Thursday, September 10, 2015

The day coming!


Bismillahirrahmanirahim..
Dengan menyebut namaNya..
Moga saya dan kamu yang sudi membaca peroleh ketenangan yang nyaman... ----senyum--
Dah lama saya tunggu nak update tentang abah saya!
Disebabkan internet erm..huhu..
Terpaksa la tunggu, dah dapat kuasa internet yang berleluasa kekangan masa! Eheh, alasan!

Okay geng, let's start!

***************************************

DAY 1@ 21/8/2015

Inilah tarikh keramat yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Insha Allah..
Tarikh pertama chemo pertama yang akan dilalui abah.
Tarikh inilah juga abah ditempatkan. Wad 7A, hematology.
Dr J merupakan consultant yang merawat abah, bersamanya seorang MO pada pandangan saya sangat-sangatlah sopan lagi berhemah. 
Sedangkan waktu saya bersama mereka tidaklah lama. Huhu..

DOKTOR!! JANGAN CAKAP HAKAK TAK PAYUNG!

PPPPFFFFFFTTTTTT##########################

Lepas doktor buat pemeriksaan dekat abah, Dr J cakap dalam mulut abah tu dah nampak infected, saya sendiri perasan jugak. Masa tu mulut abah memang agak berbau la.
Dah ada jangkitan inside the mouth.
Kemudian Dr bincang tentang ubat yang akan dia bagi pada abah.
Bab ni saya tak faham mana, i'm not from hematolgy, of course i'm not expert!
Tapi lepas-lepas tu saya study la.
Tanya saya punya pakar hemato, MLT, medical doktor, sister, senior otai-otai staff nurse..huhu..

ouh, lupa nak cakap pasal ubat.. Membebel banyak sangat. Pheww
So pakar-pakar ni decide bagi R-CHOP + IT MTX..
Ubat chemo dorang aku tak faham mana, panjang sangat nama..huhu..
Saya guna aku la eh, cam best jerr..koh..koh..koh..
IT tu intrathecal, dia bagi ubat mtx ikut lumbur. 
Sebijik macam prosedur lumbar puncture tu..

Abah on the dot buat chemo 1st day admit tu.
Apa? 
Drama air mata?
Rugi kalau takde, My mom la, masa abah kena tolak masuk bilik prosedur nak buat BMA (bone marrow aspiration), nangis..peluk..cium..
Perghhhh.. Aku rasa nak bawak mama pi jauh-jauh..
Takut abah nangis plak..adeh, Takpela..
Dah aku buat apa kat situ? Hanya mampu menjadi penonton yang setia..hehehe
Ni prosedur basic la aku kira.
BMA dia buat sebab nak tahu sejauh mana sel-sel kanser tu menata rias dekat abah.
Ni dah masuk 2nd chemo, takde orang pun bagitahu finding result?
Aku pun tak tanya, aish..

Ehem..ehem..
Maka petang tu beermulalah regime abah dengan jayanya..
Fisry day passes! Keep abah over the weekend.
IT on next Monday..

Day 3 @ 24/8/2015

Inilah hari abah kena buat IT.
Sehari sebelum abah buat IT, berbuih dah rasanya aku ingatkan abah, untuk baring 4/6 jam..
Sebab, kalau bangun awal, nanti sakit kepala yang amat sangat.
Dan pagi itu IT given!

Abah sakit kepala teramat sangat!
Sakit kepala tu, bila bangun rasa bergetar tulang tunjang..
Rasa yang menarik macam nak tercabut, kalau lah boleh cabut, lega la kot!!
Sudden deaf! Ni paling teruk!
Nausea!
Bad emotional!

COZ WHAT??
Abah bangun less than hours yang aku cakap tu..
Abah nak pass urine, dengan bangganya dia bangun pi toilet.
Mama pulak suh abah makan tengahari tu. Abah bangun lagi.
Kemudian petang tu, jumpa ENT team/
WHY ENT TEAM TAK NAIK ATAS REVIEW PT?
OOOHHH, SEBAB NAK BUAT AUDIO TEST.
Tu pun abah cakap sangat lama nak tunggu.

