Thursday, November 27, 2014

Masa itu berlalu pantas!


Allah..
Ingat lagi waktu kecil kami..
Beralaskan tikar, berdindingkan kayu..
Beratapkan zink..
Kala siang membahang la ia, kala malam kesejukan la ia..
Pondok buruk itulah tempat kami tiga beradik membesar..
Tempat main sewaktu kecil kami..
Tempat tidur sekeluarga kami..
Dan tempat abah dan memberi perlindungan kepada kami..

Allahu..
Begitu pantas masa berlalu..
Tanpa kita semua sedar walau sedetik..
Alhamdulillah, nikmat yang Allah pinjamkan ini tak lama, sebentar cuma..
Persinggahan kami semua di dunia..
Sebagai bekalan di akhirat sana..

Alhamdulillah.. syukur!!
Saya dah lalui zaman zaman itu..
Dan saya rasa adik-adik saya dah lalui..
Moga Allah pimpin hati-hati kami ini untuk tertaut padaNya dengan lebih erat..
Tanggungjawab sekarang, adik lelaki saya dan adik perempuan saya..
Allah.. 

**mohon doakan ya**

Ingat lagi tak saya pernah cerita tentang adik saya?
Alhamdulillah, sekarang puteri sulong dah dua tahun, putera sulong setahun..
Dua-dua budak kecik ini, selalu saya culik..huhu
Tak kisah la pergi shopping ke, pergi jalan-jalan ke, pergi majlis ilmu ke..
Make sure ibu ada la! Kalau tak goreng pisang la saya! huhu
Pernah je tak bawa ibu, cuma anak-anak tak seronok mana la..
Kena berkepit dengan saya je..huhu
Dah besar dah budak dua ketul ni..
Semoga Allah melimpahkan kerahmatan ke atas ulama kecil yang saya sayang ni..
Soleh dan solehah..

Ada banyak yang saya perlu ambil pelajaran dan pengajaran selama kita masih berjalan atas muka bumi ini..
Hatta satu saat pun ada keistimewaannya..
Banyak orang saya jumpa, banyak ragam dan rencah..
Orang yang jumpa saya pun akan geleng kepala tanpa henti..
hahaha..

At the age, i just focus on my future..
Nak jadi orang yang macam mana..
Nak train dua ketul budak kat rumah macam mana..
Nak tunjuk contoh macam mana..
Nak ada keluarga yang macam mana..
Macam-macam la nak..

Well, perempuan memang akan fikir sekecil-kecil perkara..
Berbanding lelaki, ambil mudah sangat..huhu
Tapi inside, tak tahu apa yang dorang pikiaq!
Alhamdulillah, Allah memang cipta fitrah perempuan ni macam ni lah..huhu

Dan hari ini!! Saya dapat kawan baru..
Allah, moga kami sama-sama kuat nak cari redha Allah..
Redha Allah yang kami tak pernah cari pun sebelum ni..
Bukan bangga dengan kejahilan yang sudah ditempuh..
Tapi dengan pengalaman ini, Allah hidupkan hati kami semula..
Allah kembang biakkan kefahaman kami semula..
Allah tanam benih-benih keimanan semula..
Allah campak rasa tenang dalam hati..

Kena ingat.. ingat betul-betul..
Tiada yang abadi dalam dunia kecuali mati..
Mati, proses yang kekal dan takkan terhenti..
Ibarat kita balik tunjuk buku rekod pada mak ayah..
Biru semua, dapat la hadiah..
Merah banyak, dapat gandaan hadiah..haha

So, lets raise our hand!
Said  

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH!!


Fisrt time..

Kegembiraan kemelandaan, 

Keterujaan, 

Sekelumit kesedihan je..huhu

Allahu.. Allah...
Sungguh Allah itu Maha Kaya, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Syukur, Allah izin saya lepak dengan kakak ohsem dan gojes sorang ni!
Memang setiap kali keluar, dengan kakak sorang ni jela..

Alhamdulillah, 

Tabarakallah, 

Masya Allah..!

