Monday, December 15, 2014

.............................

huhu..

Hidup ni tak semudah dan tak seindah yang kita sangka dan jangka.
Akak pernah lalui apa yang awak lalui sekarang.
Apa yang awak buat, awak lalu je.
Redha dan tawakal. Penyerahan yang utama kita pada Rabb.

Kita sering diuji, malah berkali kali diuji.
Ada yang diuji sedikit dan kerap. Ada yang jarang tapi sekali diuji boleh ranap
Hakikatnya setiap manusia itu diuji. Cuma ujian kita berbeda. Tidak sama.
Akak orang susah, keluarga akak susah. Kami diajar untuk hidup berdikari.
Ada banyak kisah silam akak lalui.
Redha dan tawakal.

Akak pernah buat pinjaman lebih dari awak buat. Sebab? My sister in law nak kahwin.
Ada la sebab-sebabnya. Akak masa tu berserah, akak buat je. Yakin yang rezeki tu Allah akan bagi. Banyak atau sikit konsepnya adalah bersyukur tak kita?
Kita tak tahu masa susah kita tu bila. Sekarang adik awak terdesak, takpe. Bantu je.
Nanti esok lusa tiba masa kita, Allah tolong. Bukan harap balasan manusia. Apa yang ada dalam hidup kita ni bukan milik kita seorang. Harta yang kita ada adalah untuk dikongsi dengan yang lain. Jangan rasa risau, bantu je.

Orang lain tak kenal keluarga kita. Orang akan kata kita bodoh sebab buat semua ni. Biar la orang kata apa, yang penting kita tahu apa dan kenapa. Being supportive. Yakin dan tawakal.
Serah pada Allah..

*************************************************************

My adik and adik ipar..
Kak ngah redha dah.. jangan risau nah..
Dekat dengan Allah, jangan lupa Allah..
Sentiasa minta dengan Allah tika susah tika senang.
Hidup takkan bermakna kalau tiada Allah..
Kuat semangat tempuh kehidupan, kerana matlamat kita akhirat sana..
Mesti cari rezeki halalan toyyiba..

Jaga hati..
Jaga diri..
jaga iman..

#habis #sudah #fasa #stress..


Friday, December 12, 2014

Kehidupan ini sebenarnya............




Kehidupan ini sebenarnya macam bola.. Mana mana kita pergi pun setiap satunya ada ceritera tersendiri.. Macam aku jugak, ada ceritera hidup sendiri..
Petang itu sebelum tunggu maghrib.. Aku dengar bebelan panjang tanpa henti dari kakak yang comel ni..

Ya, yang pasti ianya kehidupan..
Dengan riang gembira perut berbunyi tanda meminta makanan..
Tak mengapalah, sudah biasa lapar..huhu. Istilah orang tua DIET!!
Aku kadang tak pasti boleh atau tidak untuk cerita semua ni. Tapi aku cerita sebagai pengajaran, pelajaran yang kami berdua sama sama lalui. 

**************************************************************

Dan haritu hari paling lewat aku balik kerja. Ada la sampai rumah dekat jam 11.00pm. Okeh, ni memang stress. Dengan anak ramai tetibe, space needed for triplet. Time tu jugak suruh aku transfer out baby. Apa lagi betapa ringannya mulut aku..heee, minta maaf la. Ada jugak la sikit bising dengan pakar..huu..
Allahu, kerja tak dapat apa pun haritu, sebab berleter.. Dan tergolonglah aku orang yang rugi pada hari itu. Esok kerja pagi, bertambah huh! Minta maaf, minta maaf.

Nak dijadikan cerita, adik ipar aku ni ada masalah. Staff dia 'short'kan duit dalam akaun. RM5000! Mana nak cari weh! Giler aku tak stress. Ni bukan stress, boleh dikatakan meroyan jugak la aku time tu. Tido tak lena, nak kerja apatah lagi, malas tahap gaban! Nak kena bayar haritu jugak, kalau tak kena tangkap! Hah? what the fish betul!
Esoknya, aku call la member member, ada tak yang boleh tolong, untuk topup RM3000. Siapa yang nak bagi? Masa tu aku tawakal jela. 

Handphone tu memang tak berhenti berdering la. Dari malam tadi, sambung esoknya sampai la beberapa hari berturut turut. Aku suruh buat report polis bagai. Panjang la ceritanya. Aku pun takdela faham sangat kisah depa ni.
Tapi aku kesian dekat adik aku ni. Depa minta aku buat loan. Aku bangkang la! Banyak tuu!! Aku usaha habis daya tanya kawan kawan jugak. Memang ada yang boleh tolong, tapi tak dapat banyak la. Putus harapan. Loss! Pakai waze pun, waze tak dapat nak setel.