Apa-apa pun aku syukur, dalam keadaan abah menahan sakit, ENT dah buat bahagian dorang baik.
Abah on ubat dexa, ladi dua ubat tu aku tak ingat.
Sampai la abah dibenarkan balik  26/8/2015.
Dengan hb 5.1
Dr Izan cakap sebab kenapa abah tak perlu transfuse, abah tak nampak tanda-tanda anemia.
Lepas tu Dr Izan bagitahu dalam darah abah ada antibody, so kalau nak transfuse takut jadi lain.
Misal kata HB still low, akan transfuse..
Oke, aku terima.. Takpela, mungkin guideline hosp berbeza.

Day 7 @ 28/8/2015

Tibalah hari temujanji abah, dalam keadaan kepala abah yang masih menyengat.
Mahu atau tidak, kena bawak jugak abah!
Abah memang tak boleh duduk atau bangun langsung. Sebab memang sangat sakit.
Dengan aku sekali terasa sakit tu.
Sampai je day care bahagian hemato, FBC TAKEN.
Blanket mintak la satu dengan dorang, abah tak tahan sejuk.

Disebabkan oleh nak tunggu result FBC pun berjam-jam,
Aku bawaklah abah TCA ENT!
Yang susah sikit kat situ, aku kena daftar 2 kali????? OUCHH
DEEP BREATHING IKAAA..
Dah aku menapak dengan ayu lagi jelita dekat kaunter depan nak daftar.
Sekali akak manis tu cakap, day care tak discaj abah lagi.

ARGHHH, BAGAI DITUSUK SEMBILU, WHY SO RUMIT??
Takpe, tunggu lagi..
Siap daftar kaunter depan, masuk ENT deparment, daftar kat situ pulak..
So hakak, abang hadek,,nampak tak? nampak tak??
Nak tunggu giliran abah dengan keadaan yang aku tinjau tu takdela ramai sangat pesakit.
Tunggu tu dekat 2 jam??? Jadi, aku pun sangka baik.
Sebab teringat yang Mr husband bagitau, sorang pesakit ambil masa half an hour, kadang-kadang sanpai sejam.
So aku pun tenangkan abah..

Yang paling syok tu, aku terserempak dengan bacthmate aku!
Apa lagi, dengan penuh bijaksana aku mintak la tolong dia tracekan result FBC abah..

HB: 61
WBC:???? Aku tak ingat..hehe

Habis je ENT, patah semula pi day care.
Aku mintak  kt dorang yang abah nak baring, tak tahan sangat dah sakitnya tu...adussss
Tunggu punya tunggu, doktor discaj dengan hb 6.1.
Bila aku tanya doktor dengan SN situ, HB yang macam mana baru boleh transfuse ya??

Aku dapat jawapan memang terrbaikk ah..

MEMANG TAK PERLU TRANSFUSE..

...........................................????????????????????????

WHICH PART LAGI YANG ABAH TAKDE ASSYMPTOMATIC ANEMIC??

Bila aku tanya WBC ni mcm mana?
Dia order neopogen (growth factor) selama 3/7. Fungsi dia untuk tambah darah..
Aku balik dengan penuh persoalan.. Menyengat gak kepala hotak aku mikirin..
Nak dipendekkan cerita, masa kat lipis. Complete ubat tu 3 hari. Repeat FBC. 
WBC + HB LOW, fever on and off, fatigue, loss of appetite, nausea, severe headache
Tx as a neutropenic sepsis.
STAT transfer Hosp Ampang. Buat jugak akhirnya blood transfusion 2 pint.
Antibiotix as hemato plan. Esoknya datang tengok abah, abah dah nampak segar. Boleh bukak mata.
Good respons, good hydarte, good hygiene.
So rasa amat lega dan alhamdulillah.

