Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

'ABID




Allah beri apa yang kita minta. Walau tak banyak,paling tidak sikit , tapi Dia tetap bagi. Yang membezakannya hanya  cepat atau lambat. Tapi ada dikalangan kita yang masih tak sedar kasih sayang ALLAH pada kita. Siapa di antara kita yang sentiasa kembali pada ALLAH apabila dapat sesuatu nikmat? Dan siapa yang di antara kita yang sering menyalahkan ALLAH diatas setiap musibah yang menimpa? Siapa di antara kita yang tahu erti syukur pada Yang Esa? Pernah kita ucap Alhamdulillah walaupun sekali atas nikmat yang kita dapat? Kepada yang pernah atau tak pernah lupa, Alhamdulillah, kerana jiwa kita masih terisi dengan cinta ALLAH.

Walau terlalu banyak dosa yang kita buat, tapi ALLAH tetap ada untuk kita. ALLAH buka pintu taubat dan sudi ampunkan kita walau sebesar mana pun dosa kita. Kasih sayang  ALLAH pada kita mendahului kemurkaanNya pada kita.  Kasihnya ALLAH pada kita. Tapi, sedarkah kita???

            Kita mohon apa yang kita nak setiap hari. Paling minima 5x sehari sesudah usai solat fardhu. ALLAH sentiasa dengar dan Dia amat suka mendengar rintihan kita. 

            Kadang-kadang ALLAH tak beri seperti mana yang kita pohon, sebab hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita. ALLAH layan kita baik sangat. Tapi, kita???

            Terlalu alpa dengan nikmat dunia. Kadang-kadang, sampai solat pun diqadakan sahaja. Tak pun tertinggal begitu sahaja. Bagi yang hatinya masih hidup, pasti ada rasa kekesalan dalam diri. Tapi bagi hati yang telah mati, nauzubillah. Moga ALLAH sentiasa memberi petunjuk pada mereka dan mengampunkan dosa mereka.



            “Ya ALLAH, terlalu banyak yang Kau beri pada aku dan terlalu banyak yang aku minta. Namun terlalu sikit pengabdianku padaMU. Aku malu dan rasa hina terhadapMU. Terlalu banyak dosa yang aku lakukan, tapi aku dapat merasai kasih nya ENGKAU pada aku. Aku malu dengan apa yang telah kau lakukan. “

            Sahabat…

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia tak beri apa yang kita minta, tapi Dia sentiasa beri apa yang kita perlu. Tapi kita tak kan sedar apa yang ALLAH sedang lakukan untuk kita.

Sentiasalah kembali pada ALLAH, sebab Dia yang menciptakan kita. Teruskan pengabdian kita sebagai hambaNYA. Jangan pernah berhenti berharap pada ALLAH. Sentiasa berdoa dan yakin yang ALLAH akan beri. Penting!!!







p/s : JANGAN PERNAH LUPA SAUDARA KITA DI SANA
        PRAY FOR GAZA =)
        

Wednesday, May 16, 2012

Sebelum ni....


Sebelum ni,saya tak pernah tahu pakaian yang menutup aurat . Sebab  pada saya, kalau pakai baju melebihi paras pinggul sudah dikira menutup aurat. Saya pakai  seluar jeans tapi bukan yang ketat sangat . Saya pakai tudung,selendang…saya tahu rambut adalah aurat bagi perempuan. Emak dengan ayah akan marah kalau keluar tanpa pakai tudung. Saya tak pernah pakai baju lengan pendek keluar rumah. Tapi,ayah selalu akan tegur pakaian saya sebelum saya keluar rumah. Saya rasa saya dah tutup aurat saya. T_T

Sebelum ni, saya dah khatam Qur’an banyak kali. Tapi, saya tak pernah khatam tafsir Al-Qur’an. Perlu ke saya baca tafsir sekali??? Memang saya tak faham apa yang saya baca,sebab saya bukannya 0rang Arab. Saya tak pernah tahu perlu baca Qur’an dan tafsirnya. T_T

Sebelum ni,saya ber’c0uple tapi cara islamik. Saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan. Kalau kami keluar,’teman’ saya akan minta izin ibu bapa saya terlebih dahulu. Kedua belah keluarga tahu tentang kami. Kami tidak keluar secara berpasangan. Yang pasti, kami akan membawa 2 0rang sahabat kami. Kami tak pernah berpegang tangan seperti 0rang lain. Kami hanya berbual dan pergi makan bersama 2 0rang lagi teman kami. ‘Teman’ saya 0rang yang baik. Setiap kali keluar,saya akan pakai baju kurung. Kami tak pernah lakukan perkara yang tidak sen0n0h. T_T

