Tuesday, September 24, 2013

Hakikat sebenarnya..

Bismillah..

Tidak pernah luput dalam ingatan selawat dan salam ke atas junjungan baginda saw yang telah berjuang dalam mendukung dakwah islamiyah seantero dunia!
Sehingga Islam itu sungguh osem di mata dan hati kami semua, in shaa Allah..
Allahu!

Sementara masih diberi peluang untuk menulis walau tidak seberapa.. Berusaha jugak untuk menyampaikan selagi termampu..
Buat kalian yang tidak pernah jemu memberi semangat dalam mecoretkan tinta, jazakillahu khairan kathira ana ucapkan.. :)
Semangat yang sangat-sangat osem..!!

Cicah mangga dengan kicap+belacan+macam2 ada!!!

Huhuhu

Hakikat dalam kehidupan seharian..

L : You tahun berapa ea?

P: Tahun 91 (Sambil-sambil menyuapkan nasi goreng yang banyak dan agak berminya dalam mulut!)

L: Waa so young..tiba-tiba rasa i terlalu tua la..huhu

(Adui, dah la minat kat mamat cina ni..tanya pulak soalan2 macam ni! Muka macam korea kot!)
  
Ehem

L: Asal mana? 

P: Melaka, dekat Alor Gajah..

Dan bla..bla..bla..

P: Alamak, don't ask la, i failed geog!!

L: Hahahahaha..try to said something, i can not imagine!!

(Diam aje budak tu lepas mamat tu cakap camtu..)

L: Eh, habis makan nasi yang banyak tu?

P: Saya lapar la..

P2: Pregnant ke?

P: Haaa?? Terkeluar jantung sekejap..!hii

L: Eh, dia belum kahwin la..! Wa sungguh terasa la dia..

Eheh!

Hakikat perempuan..
Mudah tertarik..
Mudah lembut hatinya..
Kelemahan wanita pada benda-benda yang simple thing macam ni je..
Lucu kan? 
Tapi inilah yang saya belajar dari mereka yang ada di sekeliling saya..
Barangkali terjadi pada diri sendiri!
Mujur Dia ada..!!


Eh.. Ewah, ewah..!
Lelaki pun macam tu la..
Cuba kalau perempuan tu cantik, comel lagi..
Duk acah-acah, konon-konon tanya soalan yang tak berkaitan..
Pastu perempuan tu nak tak nak layan..
Lelaki pasti akan cuba lagi nak pikat!!
Sampai dapat kan?

Ini hakikat..
Yang mana Allah kata dalam ayatnya..
Aku ciptakan manusia itu berpasang-pasangan..
Mesti ada magnet antara satu sama lain..

Tapi geng, do not allow jalan cerita yang mengundang seribu tanda titik..
Because of we have our own way!
Indeed..!

Eheh!

Saranghea..huu




























Wednesday, September 18, 2013

Suprise!!



credit card..huhu!



Mintak tolong boleh tak??

Dengan muka yang mengantuk dan malas..

Tolong bukakan beg laptop tu..

Ya Allah!!Ada plastik oren

Oke keluarkan barang dalam plastik tu..

Alamak hai..hurmm!!

Kenapa tinggal baju kamu kat sini..?

Yela..cer baca apa yang ditulis?

Korang tengok kat baju tu tulis apa..? Dengan bangganya baca..

Tak pasal-pasal dapat sengal!!

Cer tengok kad kat dalam tuu..

Silalah baca sendiri!!

Rasa nak bersorak,bakar bunga api kat bilik..!!
eh?

Tenkiu...tenkiu..!!



Saya hampir terlupa dengan tarikh ni berikutan akan menghadapi soal jawab!!

Wound Breakdown



I cant write anything!!








Monday, September 16, 2013

Warna warni kehidupan..

Jom relaks dan rasa gembira dengan warna-warna ini..

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


SUBHANALLAH


ALHAMDULILLAH


LAILAHAILALLAH


ALLAHUAKBAR!

Sunday, September 15, 2013

Awal-awal dulu la....



Di awal penubuhan blog..
Semua tekun membaca dan meneroka..
Mencoret, menconteng perkongsian kepada umum
Lama kelamaan.....
Masing-masing sunyi dari penulisan..
Waktu itu, mereka sudah punya blog sendiri.. :)
Sudah punya facebook..