Hosp Ampang, yang aku baru tahu, mereka tak akan tarnsfuse sesuka hati!Ada la sebab dorang.
Tapi at least jelaskn bagi faham. Bagi relative yang tak faham, susah medical team nanti. Avoid speculation..huhu

Dan sekarang!! After 3 weeks abah bersakit-sakitan, harini abah dah buat 2nd cycle chemo!


#cancer non hodgkin lymphoma..
#selagi Allah izinkan, hanya Dia tempat bergantung harap..

Dear all medical staff yang merawat abah dan pesakit lain, semoga kerja kamu adalah ladang-ladang pahala buat kalian dan selamat maju jaya..


KITA JUMPA LAGI!!
NANTI SAYA CERITA LAGI!!

Assalamualaikum..
senyum.. :) 


9/9/2015
Sehari sebelum admit untuk 2nd cycle chemo
Nampak kan, abah dah berisi, rib pun tak yah kira.huhu 

Wednesday, August 19, 2015

OUH MY!!


Bismillahitawakkal tu'alallah..

Fikiran aku dah macam akar serabut..
Dah lama aku tak balik..
Nak balik, mobile penuh weekend. Tak dapat nak exscuse

Latest update from my big brother for today!
Abah tak jadi admit harini, insha Allah esok admit.. Insha Allah..
Tengah aku dok focus gunting kertas, mai la MO aku tanya abah condition..
Oh sensitifnya aku saat ni..
Tahan betul-betul ayaq mata noqqq

Dup dap dup dap..
Fisrt time in our life..
Tengahari tadi masa tengah makan,
Isi perut yang tak berapa nak lapar sangat sebenarnya..

"Terr, saya nak mintak kurangkan mobile boleh?"

Sebenarnya aku sendiri takut nak bagi tahu, tak pandai nak susun ayat pulak.
Aku cakap tadi pun suara mendatar je..
Ketaq bibir nak bagi tahu, menahan sebak lagi nak cerita..
Takpe lah, cerita jelah..

"Ayah saya nak buat treatment dekat ampang, nak start chemo."

"Diagnos"?
".............."

Diam je semua, aku cakap jela yang aku nak kurangkan mobile, bukan taknak pegi langsung.
Aku fikir kiranya nanti aku takdela penat sangat nak ulang alik pi sana.
Kot boleh tukar-tukar shift dengan mama..

See! Perempuan memang macam ni lah! Belum apa-apa, dia dah fikir tu macam esok lusa.
FITRAH yang boleh DIKAWAL sebenarnya.
Tapi ntahla aku nih! Aish!

Yang paling aku tenang dan boleh buat aku senyum, aku tanya la terr aku tuh,,
Terr aku cakap buat jelly yang sejuk-sejuk,
Variaty kan bubur..
Ubat untuk stop bleeding and untuk kebas dalam mulut. 
So nanti bila abah makan takdela rasa sakit sangat..
SOON punya care planning..
Have to discuss dengan doktor walau apa pun..
Have to know indication, contraindication, side effect..
Gitu! Dah macam doktor!

At the end,
Dengan Dia juga kita berharap dan berserah..
Kepada abang saya, along..
Fahamilah kerisauan adik perempuan kau yang jauh nih..
Mintak maaf mana-mana yang kurang ataupun terlebih..
Mohon nasihat yang baik hingga hujung nyawa..
Tenks to kakak ipar jugak..

Kakcik..!
Thanks atas segala usaha kau..
Semoga Allah menyayangi kamu dan keluarga..

Buat husband yang sentiasa beri penjelasan dengan setiap ketidakfahaman saya sendiri..
Semangat, kekuatan, sangka baik dalam sesuatu urusan..

Tenks..

