Tuesday, August 16, 2011

Uhibbuki fillah...~


“ Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku. Kuhulurkan tangan untuk berkenalan kerana aku rasa senang, makin ramai sahabat aku semakin percaya diri.aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka dan duka. Jika kutemui, aku akan setia padanya…
-Imam Syafie.

Assalamualaikum…
Segala puji-pujian buat ALLAH s.w.t. dan tiada yang lain melainkan-Nya.
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. juga buat para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Ku panjatkan rasa kesyukuran  ke hadrat Illahi kerana dengan rahmatnya, masih diberi peluang untuk menikmati dan merasai kemanisan Ramadhan.







Berbicara mengenai sahabat,teman,rakan,kawan. Semuanya memberi maksud yang sama. Setiap 0rang perlukan sese0rang yang rapat dalam hidupnya dan itulah yang dinamakan sahabat sejati.
Sahabat yang sentiasa bersama dengan kita tak kira waktu susah dan senang..

Waktu kita sakit,sahabat rajin datang melawat.
Waktu kita ada masalah,sahabat pencetus s0lusi.
Ketika kita sedih,adanya sahabat yang menggembirakan kita.
Waktu sahabat gembira,kita lah 0rang yang turut merasai perasaan yang sama…

Tapi atas dasar apa sebenarnya kita bersahabat?

Adakah kerana sahabat memiliki rupa paras yang menarik?
Pengaruh yang kuat?
Harta kekayaan yang memberi kesenangan pada kita?
Budi pekerti yang baik…?
Rajin men0l0ng kita pada waktu kita susah…?
Sentiasa keluar ‘0uting’  bersama-sama…?
Memiliki cara, sikap, dan kegemaran yang sama…?

Persahabatan Rasulullah s.a.w. dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama.
Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik.

Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah s.a.w. dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud:

Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.”
 (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Ramai yang mengatakan bersahabat kerana ALLAH, ‘ana uhibbuki fillah’…tapi tak faham erti yang sebenarnya…
Hanya mampu mengungkap tapi tidak sampai kedasar hati..


Ramai yang bersahabat, tapi masih ada rasa cemburu,hasad dengki,sakit hati…
Cemburu dalam bersahabat???
Astaghfirullahhal azim…m0ga dijauhkan perasaan sebegitu…
Jangan kerana terlalu sayangkan sahabat,se0lah-0lah dia milik kita sepenuhnya..hal ini yang menimbulkan rasa cemburu..fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi…dan yang pasti sukar untuk berkongsi…

Sesungguhnya 0rang yang beriman itu tidak akan cemburu apabila melihat sahabatnya menjalinkan ukhuwah dengan sahabat lain .

Rasulullah s.a.w. juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar:

“Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkan ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah.

Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”


Dalam Islam telah diajar untuk melebihkan 0rang lain, iaitu tahap ukhuwah yang paling tinggi , manakala berlapang dada adalah tahap ukhuwah yang paling rendah.

Firman ALLAH s.w.t.:

“Sesungguhnya setiap mukmin itu adalah bersaudara”
(al-hujuraat :10)





Ayuh..mari sama-sama kita muhasabah diri dalam menilai niat persahabatan kita yang sebenarnya. Mungkin juga ada di antara kita yang yang tidak mengakui perlunya hidup bersahabat. Ada yang berprinsip “ Rather to be alone.”

Ada sesetengah yang lain terlalu menyanyangi sahabatnya tapi tidak mendapat feedback yang sepatutnya…

Kadang-kadang kita tak sedar,ada insan lain yang manyayangi kita lebih dari kita menyayangi sahabat kita…

Buka mata hati kita untuk menilai siapa sahabat kita sebenarnya..

Kita berkawan kerana ALLAH..
Bukan setakat di dunia,tapi biarlah sampai di akhirat..
Dan insya ALLAH bertemu di Jannah ALLAH yang kekal abadi...

Sahabat yang baik akan sentiasa bersama tak kira senang mahupun susah...

Sahabat yang baik tidak akan selalu ‘membenarkan’ kata-kata temannya…

Sahabat yang baik akan bersama-sama untuk menegur ke arah keredhaan ALLAH s.w.t.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“ Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dan diakhir kata,
Hayati bait lagu kumpulan br0thers ini.
M0ga kita mampu berukhuwah kerana ALLAH s.w.t.

Teman Sejati 

Selama ini…
Kumencri-cari…
Teman yang sejati…
Buat menemani…
Perjuangan suci…

Bersyukur kini…
PadaMu Illahi…
Teman yang dicari…
Selama ini…
Telah kutemui…

Dengannya di sisi…
Perjuangan ini…
Senang diharungi…
Bertambah murni…
Kasih Illahi…
KepadaMu Allah…
Kupanjatkan doa…
Agar berkekalan…
Kasih sayang kita…

Kepadamu teman…
Ku pohon sokongan…
Pengorbanan dan pengertian…
Telah kuungkapkan…
Segala-galanya...

KepadaMu Allah…
Kupohon restu…
Agar kita kekal bersatu…
Kepadamu teman…
Teruskan perjuangan…
Pengorbanan dan kesetiaan…
Telah kuungkapkan…
Segala-galanya…
Itulah tandanya…
Kejujuran kita……….=)

Buat sahibah-sahibah seperjuangan…
”Ana uhibbuki fillah”
Marilah bersahabat kerana ALLAH s.w.t.
Berukhuwah hingga akhirat menuju Jannah ALLAH…

Ukhuwah kerana dunia ramai…
Tapi,ukhuwah kerana akhirat???
Kita b0leh hitung berapa…

No comments:

Post a Comment