Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalammualaikum..:)
Along tekun menghadap latihan Matematik. Kak ngah dah lama hanyut dengan buku-buku yang memang tak pernah lekang dalam hidup dia. Sketchbook di depannya masih kosong dek kerana minda yang tiba-tiba malam ni rasa memang kosong.
Anak: Mak, kenapa Allah ciptakan syurga dan neraka?
Mak: Allah ciptakan syurga dan neraka kerana Allah sayang akan kita semua sebagai hambanya.
Anak: Kalau Allah sayang kenapa ada neraka? Bukankah neraka itu tempat yang sangat teruk.
Mak: Anaku, manusia itu sendiri maksudnya pelupa. Maka itu Allah ciptakan syurga dan neraka untuk
hambanya selalu mengingatinya dan sentiasa memohon (doa) kepadaNya.
Anak: Erm, baru adik faham sekarang. Alhamdulillah, adik ade mak yang selalu mengingatkan adik
untuk sentiasa mengingati Allah.
Mak: Ingat tak mak pernah cakap,
1 sayang Allah
2 sayang Rasulullah
3 sayang ibu bapa
1,2,3 sayang semuanya..
Anak: Ingat mak, terima kasih mak.
Sketchbook yang terdapar kosong kini sudah mula tercorak dengan berlatarkan kenangan yang banyak mengajar erti kehidupan. Jika dulu diri terasa kosong tapi kini lakaran sudah makin jelas akan tujuan kehidupan.
tak notice pun ada post yang ni..dah godek2, baru jumpa then i asked myself..
ReplyDeletebila pulak yang ni eh..huhu
nice post <3