Friday, December 5, 2014

Hidayah itu makcik hati saya!!

Testing..huhu

Ini testing saja-saja..huhu..
Berniat dan berhasrat untuk terus begini.. ameen

Allah..
Betapa mahal harga taufiq dan hidayah yang Allah berikan..
Sehingga saya masih lagi mampu untuk berdiri dan menyebarkan sedaya upaya saya..
Zaman zaman kegelapan ------->> sayonara terbang tinggi dari saya!
Terima kasih dengan zaman zaman itu..
Yang dah banyak mengajar saya..
Yang dah banyak mengubah sudut kehidupan saya..

Betapa nikmat dan indahnya makcik saya tu..
Tak terbayar dengan hutang darah..
Cuma saya pinta, Allah jaga hati saya..
Terus lorongkan saya ke jalan yang Dia redhai..
Tetapkan saya dengan kekuatan dan semangat..
Kerana saya seorang manusia..
Adakala saya jatuh..
Adakala saya qawiy..

Kurniakan sahabat yang soleh solehah..
Yang mereka juga pernah bersama sama saya pada ketika dahulu..
Ini jalan!
Jalan nikmat yang Allah berikan..
Jangan kita dustakan..
Jangan kita abaikan..
Tapi genggam erat ia..
Berikan hak yang benar pada ia..

Kerana taufiq dan hidayah itu bukan datang berkali kali..
Sekali cuma..!
Sekali dan tidak boleh diganti..
Sepanjang perjalanan hidup saya..
Saya bukan kejar raih title solehah untuk dipertonton!
Tapi saya nak jadi SOLEHAH..
Untuk mak ayah saya..
Untuk adik adik saya..
Untuk bakal zauj saya yang saya belum ketahui siapa dia..
Untuk sahabat sahabat saya..
Dan yang paling utama tiada dua..

Untuk Allah dan Rasulullah saw..
Kalaupun saya bukan yang terbaik..bukan yang cemerlang..
Tapi itu semua harapan dan impian saya..
Harapan dan impian bagi mereka yang kembali pada fitrah hidup bertuhan..

Kerana harapan itu selalu ada..
Kerana kita semua pendosa tiada noktah..
Kembali pada Allah..
Kembali pada Islam yang sebenar..
Kembali pada Al Quran..

USAHA
USAHA
TERUS USAHA!!

Hidup.. perlu kita contohi para sholihin..
Yang kurang tidurnya..
Yang banyak jaganya..
Tegakkan Islam dalam diri..
Maka tertegaklah Islam di muka bumi..

Minta dengan Allah agar meletakkan segala kesibukan dunia di tangan, akhirat di hati..
Sesuai dengan hadis sahih yang saya belajar..

Sabda baginda, Rasulullah saw :-

"Barangsiapa yang akhirat menjadi obsesi, Allah menjadi hatinya kaya, urusan lancar dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Barangsiapa dunia sebagai obsesinya, hatinya miskin, urusan gundah gelana, dunia datang kepadanya sebatasnya"
Jadi..dunia ditangan, akhirat di hati!

1 comment:

  1. The 5 Best Casinos in Las Vegas - Mapyro
    The 5 Best Casinos 제주도 출장마사지 in Las Vegas · Bally's. 정읍 출장샵 $30.00. $40.00. 5 min walk · Bellagio. 논산 출장마사지 $25.00. $40.00. 3 min walk · Wynn Las 영주 출장샵 Vegas. $25.00. $40.00. 3 min walk. 수원 출장샵 · Encore. $25.00.

    ReplyDelete