Sunday, September 15, 2013

Are you going to be a da'ie??


Dakwah..
Da'ie..
Lagi-lagi cakap pasal da'ie..
Lagi-lagi cakap pasal dakwah..
Dah naik mual, loya rasa nak termuntah hijau pun ada!
Orang dengar dua perkataan yang tu dah pandang lain macam..
Usahkan lain macam, nak dekat pun belum tentu..
Bosanlah!
Panggggg bertubi2!! Wake up from your dream okay!
Hurmm..

"Maaf la nak cakap, your dakwah is too kolot laa.."

"Tak kena dengan jiwa muda kami"

"I don't like the way you brought up your dakwah!"

kolot!
kolot!
kololt!

Terpana macam tak percaya!
Mau tak jatuh airmata.. Yang pasti bukan depan depa la..
Jalan-jalan balik rumah, 'bulatan gembira' kedai makan tak berapa menjadi..
Dibuka satu topik, dibahaskan dengan pelbagai hujah dan apa-apa la..
Kadang tu tidak kena dengan topik..
Asalnya bersembang kosong, perlahan-lahan memasukkan keindahan hidup secara Islam..

But the ending is toooooo sad!!
Tap..
Tap..
Tap..
Kalau tadah besen,penuh ni airmata..
Hati bagai dihiris-hiris daging cincang!

Datang seorang murabbi yang mukanya penuh rasa kasih dan sayang..
Yang wajahnya terpampang keihklasan yang tak dapat digambarkan..
Memberikan semangat dan teladan..

"Ya, menjadi da'ie itu bukan menjadi seperti burung yang senantiasa terbang bebas tanpa limit, hanya berhenti tika hujan turun, hanya berhenti tika lelah dan penat menjelma. Menjadi dai'e itu seperti kuda yang tidak pernah berhenti berlari selagi dipandu oleh tuannya saat ia sedang berperang! Berjihad mempertahankan sehabis daya. Berjihad walau hakikatnya ia telah lelah.."

"Demi Islam sayangku. Tak semua apa yang kita bawa mereka boleh terima. Hanya dengan keihklasan, mengalirkan kasih sayang kepada mad'u barangkali boleh menyentuh hati-hati. Walaupun bukan semua, tapi pasti akan ada hati yang tersentuh lantas mereka berfikir."

Oh, airmata susah nak berhenti pulak dah!
Malu rasa dengan diri sendiri..
Mengalah terus berhenti..
Sedangkan ada sesuatu yang menanti walaupun belum pasti..

Awan yang mendung belum tentu hujan akan turun..
Tapi ia cuma petanda barangkali bakal turun..
Pelangi yang cantik tidak selamanya kekal..
Ia bakal hilang..

Dakwah, da'ie, mad'u ibarat pelangi
In shaa Allah tidak akan hilang..
Hingga ia terus digilap!

Kenapa mereka kata kolot?
Kenapa mereka kata banyak sangat keterikatan?
Sebab kita terlalu cepat dalam menghukum..
Kita terlalu cepat menyatakan keharaman tanpa menghuraikan hujah terlebih dahulu..
That why la mereka rasa hidup secara Islam ni rumit!
Padahal, cara ni lebih selamat dan terjaga dari segala sudut!
Osem sangat-sangat!

Banyak membaca..
Berusaha faham mentaliti masyarakat, terutama yang muda..huhu
Baru mereka tak rasa Islam tu sempit dan membebankan..

Da'ie..keep smile okay..!

No comments:

Post a Comment