Sunday, June 12, 2011

Monolog Hati

Hati itu bermonolog dalam resah
Cereka dunia kelihatan indah
Adakah mampu ia mengusir gundah?
Berkelana ia mencari arah

Hati itu kelihatannya cedera parah
Menangisi setiap ujian dan mehnah
Bagaikan tak mampu ia meneruskan langkah
Terasa sarat dengan segala musibah


Hati iu bermonolog lagi
Seterusnya apakah yang akan terjadi
Perlukah aku terus begini
Hanya tahu merintih tanpa menginsafi
Hikmah di sebalik kejadian ini

Lantas hati itu cuba bermuhasabah
Di setiap ujian dan musibah
Di tilik satu persatu tanpa lelah
Mulai yakin pasti ada hikmah dan sebab yang munasabah


Hati itu cuba merawat
Setiap yang luka diletaknya ubat
Meski sakit yang amat sangat
Melawan nafsu yang cuba berdebat






Hati bangkit bersulam mujahadah
Iman mengiringi mengorak langkah
Pada Allah dia berserah
Mohon kekuatan dalam mengharungi    mehnah




Ralit hati dalam tarbiyyah
Tersenyum ia dengan rasa indah
Tak dapat digambarkan dengan madah
Betapa bahagianya mencintai Ilah


bagaimana keadaan hati anda? sakitkah atau sihatkah?

Saturday, June 11, 2011

Kasih Seorang Abi

Abi tersenyum penuh erti
Melihat aku yang begini
Tiada dirinya sangsi
Akan diriku selemah insani

Kata-katanya menghiburkanku
Saat ku terluka didakapnya aku
Sungguh aku pilu
Lahirnya aku tanpa hadirnya ibu



Pandangan abi penuh mesra
Mengingatkan aku pada yang tiada
Apakah mungkin ku merasa
Nikmat kasih sayang yang sebenarnya?

Padaku, abi adalah ibu
Dialah pengarang jantungku
Kasihku padanya semakin menggebu
Kerana ku tahu dia juga ikhlas menyayangiku


Abi setia di sisi tika ku terlantar tidak bermaya
Membisikkan kata-kata semangat agar ku bangkit semula
Sabar dia melayani kerenahku yang entah apa-apa
Tidak pernah ingin dia meninggikan suara

Teguran dari abi adalah teguran membina
Lembut suaranya menujah telinga
Membuatkan ku akur dengan kehendaknya
Kerana ku tahu, redha Allah adalah dengan redhanya jua


Kini pandangan abi berubah sayu
Melihat ku berjuang menimba ilmu
Ku tahu payah untuk dia melepaskanku
Di suatu daerah yang aku juga belum tahu

Dulu-dulu abi selalu beritahu
Wajahku sangat mirip dengan ibu
Sentiasa juga dia berpesan denganku
Agar selalu mendoakan kesejahteraan ibu


Pernah ku lihat wajah abi yang lesu
Matanya kuyu bersenandung sendu
Ku amat pasti akan sesuatu
Bahawa abi juga rindukan ibu seperti aku
Namun pantas mata itu mengusir sendu
Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku
Lantas dihiburkannya aku
Dengan jenakanya yang syahdu

Kasih abi semarak melingkari
Sayang abi ku tahu tidak terperi
Melihat anaknya yang seorang ini
Ralit di alamnya sendiri

Payah juga untukku
Meninggalkan abi sendirian begitu
Telefon menjadi penghubung saban waktu
Tenang rasanya mendengar suaranya selalu

Demi abi yang sentiasa disayangi
Dan Islam juga yang pasti
Ku tekadkan dalam diri
Untuk terus dalam perjuangan ini
Membela Islam di masa kini

Duhai abi....ku amat menyayangimu