Sebelum ni, saya tak tahu suara perempuan adalah aurat. Salah ke menjawab panggilan dari lelaki??? Sekadar mendengar suara…tapi dikira  berzina juga ke??? T_T

Sebelum ni, saya s0lat penuh 5 waktu sehari semalam. Tapi, kadang-kadang diawal waktu,kalau banyak kerja mungkin  s0lat di akhir waktu. Awal ke, akhir ke, tapi saya tetap s0lat. Bacaan dalam s0lat??? Saya tahu baca, tapi maknanya saya tak pernah ambil tahu. Perlu jugak ke?? Khusyuk ketika  s0lat?? T_T

Sebelum ni,saya keluar dengan kawan-kawan. Tambahan lagi, kawan-kawan saya memang suka keluar,makan angin…sambil cuci-cuci mata…T_T


Sebelum ni, saya hafal rukun iman,rukun islam…tapi saya tak pernah tahu erti beriman pada perkara-perkara  tersebut. T_T

kawan-kawan...
cuba renung pada diri kita...
adakah ini ada pada diri kita???

Sunday, April 8, 2012

TIP PERKAHWINAN...



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Tuesday, November 29, 2011

Siapa kita???~

Teringat pesan ayahanda... 

"Sudahkah di Qada' Solat yang l
epas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita…"
Subhanallah, betapa alpa nya kami...
Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...



Peringatan buat  yang sering lupa........
Adakah kita seorang Islam????Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.

Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian??? Dalam kita
mengejar ke
jayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang
sebenar.. apa
kah pilihan kita?

Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.

Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad...
Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. 


Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam????


 Maka,
adakah kita
fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?
Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah.
Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam???

Sedangka
n Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa
minit. Tetapi, mengapa kita
masih leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..

Tidakkah
kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...



Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

Tentu tidak.. jadi
, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!
Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia...

Mengapa kita masih mendedahkan aurat?

Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.


Syariat,Tariqat, Ha
kikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari
men
gamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.

Dosa!!!

Kita tidak takut
dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????
Siapakah kita menjelang ha
ri kematian?
Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah k
ita berhadapan dengan malaikat maut.

Apakah kita merasakan diri 
kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. 



Kita pergi kuliah, pergi kerja…~Adakah kita yakin kita telah menutup aurat?

Kita solat …~adakah kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ..... ~kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum .....~kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ~kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam exam…~kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa…~kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?

Kita sihat ... ~kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ...~kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?

Siapa Kita????

Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal
tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu
tersenyum dan tertawa.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian,
bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.
Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang
PASTI......!!!! 



Siapa kita....????


p/s:perk0ngsian dari sahabat seperjuangan...m0ga bermanfaat untuk semua...=)

Monday, August 15, 2011

berjalanlah tanpa henti

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikkan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..."
                                                                                                         (Surah Al-Baqarah:286)



Wednesday, July 13, 2011

Banner bersih 5.0





1. Bersahabat dan bergaul dengan orang yang soleh.
2. Sentiasa membaca Al-Quran dengan tadabur, khusyuk dan menginsafi
3. Memelihara perut daripada makanan yang HARAM.
4. Melakukan solat malam (tahajud)
5. Selalu berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT.




Sumber : Langit Ilahi.com

Sunday, June 5, 2011

Hari ini saya sedih lagi..

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah,jasad saya masih kuat untuk meneruskan perjalanan hidup ini, tapi hati saya...entahlah bagaimana?
Allah kuatkan saya. Saya sedih, baru saya teringatkan Mu, saya gembira saya lupakanMu. Maafkan saya Rabb..


Buat sekian lamanya aku tidak menjejaki tempat itu. Hatiku sayu. Apakah perasaan ini, aku tidak mengerti.
Perasaan itu benar-benar menyelubungi hati aku. Mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. Di rumah Allah hatiku terpaut.


Saya memujuk diri.


Al fatihah dan surah al kautsar berlagu, tepat di qalbuku, di telingaku. Aku menangis, menangis dan terus menangis. Tapi cuba ku tahan untuk peroleh kekhusyukan yang sudah lama aku tinggalkan dalam kanvas kehidupan. Hari ini aku merasai semua itu atas izinNya.


