Friday, October 4, 2013

Bicara ini lagi..

Bismillah.
Bertemu lagi dengan penulisan yang in shaa Allah membuatkan kalian terfikir dan berfikir!!
Bukan kalian sahaja, malah ana juga!! :)

Masih duduk dalam isu yang sama..
Ya..
Pilihan hati..
Jodoh..

Kadang-kadang hampir rasa bertemu jemu dengan perkara-perkara ini..
Tapi perkara ini selalu dibahaskan oleh kumpulan-kumpulan remaja malahan golongan 'tua'

"Abah dah cari yang terbaik, nak yang macam mana lagi"

"Tengok tu, sampai sekarang tak kawin-kawin, memilih la tu!"

"Kita ni kalau terlalu pentingkan pekerjaan dan apa-apa yang lain, tu yang jadi bujang terlajak tu."

Bla..bla..bla..

Macam-macam lagi la..

Yela, baik anak lelaki mahupun anak perempuan, mesti mak ayah mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan.. Kadang-kadang boleh jadi makanan harian dah soal-soal nih.

Bila duduk fikir balik, nak tergelak pun ada..

-------------------------

Selidik punya selidik..

Kenal dari yang 'jauh'

Isthikarah pun sudah..

Tiba-tiba, disebabkan main power tu Allah..

Eh, kamu tahu tak kenapa Allah tak hadirkan apa-apa perasaan kamu pada lelaki/perempuan tu?

Walaupun kata hati kamu-- Ya dialah calon suami/isteri yang terbaik!

Sampai satu masa tu Allah hadirkan seseorang bercerita tentang dia pada kamu..

"Huh,nasib..!"


Sebab itu pentingnya petunjuk..

Sebab itu pentingnya musyawarrah!

"Kenapa dengan awak ni? Asyik tolak je pilihan yang mak ayah bagi? Nak yang macam mana?"

"Dapat pencuri baru tahu!"

Cakap la nak cakap, sebab saya sudah punya sebab yang tersendiri..
Kalau dijelaskan belum tentu faham..

Jadi, senyum je!!

-------------------------------------

"Hey, cari pasangan memang la kena pilih! Ingat main lat tali lat tali tamplum..
Okay, awak jadi suami/isteri saya.."

Nak tergelak rasa bila kawan cakap macam ni... Tapi ini betul la!!

Pasangan..

Samaada dia yang membawa kita kepada kebaikan atau kita yang membawa dia kepada kebaikan

Manusia itu berubah la..

Yang pegang hati itu Dia..

Bagi la peluang kepada dia untuk berubah..

Feel free.. :)

Mana ada manusia yang tidak pernah melalui lumpur-lumpur kehidupan?


Sampai berjumpa lagi!!

No comments:

Post a Comment