Setahun setengah, hampir dua tahun rasanya..
Saya lihat setiap perubahan dalam diri kakak saya sorang ni..
Dari seorang yang shy-shy cat, sekarang dah oustanding!
Berani ke hadapan, dan berani ber 'grooming' huhu
Tapi apa yang sama is..
Akak tetap seorang yang berpendirian tegas!
Itu saya suka.. She always take care of me!

Alhamdulillah..
Dalam saya duk suap mee kari laksa made by chicken rice shop! (haha)
Mata telinga fokus dengan penyampaian akak untuk.....

Jeng.. jeng.. jeng...

Untuk program motivasi dengan adik-adik!
First time tauuu!!
So, she quit stress and nebes laa..
Dengan ini, dia dah habiskan beberapa hmm.. shopping-shopping..hahaha
Termasuk la saya sekali!!
Dan yang paling penting, program tu jatuh pada hari lahir kekanda saya ni..
Big moment for her.. (senyum sampai telinga...bwerkkk)

Allah..
Nak cakap yang akak tabah..
Ayah sakit, sedang dalam chemotheraphy.. T.T
*saya mohon awak semua sedekahkan al fatihah, doakan ayah kuat semangat*
Minggu ni adik akak konvo di Kelantan, ayah yang tengah sakit tuuu, nak jugak terbang pi sana!
Allah, kuatnya semangat ayah..!
Dan dengan jadual akak yang sangat padat!
Ke hulu, ke hilir..
Program sana, jemputan sana sini..
See.. I really like her PA kan..
Well..huhu

To kakak, i know u memang takde blog dan i memang sengaja tulis dalam blog because of Fb is really not my medium to wrote this letter  --- oke saya akan dikecam hebat dengan bahasa rojak ini--
Minta maaf teacher Tam..(eh tetibe huhu)
Keep holding on! Move and make a changes..
You changes me a lot.. Alhamdulillah..

Jazakumullah with this!!
' take care adik, love you'
'Love you too sis'

Tuesday, November 25, 2014

Akal blurr??



Okeh dengan 10 kali lafaz serius aku blurr..
Rasa nak jerit tanpa henti..
Rasa nak berlari keliling kereta.. > ni je aku mampu sebab tengah penat <

Allah.. Allah.. Allah
Kembali memandang langit yang gelap. Sebab hari dah malam...eheh!
Maafkan aku ya Allah, kerana aku ini hamba yang hina, kerdil dan tak layak pun nak berbumbungkan langit Mu..

Tapiiii...
Kerana rahmat dan kasih sayangMu aku hidup..
Kerana rahmat dan kasih sayangMu aku berdiri dan berlari..
Makan dan tidur..
Nampak macam poyo, tapi ini hakikat diri kita semua..

Selain bangun tidur, tidur, makan, mandi, berdiri, berjalan dan sebagainyalah..
Apa yang kita buat untuk lahirkan rasa syukur pada Allah swt?
Acapkali kita lupa awop heii... bukang saya soram je lupa..
Allah!

Allah, Engkau dan sentuh qalbu aku nih..
Dan aku kena bertanggungjawab dengan segala amanah dariMu..
Kuatkanlah langkah perjalanan aku menjadi hambaMu..

** Tacing la lagu tika dinihari nih..wuarghhh **

Kita semua yang Allah dah sentuh taufiq dan hidayah,
Yang Allah dah bagi hint dari gerak hati tu..
Janganlah kita bertangguh lagi..
Maju ke hadapan..! Ibarat kita aim nak kurus, mesti kita joging tiap-tiap hari, jaga makan, jaga minum, semata-mata nak kurus! Macam itu jugak dengan pakcik yang berkapel dengan makcik taufiq hidayah ni. Dia mai, kita tangkap!! Letak dalam jantung ketat-ketat.

Haa... ni faham ke tidak!
Jangan duk cakap poyo je dari tadi..
Amati molep-molep! Huh!

