a.k.a METRONIDAZOLE~ adalah salah satu daripada kumpulan antibiotik yang bertindak menentang bacteria dan parasit dalam tubuh badan yang berpenyakit.Manakala iman dalam diri kita bertindak sebagai perisai kehidupan..selagi kita masih meletakkan iman dalam hati,kita tidak akan melakukan perkara yang di luar batasan...di situlah kekuatan sebagai seorang yang bergelar MUSLIM...~
Tuesday, June 11, 2013
Bersangka buruk?
Saya sekadar nak berkongsi cerita..
Supaya dapat jadi pengajaran..
Ambil cerita ni sebagai teladan dan sempadan..
Bukan untuk dipersalahkan..
Ramai antara kita yang konfius dengan konsep 'sembunyikan pertunangan'
Cuba fikir..
kalau kita sembunyikan pertunangan tapi kita sendiri yang mempamerkan kemesraan kita pada khalayak ramai, tak ke itu semua membuatkan orang sekeliling syak wasangka seterusnya mendatangkan fitnah?
"Saya rasa saya tidaklah keterlaluan dalam berhubungan?"
Mentaliti orang yang tak faham konsep..
Mentaliti orang yang tak cuba duduk muhasabah diri..
Mentaliti orang yang anggap mereka yang menegur tu orang yang buruk sangka
Jangan sampai sebab kita baik sangka kita dah tak dapat nak tegakkan kebenaran..
Baik sangka biar pada tempatnya..
Alhamdulillah, ada seorang akhi yang sangat luas ilmu pengetahuannya lalu saya jadikan dia sebagai tempat rujukan..
Menurut pandangan Nasiruddin Al Albani,seorang ahli hadith, dia mendhoifkan bahagian 'sembunyikan pertunangan. Hanya bahagian 'hebahkan perkahwinan' itu yang kuat.
Namun begitu tidak bermakna menyembunyikan pertunangan merupakan satu tiket yang halal.
Kita memberitahu pertunangan bagi mengelakkan fitnah,syak wasangka dan atas maslahat-maslahat yang lain..
Silalah ambil yang pertengahan jika tak mampu nak bawa yang berat..
Pandangan orang yang alim berbeza, jadi pilihlah mana yang mampu untuk dipikul.
Kalau anda memilih untuk 'sembunyikan pertunangan' elakkan dari menonjolkan kemesraan.
Walaupun ianya tidak keterlaluan..
Kerana ia melibatkan satu mujahadatun nafsi..
Menjaga hati bukan seperti menjaga kain buruk..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment