Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...~


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... 

Assalamualaikum w.b.t...

Segala pujian buat ALLAH s.w.t. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Salam ramadhan buat semua. Moga ramadhan kali ini memberi seribu erti buat kita semua. Moga kita bersama-sama dapat menyemarakkan bulan Ramadhan.


1.  Abu Hurairah menyatakan :

Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

 (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

2.  Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

(Hadis riwayat Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

3.  Abu Hurairah telah berkata :

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi)

4.  Daripada Abu Hurairah telah berkata:

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

(Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)



5.  Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata:

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

(Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Friday, July 29, 2011

Seni Dakwah part akhir

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Hanya ini yang mampu ana persembahkan buat kalian, diharap kalian beroleh manfaat darinya. Kadang-kadang kita rasa kita selalu di jalan yang betul, tapi sebenarnya kita silap. Dan disebabkan kesilapan itu ia telah mengajar kita dengan sesuatu yang baru. Ya, berlapang dada adalah salah satunya, tapi tak semua yang mampu untuk melakukannya. Ana mengharapkan tembakan doa dari kalian buat ana. Jika ana adalah batangnya maka hulurkan hati dan tangan kalian untuk menjadi akar buat ana..Jika kalian daunnya izinkan ana menjadi buahnya..Ameen
Moga Allah Redha..


ketabahan itu...

Aku nampak seni dan teknik dalam berdakwah. Mindaku mula bercabang membuahkan idea. Hatiku mula berputik riang. Jalan-jalanku mula terbuka. Ombak yang menghempas lautan seakan-akan melonjak keriangan. Bibir mula menguntum senyuman. Airmata ku kesat.

Terimalah dugaan dengan sabar kerana ia datang untuk menguji keteguhan & kekuatan iman kita. Setiap dugaan ada hikmahnya dan ia tidak akan melampaui batas kemampuan kita untuk menangani nya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hambanya & Dia tidak akan sesekali menyusahkan kita. Apabila ditimpa bencana, hendaklah kita bersabar & redha. Dekatkan diri pada Nya dan Insyaallah, hati akan berasa lebih tenang.

“Pernah dengar cerita tentang Ustaz Dahlan?”


“Pernah, tapi ana tak pernah kenal dia.”


“Ustaz seorang yang sangat terasa bila menyebarkan qudwah. Berasa disisi dia cukup tenang hati ini. Cukup selamat. Lembut bicaranya, akhlaknya lagaknya seperti Abu Bakar As-Siddiq. Ustaz seorang yang sangat memberati sunnah. Apabila dalam penyampainnya yang mana dirasakan penting akan di ulang sebanyak tiga kali. Maaf sentiasa bermain di bibir. Sangat memuliakan tetamu.  Menghormati sesiapa sahaj yang ada di sekelilingnya. Baik yang muda mahupun tua. Kehilangan Ustaz amat terasa. Seolah-olah hilang satu permata. Simbahan qudwah yang di pamerkan amat melekat di hati mereka yang mendapat tarbiah darinya. Terasa baru berjumpa dengan Ustaz baru semalam. Ustaz mempamerkan nilai-nilai murni yang amat disegani. Itulah ustaz Dahlan.”


Mendengar tentangnya sahaja seolah-olah dia berada dekat dihati aku. Simbahan qudwahnya sedikit sebanyak terkesan di hati aku walaupun aku tidak pernah mengenalinya. Hanya melalui cerita daripada sahabat-sahabat. Aku belum pasti adakah aku dapat menyebarkan qudwah sebagaimana arwah. Seni Ustaz dalam berdakwah cukup meninggalkan jejak dihati.


“Jadi bagaimana sekarang, enti dah nampak bagaimana caranya? Kita kena menghadirkan hati kita bersama mereka. Tak perlu untuk mengarah apa yang patut dibuat atau tidak. Mereka akan rasa terkongkong. Biarkan mereka dengan cara mereka. Tarik tapak hati mereka untuk mengikat janji setia dengan Allah. Baru kita akan nampak jambatan hati antara satu sama lain.”


Aku mula nampak setapak demi setapak. Mulut aku terkunci rapat. Otak ku berputar ligat. Berbagai contoh seni dalam berdakwah dihadiahkan buatku yang masih baru. Aku belum pernah terkena sentuhan tarbiyah dan inilah kali pertama. Face to face, from heart to heart.


“Dulu masa ana nak mulakan liqa’ beginilah keadaan ana. Ana tak tahu bagaimana caranya. Akhirnya, ana catch up siapa yang selalu hadir ke masjid. Buat permulaan, ana mengajak dia mengaji bersama ana dan ana membaca tafsir dan begitulah hari-hari seterusnya. Hinggalah ahli liqa’ ana bertambah. Suatu hari ana dapat tahu ada seorang mahasiswi melakukan zina. Pada awalnya ana agak terkejut, tapi ana cuba untuk tenangkan diri untuk tidak marah supaya syaitan tidak menguasai diri ana.”


