuan
dari Mu, nescaya hiduplah kami dalam kegelapan. Hidup kami
sentiasa dalam kejahilan dan kepapaan. Kami tidak dapat
membezakan yang baik dengan yang buruk dan yang halal dengan
yang haram. Alangkah zalimnya kami ketika itu. Akibat kejahilan
dalam agama, hidup kami bergelumang dengan dosa dan
kemungkaran. Bagaimanakah kami dapat menjadi insan yang baik
dan sentiasa mengharapkan keredaan Mu di samping merealisasikan
kemakmuran dan kesejahteraan di bumi Mu ya Allah!
Wahai Tuhan!
Kami sedar bahawa perjuangan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
Mu masih jauh lagi. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan,
namun kemampuan kami untuk memiliki ilmu pengetahuan Mu
sangat terbatas. Untuk mencapai semuanya itu kami tidak boleh leka
dan lalai, kerana zaman persekolahan kami berlalu begitu pantas.
Kini kami mengetahui hanya ilmu sahaja yang dapat membimbing
kami ke jalan yang benar dan selamat. Tanpa mengira lelaki atau
wanita, tua atau muda, Engkau telah mewajib kepada kami supaya
mempelajarinya selagi hayat di kandung badan. Kami menyedari bahawa pengiktirafan dan jaminanMu di dalam al-Quran terhadap kedudukan yang tinggi keatas orang yang berilmu pengetahuan
adalah ternyata tepat dan benar.
Dalam firman Mu Engkau menjelaskan bahawa Engkau akan
mengangkat darjat orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu
pengetahuan dengan beberapa kelebihan, sama ada semasa mereka
hidup di dunia dan di akhirat. Ketika kami meneliti dalam suatu
firman Mu yang lain, Engkau menjelaskan pula tentang perbandingan
orang yang berilmu pengetahuan adalah berbeza dengan orang yang
tidak berilmu. Buktinya jelas ternyata orang berilmu, kehidupannya
lebih baik daripada orang yang tidak berilmu. Apa lagi dalam
menghadapi kehidupan di zaman yang penuh cabaran dan pergolakan Tanpa ilmu, nescaya kami akan tenggelam lemas dalam gelora arus
lautan dan badai yang mengganas.
Wahai Tuhan!
Tambahkanlah ilmu pengetahuan Mu kepada kami supaya kami dapat
mengamal dan manfaatkannya dalam kehidupan ini. Semoga
keberkatan ilmu pengetahuan yang Engkau anugerah itu dapat
memandu kami ke jalan yang benar, di samping dapat kami mengajar,
mendidik dan membimbing anak-anak kami. Sesungguhnya ilmu
pengetahuan itu adalah milik Mu. Berbahagialah orang yang berjaya
memperolehi ilmu, kerana ia dipilih oleh Mu untuk menerima
pertunjuk dan kurniaan dari Mu kepada sesiapa yang dikehendaki.
Hanya dengan ilmu sahaja kami dapat memartabatkan diri, keluarga,
ummah dan negara. Sungguh malang sekali kerana ada sesetengah
di kalangan pelajar yang meremehkan ilmu dan tidak ada usaha untuk
mempelajari bagi meningkatkan ilmu, sebaliknya mereka lebih
mementingkan kesenangan dan kemewahan. Hidup mereka untuk
mengejar kebendaan. Sikap dan gelagat sebilangan kecil pelajar dan
anak muda hari ini tidak menyanjung ilmuwan amat
membimbangkan. Bagi mereka yang bersikap demikian, ilmu
merupakan ‘barang’ yang telah hilang daripada kehidupan mereka.
Kalau begini sikap dan bentuknya para pelajar dan remaja, tunggulah,
di suatu masa nanti umat Islam akan hilang kekuatan, hilang
kemuliaan, menjadi hamba dan melarat di tanah air sendiri, tenaga
mereka akan diperas, kuasa mereka akan ditindas, mereka hidup
dalam kehinaan dan kepapaan. Semua ini kerana mereka jahil dalam
melaksanakan kewajipan diri mereka terhadap Islam. Biarpun banyak
ilmu yang kami perolehi, namun keberkatannya tidak akan diperolehi
jika sekiranya kami tidak beramal dengannya. Apa lagi jika kami
menyalahgunakan ilmu tersebut untuk menipu dan mengkhianati
orang lain. Akhirnya ilmu tersebut akan menghilangkan diri dan
memudaratkan tuannya.
