Thursday, July 4, 2013

Aku naqibah yang tidak sempurna..

Bismillah...

Suatu ketika dahulu..
Alhamdulillah,setelah hampir beberapa tahun, kumpulan usrah ditubuhkan kini sudah punya nama dan identiti tersendiri..
Jauh di sudut hati aku berbangga dengan ketabahan dan kekuatan mereka yang tetap mencari dan teguh berdiri..
Mereka berada di tengah lautan manusia yang masih belum menerima hidayah, mereka berada di tengah lautan manusia yang belum memahami Islam..
Bagi aku mereka hebat, semoga hebat di mata pencipta..
Aku pernah berlari jauh dari kumpulan itu, kerana aku sendiri belum boleh untuk memahami mereka yang punya pelbagai idea, sehingga suatu masa airmata aku jatuh!
Sehingga hati tiada terisi,kosong!
Wahai Allah,jika benar mereka yang Kau pilih, Kau permudahkan urusan untuk aku..
Hari tetap akan berlalu..
Muncul satu nafas baru..
Dalam mengemudi kapal yang baru kehilangan nakhoda..
Naqibah baharu..

Dia, Izzati Radhiah..:-)
--Sabar orangnya
--Berhemah tegurannya
--Cekal hatinya
--Suka pada perubahan
--Lapang dadanya
--Matang fikirannya
--Berakhlak baik
--Berbudi bahasa..
--Terbuka mindanya

Dia naqibah yang sangat hebat dalam meneruskan perjuangan usrah..
Sedang aku mati di tengah2 perjuangan, bangkit di pengakhiran..
Dia memberi semangat dalam setiap perjalanan, dalam setiap inci kehidupan..
Bukan sahaja dia, tapi seluruh ahli usrah juga memberi seribu satu kenangan,
seribu satu nasihat..
Cuma tembakan doa dari jauh buat kalian,
Semoga kita terus istiqomah dengan jalan baru..
In shaa Allah ada rezeki jumpa di daurah!!
Lot of miss
=)

No comments:

Post a Comment