“Akak, akak tak marah ke? Saya dah buat kesalahan yang cukup besar.”


“Nak marah kenapa. Kesalahan apa yang awak dah buat.”?


“Ala, takkan akak tak tahu. Semua orang dah tahu.”?
Aku hanya menjungkitkan bahu tanda memang aku tidak tahu walaupun aku tahu perkara sebenarnya. Hati segera beristighfar laju. Mudah-mudahan aku tidak marah.


“Akak, saya dah melakukan zina. Saya dah melakukan dosa besar. Saya tak tahu Allah akan ampunkan saya atau tidak. Saya tak nak buat, tapi pada waktu itu nafsu terlalu menguasai diri saya.” Airmataku jatuh berderaian. Aku malu dengan sikapku. Pelajar IPT melakukan perkara yang dilarang dan diharamkan!


Tangan sejuk akak senoir memaut bahuku. Bagaikan terkena satu renjatan yang menggoncangkan hati sesiapa sahaja yang mendapat sentuhan ini. Satu suara perlahan dengan penuh kasih dan sayang membisik di telingaku hampir memecahkan hatiku yang kosong. Jiwa yang gersang. Yang mencari erti bertuhan.


“Dengar ini, tidak ada satu pun manusia yang akan terlepas dari melakukan kesilapan. Dan Allah itu Maha Penerima Taubat. Kembalilah kepada Allah. Jalannya indah dan tersusun rapi. Tidak ada lekuk yang juram.”


Mendengar itu sahaja sudah cukup menembusi hati aku. Airmataku terus menitis diatas tikar sejadah menngenangkan perbuatanku.


“Jadi begitulah kisah sahabat ana dulu. Berdakwah ini ada seninya. Dan kunci utama seni dakwah adalah sabar. Kadang-kadang kita lupa untuk berdoa kepada orang yang kita ajak untuk mengenal Allah. Jangan lupa doakan mereka. Moga hati mereka teguh dengan jalan yang mereka pilih.”


“Enti ada buku apa untuk rujukan?”


“Ana banyak buku hasil karya Hilal Asyraf.” Aku malu sebenarnya. Sahabat aku ada buku sirah tapi aku belum mempunyai lagi.


“Oh, karya Hilal. Lebih kepada HATI. Nanti ana kenalkan enti dengan anak ana yang belajar di Jordan, perempuan. Tidur rumah ana la nanti kalau ada kelapangan.”


“Insya-Allah.” Hati terasa sangat lapang, tenang.


“Ummu Sulaim boleh buat! Enti dah makan?”  Akak cuba mengubah topik untuk mengalih tumpuanku.


“Belum, suruh akak bilik tapaukan je.”


“Jom, gerak. Jangan risau dah, nanti ana tolong fikirkan jalan untuk enti.”


Aku tunduk setuju. Kereta mula bergerak tenang. Dan aku menghantar pandangan terakhir di pantai ini. Inilah yang akan menjadi saksi ku.
Masalah aku selesai akhirnya. Jalan yang aku pilih penuh dengan duri. Menghapuskan jahiliah adalah tugasku. Bukan menunggu jahiliah datang baru aku furu’ kan ia.


Dan inilah jalan yang aku pilih. Mencari redha Allah dalam erti kata yang sebenar. Berani aku kerana cinta dan kasihku terhadap Rasulullah s.a.w. Kerana aku tidak dijadikan dengan sia-sia. Penuh dengan makna yang aku perlu tuntut.


Terima kasih akak. Ana uhibbuki enti fillah. Moga kita dapat berkumpul bersama orang yang saling cinta-mencintai di jannah kelak. Doakan kejayaan ana.



  

Seorang Hamba,
Srikandi Umar..

Tuesday, July 26, 2011

Seni Dakwah part 2



Assalamualaikum.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maaf kerana sudah lama tidak beraksi. Kekangan masa membuatkan ana belum sempat untuk post hasil yang terbaru disamping memperbaiki tulisan karya. Tambahan, ana tidak mempunyai lappy,(^_^). 
Terimalah dari ana buat tatapan kalian. Moga Allah redha.


sabar..

"Ana ada masalah besar yang ana tak dapat nak selesaikan sendiri. Ana rasa ana cukup terbeban dengan masalah ini. Ana bukanlah sempurna, dan ana tak pandai. Tapi ana tak tahu hendak mulakan dari sudut yang mana.”

