Thursday, June 13, 2013

Short or Long term..?

Bismillah..

Sejak blog ini semakin rancak dalam proses-proses pembersihan sesawang, amatlah saya suka jikalau antum semua meninggalkan jejak, pandangan yang bernas untuk tatapan saya bagi proses pembaikan..

Tarik nafas..lepas..
Tarik nafas..lepas..
Tarik lagi..tiba2 stop breathing!!

Eh apsal apnea ni!!(Call 999 and bring AED!!)
CPR!

Ahaaa..itulah kehidupan kita..
Bermula dari rahim ibu..
Membesar dan terus membesar sampai la cukup 9 bulan 10 hari..
Ada yang tak cukup bulan pun ada, sebab tak sabar dah ye nak tengok dunia..
Bila dah keluar ada jugak yang pergi menghadap Ilahi..

Penunggu setia pintu syurga buat umi dan abi..
Syukran lillahi.. :)

Dan dari kecil itu kita membesar dengan kasih sayang seorang ibu dan ayah..
Dari tidak pandai merangkak------pandai
Dari tidak pandai berdiri-------makin ligat nak berdiri
Dari tidak pandai berkata-kata-------mulut sekarang nak menjerit je ye!

Kini proses pembesaran seorang bayi kepada kanak-kanak telah berlalu..
Dari kanak-kanak kepada seorang remaja pun sudah berlalu..
Remaja kepada dewasa masih dalam lingkungannya..
Alam belajar kepada alam pekerjaan!!
HOMESICK!!

Sehebat mana kehidupan kita tapi jika kita tidak pernah mengisi kehidupan dengan amal belum tentu ia hebat di mata Allah..
Jujur saya katakan, tidak semudah untuk kita praktikkan dengan apa yang kita katakan.
Kerana apa?
Kerana ia menuntut pelbagai pengorbanan semestinya..!

ECG reading..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Innalillahiwainna ilaihirojiun..
Bersediakah kita..
Short or Long term..










Wednesday, June 12, 2013

Hati manusia milik Allah..


Nak marah rasa macam tak layak.
Nak sakit hati rasa macam moron sangat ke aku nih?
Nak update status yang ntah pape macam tak memberi apa-apa makna..
Buat tak tahu kan lebih bagus..
Manusia,selagi dia rasa ketidakpuasan dalam hati selagi itulah dia akan menulis..

Belum tentu dengan mencari jalan penyelesaian dapat selesaikan satu masalah..
Lalu mewujudkan ketenangan dalam hati..
Sebab apa?
Sebab rasa marah dan ketidakpuasan hati masih menguasai diri..

Diluah pada manusia belum tentu dapat memberi apa-apa
Tapi jika diluahkan pada Allah..
Dia sangat memberi jalan..
Dan Allah sangat concern dengan apa yang kita adukan!
Sebijik dalam surah 1000 dinar..!

Ya,saya sangat faham dengan 'mereka yang tidak faham'
'Mereka yang tidak faham' akan terus berkata-kata hingga mereka rasa puas..
Selagi masih ada yang membidas tindak tanduk mereka
Selagi itulah mereka akan terus berkata-kata..

Kerana hati manusia itu milik Allah
Saya berlapang dada untuk dia..
Agar suatu hari nanti dia berubah..
Agar suatu hari nanti dia diberi hidayah..

Kalau penjahat pun Allah boleh 'rompak' hatinya..
Inikan kita yang serba serbi kekurangan
Jika Rasulullah boleh bersabar dengan ummatnya yang hati batu, jahil dan sebagainya..
Kenapa tidak kita??

Kesian~


Tuesday, June 11, 2013

Bersangka buruk?


Saya sekadar nak berkongsi cerita.. 
Supaya dapat jadi pengajaran..
Ambil cerita ni sebagai teladan dan sempadan..
Bukan untuk dipersalahkan..

Ramai antara kita yang konfius dengan konsep 'sembunyikan pertunangan'
Cuba fikir..
kalau kita sembunyikan pertunangan tapi kita sendiri yang mempamerkan kemesraan kita pada khalayak ramai, tak ke itu semua membuatkan orang sekeliling syak wasangka seterusnya mendatangkan fitnah?

"Saya rasa saya tidaklah keterlaluan dalam berhubungan?"