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
“Siapa yang berkehendakkan dunia, dia mestilah
mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan
akhirat, dia hendaklah mempunyai ilmu; siapa
yang berkehendakkan kedua-duanya maka
hendaklah ia mempunyai ilmu.”
( Riwayat Muslim )
Dalam kitab "Bidayatus Salikin", al-Imam Abdul Shomad al-Balibbani menerangkan :
Tujuh ciri-ciri ilmu yang bermanfaat adalah, apabila ilmu itu dipelajari maka, :
1- Semakin membuatkan kita takut kepada ALLAH SWT
2- Membuat kita semakin mampu melihat kesalahan dalam diri sendiri
3- Menyebabkan kita lebih gemar dan bersemangat dalam beribadah kepada ALLAH SWT
4- Membuat kegemaran kita kepada dunia semakin berkurangan
5- Membuat kita lebih gemar dan obses kepada kehidupan kehidupan akhirat
6- Ilmu tersebut membuka mata hati kita
7- Membuatkan kita dapat memahami berbagai macam tipu daya syaitan...
Mafhum firman Allah s.w.t. :
“Kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untuk
menuliskan kalimah-kalimah Allah, nescaya akan
kering seluruh lautan sebelum habis kalimah-kalimah Allah itu dituliskan sekalipun di tambah lagi
tinta sebagai air seluruh lautan itu pula.”
( Surah al-Kahfi : ayat 109 )
Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila seorang anak Adam telah mati, maka
terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara
yang dapat menghubungkan pahalanya, iaitu anak
yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang dimanfaatkan.”
( Riwayat Muslim )
Mafhum hadis Rasulullah s.a.w :
“Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiam diri
atas kebodohannya dan tidak wajar orang yang
berilmu berdiam diri dengan ilmunya.”
( Riwayat at-Tabrani )
Hadis Rasulullah s.a.w :
“Bacalah al-Quran, kerana dia akan datang pada
hari kiamat sebagai pembela kepada orang yang
mempelajari dan mentaatinya.”
( Riwayat Muslim )
"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.."
( HR Bukhari )
Dalam hadis yang lain lagi Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu
tidak akan sesat jika kamu berpegang dengan keduaduanya iaitu al-Quran dan sunahku.”
( Riwayat Ibnu Majah )
Bilakah masa anda berfikir? Mengapa mesti berfikir?
Berfikir secara rasional sangat dituntut dalam Islam. Banyak ayat
al-Quran yang menggesa manusia supaya berfikir. Apabila berfikir,
kita mestilah mempunyai matlamat semata-mata untuk mencapai
kebenaran serta mendapat keredaan Allah s.w.t. Oleh itu semasa
anda berfikir, rancanglah ia dengan rapi. Contohnya, dengan
memerhati beberapa fenomena yang berlaku di persekitaran untuk
diambil iktibar dan pengajaran sebaik mungkin. Sebaik-baiknya
berfikirlah sepanjang masa, apabila melihat, mendengar dan
mengambil keputusan atau tindakan terhadap sesuatu perkara. Apa
lagi semasa kita sedang belajar. Pelbagai masalah, ujian, dugaan
dan cabaran yang mesti ditempohi dan dialami. Setiap tindak tanduk
yang kita lakukan mestilah difikir terlebih dahulu supaya tidak timbul
keresahan dan penyesalan.
Mafhum firman Allah s.w.t :
“ … Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu
pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu
penge tahuan? Hanya orang yang mene r ima
peringatan ialah orang yang berakal.”
( Surah az-Zumar : ayat 9 )
Rasulullah s.a.w. telah mengajar umatnya supaya
sentiasa berdoa untuk menetapkan hati dan pegangan terhadap agama
Islam dan menjauhi diri dari kesesatan :
“Wahai Tuhan, tetapkanlah hati kami di atas agama
Mu dan ketaatan kepada Mu, tunjukkanlah kami
tentang kebenaran dan berilah kami habuan untuk
mengikutinya. Tu njukkanlah kami tentang
kebatilan dan berilah kami habuan untuk
menjauhinya.”