Kepada saudara mara yang mengambil berat tentang abah..
Terima kasih atas beberapa ingatan.. 
Semua boleh contact dengan kami anak-anak abah..
Fahamilah sensitiviti kami sekeluarga..
Yang perlukan masa dan ruang untuk kami sendiri bernafas..
Mintak maaf atas segala kata-kata yang kurang enak dari kami..

Untuk mama, semoga beroleh pahala darinya..
Dan semoga ujian ini lebih dekatkan kita dengan Pencipta..

Awak semua, doakan kesihatan abah saya..




Tuesday, August 18, 2015

Permulaan baru..


Dengan menyebut nama Allah Azza wajalla Yang Maha Pegasih lagi Maha Penyayang..

Saksikanlah..
Dia adalah hamba Mu yang telah membesarkanku sehingga bahunya melepaskan tanggungjawabnya kepada lelaki yang kini bergelar suami..
Sehingga tangannya menghulurkan tanda persetujuan untuk menikahkanku..
Dan setelah itu berpindahlah segala amanah dan tanggungjawabnya selama 24 tahun..

**************************************************************

Biopsy, blood investigation, life history and all health check up taken.
Petang tu aku cuba la call hospital tempat abah buat semua nih..
Tanya result. Tup tup.. Tahu pulak doktor tu aku nak mintak refferal letter.. eheh.
Lepas kitorang diskus, diskus dan diskus..
Akhirnya lepas seminggu, doktor panggil abah datang hospital, sedangkan baru je semalam aku mesej doktor tu bagitau abah demam malam, gums bleeding.

Rupanya..hurm..
Terkedu jugak bila abah bagitahu yang abah sakit apa..
As expected!
Terus aku call doktor yang incharge abah, then spoken la dengan pakar sana.
Menahan sebak di dada!
Cancer NHL

Keliru..
Kompius..

Aku plan nak balik tak dapat balik.
Aku ingat leader aku tak bagi la sebab tak reply mesej.
Takpela, ada hikmah sebalik hikmah.
Tenang tenang ika..
Kipidap!!

Sibuk la sat petang tu aku duk search internet..
Study sikit..
Banjir lagi..
Dan banjir..
Bincang adik beradik nak proceed ikut plan doktor..
Seminggu lepas tu, pagi tadi abah buat ct scan, dan esok abah admit ampang atas keizinan.
And again, abah got a lot of gums bleeding..

Entahla sekarang..
Stress sebenarnya..
Belajar! Belajar and terus belajar berserah!


He my great father ever..
Moga Allah sembuhkan abah dengan izinNya..
Tuhan itu tahu batas batas kesakitan hambaNya..
Moga Allah ganti segala kesakitan abah dengan kegembiraan..
Kuatkan abah, kuatkan mama..
BIIZNILLAH..

-Sis ika-


Wednesday, March 4, 2015

REZEKI KITA TAK SAMA..!!

Zaman remaja!!ahaha

Alhamdulillah, sebahagian persiapan dah hampir setel!!
Tinggal habiskan kerja malam then balik, angkut barang-barang.
Kemas-kemas sikit. Allahu Allah..
Tak sangka jalan cerita single macam ni, macam lucu je..

"Rezeki kau beb, dari persiapan kau kosong sekarang dh nak siap.
Murah rezeki kau, ramai giler sponsor.
Kalah retis..haha..
Beb, kalau dengar orang cakap-cakap pasal kau, kau abaikan je.
Dengki, sibuk nak tahu hal orang. Nak sponsor oke gak!hehe

DEAR AWAK...AWAK..AWAK..DAN AWAK...

Nana yang buat kad, mekasih banyak-banyak..

Izzati yang susun doorgift, mmmmuahh ciked..

Ena, Adam and the geng yang sediakan photobooth, tak siap ke tak jadi ke takpela,,love u much! Kalau ada i suka u olss

Ayu yang sponsor cop dengan paper bag cantik, mekasih jugak..

Kak ilan yang sponsor kain nikah, Allah, cantik sangat..