Mentaliti orang yang tak faham konsep..
Mentaliti orang yang tak cuba duduk muhasabah diri..
Mentaliti orang yang anggap mereka yang menegur tu orang yang buruk sangka

Jangan sampai sebab kita baik sangka kita dah tak dapat nak tegakkan kebenaran..
Baik sangka biar pada tempatnya..
Alhamdulillah, ada seorang akhi yang sangat luas ilmu pengetahuannya lalu saya jadikan dia sebagai tempat rujukan..

Menurut pandangan Nasiruddin Al Albani,seorang ahli hadith, dia mendhoifkan bahagian 'sembunyikan pertunangan. Hanya bahagian 'hebahkan perkahwinan' itu yang kuat.
Namun begitu tidak bermakna menyembunyikan pertunangan merupakan satu tiket yang halal.
Kita memberitahu pertunangan bagi mengelakkan fitnah,syak wasangka dan atas maslahat-maslahat yang lain..

Silalah ambil yang pertengahan jika tak mampu nak bawa yang berat..
Pandangan orang yang alim berbeza, jadi pilihlah mana yang mampu untuk dipikul.
Kalau anda memilih untuk 'sembunyikan pertunangan' elakkan dari menonjolkan kemesraan.
Walaupun ianya tidak keterlaluan..
Kerana ia melibatkan satu mujahadatun nafsi..
Menjaga hati bukan seperti menjaga kain buruk.. 

Sunday, June 9, 2013

Siapa kita nak membidas?

"Pilih untuk diam atau pilih untuk redha Allah?" -Angel Pakai Gucci-

Kerana mereka rasa terlalu cukup dengan apa yang mereka ada. 

p/s: pandangan kalian sangat dialukan..

Saturday, June 8, 2013

10 muwasofat tarbiyah..

'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya. Kesempurnaan itu dapat dlihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal islami..'
(Asy-Sayhid Imam Hassan al Banna)


1. Qawiyyul jism (kuat tubuh badan)



2. Salimul aqidah (aqidah yang sejahtera)


3. Matinul khuluq (akhlak yang mantap)




4. Qadiran ala kasbi (mampu berdikari)




5. Mutsaqqatal fikri (berpengetahuan luas)


6. Mujahadah ala nafsi (mampu melawan nafsu)





7. Munazzamun fi syuunihi (tersusun dalam urusan)





8. Sahihul ibadah (ibadah yang mantap)


9. Haarithun ala waqtihi (menjaga waktu)




10. Nafiun ala ghairihi (berguna untuk orang lain)




'Kenalilah TuhanMu,perbaiki dirimu, ajaklah orang lain. Dirikanlah daulah Islam di hatimu,nescaya ia akan tertegak di di bumi..'
(Asy-Sayhid Imam Hassan al Banna)

Tuesday, June 4, 2013

My marathon ramadhan begin!!!!



great!!



Assalamualaikum everybody! Are you ready for ramadhan?
Are you going to marathon for this ramadhan?
Let's go together!
Dont waste our time anymore..!!

Sunday, June 2, 2013

Untukmu Palestin..



credit!!


Di saat aku tidur nyenyak di katil yang begitu empuk..
Tiap malam aku dibuai mimpi indah..
Tiap hari aku menjamah makanan yang sebegitu enak..
Tiap hari juga aku berjalan dengan penuh rasa aman..

Tapi tidak bagi kamu di sana..
Tiap malam kamu dihujani bom,kereta kebal,tembak menembak
Tiap malam kamu dihantui dengan khabar yang tidak pasti
Tiap hari kamu berjalan dengan penuh rasa ketakutan..

Aku disini bisa berjalan, bergembira, masih mampu tersenyum..
Masih mampu untuk menaiki kenderaan
Masih berlindung dalam satu bumbung..
Namun kamu disana..
Merintih kedukaan..
Bergelumang dengan darah para mujahidin!

Sabar saudaraku..
Sungguh Allah sangat Hebat kuasaNya..
Sungguh Allah amat Mengetahui perancanganNya..
Aku yakin dan pasti kemenangan itu milik kita bersama..
Ayuh mengorak langkah..
Berjuang demi bumi Islam..!
Allah!!

Wahai jiwa yang tenang..


credit!!

