huhu..
Hidup ni tak semudah dan tak seindah yang kita sangka dan jangka.
Akak pernah lalui apa yang awak lalui sekarang.
Apa yang awak buat, awak lalu je.
Redha dan tawakal. Penyerahan yang utama kita pada Rabb.
Kita sering diuji, malah berkali kali diuji.
Ada yang diuji sedikit dan kerap. Ada yang jarang tapi sekali diuji boleh ranap
Hakikatnya setiap manusia itu diuji. Cuma ujian kita berbeda. Tidak sama.
Akak orang susah, keluarga akak susah. Kami diajar untuk hidup berdikari.
Ada banyak kisah silam akak lalui.
Redha dan tawakal.
Akak pernah buat pinjaman lebih dari awak buat. Sebab? My sister in law nak kahwin.
Ada la sebab-sebabnya. Akak masa tu berserah, akak buat je. Yakin yang rezeki tu Allah akan bagi. Banyak atau sikit konsepnya adalah bersyukur tak kita?
Kita tak tahu masa susah kita tu bila. Sekarang adik awak terdesak, takpe. Bantu je.
Nanti esok lusa tiba masa kita, Allah tolong. Bukan harap balasan manusia. Apa yang ada dalam hidup kita ni bukan milik kita seorang. Harta yang kita ada adalah untuk dikongsi dengan yang lain. Jangan rasa risau, bantu je.
Orang lain tak kenal keluarga kita. Orang akan kata kita bodoh sebab buat semua ni. Biar la orang kata apa, yang penting kita tahu apa dan kenapa. Being supportive. Yakin dan tawakal.
Serah pada Allah..
*************************************************************
My adik and adik ipar..
Kak ngah redha dah.. jangan risau nah..
Dekat dengan Allah, jangan lupa Allah..
Sentiasa minta dengan Allah tika susah tika senang.
Hidup takkan bermakna kalau tiada Allah..
Kuat semangat tempuh kehidupan, kerana matlamat kita akhirat sana..
Mesti cari rezeki halalan toyyiba..
Jaga hati..
Jaga diri..
jaga iman..
#habis #sudah #fasa #stress..
|
No comments:
Post a Comment