Tuesday, January 21, 2014

Bengkaknya..

Perjalanan hari itu ditemani ayahanda dan bonda
Sesi ziarah adik bongsu di pusat tahfiz..
Kawasannya kawasan taman..
Penghujungnya punya sekolah menengah kalau tak silap..

Sampai destinasi ayahanda parking tepi je..
Mula rasa hairan..
Ooo..cuma sebuah rumah kecil yang menempatkan beberapa pelajar sahaja..
Semuanya berjubah dan berpurdah..
Diantara mereka ada yang berumur 9-17tahun..
Comel, masya Allah..

Adik keluar dengan jilbab labuh peninggalan kakak..
Malah berpurdah lagi..
Hati ayah dan ibu mana yang tak sejuk..
Dari dalam perut sampai ke alam dunia..

Dalam esak tangis lalu adik mula berkata-kata

"Adik rindu, nak balik."

"Adik nak masuk sekolah. Haritu adik demam. Nak peluk bonda!"

Allah..
Allah..


Kami hanya mendengar dengan penuh kasih dan sayang..
Lalu bonda mengeluarkan suara..

"Adik, adik belajar la kat sini. Bonda tak jauh pun dengan adik. Adik tengok yang umur 9 tahun tu. Adik belajar quran kat sini ya. Insha Allah, tiap-tiap minggu bonda datang."

Ayahanda, bonda melihat saya..
Mengharapkan kata-kata semangat dari kakak yang selalu jauh..huhu

"Alah adik.. relax rrr..Mula-mula memang cmtu,lama-lama mesti taknak balik punyer."

Ayahanda pandang saya!

"Err..kakak solat asar jap!"

Allah..
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya sesuai dengan apa kemampuan kita..
Berusaha bantu untuk kesenangan dunia juga akhirat..

Adik~

No comments:

Post a Comment