Waktu itu saya tidak punya apa-apa..
Setia menulis dan terus menconteng di kertas ini..
Walaupun tidak seberapa..

Di awal-awal terpampang blog ini..
Masing-masing minta tolong cek kan ejaan..
Huhu..
Rasa macam kelakar bila ingat semula..
Tak kurang juga ada yang tak mahu menulis..
Bukan tidak mahu, seperti yang saya kata
Mereka sudah punya media yang lain.
Yang lebih terbuka berbanding blog...

Ibarat ceruk hutan je.. ;)
Tak semua yang punya kelebihan dalam penulisan..
Meskipun mereka sebenarnya banyak idea yang nak dijeluakkan!
Menyuntik semangat hyperaktif dalam bidang penulisan kepada mereka bukan suatu perkara yang mudah tau..
Al maklumlah, Dato', YB selalu bz..hihi

Btw..
Time is running out.
What goes around comes around..
Buat mana yang sempat it's more better dari tak buat apa-apa langsung!

Adush!! Terhantuk kepala..!

Are you going to be a da'ie??


Dakwah..
Da'ie..
Lagi-lagi cakap pasal da'ie..
Lagi-lagi cakap pasal dakwah..
Dah naik mual, loya rasa nak termuntah hijau pun ada!
Orang dengar dua perkataan yang tu dah pandang lain macam..
Usahkan lain macam, nak dekat pun belum tentu..
Bosanlah!
Panggggg bertubi2!! Wake up from your dream okay!
Hurmm..

"Maaf la nak cakap, your dakwah is too kolot laa.."

"Tak kena dengan jiwa muda kami"

"I don't like the way you brought up your dakwah!"

kolot!
kolot!
kololt!

Terpana macam tak percaya!
Mau tak jatuh airmata.. Yang pasti bukan depan depa la..
Jalan-jalan balik rumah, 'bulatan gembira' kedai makan tak berapa menjadi..
Dibuka satu topik, dibahaskan dengan pelbagai hujah dan apa-apa la..
Kadang tu tidak kena dengan topik..
Asalnya bersembang kosong, perlahan-lahan memasukkan keindahan hidup secara Islam..

But the ending is toooooo sad!!
Tap..
Tap..
Tap..
Kalau tadah besen,penuh ni airmata..
Hati bagai dihiris-hiris daging cincang!

Datang seorang murabbi yang mukanya penuh rasa kasih dan sayang..
Yang wajahnya terpampang keihklasan yang tak dapat digambarkan..
Memberikan semangat dan teladan..

"Ya, menjadi da'ie itu bukan menjadi seperti burung yang senantiasa terbang bebas tanpa limit, hanya berhenti tika hujan turun, hanya berhenti tika lelah dan penat menjelma. Menjadi dai'e itu seperti kuda yang tidak pernah berhenti berlari selagi dipandu oleh tuannya saat ia sedang berperang! Berjihad mempertahankan sehabis daya. Berjihad walau hakikatnya ia telah lelah.."

"Demi Islam sayangku. Tak semua apa yang kita bawa mereka boleh terima. Hanya dengan keihklasan, mengalirkan kasih sayang kepada mad'u barangkali boleh menyentuh hati-hati. Walaupun bukan semua, tapi pasti akan ada hati yang tersentuh lantas mereka berfikir."

Oh, airmata susah nak berhenti pulak dah!
Malu rasa dengan diri sendiri..
Mengalah terus berhenti..
Sedangkan ada sesuatu yang menanti walaupun belum pasti..

Awan yang mendung belum tentu hujan akan turun..
Tapi ia cuma petanda barangkali bakal turun..
Pelangi yang cantik tidak selamanya kekal..
Ia bakal hilang..

Dakwah, da'ie, mad'u ibarat pelangi
In shaa Allah tidak akan hilang..
Hingga ia terus digilap!

Kenapa mereka kata kolot?
Kenapa mereka kata banyak sangat keterikatan?
Sebab kita terlalu cepat dalam menghukum..
Kita terlalu cepat menyatakan keharaman tanpa menghuraikan hujah terlebih dahulu..
That why la mereka rasa hidup secara Islam ni rumit!
Padahal, cara ni lebih selamat dan terjaga dari segala sudut!
Osem sangat-sangat!