Jika hari ini aku masih diberi peluang utk berdiri
Mengapa aku tidak ambil kesempatan ini?
Duduk sujud kepada Ilahi..
Pencipta yang tiada tandingnya..

Izinkan aku Rabb..
Untuk qiam menghirup segarnya
bertemu denganMu..
Astaghfirullah ku kepadaMu
Tatkala aku lalai mengingatiMu..

Izinkan aku Rabb..
Untuk terus berada dalam pelukan hangat dariMu..
Agar aku terus merasai kuatnya cinta dari Mu..
Yang takkan pernah sirna dari qalbuku..

Saturday, June 1, 2013

ISLAM MEMPERSEMPITKAN YANG HARAM DAN MELUASKAN YANG HALAL

Soalan:

Assalamualaikum WBT,

Akak, apa pandangan akak pada tudung shawl ni? Tentunya apabila singkat, ia sudah pasti salah. Apabila yang labuh, shawl ini bertujuan mengikut arus fesyen kini. 

Seolah-olah, muslimah kita tidak pernah bebas dari rasa ingin bergaya. Tidak senang andai diri tidak sama dan tidak ikut fesyen semasa. Bagaikan, satu kewajipan untuk ikut serta bersaing antara satu sama lain.

Saya kurang setuju, kerana sekalipun menutup aurat, bersaing sebegini, bagaikan menuju ke arah tabarruj pula. 

Sedangkan, mereka yang memakai tudung labuh, BEBAS dari semua ini. Tidak dinafikan juga bagi mereka yang bertudung menutup dada namun tidak bertabarruj.

Apa pandangan akak? 

p.s: Sehingga ke hari ini, saya mempunyai halangan yang besar untuk bertudung labuh. Hanya boleh mengenakan selendang berkain tebal dan labuh menutupi dada. Doakan saya semoga halangan yang satu itu boleh dikendalikan sebaiknya :-(

Jawapan:

Adik yang disayangi fillah,
Mari kita teliti mana yang lebih hikmah dalam gaya dakwah berikut:

     a)  Tabarruj:
1.       Mengkritik muslimah yang berfesyen sebagai bertabarruj dan melabel dia sebagai orang yang berdosa atau membuat kesalahan.

 (Atau)

2.       Memahami bahawa tabarruj itu haram tapi ‘maksud’ tabarruj itu diperselisihkan oleh para ulama[1]. Tidak memaksakan orang lain mengikut ‘maksud’ yang kita faham kerana ‘maksud’ yang kita faham itu mungkin berat bagi orang lain. Menghargai perselisihan dalam masalah ini tetap dalam daerah pahala.

b) Fesyen:
1.  Memperleceh muslimah yang bergaya dengan shawl dan sebagainya sebagai mengikut-ngikut arus fesyen, berprasangka buruk bahawa niat hatinya untuk bersaing bukannya untuk Islam, dan menganggap industri fesyen itu haram.

(Atau)

3.       Memahami bahawa muslimah itu melakukan sesuatu yang harus kerana tiada dalil haram terhadap pilihannya itu. Menganggap asal hukum bagi dunia fesyen adalah harus. Daripada sekadar mengkritik keterukan fesyen yang dicipta pada hari ini, dia tampil memberikan alternatif bagaimana fesyen-fesyen muslimah yang masih melepasi syarat-syarat dan batasan-batasan sebagai gaya dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan).

Fatwa Berat atau Fatwa Mudah Pilihan Hati?

Kita terbiasa dengan fatwa-fatwa yang berat berkenaan masalah wanita selama ini kerana kebanyakan para ustaz yang baik yang sudi mengajar kita itu terbiasa merujuk terus fatwa-fatwa lama dan kurang memerhatikan fiqah perbandingan (fiqh muqaran)dan fiqah kontemporari (fiqh mua’shirah) . Alhamdulillah, sejuta penghargaan buat mereka kerana ijtihad para ulama masih dalam daerah pahala.

Akak lebih menemui ketenangan beragama, kemudahan beramal, keindahan toleransi , kekuatan penyatuan dan kehalusan seni dakwah dalam fatwa dan ijtihad ulama-ulama muktabar kontemporari dalam masalah-masalah wanita. Khususnya para ulama muktabar itu ialah dari kalangan mereka yang bermanhaj pertengahan seperti Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Abdul Karim Zaidan, Syeikh Said Ramadhan al-Buthi dan seumpamanya. Kebanyakan mereka lahir dari tarbiyyah (didikan) Ikhwanul muslimin. Seperti juga para ulama yang lain, mereka berijtihad dengan ilmu bukan dengan nafsu.

