Wednesday, October 23, 2013

Dari 'biasa' ke 'luar biasa'!



"Perhh kau! Aku dengar cter ko dah jadi ustazah ea sekarang?"

"Kepala hotak ko berjambul..! Biasa jela weh.. Tak payah sembang banyak la.. Keep me in your pray (muka berlagak la konon!)."

Beberapa tahun berlalu dengan cepatnya...
Masa bersilih ganti dan tak dapat nak ganti lah!

Suatu petang!!

"Hebatnya korang punya ukhuwah!"

"Akak, nak membina jambatan yang pertama pun macam2 badai, taufan datang menerjah.. Tapi sekarang saya rasa masing2 sudah faham apa erti ukhuwah fillah, masing2 baru rasa pentingnya usrah bahkan jemaah.. Alhamdulillah."

"Akak..hmm, takde papelah"

"Akak ada apa2 nak kongsi ke? Cerita la dengan saya..hihi, sorilah, saya memang banyak cakap!"

"Akak rasa rendah diri depan awak! Speechless!"

Allah!! Rasa nak tersedak nasik ayam aku makan!

"Apa pulaknya..!ishh"

"Akak belum bersedia untuk 'ditarik'. "

Tercabut anak tekak jap!

"Takpe..in shaa Allah sudah bersedia, ya silakan! Kalau saya ajak akak daurah, nak ikut tak?"

"Erm.. Tengoklah macam mana nanti.."

i'm just keep on smile..ngeee~~


Percaya deh, berbulatan itu sangat indah..

Monday, October 21, 2013

Bilal bin Rabah..



Selepas Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang berasa demikian ialah Bilal Ibnu Rabbah r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal terus berhijrah ke Syam . Ini gara-gara kerana beliau yang sangat sedih . Pernah ada suatu ketika, waktu Saidina Umar menjadi pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"

Suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjumpa para sahabat. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihiasi suara azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. Setiap sudut, setiap ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.

Dalam satu riwayat menyatakan, ketika zaman Rasulullah masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid untuk laungkan azan, Bilal tak pernah lupa untuk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.

Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya pandangan sehingga Bilal memeluk permata kesayangan Rasulullah tu erat erat. Diciumnya mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan sewaktu Rasulullah hidup dahulu. Oleh sebab kasihnya Bilal kepada Baginda, dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju untuk melaungkan azan.

Setelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang Baginda seakan-akan hidup kembali.

Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله أكبر , seluruh penduduk terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') . mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal kemudiannya menyebut أشهد أن لا إ له إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا رسول الله , Beliau terus terduduk dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah" . Dan sewaktu aku menyebut أشهد أن محمدا رسول الله aku seperti ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .

Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka terus menangis kerana perasaan rindu yg teramat terhadap junjungan Nabi Muhammad SAW.. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu. Dan diriwayatkan juga, tidak pernah ada kedengaran suara tangisan yang kuat di Madinah melainkan hari tersebut..

Ini Bilal...kita bagaimana?

Saturday, October 19, 2013

Tudung labuh la sangat!






"Harap jer bertudung labuh''

Kenapa perlu disalahkan TUDUNG .
bila si pemakainya yang tersalah LANGKAH ..??

Tudung & purdah tak SALAH ..yang SALAH pemakainya ...

Dan yang BERTUDUNG LABUH, tak semestinya BAIK . BENARLAH ...

ketahuilah dengan bertudung LABUH ,
kami juga bukan MALAIKAT yang terpelihara dari
LUPA, ALPA, NAFSU dan sebagainya..

Kami hanya WANITA akhir zaman
yang masih MENCARI nilai SOLEHAH dalam diri ini.. :')

Andai kami SALAH, TEGURLAH..
bukan CEMUHAN yang DIBERI..

usah disalahkan labuhnya tudung kami ..
kerana hakikatnya kami juga insan BIASA yang masih TERCARI-CARI nur IMAN ....

Allαh mengujimu kerαnα Allαh menyαyαngimu,
mαkα senyumlαh!(^__^)v :')

Sunday, October 6, 2013

Tanganmu itu..


Tanganmu itu mengenggam erat bara api 

Yang aku percaya takkan pernah padam

Membaling tepat ke medan musuh-musuh Islam!!

