Monday, December 9, 2013

Semalam punya cerita..



Penat!
Ke hulu dan ke hilir..
Tapi penat yang berbaloi
Penat yang telah pun diisi dengan air

Berbondong-bondong manusia yang hadir dalam majlis ini..
Dari Melaka, pelusuk KL, Selangor..
Yang pasti mereka memang jauh..
Ouh, adik-adik sekolah, universiti, baby..semua ada..
Ada yang datang sewa bus..
Itu semangat!

"Muslimat kanan, muslimin kiri ye.."

"Terima kasih dik.."

Berpisah dah..
Bawa haluan sendiri..
Si isteri toleh belakang tengok suami masuk stadium
Saya yang sedari tadi, senyum je tengok gelagat isteri..

Jemaah maghrib..
Azan dari qari kecil..
Mujahid ibu dan abi..
Masya Allah, dengar suara adik azan, terus ingat adik dekat rumah..
Jauh berlari mengejar..
Jauh lagi nak menang..
Mudah-mudahan punya jalan juga laluan!!

Habis tausiyah..
Selawat diselang seli dengan qasidah..
Tiba-tiba semua berdiri..
Shollu alan nabi!
Allah, masa tu rasa macam cardiac arrest sekejap..
Masakan tidak, pertama kali kot.!!
Allahu..

Mudah-mudahan sampai ketemu lagi.. <3
SAW..

No comments:

Post a Comment