Wednesday, November 23, 2011

DAKWAH TARBIAH VS AKADEMIK...~

Assalamualaikum w.b.t…

Sekadar perkongsian dari sahabat tercinta untuk semua…m0ga memberi inspirasi dan mentarbiah diri…~



Maha suci ALLAH kerana memberi kelapangan masa buat hambaMu yang dhaief ini agar MEMBERI di medan maya ini, juga atas segala ni'mat yang telah Engkau berikan kepada kami, hamba-hambamu, sama ada yang taat atau yang engkar akan perintahmu.

Segala puji ALLAH juga kerana telah memberikanku ilmu-ilmu untuk dikongsi bersama kalian. M0ga ilmu-ilmu yang dikongsikan di sini menjadi aset di akhirat kelak, aset yang akan digunakan untuk membayar d0sa-d0sa  yang bertimbun akibat alpa, leka, lagha akan matlamat hidup di dunia ini.


matlamat hidup yang sebenar???


Selawat , salam serta kasih sayang buat junjungan kita, Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam yang berpenat lelah, malah berkorban segala-galanya untuk menyampaikan dakwah beliau kepada setiap individu di muka bumi ALLAH ini. Maka, lihatlah natijah usaha keringat baginda pada hari ini. 

Kita adalah sebagai seorang muslimah@muslimat.. Antara berbillion manusia di bumi ini, ALLAH telah memilih kita antaranya untuk menjadi seorang muslimah/muslimat. Darah baginda yang mengalir di bumi Th0if sebagai bukti kasih dan sayangnya Rasulullah kepada kita.






Maka bersyukurlah wahai kalian yang bergelar muslim. ALLAH telah memilih kamu sebagai pendukung agama ALLAH. Tidak dapat tidak, kita mesti melaksanakan perintah ALLAH ini. ALLAH telah berjanji bahawa agamaNya tidak akan luput selama-lamanya. Akan tetapi, sekiranya kita lagha daripada melaksanakan tanggungjawab da'wah ini, maka ALLAH akan melenyapkan kita, menghilangkan status kita sebagai daie di jalan ALLAH dan menggantikan diri kita ini dengan kaum yang lebih baik.

Nauzubillahi min zaalik...






ALLAH tidak pernah memerlukan kita untuk menyebarkan agamaNya, akan tetapi diri kita ini amat memerlukan kerja sebagai pendakwah Islam, men0l0ng agama ALLAH kerana pekerjaan inilah yang akan menyelamatkan kita di hari Qiamat nanti.

Salam barakah dan ukhuwah juga buat ahli keluarga baginda, yang meny0k0ng baginda dengan sepenuh hati, jiwa, dan raga malah turut berk0rban untuk membantu baginda dalam menyampaikan ISLAM.






Saidatina Khadijah pernah berkata kepada suami beliau yang tersayang,


"Wahai suamiku, ambillah segala-galanya milikku untuk agamamu. Dan setelah aku mati, ambillah tulang-tulangku sekiranya ia masih diperlukan untuk dakwahmu."



Subhanallah, lihatlah betapa peng0rbanan Saidatina Khadijah untuk Islam.

Saya pun masih berkira-kira, besar manakah pengorbanan saya untuk Islam. Sikit. Masih amat sedikit saya kira. "Ya ALLAH masukkanlah aku ke dalam g0l0ngan terakhir ini, g0l0ngan yang sentiasa mendukung agamaMu, yang bermati-matian hanyalah untukMu."







"AKADEMIK MEMANG NOMBOR SATU,TAPI BUKAN 

TARBIYYAH DAN DAKWAH"



p/s dari sahabat:

Hajat di hati pesanan ini ditujukan utk ingatkan diri sendiri dan 0rang lain,ana hanyalah pengusaha,yang memberi hidayah adalah Allah.Wahai insan,pandanglah setiap insan yang berdiri di sisimu dgn penuh keimanan.Sampaikanlah kebenaran walaupun ianya pahit.Kita adalah pejuang yang akan meneruskan dakwah Rasulullah tercinta.Penat lelah Baginda amat3x ana hargai dgn sepenuh jiwa dan raga..M0ga masih ada rasa cinta di hati insan yang membaca ini..

2 comments:

  1. kedua-duanya mesti seiring supaya x membawa fitnah kpd Islam.

    ReplyDelete
  2. yup...bt0l tu...hidup hanya sementara di dunia...dan yang kekal yang di akhirat sana...m0ga bersama menyemarakkan ISLAM...=)

    ReplyDelete