Azam aku dengan korang semua harini..
Kita lazimi zikrullah, lazimi selawat ke atas Nabi Allah..
Doakan aku jugak..
So sekarang, aku nak sambung rutin manusia biasa iaitu tidurrr
Sebab esok kerja lagi..

Adios amigos, cinta terahir dari aiman (eh, tetibe -_-)
Assalamualaikum!

Monday, November 24, 2014

Dunia aku dunia kau jugak...


So sama-sama la belajar, tak payah nak selfish sangat!
Hurmm...

Aku akui jugak la, aku agak memilih dengan siapa aku berkawan.
Bukan aku tak kawan dengan hmm..hmm..
Aku kawan je, keluar jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak..
Tapi aku tetap memilih jugak la weii!
Ikut korang aa nak kata aku bajet ke kerek ke..

Aku tahu la kemampuan aku tara mana, aku  ni cepat keluar dari landasan sikit. Al maklumlah bab kata kawan aku tu..

'Terkedek-kedek' haha..

Jadi aku tetap memilih buat masa ni. Bila aku rasa tak suka dengan perangai beberapa ketul manusia tu, aku bangun dan blah.. Takdela tak kawan.. huhu..
Bila dorang tanya atau minta pendapat tu, aku bagi jela idea yang seciput ni je..

Dalam quran, korang semua sila belek dan baca quran dan tanda la..
Dalam quran, Allah ada sebut tentang kawan masa kat masyar.
Aku setiap kali baca, gerun jugak la..

Kawan ni dekat akhirat nanti kita akan saling salah menyalahkan. Awat hang tak tegur aku dulu? Semua salah hang. Hang la yang bersalah. Aaaaaaaaaaaaaa, aku trauma! Kawan yang kita memang berkawan, kalau hang sayang diri hang, sayang kat mak pak hang, abang kandung hang, hang sayang kat aku.. aku nak ajak hang mai la pakai dress + shawl yang aku selalu promote tu. Mai la pakai telekung yang hang beli kat Jalan Tar tu.. :'(

Ni jugak salah satu punca aku memilih. Tapi aku tak menolak dorang mentah-mentah. Aku usaha jugak, yang nak bagi tetap Allah. Macam kisah Rasulullah dengan pak sedara dia la. Hah, siapa? Cari sendiri. Huh!

Rasulullah sayang bakhang dekat pak sedara dia ni. Pak sedara dia ni, selama Rasulullah bawak dakwah, pakcik dia pelindung sejati. Tak boleh ada sesiapa pun usik Rasulullah. Jentik apatah lagi. Rasulullah dakwah dekat keluarga dia, dekat pak sedara dia. Bukan pak sedara dia tak faham. tapii..

"Kau takkan dapat beri hidayah pada orang yang kau sayang, melainkan aku."

Lebih kurang macam ni la ayat yang Allah cerita dalam Al- Quran. Sampai hari kematian pak sedara Rasulullah, baginda tersangat sedih. Diriwayatkan seksa yang paling ringan pak sedara baginda ini, adalah memakai terompah (selipar), yang gelegaknya sampai ke otak.. Allahu, allah..

Allah..itu seksa paling ringan..
Aku sayang hang, hang sayang aku..
Macam hepi femili dah..
Mai kita usaha balik ke jalan Allah..
Balik kat Islam..

Dan hari itu aku mengenal mereka..


Bermula dengan menghadirkan diri dibeberapa majlis qasidah..
Mengikuti dengan rasa tenang dan lapang..
Dan dengan qasidah-qasidah ini mendekatkan diri dengan sirah nabawiyyah..
Buat orang biasa macam aku ni sesuai dah.. Step by step..
Hati kena kuat! Biasala nates nates memang biadap nak lemahkan semangat..

Bulan berganti bulan..Tahun berganti tahun.
Dan 2014 permulaan berjinak dengan taalim yang lebih terbuka. Bukan tak pernah ikut taalim.. Cuma taalim kali ni beda. Alhamdulillah, cuba juga mengikuti dengan usaha yang gigih. Bukan mudah, hendak pada kebaikan semua kena usaha kuat.