Syukur sangat kerana golongan ulama muktabar ini mendedahkan suatu kefahaman dan tafsiran Al-Quran dan hadis yang membuatkan ummah berasakan Islam itu benar-benar mudah dan praktikal untuk diamalkan. Yang halal amat luas sebaliknya yang haram amat sempit dalam Islam. Allah mempersoalkan kita di akhirat nanti berdasarkan ilmu dan kefahaman kita. Oleh sebab itu, bagi mereka yang tetap ingin berpegang dengan fatwa-fatwa yang berat, silakan. Tiada masalah. Tapi perlu bersedia beramal dengan fatwa-fatwa berat yang dipegang itu kerana Allah bakal mempersolkan seseorang berdasarkan apa yang kita pegang.

Contohnya, bagi mereka yang berpegang dengan fatwa bahawa hukum asal purdah itu adalah wajib, maka wajiblah baginya menutup wajah.  Wajiblah baginya tidak meletak gambar ‘wajah’ di facebook meskipun untuk tujuan dakwah bil hal (dakwah dengan contoh tauladan). Wajiblah baginya makan nyorok-nyorok masa kenduri-kendara, bimbang nanti ternampak wajahnya.  Wajiblah baginya tidak mencari pekerjaan yang mewajibkannya membuka wajah. Dan banyak lagi implikasi ‘pegangan seseorang’ dalam praktikaliti hidupnya. Sebaliknya, bagi mereka yang berpegang hukum asal purdah cuma harus, maka dia mempunyai kebebasan untuk berpurdah atau tidak berpurdah mengikut keperluannya. Hatinya tenang dan tidak diburu rasa berdosa kerana dia cuma mengikut ijtihad jumhur ulama yang masih dalam daerah pahala, samada 1 atau 2 pahala.

Kaedah-kaedah Fiqih Khususnya Berkaitan Wanita

Kita kembali sejenak kepada manhaj fiqah dan kaedah-kaedahnya khusus dalam isu-isu wanita. Antaranya ialah:
1.       Menjadikan nas sharih (jelas) Al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan.
2.       Mengaitkan nas antara satu dengan yang lain.
3.       Menggabungkan antara fiqah dan hadis.
4.       Menghormati ijmak yang diyakini.
5.       Memilih mazhab dan mempelajari buku-bukunya.
6.       Memerhatikan keadaan zaman dan lingkungan dalam berfatwa.
7.       Mempersempit yang haram dan yang wajib.
8.       Bersikap moderat (sederhana, pertengahan) dan berimbang.
9.       Memperhatikan kepentingan umum.
10.   Mempermudah (terutama ketika terjadi bencana).
11.   Berbicara kepada orang lain dalam bahasa zamannya.
12.   Berpaling daripada hal-hal yang tidak bermanfaat dan menyambut baik hal-hal yang positif.
13.   Memperhatikan tujuan syariat Islam.
14.   Memperhatikan fakta (Fikih keseimbangan dan fikih prioriti).
15.   Mempersempit yang haram dan yang wajib.
16.   Mempersempit yang haram dan yang wajib.