"Suasana apa ini?Sayu je" Hatiku mula bermadah seusai solat Maghrib. Aku terus memerhati keadaan sekeliling. Sangat sayu yang aku kira menusuk qalbuku. Seperti ada sesuatu yang Dia mahu tunjukkan kepadaku.


Allah, mungkin Kau hendak berbicara denganku lebih dekat. Aku terlalu lama mengabaikanMu, sudah sekian lama aku meninggalkanMu. Dan hari ini Kau telah menghadiahkan sesuatu buatku, ketenangan yang nyata.
Ketenangan yang telah lama aku cari, dan hari ini Kau telah berikan kepadaku. Allah, terlalu banyak khilafku terhadapMu. Aku sendiri keliru jalan mana yang harus aku pilih dalam kehidupan aku.


Aku terlalu banyak bersantai hingga Kau juga dengan santai membiarkan aku. Aku terlalu banyak bergelak tawa hingga aku lupa tanggungjawabku sebagai seorang hamba. Aku tertekan Rabb, aku keliru pada siapa aku harus mengadu, sedangkan hanya Kau yang menjaga setiap pergerakan aku. Aku mengadu pada manusia sebelum Kau. Aku terlupa bercerita pada Kau, aku terlupa bahawa aku tidak pernah keseorangan. Aku ada Kau,Rabb.


Tapi aku lupa! Aku menangis dan terus menangis, hanya di qalbu. Biar airmata ini menjadi saksi saat pertemuan Kau dan aku. Aku mahu airmata ini menjadi saksi buat aku.
Titisan panas di pipi mula mengalir bila terkenangkan sikapku terhadapMu. Sungguh tidak BERADAB!
Aku ingin mencintaiMu sebagaimana Rabiatul Al Adawiyah mencintai kekasih agungya melebihi segala-galanya, tapi aku tidak beramal dengannya. Aku ingin mencintai Rasulullah sebagaimana sahabat-sahabatnya mencintai Rasulullah. Kerna aku rindu akan pertemuan itu.


Apakah aku tidak layak untuk semua itu? Allah, hampir beberapa tahun aku berhijrah kejalan Mu, tapi aku masih keliru. Kenapa?


"Erm,saya nak tanya ni, saya ada silap dekat mana-mana ke?Apa salah saya ye?" Soalan ini sering aku bertanya kepada sahabat-sahabat aku dan aku selalu tegah untuk membenarkan kata-kata aku jika salah. Kerana sahabat yang baik itu tidak akan membiarkan sahabatnya terus-terusan berada dalam kesalahan yang nyata,.


Tapi setiap kali mereka menegur, aku hanya buat endah tak endah. Allah, apa masalah hatiku ini? Apa ada hijab di hati ini Rabb?


Kesedihan itu datang ikhlas dari lubuk hatiku. Mata-mata aku pasang di rumah Allah itu. Airmata membasahi kelopak mataku. Terlalu lama aku tidak menangis keranaMu. Tiga pasang jemaah yang terlewat mengikut imam membuat kelompok masing-masing lalu solat Magrib berjemaah. Aku terharu, seakan-akan disambar rasa rindu, syahdu di hati.


Bagaimana agaknya keluargaku di kampung? Bagaimana keadaanku kelak? Siapa aku sepuluh tahun akan datang.?Apakah aku dapat terima semua amalan ku dengan tangan kanan ku? Allah, ini rupanya yang Kau hadiahkan. Kau mahu aku berfikir, Kau mahu aku betulkan silapku. Mereka adalah pelakonnya.


Kau hadirkan sahabat-sahabatku untuk menegurku, mereka adalah diantara yang Kau gerakkan hatinya untuk menegur silapku. Kerna Kau menyayangiku bukan? Jika Kau terus membiarkan aku, mungkin aku tidak menjadi sebagaimana aku hari ini.


Benar, dan aku sangat percaya, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Aku bersyukur kerana Kau sanggup menyedarkan aku untuk bangun dari kelalaian yang nyata. Aku bersyukur kerana Kau ingin aku merujuk kepadaMu untuk melayari bahtera ini.