Lawan rasa malas.
Lawan rasa konon-konon tak layak.
Lawan rasa konon-konon bajet aku bagus.
Lawan rasa konon-konon belum bersedia.

Tajdid niat sungguh-sungguh, yang aku nak tanam semua hasil ni untuk negeri abadi.
Aku niat untuk mak ayah aku sekali.
Adik-adik aku yang dua ketul tu.
Kalau tiada pemula takkan ada yang akan mula.
So,aku pun gerakkan semua keringat.


Cuma..
Ikhlaskah aku?
Ikhlas... Nak hurai bab ikhlas ni sampai esok malam pun tak habis.
Jadi aku buat kesimpulan ikut akal terbatas aku ni..

"Korang pergi banyak program tapi tetibe terdetik niat korang bajet bagus, koranglah hebat sebab boleh buat semua, terus ikhlas tu tak sampai. Macam mana rasa tak sampai? Korang tak dapat apa pun lepas balik mana-mana program. Nothing.
Jadi, sebelum keluar rumah, tajdid kemas-kemas nak cari ilmu Allah dan usaha kuat-kuat untuk beramal." 

Aku punya pengalaman hampir setahun setengah duduk dekat bandar hiruk pikuk ni, dengan jalan yang memang aku selalu failed. Baca waze pun aku tak pandai, entah macam mana Allah izin leh sampai jugak tempat-tempat macam ni. Alhamdulillah.. tabarakallah.. Kawan aku yang bawak sebenarnya..jzkk la awop!hehe.. Adik yang duduk dekat Key El tu takdela selalu teman sebab masa tu anak-anak dia kecik. Adik pun study lagi. So rumah adik memang rumah kedua aku la. Sekarang anak-anak adik dah besar, boleh la aku rembat anak dia teman aku gi taalim! wakakak..

Eh..lupa nak share..
Disebabkan aku kerja shift, jadi masa tu memang aku susun tahap giga lah!
Kalau aku kerja pagi, balik rumah aku siap-siap la pi taalim. Kalau kerja malam, biasanya petang sebelum asar tu ada usrah. Pernah sekali aku kerja malam, usrah + ziarah sahabat sampai dekat maghrib. Singgah solat dulu. Aku dah berdebor dah takut lambat, dengan jammed lagi. Perghh!
Makcik bawak kereta 20-30km/hour.. Aaaaaaa nak nangis tahap gaban. Rasa nak marathon la la tu jugak! Dah sampai hostel aku terkejar-kejar la bersiap.. huhu..

Nak cakap yang sebenarnya, makcik yang bawak kereta slow ni, mulut dia tak lekang sebut Allah.
"Allah ada.. Allah mudahkan.."
Malu teman..hihi..

PENAT..PENAT..PENAT!

Giler tak penat? Rehat kejap-kejap..huhu
Penat, tapi kalau dilayan penat aku lagi la tak dapat apa.
Katakan pada penat.. "Wahai penat, kuatkan aku. Nak pi cari ilmu nih."
Nyah kau penat!

Selalu jugak la aku balik program lewat pagi..
Biasa dalam jam 1-2 pagi, include driving ni ea! Esok kerja pagi. hoh!
Memang tercabut biji mata..
Nak cakap nikmat yang Allah kasi pinjam tu, takde siapa pun boleh ganti..
Sejak dari tu, aku jadi sayang dengan majlis-majlis ni..
Allah izin aku duduk dengan ulama-ulama..

Paling latest nih! Dapat la dengar muzakarah Syeikh Nuruddin, ulama nusantara nih..!
Biar la orang nak kata aku baru nak dengar ke, baru nak berguru dengan Syeikh ke, kisah apa kan.
Aku suka Syeikh ni, walaupun aku tak faham sangat dialek Syeikh..hehe

"Kalau tidak kerana guru, mana mungkin aku kenal Tuhanku."