Tiqah dan zauj yang sponsor barang-barang untuk bunga telur.. thorrrbaiiikk

Farah ayu gubahkan hantaran, tambah sponsor barang gubahan..hehe

Langsir ajaibbb!!huhu

My kakak a.k.a my boss.. yang sponsor shawl and veil..huhuhu

Wani Tasnie yang jahitkan manik baju kite..mekasih wani..

My cikgu yang sponsor pelamin..

Kak Nurul hotel yang akan menjayakan majlis..

Kak su, kakak ipar saya yang sponsor kek, prepare baju family..

Kak cik yang sponsor jugak kek hantaran..hehe

ABAH DAN MAMA yang sponsor barang-barang rumah..

My brother yang setelkan semua dokumen nikah yang i tinggal lopong-lopong..haha

Haaaaaaaaaaaaa

IBU!! a.k.a MELL..mekasih sponsor malam berinai, sponsor gambar shoot bongek kita..ahaha...


mekasih banyak-banyak..


Ayah Yusman yang hurmm...hehe, sponsor something jugak..

Kak Ziela nanti nak mekapkan kita..weee


My aunty, acik yang akan sponsor pulut kuning, rendang untuk khatam quran..mekasih yaa..huhu

Siti, Khaleeda, Syud, Diyana tukang bagi moral support untuk move foward..
Tenks bebanyak lah!!

Allahu Allah...
Sangat..sangat..sangat mudah urusan kali ni..
Tersedihhhhh

Buku Dia memang cantik.. Just be cool beb!

Alhamdulillah thuma alhamdulillah..

Habis je malam, terus kitorang merempit terjah gerai dekat dengan area rumah..
Banyak kot makanan, tapi sebab diet....... Makan jela ala kadar..

Lepak, lepak..
Sembang, sembang,
Makan, makan dan makan..
Hobi geng la kiranya....

Feeling well! Eheh!

*************************************************************

"Kau kenapa? Kau tak ready eh? Dia sebenarnya macam ni, benda ni kau takkan lalui on the spot..
Ouh okeh, kau kena pandai tu, kau kena pandai ni, kau kena behave, kau kena pk tanggungjawab segala bagai. Beb, atas kita macam mana kita nak corakkan kehidupan kita tu. Bukan atas orang lain.

Ye, orang memang akan cakap-cakap. Kau kena buat itu ini. Mungkin jalan hidup dia macam tu kot. Lurus je, takde bunga-bunga sikit. Tak fefeeling awesome ke.Tapiii, dorang cakap macam tu, nak kau bersedia dari segi fizikal dan mental.

Kau tau tak kenapa Allah susunkan hidup kita ni macam ni? Ada sebab dia, dah cantik menarik tertarik lagi dia susun. Okeh, katakan macam ni, kau tak tau macam mana ladang rumah dia macam mana, mungkin dalam ladang tu, ada sesuatu yang akan bawak kau jatuh cinta jadi suka jadi rindu jadi pape jela sampai kau ada satu feeling nak kenal, nak tahu, nak lebih tahu ladang rumah dia. Kan awesome tu??

Hidup ni memang untuk saling kenal mengenal. Faham kau suka area sini sebab apa yang kau nak semua ada kat sini. Tapi kau tak tahu agaknya kat sana lebih dari apa yang kau expect. Cool la! Dalam masa 3 tahun kau terpaksa mereput kat sini, step by step you will learn something from him from his place which you akan terkejut lah!

Susunan Dia cantik kau, ikut je. Akan ada ketikanya kau jatuh tersungkur, jatuh tak reti nak bangun ke, terseliuh mungkin. Urut la terseliuh tu, Jangan biar sakit terlalu lama.
Tangga-tangga yang kau dengan dia nak naik tu, tangga-tangga nak pi satu rumah. Syurga..
Apa-apa yang kau buat satu je matlamat, SYURGA."