Lontaranmu itu jauh berbeza

Berbeza dengan lontaran kafir itu!!


Kerana apa kamu punya kekuatan seperti itu?

Kerana kamu yakin

Allah itu sentiasa bersama kamu..

Kamu menjadi qudwah pada yang lainnya..

Sementalah kami hangat

Hangat dengan 'hidangan' mereka yang terus menjalar

Dan terus menular

Seperti virus yang tiada penawar!

Gaza!

Maha Suci Allah yang menggerakkan.. :)


Tangan terus menari di papan tetikus yang setia menenami tuannya setelah beberapa tahun lalu..

Papan ini juga ya, in shaa Allah menjadi saksi  di sana kelak!

Aman..

Tenang..

Senyuman terukir..

Musyawarah itu penyelesaian masalah bukan.. :)

Medan ini sangat osem!


Salam Zulhijjah..~


Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: 

“Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.”

 (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Saturday, October 5, 2013

Bulan sayang bintang...~


Bulan dan bintang
Bersinar berkelipan
Dan menerangi
keindahan malam
Tanpamu bulan
Malam kegelapan
Tanpamu bintang
Hilanglah keindahan

Ini kisah tentang bulan
Bulan bintang jadi kawan
Begitulah persahabatan
Yang cuba kami eratkan
Moga berkekalan selamanya


Begitulah kami hidup lima sekawan
Sesama berjanji susah senang dirasa
Dibawah sinaran cahaya bulan bintang
Menjadi saksi janji kami semua...

Perjalanan Abadi...~

Perjalanan ke akhirat bermula sejak kita dilahirkan. 

Baik buruk kehidupan kita di alam sana, bergantung pada baik buruk kehidupan yang kita cuba aturkan disini untuk ke alam sana...

wah...berbelit-belit.. =)
TANGGUNGJAWAB = setiap sesuatu yang kita lakukan dekat dunia ni kita akan tanggung dan jawab di akhirat kelak...~


Syurga... ;)

kakak : adik-adik nak masuk syurga tak???

adik-adik : nak! nak !
kakak : tapi...nak masuk syurga kene bayar...

adik-adik : ha??nak kene bayar?? berapa p0sen?? kena mintak mak dengan ayah dulu laa..


*Kalau la nak masuk syurga perlu dibayar dengan wang ringgit...~ tersenyum...

Apa yang kita perlu usahakan sahabat? Itulah iman dan amal.
Iman tebal ke nipis? Amal sedikit ke banyak...~ 

Berapa lama masa yang kita beri / luangkan semata-mata untuk belajar agama seperti kita bagi masa untuk belajar tentang dunia???

1 jam? 2 jam? setengah hari? tak terjawab bukan...
cuba tanya hati... k0s0ng tak?

Allah bagi Islam pada kita. FREE..'n0 charge include'.. Lahir je dekat muka bumi ni, kita dalam keadaan beriman.
Subhanallah...Maha Suci Allah..~
Tapi, berapa ramai 0rang islam yang menghargai Islam?

sebut 'Bismillah' sebelum makan . tapi berapa ramai yang melaksanakannya?
Itulah tandanya nipis atau tebalnya iman...

s0...let's raise up ur iman! <3 <3 <3 

p/s : jangan sampai iman senipis kulit bawang tu kita sia-siakan... 

Friday, October 4, 2013

Raise your hand and say alhamdulillah.. :)

Tunggu handphone berdering..

Tunggu mesej masuk..

Satu pun takde..!

Teringat masa berbulatan gembira dulu..awesome sangat..!

Pergi berbulatan tepi air terjun!

Orang semua pandang pelik..

Sampai la sorang naqib cakap..

"Antum ghuroba'?"

Perghh.. Masa tu terus rasa sentap!

"Kembalilah Islam itu dalam keadaan dagang/ asing.."

Sebenarnya saya sangat faham apa yang naqib tu nak sampaikan!

Masa tu, semua ahli bulatan meleret2 senyum sampai telinga!!

"Eh, bukan senang nak genggam bara api! Kalau terus di genggam makin bertambahlah baranya..
Tapi kalau terus dilepaskan dan dibiarkan, maka hancurlah seluruhnya.."

Lagi sentap tahap tahap gaban!