Banyak membaca..
Berusaha faham mentaliti masyarakat, terutama yang muda..huhu
Baru mereka tak rasa Islam tu sempit dan membebankan..

Da'ie..keep smile okay..!

Wednesday, September 11, 2013

Oh I'm blogger..??


" Ada blog dan seorang blogger perlukan komitmen yang lebih kalau nak dibandingkan dengan yang lain.."

"Nyata saya lebih suka akan blog dan menjadi seorang blogger berbanding kemudahan media lain. Bukan bermaksud saya menolak facebook,whassap and etc.. It might be coz i really like to write something based on my and others experiance.."

Menjadi seorang blogger dari sudut pandangan saya..Memang perlu satu komitmen yang lebih.. Lebih banyak membaca dan meneroka ilmu.. Saya juga minat meneroka top blogger yang mana cara penulisannya yang sangat awesome!

Cuma kebelakangan ini, saya sangat kurang membaca, kurang idea untuk menghasilkan beberapa penulisan..
So ia agak bersawang..huhu..

------------

Thursday, September 5, 2013

Kata A'aisyah,



Setiap kali awan hitam sarat dengan hujan datang,

wajah Rasulullah akan berubah.

Wajah baginda kelihatan seperti gusar dan bimbang.

Baginda takutkan,
yang hujan itu adalah pembalasan buat umat baginda, seperti yang terjadi pada umat terdahulu.

Kerana itu, baginda ajarkan doa

"Allahumma soyyiban nafi'a.."

Semoga titis hujan yang turun, membawa doa doa kita naik.

--

Sambil tadabur Surah Al Mursalat.

Kamu dan kami..




Membesarkan aku penuh kasih sayang
Ya itu aku mengerti
Membesarkan aku dengan titik peluhmu
Nyata itu juga aku mengerti
Tapi aku tidak menegrti kenapa begitu tungkus lumus kamu lakukan itu untuk aku?

Ooo..kini aku benar-benar mengerti
Pengalaman itu telah mendewasakan aku rupanya..
Kini aku sendiri mengalami situasi itu..
Kenapa rotan selalu di sebelah aku
Tatkala waktu mengaji?
Ya, sungguh aku takut akan rotan itu..

Oo..kini aku sangat mengerti..
Supaya aku tidak main-main dalam ilmu agama
Mahu aku fasih dan lancar dalam al quran
Biar sedari kecil sudah pandai al quran..
Bila mereka dah tua, alunkan bacaan itu di telinga mereka
Sungguh, mereka sangat tenang..

Kudrat tua, urat-urat tua
Telah dan semakin kelihatan
Apa yang kita semua bakal lakukan lagi terhadap mereka?
Ya, berlaku ihsan lah kepada mereka
Doakan mereka..
Gembirakan hati mereka
Hargai hidup mereka
Jaga hati mereka..
Selagi nyawa masih dikandung badan..

Antara sedar atau tidak

Bismillah...

Antara sedar atau tidak almost 4 month we're in this session..i mean alam pekerjaan la
Tak best macam yang kita bayangkan..
Bekorban masa, tanggungjawab yang dipikul makin bertambah..huh!
Bukan mengeluh kerana tanggungjawab itu, tapi..???

Baru saya faham betapa susahnya ibu bapa kita bertungkus lumus cari duit nak besarkan kita sorang je..
Tambah lagi dengan adik-adik yang lain.. Allahurabbi..!
Dari kita kecil sampai kita besar, sampailah saya sendiri berada di tahap ini.
Tiba-tiba rasa naik angin bila tengok anak yang tak pernah nak hargai kudrat tua ibu bapa mereka!
Tak hargai kudrat tua yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang..

Suatu petang, memerhati seorang ibu..
Tiba-tiba mata saya bergenang!
Mana tidaknya, ibu bapa setiap hari datang duk belai anak tu bagai menatang minyak yang penuh..
Kalau anak tu dah besar buat perangai, ya Allah sedihnya..
Saksikanlah ya Allah..mereka sudah melakukan jasa terbesar untuk anak-anak mereka..
Tapi jika anak-anak tidak berlaku ihsan, lalu harus bagaimana ya Allah..
T_T



credit to this mother!