Dalam membicarakan kelebihan-kelebihan bidang ilmu pengetahuan
Imam asy-Syafie r.a. telah berkata :
“Siapa mempelajari al-Quran ilmunya menjadi
tinggi. Siapa mempelajari hadis, alasan pendapatnya
kuat. Siapa yang membicarakan ilmu Fiqh, ia akan
menjadi orang yang pintar. Siapa yang
memperhatikan budi pekertinya ia akan menjadi
orang yang baik dan jujur. Siapa yang banyak
berhitung dan mempelajari ilmu Hisab,
pemikirannya akan berkembang. Manakala siapa
yang tidak memelihara kehormatan dirinya, maka
ilmunya tidak akan berguna sama sekali.”
Saidina Ali k.w. telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya
mengenai ilmu :
“Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah
warisan para nabi, manakala harta pula warisan
Qarun dan Fir’aun. Ilmu boleh menjaga diri kamu,
sedangkan harta, kamu yang menjaganya. Orang
yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman,
sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
I l m u p e n g e t a h u a n i t u a k a n b e r t a m b a h j i k a
diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika
dibelanjakan. Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa
dihormati, sedangkan pemilik harta akan dikenali
sebagai si kedekut. Pemilik ilmu akan memberi
syafaat, pemilik harta akan dihisab. Biarpun masa
berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman,
tetapi harta itu semakin lama semakin usang, ilmu
pengetahuan dapat menyinari hati, tetapi harta mengeraskan hati.
Orang berilmu mengakui dirinya
sebagai hamba Allah, sedangkan orang berharta
mengakui dirinya pemilik.”
Dalam memperkatakan tentang kelebihan orang yang menuntut ilmu,
Muaz bin Jabal r.a. telah berkata :
“Pelajarilah ilmu, kerana mempelajarinya kerana
A l l a h s . w. t . a d a l a h t a n d a t a k u t ke p a d aNy a .
Menuntut ilmu adalah ibadat, mengingatinya
a d a l a h t a s b i h , me n y e l i d i k i n y a a d a l a h j i h a d ,
m e n g a j a r k a n n y a k e p a d a o r a n g y a n g b e l u m
mengetahui adalah sedekah, memberikan kepada
ahlinya adalah kebaktian sebab ilmu itu jalan untuk
ke syurga. Dialah teman ketika keseorangan dan
penghibur hati ketika kesepian. Dialah penunjuk
jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada
masa kesusahan. Dia menjadi senjata ketika
menghadapi musuh. Allah mengangkat martabat
kaum-kaum yang berilmu pengetahuan, sehingga
dijadikan pemimpin yang dapat diikuti oleh orang
ramai. Orang yang berilmu pengetahuan menjadi
model utama dalam melakukan amalan kebajikan.
Para malaikat serta makhluk di darat dan di air
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Ilmu
dapat menghidupkan hati dari kebodohan, menjadi
pelita ketika dalam kegelapan, dapat mengenal yang
halal dan yang haram. Ilmu sebagai penunjuk amal,
s e d a n g a m a l t e t a p m e n j a d i p e n g i k u t n y a .
Berbahagialah orang yang menerima ilham dari
ilmu dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu
pengetahuan.”
Mafhum firman Allah s.w.t. :
“ . . . M a k a b e r t a n y a k a n l a h p a r a a h l i i l m u
pengetahuan sekiranya kamu tidak mengerti.”
Surah an-Nahl : ayat 43
Maksud pepatah Melayu :
"Malu bertanya sesat jalan..."
Setelah nyawa terpisah dari badan dan meninggalkan dunia ini, setiap dari kita akan diminta mempertanggungjawabkan atas perkara itu.. BERSEDIAKAH UNTUK MENJAWABNYA????!
1- USIANYA, dimana dihabiskan?
2- MASA MUDANYA, digunakan untuk apa?
