Wednesday, May 16, 2012

Jangan Menyalahkan Takdir

Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah..
"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.
Gedebuk!
Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.
Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.
Ah anak kecil ini.
Dahulu kita juga sepertinya...


Sahabat,
Dahulu, Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.
Tapi,Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.
Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.
Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)




Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah. Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..




Sahabat,
Dahulu, seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?
Sekarang sahabat,
Allah menguji tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.
Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah, dijemur, diseksa, dihempap batu.




Sahabat,
Allah sungguh kasih kepada kita. Tapi berbalaskah kasih itu?
Jangan Menyalahkan Takdir
Ada orang, yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.



Sahabat,
Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.
Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.
orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.
Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.
Begitukah?
Mari kita baca satu cerita :
Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.
Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?
Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?


Nak dengar cerita lagi?
Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."
Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.
Sabda baginda:

"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."


Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.
Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata "Ala,dah takdir.."
Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.



Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
(Ar-Ra'd :11)


Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.
Jernihkan fikrah kita. Islam itu amaaaatttt Indah.

Berusaha!
Fighting!
Tatkala hujan yang lebat itu telah pergi,
Pelangi memuncul diri,
Dan manusia,
Terus merungut mengenangkan hujan yang telah pun berlalu..

credit to: T_T

Sebelum ni....


Sebelum ni,saya tak pernah tahu pakaian yang menutup aurat . Sebab  pada saya, kalau pakai baju melebihi paras pinggul sudah dikira menutup aurat. Saya pakai  seluar jeans tapi bukan yang ketat sangat . Saya pakai tudung,selendang…saya tahu rambut adalah aurat bagi perempuan. Emak dengan ayah akan marah kalau keluar tanpa pakai tudung. Saya tak pernah pakai baju lengan pendek keluar rumah. Tapi,ayah selalu akan tegur pakaian saya sebelum saya keluar rumah. Saya rasa saya dah tutup aurat saya. T_T

Sebelum ni, saya dah khatam Qur’an banyak kali. Tapi, saya tak pernah khatam tafsir Al-Qur’an. Perlu ke saya baca tafsir sekali??? Memang saya tak faham apa yang saya baca,sebab saya bukannya 0rang Arab. Saya tak pernah tahu perlu baca Qur’an dan tafsirnya. T_T

Sebelum ni,saya ber’c0uple tapi cara islamik. Saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan. Kalau kami keluar,’teman’ saya akan minta izin ibu bapa saya terlebih dahulu. Kedua belah keluarga tahu tentang kami. Kami tidak keluar secara berpasangan. Yang pasti, kami akan membawa 2 0rang sahabat kami. Kami tak pernah berpegang tangan seperti 0rang lain. Kami hanya berbual dan pergi makan bersama 2 0rang lagi teman kami. ‘Teman’ saya 0rang yang baik. Setiap kali keluar,saya akan pakai baju kurung. Kami tak pernah lakukan perkara yang tidak sen0n0h. T_T

Sebelum ni, saya tak tahu suara perempuan adalah aurat. Salah ke menjawab panggilan dari lelaki??? Sekadar mendengar suara…tapi dikira  berzina juga ke??? T_T

Sebelum ni, saya s0lat penuh 5 waktu sehari semalam. Tapi, kadang-kadang diawal waktu,kalau banyak kerja mungkin  s0lat di akhir waktu. Awal ke, akhir ke, tapi saya tetap s0lat. Bacaan dalam s0lat??? Saya tahu baca, tapi maknanya saya tak pernah ambil tahu. Perlu jugak ke?? Khusyuk ketika  s0lat?? T_T

Sebelum ni,saya keluar dengan kawan-kawan. Tambahan lagi, kawan-kawan saya memang suka keluar,makan angin…sambil cuci-cuci mata…T_T


Sebelum ni, saya hafal rukun iman,rukun islam…tapi saya tak pernah tahu erti beriman pada perkara-perkara  tersebut. T_T

kawan-kawan...
cuba renung pada diri kita...
adakah ini ada pada diri kita???