So sama-sama la belajar, tak payah nak selfish sangat!
Hurmm...
Aku akui jugak la, aku agak memilih dengan siapa aku berkawan.
Bukan aku tak kawan dengan hmm..hmm..
Aku kawan je, keluar jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak..
Tapi aku tetap memilih jugak la weii!
Ikut korang aa nak kata aku bajet ke kerek ke..
Aku tahu la kemampuan aku tara mana, aku ni cepat keluar dari landasan sikit. Al maklumlah bab kata kawan aku tu..
'Terkedek-kedek' haha..
Jadi aku tetap memilih buat masa ni. Bila aku rasa tak suka dengan perangai beberapa ketul manusia tu, aku bangun dan blah.. Takdela tak kawan.. huhu..
Bila dorang tanya atau minta pendapat tu, aku bagi jela idea yang seciput ni je..
Dalam quran, korang semua sila belek dan baca quran dan tanda la..
Dalam quran, Allah ada sebut tentang kawan masa kat masyar.
Aku setiap kali baca, gerun jugak la..
Kawan ni dekat akhirat nanti kita akan saling salah menyalahkan. Awat hang tak tegur aku dulu? Semua salah hang. Hang la yang bersalah. Aaaaaaaaaaaaaa, aku trauma! Kawan yang kita memang berkawan, kalau hang sayang diri hang, sayang kat mak pak hang, abang kandung hang, hang sayang kat aku.. aku nak ajak hang mai la pakai dress + shawl yang aku selalu promote tu. Mai la pakai telekung yang hang beli kat Jalan Tar tu.. :'(
Ni jugak salah satu punca aku memilih. Tapi aku tak menolak dorang mentah-mentah. Aku usaha jugak, yang nak bagi tetap Allah. Macam kisah Rasulullah dengan pak sedara dia la. Hah, siapa? Cari sendiri. Huh!
Rasulullah sayang bakhang dekat pak sedara dia ni. Pak sedara dia ni, selama Rasulullah bawak dakwah, pakcik dia pelindung sejati. Tak boleh ada sesiapa pun usik Rasulullah. Jentik apatah lagi. Rasulullah dakwah dekat keluarga dia, dekat pak sedara dia. Bukan pak sedara dia tak faham. tapii..
"Kau takkan dapat beri hidayah pada orang yang kau sayang, melainkan aku."
Lebih kurang macam ni la ayat yang Allah cerita dalam Al- Quran. Sampai hari kematian pak sedara Rasulullah, baginda tersangat sedih. Diriwayatkan seksa yang paling ringan pak sedara baginda ini, adalah memakai terompah (selipar), yang gelegaknya sampai ke otak.. Allahu, allah..
Allah..itu seksa paling ringan..
Aku sayang hang, hang sayang aku..
Macam hepi femili dah..
Mai kita usaha balik ke jalan Allah..
Balik kat Islam..
No comments:
Post a Comment