Thursday, July 4, 2013

Tekanan di tempat kerja..!


Tekanan di tempat kerja membuatkan saya nak lari jauh dari kesibukan..
Berhadapan dengan mereka yang tidak sefahaman,
Berhadapan dengan mereka yang tidak sefikrah,
Membuatkan saya rasa nak menjerit pada dunia..!
Tapi siapa saya untuk menjerit dengan apa yang telah Dia hadiahkan..
Seolah saya menjerit kepada Dia..
Kenapa, kenapa dan kenapa..??

Tapi saya juga manusia biasa yang punya hati dan perasann,
Saya juga bukan robot yang boleh lakukan banyak kerja dalam satu masa yang singkat..
Kamu juga pernah jadi seperti saya sebelum kamu berada di hadapan,
Tapi saya faham kamu,
Kerana di waktu alam student saya juga seorang senior 
Seorang senior yang sangat tegas..
Seorang senior yang adakalanya sengal.
Saya tidak suka jika junior saya tidak mahu ambil tahu apa yang mereka pelajari..
Apatah tidak menyibukkan diri dengan praktikal

Tapi saya ambil tahu apa yang kalian lakukan..
Saya menyibuk  sampai kamu rasa nak marah dengan sikap saya..
Walaupun saya tidak suka berada di tempat yang saya berada sekarang..
sekurang-kurangnya saya mempelajari apa yang saya tidak ketahui..
Walaupun saya tidak ada perasaan untuk hadap segala benda yang ada..
Saya lapangkan dada saya seluas stadium yang ada untuk terima segala kritikan..
Sampaikan pada suatu saat itu saya terduduj di depan pintu indent barang..

Allah, tolong selamatkan hati saya bila berhadapan dengan mereka yang tidak sefikrah..
Allah, Kau jualah yang pegang hati manusia..
Kau berilah taufiq dan hidayah kepada mereka..
Lembutkan hati mereka ya Latiff..

No comments:

Post a Comment