Jumaat. Tiga hari berlalu. Masalah tak setel. My mom ada la kat KL. Anak adik plak demam. Aku drive datang KL dengan junior aku tuh. Kami orang nak attend program dengan Habib Omar. Masa tu, aku paksa gak depa semua ni ikut. Tak nak pegi lagi tu. Anak demam, cirit. Ya, aku faham semua tu. Tapi jiwa yang tengah kosong ni sebenarnya Allah sedang tegur.

Mungkin kita dah jauh dari Dia.
Mungkin kita dah abaikan Dia. 
Mungkin kita dah lama tak dekat dengan ulama. 
Jadi ambil pelajaran dan pengajaran. 
Sebab itu tiap tiap manusia akan diuji dengan harta. 
Baik yang miskin atau kaya. Ujian harta itu ada.

Pendek cerita, muntah la anak buah aku yang comel ni. Muntah atas baju sweater aku. Aku cakap kat depa, biarkan dia muntah. Aku pesan awal awal. Niat nak pergi ni kena betul. Niat anak cepat sembuh. Masalah selesai. Banyaklah wasiat yang aku jirus..huhu..

Masjid Muadz bin Jabal.
Bau kasturi itu! Takkan aku lupa, sampai harini aku teringat. 
Alhamdulillah. 
Allah izin aku bau haruman itu.. Tersentuh bakhang! Lepas lepas dari itu..hmm..
Aku pegi buat loan RM5000. Tapi takkan dapat sharp la, kawan aku la yang bantu separuh.

Allah. Start dari tu, aku dah tak amik part dah. Tawakal, redha jela..
So, apa yang aku dengan kakak tu sembang, aku post next time la.
Panjang panjang gini korang pun tak nak baca kan.

Kesimpulan untuk harini.
Tiap tiap manusia itu musibahnya tak sama.
Tapi macam yang aku cakap tadi..
Miskin atau kaya..
Pasti akan diuji dengan ujian harta..

Ingat Allah, dekat dengan Dia..

Friday, December 5, 2014

Hidayah itu makcik hati saya!!

Testing..huhu

Ini testing saja-saja..huhu..
Berniat dan berhasrat untuk terus begini.. ameen

Allah..
Betapa mahal harga taufiq dan hidayah yang Allah berikan..
Sehingga saya masih lagi mampu untuk berdiri dan menyebarkan sedaya upaya saya..
Zaman zaman kegelapan ------->> sayonara terbang tinggi dari saya!
Terima kasih dengan zaman zaman itu..
Yang dah banyak mengajar saya..
Yang dah banyak mengubah sudut kehidupan saya..

Betapa nikmat dan indahnya makcik saya tu..
Tak terbayar dengan hutang darah..
Cuma saya pinta, Allah jaga hati saya..
Terus lorongkan saya ke jalan yang Dia redhai..
Tetapkan saya dengan kekuatan dan semangat..
Kerana saya seorang manusia..
Adakala saya jatuh..
Adakala saya qawiy..

Kurniakan sahabat yang soleh solehah..
Yang mereka juga pernah bersama sama saya pada ketika dahulu..
Ini jalan!
Jalan nikmat yang Allah berikan..
Jangan kita dustakan..
Jangan kita abaikan..
Tapi genggam erat ia..
Berikan hak yang benar pada ia..

Kerana taufiq dan hidayah itu bukan datang berkali kali..
Sekali cuma..!
Sekali dan tidak boleh diganti..
Sepanjang perjalanan hidup saya..
Saya bukan kejar raih title solehah untuk dipertonton!
Tapi saya nak jadi SOLEHAH..
Untuk mak ayah saya..
Untuk adik adik saya..
Untuk bakal zauj saya yang saya belum ketahui siapa dia..
Untuk sahabat sahabat saya..
Dan yang paling utama tiada dua..

Untuk Allah dan Rasulullah saw..
Kalaupun saya bukan yang terbaik..bukan yang cemerlang..
Tapi itu semua harapan dan impian saya..
Harapan dan impian bagi mereka yang kembali pada fitrah hidup bertuhan..

Kerana harapan itu selalu ada..
Kerana kita semua pendosa tiada noktah..
Kembali pada Allah..
Kembali pada Islam yang sebenar..
Kembali pada Al Quran..

USAHA
USAHA
TERUS USAHA!!

Hidup.. perlu kita contohi para sholihin..
Yang kurang tidurnya..
Yang banyak jaganya..
Tegakkan Islam dalam diri..
Maka tertegaklah Islam di muka bumi..

Minta dengan Allah agar meletakkan segala kesibukan dunia di tangan, akhirat di hati..
Sesuai dengan hadis sahih yang saya belajar..

Sabda baginda, Rasulullah saw :-

"Barangsiapa yang akhirat menjadi obsesi, Allah menjadi hatinya kaya, urusan lancar dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Barangsiapa dunia sebagai obsesinya, hatinya miskin, urusan gundah gelana, dunia datang kepadanya sebatasnya"
Jadi..dunia ditangan, akhirat di hati!