Mempersempit yang Haram dan yang Wajib

Kaedah-kaedah di atas ada diterang secara terperinci dalam buku Wanita dalam Fiqih al-Qaradhawi. Kita ambil contoh satu kaedah, “Mempersempit yang haram dan yang wajib.” Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan, di antara kemudahan yang diperlukan dalam fiqih ialah mempersempit dan tidak berlebihan dalam menetapkan taklif (beban) hukum kepada manusia, terutama dalam hal yang berhubungan dengan wajib dan haram. Kerana kita tidak diperbolehkan untuk memperluas yang wajib dan haram tanpa dalil, melainkan kita harus menetapkannya dengan ketetapan nas yang shahih dan sharih (jelas) atas diwajibkannya yang wajib dan diharamkannya yang haram, atau dengan qiyas (bandingan terhadap sesuatu yang serupa, contoh dadah diqiyas dengan rokok) yang jelas illatnya (sebab) terhadap nas.
Para ulama salaf sangat berhati-hati dalam mengharamkan sesuatu atau mewajibkan sesuatu, kecuali apabila mereka memiliki dalil yang tidak diragukan sama sekali, sebagaimana yang dilakukan mazhab Hanafi, dan jika tidak, maka mereka menurunkan hukumnya  dari darjat fardhu kepada wajib, dan dari darjat haram kepada makruh. Sebab itu dalam perkataan mereka sering menyebut begini contohnya, “Saya tidak suka yang begini,” tetapi mereka tidak berterus terang mengatakan ianya haram, kecuali apabila mereka mengetahui ada dalil yang berterus-terang mengatakannya haram. Contoh, sebelum ayat haramnya arak diturunkan, sahabat menunjukkan sikap benci kepada arak tapi tidak berani mengatakannya haram meskipun banyak mudaratnya dalam masyarakat. Sehingga Allah secara bertahap menurunkan wahyu yang benar-benar mengharamkan arak. Barulah mereka berani mengatakan arak itu haram.
Daripada ajaran al-Quran dan as-Sunnah, Islam benar-benar memperhatikan dalam mempersempit perintah dan memperluas “kawasan yang dimaafkan” kerana berasa kasihan kepada para mukallaf (orang yang memikul tanggung jawab), bukan kerana lupa.
Firman Allah SWT, “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika kamu menanyakan di waktu al-Quran itu sedang diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu. Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah maha pengampun lagi maha penyantun. (Al-Maidah: 101).
Rasulullah SAW bersabda, “Orang Muslim yang paling besar dosanya adalah orang yang bertanya tentang sesuatu yang tidak diharamkan, lalu hal itu menjadi diharamkan gara-gara pertanyaannya.” (Muttafaqun a’laih).
Baginda bersabda lagi, “Sesungguhnya Allah telah menetapkan hukum-hukum maka janganlah kalian melanggarnya. Mewajibkan kewajipan-kewajipan maka janganlah kalian mensia-siakannya. Mengharamkan sesuatu maka janganlah kamu melakukannya, dan mendiamkan sesuatu kerana kasihan kepada kalian, bukan kerana lupa maka janganlah kalian mempersoalkannya. (HR Daruqutni dan al-Hakim, dan dia menilainya sahih. Rujuk Al-Qaradhawi, Nahwa Fiqh Muyassar).

        Asal Sesuatu adalah Mubah (Harus, dibolehkan).

Prinsip awal yang ditetapkan oleh Islam, bahawa asal segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah, baik berupa benda mahupun manfaat, adalah halal dan mubah, dan tidak haram kecuali ada nas sharih (jelas) yang mengharamkannya. Apabila nasnya tidak sahih, atau tidak sharih (jelas) menunjukkan pada yang haram, maka sesuatu itu hukumnya tetap harus. Kata Imam Asy-Syatibi,
“Tidak ada perintah kecuali dengan dalil, apabila tidak ada dalil yang menunjukkan perintah untuk melakukannya, maka perintah itu gugur dengannya.” (Rujuk kitab al-Muwafaqat oleh Asy-Syatibi).
Dari sinilah kawasan yang diharamkan oleh Allah menjadi sangat sempit dan justeru kawasan yang dihalakan semakin luas dan banyak. Hal itu tidak lain kerana nas-nas sharih yang mengharamkan jumlahnya sangat sedikit. Sedangkan yang tidak dinyatakan halal atau haram, maka ia tetap pada hukum asalnya, iaitu mubah (harus) dan termasuk ke dalam kawasan yang dimaafkan oleh Allah swt.




[1] Erti tabarruj dalam fiqih al-Qaradhawi ialah: Membiarkan anggota aurat tubuh terbuka dan tampak bebas dilihat oleh mata.
                Ilustrasi  makna tabaruj yang dilakukan oleh wanita jahiliah dahulu menurut para ulama tafsir iaitu:
  • 1.       Bercampur dengan lelaki
  • 2.       Berjalan melenggang-lenggokkan tubuh dan genit
  • 3.       Mengenakan tudung tetapi tetap menampakkan aurat dan kecantikan tubuh-badannya.


(cp,blog sebarkan bahagia)