Allah, sungguh aku sedih, sungguh aku tertekan dengan apa yang ada dihadapanku ini. Aku belum cukup kuat untuk melaluinya. Tapi aku yakin,


Hasbee Rabbi jalallah,maa fee qalbi ghoirullah

Allah terimalah aku sebagai hambaMu, Rasulullah terimalah aku sebagai ummatMu.
Buat sahabat-sabahat ana mohon maaf atas kesilapan ana yang lalu, dan ana masih mencari jalan. Buat kalian yang membaca, ana juga mohon maaf jika menyakiti kalian secara halus atau tidak. Ana mohon doa dari kalian agar ana kuat dan teguh.


Allah kuatkan aku..
Agar terus berada dijalanMu..
Allah aku mohon petunjuk dan hidayahMu..
Maka pimpinlah aku menuju redhaMu..

Thursday, June 2, 2011

Sukan adalah Ibadah

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


Pada awalnya agak sukar untuk saya memahami konsep sukan adalah ibadah. Alhamdulillah,dengan memperuntukkan masa yang khusus, akhirnya saya dapat satu idea yang mudah untuk difahami,insya Allah.


Permainan adalah ibadah.


"Semua sudah sedia?"
"Sudah"
"Kita mahu menang atau kalah?"
"Menang!"
"Adakah kita nak tunjukkan kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Adakah kita ini lemah?"
"Tidak!"
"Siapakah yang terhebat?"
"Kita!"
"Mesti main dengan baik?"
"Mesti!"
"Permainan kita adalah ibadah?"
"Ibadah!"
"Yang terbaik untuk siapa?"
"Islam!"
"Jadi kita mesti menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Menang!"
"Vanguard!"
"Huh!"


MAIN JUGA ADALAH IBADAH.
"Mesti kau tak faham kan apa yang aku nak sampaikan?"
"Memang pun, Ika suka sampaikan separuh jalan,macam mana nak faham."


Senyum sebagai hadiah buat kamu sahabat. Bagaimana aku mahu kamu faham jika kamu sendiri belum berusaha untuk memahami apa yang aku sampaikan?Sengaja aku biarkan kamu mencari-cari maksud di setiap apa yang aku sampaikan, kerna aku ingin melatih kamu berfikir dan menyampaikan dengan gaya kefahaman kamu sendiri.


"Susahlah nak faham main adalah ibadah"
"Kalau senang, maka Rasulullah mesti tak lapar dalam hidup dia"
"Itu Rasulullah"
"Ya, itu Rasulullah, matahari kita"
"Matahari?"


Ya, matahari yang menerangi seluruh alam dari kegelapan yang nyata. Lihat, jika kita tidak meletakkan Islam dalam kehidupan kita maka berlakulah  rasuah, pecah amanah dalam arena sukan. Maka jadilah sukan ini arena yang penuh unsur kemaksiatan dan kemungkaran, bukan  lagi arena yang menyihatkan tubuh badan.


Allah benar-benar menunjukkan kekuasaanNya.
 
 "Allah adalah sumber kekuatan kita yang sebenar, kerana Dialah yang mencipta kita. Barangsiapa yang berkehendakkan tempat yang lebih tinggi, kekuatan yang lebih dasyat, maka hendaklah dia kembali kepada Allah, merapatiNya, mengikuti perintahNya, dan meninggalkan laranganNya. Nyata Dia akan memberikan kuasa dan kekuatan kepada kita"


Sebab itu saya suka menekankan kepada kalian semua sukan juga adalah Ibadah. Adakah ibadah yang diselangi lagu-lagu menghayalkan?Allah itu menilai kita sekecil-kecil zarah hatta di gelanggang sekalipun. Apakah kita ada jawapan untuk diberikan kepadaNya?


Tapi saya khuatir, adakah kita mampu untuk mengetengahkan sukan ini adalah ibadah?
Ya, kita boleh!


"Siapa yang mampu pegang amanah ini"
"Saya!"
"Saya mampu dengan mengharapkan pertolongan Allah, takdir itu di hujung tanduk manusia"
"Berusaha sampai mati!"
"Sampai mati!"


Buktikan pada dunia, dengan membawa Islam dalam arena sukan, kita adalah yang terhebat. Jangan kita sendiri yang memandang rendah sukan adalah ibadah.


"Allahuakbar!"


Hati berdegup kencang. Moga Allah redha.


"Salam Doktor,apa pandangan Doktor sukan adalah ibadah dan apa yang perlu diketengahkan untuk sukan sebagai ibadah?"