"Baiklah, ana bagi sorang 5 minit untuk bahaskan atau utarakan apa-apa isu?"

'Alamak, mati la.. Takde pengalaman kot! Nak cakap apa pun tak tahu..'

"Erm.. ana satu kolej dengan ukhti sekian..sekian.. Dia yang bawa ana ke sini.. Ana...erm..
bla..bla..bla.."

Jangan sampai boleh blah sudah!huhu

"Alhamdulillah.."

Dan si naqib berbicara panjang lebar..

Khusyuk je kami dengar..

Seronok awak!!

Sebab duduk dalam kumpulan yang hatinya punya matlamat yang sama..

Rasa keterikatan hati tu..

Walaupun kami jauh, tapi semacam rasa mereka ada di hadapan dan di setiap langkah!

Hebat bukan..?

Doakan mereka..

Doakan sahabat2..


Geng, please raise ur hand sebab korang ada bulatan gembira yang selalu hapdet pasal korang beb!
Kalau yang dah lama tak berhubung.. meh atuk nenek  nak ajar..

Amik handphone korang yang canggih tu.. Cari nama sahabat2, hantar la mesej tanya khabar..
Pasti mereka gembira dan senang hati..

Yang jauh mesti terasa dekat..

Ukhuwah tak semesti kena ada depan mata tau..

Sampaikan rasa rindu tu jauh dari lubuk hati..

Bagi yang dekat, rancanglah sesuatu..
-yang ni masih mencuba sedaya mungkin, adeh!-

Maka dengan itu... Selamat berbulatan!!





Bicara ini lagi..

Bismillah.
Bertemu lagi dengan penulisan yang in shaa Allah membuatkan kalian terfikir dan berfikir!!
Bukan kalian sahaja, malah ana juga!! :)

Masih duduk dalam isu yang sama..
Ya..
Pilihan hati..
Jodoh..

Kadang-kadang hampir rasa bertemu jemu dengan perkara-perkara ini..
Tapi perkara ini selalu dibahaskan oleh kumpulan-kumpulan remaja malahan golongan 'tua'

"Abah dah cari yang terbaik, nak yang macam mana lagi"

"Tengok tu, sampai sekarang tak kawin-kawin, memilih la tu!"

"Kita ni kalau terlalu pentingkan pekerjaan dan apa-apa yang lain, tu yang jadi bujang terlajak tu."

Bla..bla..bla..

Macam-macam lagi la..

Yela, baik anak lelaki mahupun anak perempuan, mesti mak ayah mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan.. Kadang-kadang boleh jadi makanan harian dah soal-soal nih.

Bila duduk fikir balik, nak tergelak pun ada..

-------------------------

Selidik punya selidik..

Kenal dari yang 'jauh'

Isthikarah pun sudah..

Tiba-tiba, disebabkan main power tu Allah..

Eh, kamu tahu tak kenapa Allah tak hadirkan apa-apa perasaan kamu pada lelaki/perempuan tu?

Walaupun kata hati kamu-- Ya dialah calon suami/isteri yang terbaik!

Sampai satu masa tu Allah hadirkan seseorang bercerita tentang dia pada kamu..

"Huh,nasib..!"


Sebab itu pentingnya petunjuk..

Sebab itu pentingnya musyawarrah!

"Kenapa dengan awak ni? Asyik tolak je pilihan yang mak ayah bagi? Nak yang macam mana?"

"Dapat pencuri baru tahu!"

Cakap la nak cakap, sebab saya sudah punya sebab yang tersendiri..
Kalau dijelaskan belum tentu faham..

Jadi, senyum je!!

-------------------------------------

"Hey, cari pasangan memang la kena pilih! Ingat main lat tali lat tali tamplum..
Okay, awak jadi suami/isteri saya.."

Nak tergelak rasa bila kawan cakap macam ni... Tapi ini betul la!!

Pasangan..

Samaada dia yang membawa kita kepada kebaikan atau kita yang membawa dia kepada kebaikan

Manusia itu berubah la..

Yang pegang hati itu Dia..

Bagi la peluang kepada dia untuk berubah..

Feel free.. :)

Mana ada manusia yang tidak pernah melalui lumpur-lumpur kehidupan?


Sampai berjumpa lagi!!