BEST JADI ISTERI!

"Kau stress dengan benda remeh ni sebab kau tak pernah buat. Kau banyak bergantung kan. Rilex la budak kecik! Kau akan belajar semua ni step by step. Dia, aku rasa okeh, boleh kot nak didik kau jadi matured sikit. Hahaha..

Kau ribena sangat mungkin disebabkan pengalaman hidup kau yang lepas. Yang semuanya dari family sampai tok nenek, tok nyang segala bagai yang buatkan untuk kau. Tapi tu jugak mencomelkan suasana kau..bluerkkkk.. Dan kau akan jadi matured jugak disebabkan dengan pengalaman hidup kau yang akan datang. Just nice, be sweet okeh.."

*Habis tisu kedai orang ni aku bahan. -_-
Mintak maaf la tuan kedai.
Fefeeling lega, tak kusut..
Tenks anak pak Latiff yang osem dan suka bebel panjang-panjang <3

Monday, February 9, 2015

Kasih ibu bawa syurga..

Salam kasih buat junjungan besar Nabi Muhammad saw..kelaurga baginda..sahabat-sahabat dan yang berada di sekitar Rasulullah..
Masya Allah.. Tabarakallah..
Beruntung mereka yang dekat dengan kehidupan bgunda..
Beruntung juga kita umat yang sentiasa dirindui baginda..

################################

Takde mood nak pikiaq pasal kawen sekarang..
Mood sekarang nak balik je..
Bosan dah aku duduk sini..
Tekanan jiwa kadang-kadang..
Most likely tempat kerja la..bio la, tak dapat manafaat kalau berterusan pikiaq..huu

Beberapa hari lepas, terima berita dari kakak usrah, ayah meninggal..
Innalillahi..
Teruih otak terbang dekat kampung..
Ibu ni kuasa dia masya Allah, setiap tutur kata yang keluar dari mulut ibu doa, pengharapan..
So, aku sayang giler kat mama aku la..
Selalu mintak mama doakan aku dunia akhirat..
Dulu, kalau aku fail exam ke, tak tenang ke.. cepat-cepat telefon mama abah, mintak maaf..
Mungkin kita ada salah dengan dorang..
Silap aku ni. aku tak reti nak tunjuk loving aku tu kat depa..kikik
Ntahla, yela kot..

takde point!arghhhhh
Rindu mama abah selalu tau!!
Syurga kita pada mereka.. :)

Tuesday, January 20, 2015

Kan tak sama.. :)

55 days around the corner..

Huh, pejam celik dah 55 hari ika!! aish.. ta bole naik sekuter da nih..
kena naik moto boat, laju sikit kan..
Biasala, ni kalau tak sampai tarikh yang di rancang tu selagi tu la kononnya rasa tak siap la , tak cukup la..
Tapi, kena ingat.. usaha, usaha jugak..
Tawakal, yakin rezeki Allah yang bagi tau..

Lepas cuci mata sikit dengan my little junior, banyak jugak yang dapat penjelasan, pencerahan..
Jujurnya aku takdela serabut, ribut bagai nak rak.. 
Omputih kata just follow the flow..ke fair and lovely?haha
Cuma keadaan sekeliling yang push harderstt tambah plak dengan aku yang seryes tak tak seryes nak kawen..
Mau tak kena boo??huhu

Mintak maaf ikhlas dari hati..
Aku suka dah dengan semua pertolongan awak semua, suka sangat..
Tapi yela, i've my own reasons why..
Reasons why i didn't tell them..
Reasons why i just keep quit..
Nanti saya bagitahu la..insha Allah, no need to push me like i'll getting marry esok lusa..
Allahurabbi.. Saya sayang sangat kat awak semua, sampaikan rasa serba salah tu dah macam sarang lebah dalam jantung ni..

