Wednesday, February 1, 2012

SEJAUH MANAKAH KESEDARAN KITA??

Bismillahirrahmanirrahim.....

Setiap anak-anak itu asal lahirnya adalah Islam, sebersih kain putih (macam kain kapan tu...Ingat!!!)
Tetapi ibubapalah yang mencorakkan mereka, sama ada menjadi seorang Islam yang sebenar-benarnya ataupun seorang kafir..... Nauzubillah....
(Agama itu sendiri adalah Nasihat......pesan buat diri )

Mak abah saya tidak pernah walau sekalipun memanggil saya dan adik-beradik yang lain dengan panggilan 'bodoh, bangang, degil, mangkuk ayun' dan yang seumpamanya..... Apabila mereka marah, hanya perkataan 'Anak bertuah' yang keluar dari mulut mereka. Tapi, saya sangatlah hairan kenapa ada segelintir ibubapa di luar sana yang sangat mudah untuk mendoakan yang buruk-buruk untuk anak-anak mereka . Bukankah kata-kata seorang ibu itu adalah suatu doa???

Apabila anak mereka kurang dalam prestasi akademik, mula la nak marah, sedangkan silap pada diri sendiri tak nampak.
Bila anak tak dapat 'A' yang banyak dalam exam, pasti ada yang berasa sedih, tertunduk malu pada masyarakat.
Tapi, bila anak tak mampu nak baca Al-Fatihah, even Bismillahirrahmanirrahim, dan sudah besar panjang pun, tak kisah lah pulak yea...

Beringatlah.... Buat mereka-mereka yang sudah berstatus Ibu & Bapa di luar sana, bermuhasabahlah diri......
Buat bakal-bakal ibubapa pula (termasuk saya), kelak kita akan memegang satu amanah yang sangat berat, dan setiap amanah itu akan ditanya oleh ALLAH SWT kelak.
Mari sama-sama kita pupuk amalan mulia dalam diri dan amalkannya dari sekarang lagi, supaya kita akan lebih bersedia untuk memikul amanah yang ALLAH SWT akan bagi kelak (InsyaALLAH) dan jadi contoh terbaik buat anak-anak kita, serta niatkan dalam hati untuk menjadi ibubapa yang bergerak bersama harakah Islamiyyah dan melahirkan anak-anak soleh-solehah, bakal pewaris pejuang Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda.

 Sesungguhnya contoh tauladan terbaik adalah Rasulullah SAW.....

Memang bagus ibubapa zaman sekarang yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama even diri masih jahil, kerana sedar akan kekurangan diri yang tak mampu memberi didikan agama yang sewajarnya buat anak-anak mereka, dan mungkin juga disebabkan kesibukan dengan hal-hal dunia...
Tapi, sedarkah kita bahawa anak-anak membesar bersama kita, setiap inci perbuatan kita akan ditiru mereka.
Kalau baik, maka baiklah mereka...tapi kalau sebaliknya???? ____________  (jawab sendiri)

Memang, ' Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa, Ia tak dapat dijual beli, Ia tiada di tepian pantai...'~~
Tapi, sekurang-kurangnya amanah yang ALLAH SWT dah beri tu kita dah laksanakan dan usahakan sebaiknya..

Tak sabar rasanya nak lihat kelahiran bakal-bakal pewaris Nabi SAW dan para sahabat baginda, yang gagah perkasa, yang setiap butir katanya adalah zikir dan nasihat, yang tak lekang bibirnya dari mengalunkan ayat-ayat suci ALLAH SWT dan nama-nama-NYA yang mulia........Subhanallah..........^^

Doa anak-anak soleh, saham akhirat kita..... Jom bersiap, sebelum terlambat.....=)

 Ingat...! Wang bukan segala-galanya... wang ringgit tak mampu membeli kebahagiaan anak-anak... Manfaatkan masa sebaik-baiknya bersama keluarga disaat berkelapangan, Harus adakan masa itu.....
 Yang penting, KUALITI.... bukan KUANTITI...

Rebutlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara :-

1. LAPANG sebelum SEMPIT
2. KAYA sebelum MISKIN
3. SIHAT sebelum SAKIT
4. MUDA sebelum TUA
5. HIDUP sebelum MATI

Buat remaja-remaja di luar sana.......
Muda BUKAN sekali yea.... tapi  DUA kali.....satu di dunia yang sementara, satu kali lagi di akhirat yang kekal abadi....
Pilihlah, nak yang sementara atau yang hakiki.......

 Saya hanya menyampaikan, terserah pada anda yang menilainya...
Tepuk dada, tanyalah IMAN... Jangan tanya SELERA, nanti binasa....~ Wallahualam....

Renung-renungkan dan selamat beramal....~ ^___^


No comments:

Post a Comment