Pagi yang tenang itu disinggah oleh bunyi mesej dari seseorang yang aku kenal..
Mencecah 10 tahun..
Berbumbung di sekolah yang sama..
Beratap di asrama yang sama..
Memegang jawatan yang sama..
Allah...
10 tahun itu masa lalu aku yang penuh sia sia tanpa noktah..
10 tahun itu mendidik menjadi bagaimana aku yang sekarang..
Syukur... Alhamdulillah.. Tabarakallah..
Allah pilih aku dalam berjuta kelalaian hambaNya untuk tunduk sujud pada Yang Maha Esa..
Allah pilih aku dalam berjuta hambaNya untuk kembali dalam redha Dia..
Sungguh luas kasih sayang Allah pada aku tika ini..
T.T
Sungguh..
AKU PENDOSA TANPA NOKTAH.
*****************************************************************************
"Aleeya, tolong la selamatkan aku! Aku nak lari dari semua masalah yang aku hadapi sekarang. Suami aku dah tak ambil berat tentang aku. Dia buat aku macam ada tiada. Dia buat aku wujud tak wujud. Aku ni siapa?! Dah bermacam cara aku buat. Tapi dia langsung tak pandang. Aku nak lari. Aku dah tak tahan!"
Tepat lirik mata aku pada setiap bait ayat itu. Suasana bising tidak lagi aku hirau. Akal aku mula berputar ligat mencari ayat untuk si dia yang kekeliruan. Apa ayat cerai jalan terbaik? Naudzubillah!
Aku biarkan dia dengan soalan yang tiada jawapan. Fokus aku kini pada kelas taalim. Fokus hati dan akal aku pada syeikh nusantara tersohor itu. Sejam, dua jam berlalu dengan begitu pantas!
"Assalamualaikum.. Maaf lambat beri respons. Tenang-tenang la dulu. Lari dari masalah bukan penyelesaian yang terbaik. Malah ia hanya akan membebankan. Sebab? Masalah for sure punya 'i follow u'. Aku bukan yang terbaik untuk bagi cadangan or else. Apa yang aku boleh cakap pada kau sekarang, kau baliklah pada Allah. Aku, kau dan manusia yang lainnya merancang. Tapi sebaik-baik perangcang tu Allah.
Tarik nafas panjang-panjang. Ekor mata beralih pada anak kecil yang bermain girang. Allahu. Anak anugerah terindah. Ulama kecil yang berwibawa, insha Allah.
"Aleeya, sungguh aku terlalu benci dengan sikap dia! Tapi jauh dari lubuk hati aku, aku sayangkan dia. Kami dah punya anak Leeya. Sikap dia Leeya, sikap dia buat aku benci"!
Nur menghempaskan segala perasaan yang terpendam. Lima tahun perkahwinan.
Bagi aku itu sudah cukup lama untuk pasangan suami isteri belajar dan ambil pelajaran. Kisah Nur ini sudah seringkali hinggap di telinga aku. Kali ini berbeda. Hmm.
" Aku rasa kurang kasih sayang dari dia Aleeya. Aku dah tak rasa dia jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Aku ni Leeya, ibarat tunggul."
Esakan tangis Nur makin kuat kedengaran. Jauh dari sudut hati Nur dia masih sayangkan hubungan perkahwinan ini. Nur semampu boleh mahu ia seperti pasangan yang lain. Aku mengerti itu, kerana aku juga wanita. Aku juga wanita yang dambakan kasih dan sayang suami. Yang dambakan keluarga bahagia. Kerana aku juga wanita. Jerit batin Nur tiada kedengaran. Simpati menyelubungi hati wanita tabah ini.
" Hmm.. Nur, baliklah pada Allah Nur. Allah segala-galanya. Allah Maha Tahu Nur. Aku manusia biasa, aku tak mampu beri jalan keluar pada kau. Aku boleh jadi pendengar yang baik, tapi aku bukan penyelesai jalan. Baliklah pada Allah. Muhasabah, mungkin kita dah jauh dari Allah. Mungkin kita lupa pada Allah. Perbaiki solat kita, perbaiki diri kita. Bacalah Al-Quran dan tafsir Nur. Jangan kita menghalalkan yang haram. Kau faham kan maksud yang ini?'
"Nur.. tak perlu ikut orang lain. Tak perlu ubah diri kita dekat dengan kejahilan, tapi ubah diri kita untuk dekat dengan Allah. Saat pertama kali kau terima dia menjadi suami kau, saat itu kau kena terima baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Kau yang pilih dia. Kalau dulu kau kahwin kerana cinta tanpa mengenal cinta Allah, sekarang kau baikilah bahawa kahwin itu kerana Allah. Isthikarah dan taubat tiang kita Nur. Kerana kita manusia, pendosa tanpa noktah."
Nur tenggelam dalam tangisan yang tiada henti. Aku faham hati wanita ini. Perkahwinan bukan sekadar kau dan aku. Tapi perkahwinan adalah permulaan segala kehidupan. Permulaan kepada kisah cinta yang sebenar. Permulaan kembara bagi setiap pasangan. Berilah hak cinta sebenar pada Allah azza wajalla. Cinta, apa-apa yang tidak membawa ke syurga itu bukan cinta. Terbanglah dengan pasangan kita ke syurga, negeri abadi tiada ganti. Allah.
Aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang cinta dan perkahwinan, malah aku bukan juga orang yang alim untuk meminta pendapat. Tapi kerana kau, aku berbicara. Nur, kau sahabatku yang aku kenal lama dulu. Mana mungkin aku biarkan kau sendiri. Tapi aku juga tiada daya. Aku juga.. arghhhhh!
"Aku tak mampu Leeya. Kenapa aku diuji begini Leeya, kenapa aku.?"
"Kerana Allah tahu sebatas mana kemampuan kau."
Aku tertunduk lesu menyembah bumi. Tiada kata lagi yang aku perlu hembuskan. Aku juga sayangkan kau sebagaimana keluarga aku menyayangi kau Nur.
"Aleeya, aku selalu berhias yang tidak mengikut syariat, semata-mata nak pikat suami aku. Tapi Leeya ternyata aku silap. Aku silap besar. Semua itu sia-sia."
"Pergilah kau tenangkan diri jumpa Allah. Baiki solat, baiki diri, baiki segalanya. Kau serahkan suami kau pada Allah. Redha . Biarkan saja suami kau Allah didik. Biarkan saja suami kau dengan Allah. Serah secara mutlak pada Allah. Dan kau, dekatkan diri dengan Allah."
Aku biarkan dia keseorangan. Dan aku biarkan dia dengan esakan tangis. Anak kecilnya merengek, minta susu barangkali.
Ya Allah, aku belum di uji dengan yang satu ini. Tolong ya Allah, kurniakan aku suami yang soleh yang akan membawa aku lebih dekat denganMu juga RasulMu. Yang akan memimpin tanganku ke syurgaMu.
Nur..
Kerana kau, aku berbicara.
No comments:
Post a Comment