Kota ini akan berubah, dekat dengan Allah..
Dekat dengan Islam..
Dan untuk tinggalkan kota ini, mungkin susah untuk aku yang baru nak belajar.
Allah, mudahkan urusan kami semua..

Haaa, satu lagi!! Aku pernah sesat dekat Key El nak jemput kawan aku je pun. Masa tu tawakal jela dengan waze yang menggila atau aku yang menggila. Haha..
Boleh cakap macam buat road tour. And last, aku jumpa jugak jalan, terus meluncur pi Putrajaya. Ada qasidah.. hehe.. So, aku gunakan khidmat kawan aku tu baca waze! Rupanya dia pun tak pandai baca waze! Hahah.. memang kitorang tawakal jela time tu..wuuuu..

Kesimpulannya, kita ni manusia memang suka cipta alasan untuk belajar ilmu agama. Niat ada jangan tangguh, jalan je!

Kerana kau, aku mula berbicara..

Pagi yang tenang itu disinggah oleh bunyi mesej dari seseorang yang aku kenal..
Mencecah 10 tahun..
Berbumbung di sekolah yang sama..
Beratap di asrama yang sama..
Memegang jawatan yang sama..

Allah...

10 tahun itu masa lalu aku yang penuh sia sia tanpa noktah..
10 tahun itu mendidik menjadi bagaimana aku yang sekarang..

Syukur... Alhamdulillah.. Tabarakallah..

Allah pilih aku dalam berjuta kelalaian hambaNya untuk tunduk sujud pada Yang Maha Esa..
Allah pilih aku dalam berjuta hambaNya untuk kembali dalam redha Dia..
Sungguh luas kasih sayang Allah pada aku tika ini..

T.T


Sungguh..

AKU PENDOSA TANPA NOKTAH.

*****************************************************************************

"Aleeya, tolong la selamatkan aku! Aku nak lari dari semua masalah yang aku hadapi sekarang. Suami aku dah tak ambil berat tentang aku. Dia buat aku macam ada tiada. Dia buat aku wujud tak wujud. Aku ni siapa?! Dah bermacam cara aku buat. Tapi dia langsung tak pandang. Aku nak lari. Aku dah tak tahan!"

Tepat lirik mata aku pada setiap bait ayat itu. Suasana bising tidak lagi aku hirau. Akal aku mula berputar ligat mencari ayat untuk si dia yang kekeliruan. Apa ayat cerai jalan terbaik? Naudzubillah!

Aku biarkan dia dengan soalan yang tiada jawapan. Fokus aku kini pada kelas taalim. Fokus hati dan akal aku pada syeikh nusantara tersohor itu. Sejam, dua jam berlalu dengan begitu pantas!

"Assalamualaikum.. Maaf lambat beri respons. Tenang-tenang la dulu. Lari dari masalah bukan penyelesaian yang terbaik. Malah ia hanya akan membebankan. Sebab? Masalah for sure punya 'i follow u'. Aku bukan yang terbaik untuk bagi cadangan or else. Apa yang aku boleh cakap pada kau sekarang, kau baliklah pada Allah. Aku, kau dan manusia yang lainnya merancang. Tapi sebaik-baik perangcang tu Allah.


Tarik nafas panjang-panjang. Ekor mata beralih pada anak kecil yang bermain girang. Allahu. Anak anugerah terindah. Ulama kecil yang berwibawa, insha Allah.


"Aleeya, sungguh aku terlalu benci dengan sikap dia! Tapi jauh dari lubuk hati aku, aku sayangkan dia. Kami dah punya anak Leeya. Sikap dia Leeya, sikap dia buat aku benci"!


Nur menghempaskan segala perasaan yang terpendam. Lima tahun perkahwinan.

Bagi aku itu sudah cukup lama untuk pasangan suami isteri belajar dan ambil pelajaran. Kisah Nur ini sudah seringkali hinggap di telinga aku. Kali ini berbeda. Hmm.