3- HARTANYA, dari mana ia diperolehi, apakah haram @ halal?
4- Juga dimana HARTANYA diperuntukkan?
5- ILMUNYA, apakah dipraktikkan dan diamalkan dari ilmunya itu?
( HR Tirmidzi )
Jadi, marilah sama2 kita mencari ilmu, pelajarinya, amalkannya dan sebarkannya untuk kepentingan UMMAH....wallahualam..wasalam...

Maksud hadis :
" Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mendengarkan ilmu atau orang yang cintakan ilmu dan janganlah kamu menjadi orang yang ke-lima, maka golongan yang ke-lima ini akan binasa.." ( HR Al-Baihaqi )

Saturday, July 2, 2011
GaDiss UngGul yAnG Sol3h4h
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatu..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasihani
Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada Allah yang memiliki Arsy Yang Agung kerana memberi kesempatan buat diri ini untuk memanjatkan kesyukuran PadaNya,
Alhamdulillah Ya Rabb.
Setelah hati ini bermuhasabah dalam mengenal apakah erti diri ini dijadikan, untuk siapa aku diciptakan dan siapa Pencipta yang terlalu indah itu. Ku mengenal diri didalam kekusutan dihiruk pikuk ujian hidup yang tersurat pada takdir.
Menangis bukan penyelesaian mujarab malah kebinasaan.
Alhamdulillah..
Siapakah yang tidak ingin menjadi gadis dan wanita unggul? bersama Sarah, isteri Nabi ibrahim,Fatimah binti Muhammad pemimpin wanita penghuni syurga, Nusaibah binti kaab al-anshariah, yang dijamin menjadi pendamping Nabi Muhammad disyurga?
Walaupun akhlak ini masih belum mampu sebarisan mereka wanita syumul namun aku masih ada waktu untuk melakukan sesuatu untuk menuruti mereka disyurga. Inilah usaha diri ini dan kamu semua iaitu MEMPERBETULKAN KETERAMPILAN YANG SOLEHAH yang mengimami firman Allah swt. Kita sudah mula berpegang pada tali Allah.
Namun, setibanya di majlis yang meriah dan gilang gemilang, kehadiran diri ini agak berlainan sambutannya. Pelbagai reaksi mengamit sekeliling. Seorang sahabat yang jua berbusana muslimah mendakap diri ini penuh erat sambil bebisik." Alhamdulillah, kamu bagaikan bidadari yang datang dari syurga. "
Seorang teman yang taasub dengan pakaian melayu ala-fesyen barat berjabat tangan dengan kerutan dahi beserta pandangan pejam celik, bertanya dengan suara himarnya,
" Aik, bertudung labuh ? Apahal ni? Buang tabiat ke hapa?"

Oh, dunia! Hati ini terusik bagai disiat duri-duri, tanganku sejuk mengeletar dan nafas pun semakin tidak tentu ritmanya. Apatah lagi telinga ini menangkap suaranya mengekek ketawa mengilai ditengah-tengah jemaah kelompok sejenisnya.
Hal ini sudah ku jangka pasti berlaku, kusabarkan hati ini demi sebaris denganmu wahai wanita syumul.
Aku sudah memilih untuk menjunjung akhirat. Aku sudah jelas azab yang ku akan terima andai aku ingkar kalimah Allah. Aku sedar ketika ini aku di uji. Yang mengejek dan bersuara himar tadi adalah hasutan iblis yang berusaha mengoncangkan iman aku. Aku tidak akan membiarkan hasutan dan suara himar ini merosakkan keimanan ku kerana ku percaya gadis mahupun wanita unggul yang solehah itu tetap berketerampilan yang menjunjung kalimah Allah sepenuh hatinya tanpa palitan rasa penyesalan hatta sebesar zarah pun.
Redhailah aku Ya Rabb dalam mencari keredhaanMu.

Katakanlah, "Sesungguhnya aku takut kepada azab hari yang besar jika aku derhaka kepada Tuhanku."
(surah Al-An'am:15)
Wednesday, June 8, 2011
Apakah Dia Kunci-Kunci Syurga Itu?
Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..
