Detik di hati secara tak langsung.
Itu hati saya tergeletek..
Tak pernah lagi jumpa orang yang semangat tinggi dengan ego yang dia ada.
Giler tak sentap? Bila itu, ini dia cakap macam dia je betul.
Betul...
Dunia ni macam rempah, macam rencah..
Bukan rempah kari adabi..
Tapi rencah ragam kehidupan manusia..
Bibir hanya mengukir senyuman sambil tembakan doa tepat kat hati!
Biar dia terasa doa tu mengalir di setiap pembuluh darah..
Haaamikk kau!
"Saya memang ada ego yang tinggi. Saya dah taknak balik semula dah pada kumpulan yang dulu. Saya rasa...bla..bla.bla.."
" Saya boleh berdiri sendiri asalkan saya tidak menolak tarbiyah di hati, dan tak pula tinggalkan syariat. Alhamdulillah."
Itu hati saya tergeletek..
Sebab saya sendiri pernah lalui rasa itu..
Akhirannya saya kembali pada fitrah manusia..
Gara-gara sepakan berdas-das dari tulisan 'kembara hamba mencari cahaya', 'fanzuru'.
Tenkiu sangat-sangat!
Kalaupun saya tidak kembali pada kumpulan pimpinan, saya kembali pada jemaah..
Betul sangat..
Kita mampu untuk berdiri, tapi kita takkan mampu untuk sendiri.
Suatu petang..
Dia yang dikatakan ego..
Mula bercerita...
Terasa macam pakar kaunseling di situ..
Huhu..
"Saya mahu kembali kepada dulu. Saya mahu hidup dalam kelompok tarbiyah dan dakwah. Saya mula mesej dengan sahabiah-sahabiah saya. Tapi saya cuma minta untuk tidak memaksa saya. Terima saya seadanya. Tolong doakan saya kuat.!"
-Hari-hari Allah bagi hati saya berbunga-bunga..
-Hari-hari Allah bagi hati saya berbunga-bunga..
Dan hari-hari juga Allah bagi saya bunga layu..
Tapi..
Tapi..
Dia yang saya sayang topup dengan air bagi segar!!
Sila jangan jeles..hihi
"Awak.. Memang kita mampu untuk berdiri sendiri, tapi pada hakikat sebenar kita tak mampu untuk bergerak sendiri. Kita je yang taknak mengaku. Tarbiyah dan dakwah, konsepnya jemaah. 1 takkan masuk dalam 5."
"Memang kita kata kita tak pernah tinggalkan syariat dan tarbiyah, tapiii hasilan dia berbeza. Tak sama yang hidup dalam kumpulan para-para sakura nih.. Kekuatan juga beza. Jauh beza."
Tunduk. Terasa dekat dengan hatinya. Sampai terasa hati dia sedang kosong dan mencari.
Tunduk. Terasa dekat dengan hatinya. Sampai terasa hati dia sedang kosong dan mencari.
"Dulu saya sangat suka sentuh bab hati. Sebab murrabi saya selalu tekan bab hati. Dannn diawal Islam itu sendiri diperkenalkan Rasul sentuh hati. Hati sentuhan pertama manusia."
"Diantara cawan yang ada keladak teh dengan cawan yang bersih, mana satu yang akan kita pilih? Yang pasti bersih kan! Bila tuang air terus minum. Tak macam yang ada keladak teh tu. Nak minum air, kena cuci dulu. Macam tu juga dengan hati kita. Selagi kita tak berusaha buang segala karat, selagi tu takkan dapat apa-apa."
"Takpe, perlahan-perlahan tapi jangan terlalu perlahan. Perlahan tapi berusaha. Mujahadah kena kuat."
"Awak..."
"Tegur saya bila tersalah.. Tapi tegur elok-elok tau! Yang penting tak hipokrit, yeayy!"
erkk..
"Insha Allah, semoga Allah mudahkan. Jangan risau, orang yang pernah ada tarbiyah, Allah takkan biar dia jauh. Allah memang akan tarik semula. Macam magnet.!"
-oke, kata-kata ni saya kutip dari kakak! Tenkiu kak, banyak didik hati saya untuk lebih dekat dengan Pencipta.-
"Sayang awak fillah.!"
Subhanallah...
'Allah, Engkau juga pemilik hati..Eratkanlah ikatan hati-hati ini keranaMu.. Bantu dia untuk kembali sebagaimana Kau bantu kami Rabb.. Aminn..'
No comments:
Post a Comment