Saya dah buat preparation ni awal giler kot, masa fes time saya kenal mat tempe ni lagi..
Preparation kononnya simpan duit?wakakak
Preparation cari barang-barang
Preparation ubah rumah..
Tak minta kesayangan sahabat fillah tahu, cuma memahami..
At the same time saya pun ada masalah peribadi...

Mental, fizikal ta payah sembang la kan, lagi la i tak buat preparation..
Jadah betul..
Plisss, be nice to me..lepak kedai kopi first..haha..
Let me know you for a few month..understand??!!
Korang kalau nak kawen sungguh-sungguh la kan,
Buat macam member aku, 4 bulan awal dah siap dohh!
Aku setahun awal pun macam kek tak jadi..
Kejap dapat kek elok, kejap dapat kek hangit..
So, memang tak 100% the best la kan..

So..feeling, huh!!
Kita bukan kawen semata-mata kerana nafsu ea..
kena baiki elok-elok niat kawen untuk apa..
Kalau bukan kerana Allah, jangan kawen la..
Terjun kolam je..

Dah aku kawen sebab apa ni??
Ntahla..kompius..
Give me some space, time..
To know you better..
And keep pray each other once the time is coming..

Nnati next, kita sembang pasal preparation ea..huhu

Tuesday, January 13, 2015

Rezeki itu Allah yang kurniakan..

                      

Sebenarnya saya takdela hepi sangat dengan apa yang saya tengah buat dan lalui sekarang..huhu
Tapi lebih pada pengharapan saya pada Dia..
Kisahnya tawakal dan usaha, yang beri segala titik natijah tu Allah swt..
Bagaimana mungkin saya mampu lupakan semuanya dalam sekelip mata?
Terima seadanya dengan hati betul betul terbuka..
Itulah al kisahnya.. Tawakal dan usaha!

Just leave a few month to go..
Any preparation dalam kepala otak sikit berterabur..
Kawan kawan dah start membebel..

" Ika u nak ke taknak ni, i serba salah nak tanya u. Ntah apa nak tolong pun tak tahu"?
"Ika, sepatutnya persiapan u sama laju dengan junior kita tu okeh! I tengok u lex sangat nih!"
"Ika, bila nak bagi barang-barang tu kat i?"
"Ika, kad dah buat"?
"Ikaaaaa,ko jangan cakap catering ko tak booking lagi ika, jap gi aku tumbok muka ko!"

pfffffffffftttttttttt
Erkkkkkkkkk..
Ke jadah apa semua ni?? 

Okeh, fine!!! Jom bayar makan dulu, balik then sleep well..hehe
Ye,ye..saya pk jugak, tapi ntahlaa..
Saya slow ke, dia yang slow sebenarnya? saya kot, main-main sangat ni..
Buku cek list tu ada,lama dh bukaknya..tapi ntah mana hala aku campak ke jadah tu..hehe..
Banyak sangat kot buku, sekarang lebih pada kesediaan hati untuk menerima..
Yang lain-lain, jujurnya saya tawakal pada Dia sungguh-sungguh!!
Tolong la doakan saya banyak-banyak..
Nak hadapi hari mendatang yang penuh cabaran tu.. Allahurabbi..
Takde manusia yang sempurna sebagaimana Baginda yang dicintai..
Dan mencari kesempurnaan itu adalah kegilaan apakah?!!

Last but not least..
Tenks for all my sponsor.. my lovely friends..
shawl, veil, kad, doorgift, baju..tenks sangat-sangat
Ada tak blogger yang nak sponsor pelamin and make up??kikikik
Moga Allah murahkan rezeki semua yang sponsor saya dunia sampai akhirat..
Yang belum berkahwin,belum ada pasangan semoga Allah kurniakan suami yang soleh.. :)
Yang dah berkahwin,tapi belum ada cahaya mata, semoga dikurniakan permata yang soleh dan solehah..
amennn...

For my ummi..my little khalifah...hana fathima
Love you till jannah..
Ada jodoh kita jumpa next wedding ur son!huhu