Alhamdulillah,hari ini masih diberi kesempatan waktu untuk menerokai dunia penulisan bersama sahabat ana. Moga dengan kurniaan ilmu yang dihujani oleh Allah ini dapat memberi manfaat kepada yang lainnya,insya Allah.
Selamat membaca khas buat kalian.
Untuk menjawab persoalan ini, mari kita ikuti satu kisah benar yang terjadi di antara seorang pemuda Muslim dan seorang paderi Katolik.
Kisah ini menyimpan banyak rahsia besar. Rahsia yang menyingkap apakah silibus yang diajar kepada setiap paderi Katolik di Vatikan. Dan apakah fungsi Al-Quran di dalam altar khas di Perpustakaan Vatikan.
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam.
Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.
Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.
Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya.
Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."
Kemudian dia beranjak hendak keluar.
Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.
Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"
Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!"
"Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?"
"Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?"
"Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!"
"Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Bismillah dia berkata,
-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..
-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman,"Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
-Lima yang tiada enamnya ialah solat lima waktu.
-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
-Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
-Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy Ar-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.
-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).
-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barangkami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.
Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil.
Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya.
Moga Allah redha,
Moga beroleh manfaat darinya,
Sayang antum fillah..Insya Allah
Ana share dari link wardatulshawqah.blogspot.com

Thursday, June 2, 2011
Sukan adalah Ibadah
Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Pada awalnya agak sukar untuk saya memahami konsep sukan adalah ibadah. Alhamdulillah,dengan memperuntukkan masa yang khusus, akhirnya saya dapat satu idea yang mudah untuk difahami,insya Allah.
Permainan adalah ibadah.
"Semua sudah sedia?"
"Sudah"
"Kita mahu menang atau kalah?"
"Menang!"
"Adakah kita nak tunjukkan kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Adakah kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Siapakah yang terhebat?"
"Kita!"
"Mesti main dengan baik?"
"Mesti!"
"Permainan kita adalah ibadah?"
"Ibadah!"
"Yang terbaik untuk siapa?"
"Islam!"
"Jadi kita mesti menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Vanguard!"
"Huh!"
MAIN JUGA ADALAH IBADAH.
"Mesti kau tak faham kan apa yang aku nak sampaikan?"
"Memang pun, Ika suka sampaikan separuh jalan,macam mana nak faham."
Senyum sebagai hadiah buat kamu sahabat. Bagaimana aku mahu kamu faham jika kamu sendiri belum berusaha untuk memahami apa yang aku sampaikan?Sengaja aku biarkan kamu mencari-cari maksud di setiap apa yang aku sampaikan, kerna aku ingin melatih kamu berfikir dan menyampaikan dengan gaya kefahaman kamu sendiri.
"Susahlah nak faham main adalah ibadah"
"Kalau senang, maka Rasulullah mesti tak lapar dalam hidup dia"
"Itu Rasulullah"
"Ya, itu Rasulullah, matahari kita"
"Matahari?"
Ya, matahari yang menerangi seluruh alam dari kegelapan yang nyata. Lihat, jika kita tidak meletakkan Islam dalam kehidupan kita maka berlakulah rasuah, pecah amanah dalam arena sukan. Maka jadilah sukan ini arena yang penuh unsur kemaksiatan dan kemungkaran, bukan lagi arena yang menyihatkan tubuh badan.
Allah benar-benar menunjukkan kekuasaanNya.
"Allah adalah sumber kekuatan kita yang sebenar, kerana Dialah yang mencipta kita. Barangsiapa yang berkehendakkan tempat yang lebih tinggi, kekuatan yang lebih dasyat, maka hendaklah dia kembali kepada Allah, merapatiNya, mengikuti perintahNya, dan meninggalkan laranganNya. Nyata Dia akan memberikan kuasa dan kekuatan kepada kita"
Sebab itu saya suka menekankan kepada kalian semua sukan juga adalah Ibadah. Adakah ibadah yang diselangi lagu-lagu menghayalkan?Allah itu menilai kita sekecil-kecil zarah hatta di gelanggang sekalipun. Apakah kita ada jawapan untuk diberikan kepadaNya?