Lama juga saya tunggu balasan jawapan dari Dr. Barangkali berfikir untuk memberikan jawapan yang terbaik buat saya.


"Betulkan niat, kemudian sebagai seorang yang ingin membawa Islam dalam arena sukan mesti jaga pergaulan dan kewajipan syarak yang telah digariskan. Ahli sukan dalam kalangan orang yang berkualiti, manakala latihan dan kemahiran sukan yang cukup dan paling penting jaga peruntukan kewangan yang mantap untuk dunia sukan"


"Syukran Dr"


Ya, saya kira jawapan ini agak mantap dan hampir sama dengan apa yang saya fikirkan.
Bagaimana dengan kalian?
Adakah kalian masih menjaga aurat tika berada dalam gelanggang?


Saya mungkin tiada pengalaman dalam arena sukan yang dihiasi warna-warna gemilang, jadi saya harap buat kalian yang sanggup membawa Islam dalam arena sukan, jangan lengahkan masa, jangan terlalu asyik dengan dunia, jangan mengharapkan orang lain. Kerana kita adalah yang membawa dan menegakkan Islam!.


Jika kalian sendiri belum mampu ke hadapan untuk menyatakan pendapat, anda bukan lagi seorang kuat hatinya. Hati yang sentiasa bergantung pada manusia lain tanpa mengharapkan pertolongan Allah.


'Itu bukan yang Islam ajar!Itu bukan saya!'


Katakan begitu pada diri kalian.




Tarbiah Islamiah Syamilah


Apabila hati kita sentiasa terpaut dengan dunia maka hubugan kita dengan Allah tersangat lemah.
Orang yang melihat dunia terlalu lama adalah orang yang dhoif.


Disebabkan oleh dunia, kita mundur untuk memajukan Islam,


Disebabkan dunia, kita selesa di zonnya.


Kita perlu bangun, meski terluka itulah kita.


"Hendak mempamerkan imej Islam kepada masyarakat maka peribadi yang mampu membawa risalah perlu dibina. Maka Tarbiah Islamiah Syamilah itu perlu dilalui oleh setiap manusia yang ingin menonjolkan  Islam dalam kehidupan."


"Tarbiah Islamiah Syamilah ialah, didikan Islam secara menyeluruh. Didikan yang merangkumi setiap aspek kehidupan kita. Kalau meninggalkan tarbiah, hati akan menjadi lemah, jiwa akan menjadi gersang."


Nah, bagaimana dengan kalian semua?
Bagaimana reaksi kita semua?
Mahu jalani Tarbiah?
Mahu bawa sukan adalah ibadah?
Dengan syarat-HDA-
Hubungan dengan Allah


Penutup


Sukan itu adalah ibadah.
Di tahap manakah kita meletakkan sukan adalah ibadah?

Doa kesatuan hati-hati mereka yang beriman. Makna yang sangat mendalam.


"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini(orang-orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.


Maka eratkanlah, ya Allah, akan ikatannya


Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya(jalan sebenar). Penuhkan(piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini denagn limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.


Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat(pengetahuan sebenar) tentangMu. (Jika engkau mentakdir mati) maka matikanlah pemilik hati ini-hati ini sebagai para pejuang. Engakaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.


Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.


Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjugan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya"






p/s: Dialog tadi dipetik dari kumpulan cerpen Matahari dan VT hasil karya Hilal Ayraf.
Moga beroleh manfaat darinya,



Moga Allah redha akan kalian.

Monday, May 30, 2011

Aku bukan perempuan itu..

Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.
Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!
Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.


Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.


Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.
Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.
Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.
Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?
Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.
Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.
Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.
Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.
Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.
Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.
Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya.Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.
Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat! Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.
Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
Oh, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.
Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.
Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.
Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.
Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya? Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...
Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.
Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..
Aku menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!
Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!
Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.
Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.
"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."


[An-Nisa', 4 : 13]


Hatiku tiba-tiba berbicara, bukan senang ingin menjadi perempuan ini. ALLAH, kuatkanlah aku.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Congrate adik Aisyah,jadilah yang sebenar-benar insan.Yang memikul tanggungjawab dalam dakwah setelah melalui proses tarbiyyah syaamilah Islamiyah.Aplikasikan dalam kehidupan seharian.Saya juga berusaha sebaiknya.Cita-cita saya juga tinggi,redha Allah matlamat hidup.Mengharapkan doa dari kalian..Hati ini milik Allah..Insya Allah,