" Aku rasa kurang kasih sayang dari dia Aleeya. Aku dah tak rasa dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Aku ni Leeya, ibarat tunggul."


Esakan tangis Nur makin kuat kedengaran. Jauh dari sudut hati Nur dia masih sayangkan hubungan perkahwinan ini. Nur semampu boleh mahu ia seperti pasangan yang lain. Aku mengerti itu, kerana aku juga wanita. Aku juga wanita yang dambakan kasih dan sayang suami. Yang dambakan keluarga bahagia. Kerana aku juga wanita. Jerit batin Nur tiada kedengaran. Simpati menyelubungi hati wanita tabah ini.


" Hmm.. Nur, baliklah pada Allah Nur. Allah segala-galanya. Allah Maha Tahu Nur. Aku manusia biasa, aku tak mampu beri jalan keluar pada kau. Aku boleh jadi pendengar yang baik, tapi aku bukan penyelesai jalan. Baliklah pada Allah. Muhasabah, mungkin kita dah jauh dari Allah. Mungkin kita lupa pada Allah. Perbaiki solat kita, perbaiki diri kita. Bacalah Al-Quran dan tafsir Nur. Jangan kita menghalalkan yang haram. Kau faham kan maksud yang ini?'

"Nur.. tak perlu ikut orang lain. Tak perlu ubah diri kita dekat dengan kejahilan, tapi ubah diri kita untuk dekat dengan Allah. Saat pertama kali kau terima dia menjadi suami kau, saat itu kau kena terima baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Kau yang pilih dia. Kalau dulu kau kahwin kerana cinta tanpa mengenal cinta Allah, sekarang kau baikilah bahawa kahwin itu kerana Allah. Isthikarah dan taubat tiang kita Nur. Kerana kita manusia, pendosa tanpa noktah."


Nur tenggelam dalam tangisan yang tiada henti. Aku faham hati wanita ini. Perkahwinan bukan sekadar kau dan aku. Tapi perkahwinan adalah permulaan segala kehidupan. Permulaan kepada kisah cinta yang sebenar. Permulaan kembara bagi setiap pasangan. Berilah hak cinta sebenar pada Allah azza wajalla. Cinta, apa-apa yang tidak membawa ke syurga itu bukan cinta. Terbanglah dengan pasangan kita ke syurga, negeri abadi tiada ganti. Allah.


Aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang cinta dan perkahwinan, malah aku bukan juga orang yang alim untuk meminta pendapat. Tapi kerana kau, aku berbicara. Nur, kau sahabatku yang aku kenal lama dulu. Mana mungkin aku biarkan kau sendiri. Tapi aku juga tiada daya. Aku juga.. arghhhhh!


"Aku tak mampu Leeya. Kenapa aku diuji begini Leeya, kenapa aku.?"


"Kerana Allah tahu sebatas mana kemampuan kau." 


Aku tertunduk lesu menyembah bumi. Tiada kata lagi yang aku perlu hembuskan. Aku juga sayangkan kau sebagaimana keluarga aku menyayangi kau Nur.

"Aleeya, aku selalu berhias yang tidak mengikut syariat, semata-mata nak pikat suami aku. Tapi Leeya ternyata aku silap. Aku silap besar. Semua itu sia-sia."


"Pergilah kau tenangkan diri jumpa Allah. Baiki solat, baiki diri, baiki segalanya. Kau serahkan suami kau pada Allah. Redha . Biarkan saja suami kau Allah didik. Biarkan saja suami kau dengan Allah. Serah secara mutlak pada Allah. Dan kau, dekatkan diri dengan Allah."


Aku biarkan dia keseorangan. Dan aku biarkan dia dengan esakan tangis. Anak kecilnya merengek, minta susu barangkali. 


Ya Allah, aku belum di uji dengan yang satu ini. Tolong ya Allah, kurniakan aku suami yang soleh yang akan membawa aku lebih dekat denganMu juga RasulMu. Yang akan memimpin tanganku ke syurgaMu. 

Nur.. 
Kerana kau, aku berbicara.