Tapi saya khuatir, adakah kita mampu untuk mengetengahkan sukan ini adalah ibadah?
Ya, kita boleh!
"Siapa yang mampu pegang amanah ini"
"Saya!"
"Saya mampu dengan mengharapkan pertolongan Allah, takdir itu di hujung tanduk manusia"
"Berusaha sampai mati!"
"Sampai mati!"
Buktikan pada dunia, dengan membawa Islam dalam arena sukan, kita adalah yang terhebat. Jangan kita sendiri yang memandang rendah sukan adalah ibadah.
"Allahuakbar!"
Hati berdegup kencang. Moga Allah redha.
"Salam Doktor,apa pandangan Doktor sukan adalah ibadah dan apa yang perlu diketengahkan untuk sukan sebagai ibadah?"
Lama juga saya tunggu balasan jawapan dari Dr. Barangkali berfikir untuk memberikan jawapan yang terbaik buat saya.
"Betulkan niat, kemudian sebagai seorang yang ingin membawa Islam dalam arena sukan mesti jaga pergaulan dan kewajipan syarak yang telah digariskan. Ahli sukan dalam kalangan orang yang berkualiti, manakala latihan dan kemahiran sukan yang cukup dan paling penting jaga peruntukan kewangan yang mantap untuk dunia sukan"
"Syukran Dr"
Ya, saya kira jawapan ini agak mantap dan hampir sama dengan apa yang saya fikirkan.
Bagaimana dengan kalian?
Adakah kalian masih menjaga aurat tika berada dalam gelanggang?
Saya mungkin tiada pengalaman dalam arena sukan yang dihiasi warna-warna gemilang, jadi saya harap buat kalian yang sanggup membawa Islam dalam arena sukan, jangan lengahkan masa, jangan terlalu asyik dengan dunia, jangan mengharapkan orang lain. Kerana kita adalah yang membawa dan menegakkan Islam!.
Jika kalian sendiri belum mampu ke hadapan untuk menyatakan pendapat, anda bukan lagi seorang kuat hatinya. Hati yang sentiasa bergantung pada manusia lain tanpa mengharapkan pertolongan Allah.
'Itu bukan yang Islam ajar!Itu bukan saya!'
Katakan begitu pada diri kalian.
Tarbiah Islamiah Syamilah
Apabila hati kita sentiasa terpaut dengan dunia maka hubugan kita dengan Allah tersangat lemah.
Orang yang melihat dunia terlalu lama adalah orang yang dhoif.
Disebabkan oleh dunia, kita mundur untuk memajukan Islam,
Disebabkan dunia, kita selesa di zonnya.
Kita perlu bangun, meski terluka itulah kita.
"Hendak mempamerkan imej Islam kepada masyarakat maka peribadi yang mampu membawa risalah perlu dibina. Maka Tarbiah Islamiah Syamilah itu perlu dilalui oleh setiap manusia yang ingin menonjolkan Islam dalam kehidupan."
"Tarbiah Islamiah Syamilah ialah, didikan Islam secara menyeluruh. Didikan yang merangkumi setiap aspek kehidupan kita. Kalau meninggalkan tarbiah, hati akan menjadi lemah, jiwa akan menjadi gersang."
Nah, bagaimana dengan kalian semua?
Bagaimana reaksi kita semua?
Mahu jalani Tarbiah?
Mahu bawa sukan adalah ibadah?
Dengan syarat-HDA-
Hubungan dengan Allah
Penutup
Sukan itu adalah ibadah.
Di tahap manakah kita meletakkan sukan adalah ibadah?
"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini(orang-orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka eratkanlah, ya Allah, akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya(jalan sebenar). Penuhkan(piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini denagn limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat(pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika engkau mentakdir mati) maka matikanlah pemilik hati ini-hati ini sebagai para pejuang. Engakaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.
Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya"
p/s: Dialog tadi dipetik dari kumpulan cerpen Matahari dan VT hasil karya Hilal Ayraf.
Moga beroleh manfaat darinya,
Moga Allah redha akan kalian.

Doa kesatuan hati-hati mereka yang beriman. Makna yang sangat mendalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)