Akal ku ligat mencari ayat yang sesuai. Kelu lidah untuk meneruskan ayat. Aku tak pasti apakah ada pengakhirnya. Keluhan di hujung ayat memikirkan.

“Sebenarnya, ana merupakan seorang ketua dalam satu organisasi. Ana rasa ana tak mampu nak jalankan tanggungjawab ana. Ana rasa ana tak layak. Bukan semua orang boleh terima perlantikan kita yang sedia ada. Ana tak mampu nak tunjukkan qudwah hasanah.” Tanpa aku sedari air mata mula berkolam, tapi ditahan. Hanya menanggung sebak di dada. Aku mesti kuat.

‘Tapi aku nak tinggalkan sesuatu yang akan menjadi qudwah bagi yang lain. Ini adalah harapan aku yang terakhir sebelum kaki aku melangkah pergi dari institusi ini. Aku rasa tempat ini perlu kepada perubahan. Itu yang aku rasakan sepanjang perjalanan kehidupan aku di institusi ini.’

"Boleh bagi ana tahu yang selanjuntnya"? Suaranya memecahkan hening. Derauan ombak menyapa lembut selembut hati aku yang sedang sayu.

Aku melihat satu persatu dia meneliti apa yang aku perkatakan. Aku juga menyusun ayat sehabis baik takut ada yang tertinggal. Berhari-hari aku mohon dan munajat pada-Nya untuk hilangkan kekusutan yang aku alami. Hati aku cukup sempit untuk mencari jalan dan akhirnya dia adalah pengantara untukku.  Dan aku percaya padanya, kerana dia adalah yang menerima tarbiah.

Hatiku tersenyum. Sebagaimana awan tersenyum memayungi alam. Sebagaimanana burung berkicauan mengikut rentaknya.

"Ana lihat semuanya mempunyai masalah dengan hati. Tidak mengapa, inilah ranjau yang akan enti tempuhi. Dalam berdakwah tidak akan ada yang boleh terima semuanya. Contoh paling senang, perjuangan Baginda. Tidak semua yang terima dakwah Baginda. Sabar, mereka semua belum faham lagi. Jangan cepat melatah. Kita tak mampu nak ubah orang yang kita sayang melainkan Allah yang mampu. Hanya Allah."

"Enti cukup bagus kerana  mempunyai  satu rasa tanggungjawab. Bukan semua orang yang ada rasa tanggungjawab untuk yang satu ini. Kebanyakannya akan lari sebab tak nak. Dan untuk pikul tanggungjawab ini bukanlah satu perkara yang perlu dipandang enteng. Ana rasa enti perlu seseorang untuk guide enti untuk melalui proses tarbiah islamiah."

Aku menghantar pandangan lesu ke ombak yang menghempas daratan. Suasana redup memayungi kami seolah-olah mengerti perasaan aku. Satu tangan memaut bahuku. Hangat. Air mataku mula mengalir. Kali ini entah kali ke berapa airmata ini mentis. Terasa seolah-olah diberi sentuhan tarbiyah dengan penuh kasih dan sayang yang belum pernah aku miliki. Aku tidak faham kenapa aku perlu melalui proses Tarbiah Islamiah. Aku tidak pernah mengerti dengan kehidupan aku sendiri.

‘Argh, serabut!’ Getus hatiku sendirian tanpa menghiraukan lagi air mata yang jatuh seperti permata yang bertaburan.

"Ummu Sulaim boleh! Melalui proses Tarbiah Islamiah itu perlu, kerana melalui proses itu kita dapat menyerahkan sebulat hati kita terhadap Dia, Sang Pencipta. Kita dapat satu kekuatan dimana kita akan merasai seperti lautan dan daratan. Seperti matahari dan bumi. Yang saling melengkapi."  Dia seakan mengerti kenapa aku perlu kepada semua itu.

"Ya, ana boleh. Tapi ana tetap rasa terbeban. Ana belum tentu dapat melengkapi diri ana dengan yang lain. Ana belum tentu dapat menghadirkan hati ana dengan yang lain. Ana tak faham mereka. Ana tidak menjalinkan hubungan ana dengan mereka atas dasar keimanan. Ana abaikan mereka. Ana selalu meminta supaya diri ana difahami." Aku meluahkan tanpa rasa malu. Jiwa aku cukup terbeban. Aku mencari-cari apa yang aku perlukan.

"Jangan fikir begitu. Mereka yang ikhlas dalam mencari keredhaan Allah dan sanggup memperjuangkan agama Allah, Dia akan bantu untuk bagi ilham. Seni dalam berdakwah, Dia akan bagi secara langsung. Apa yang ada pada diri enti sekarang adalah pengalaman. Pengalaman yang Allah suruh enti kutip dan pelajari. Berkasih sayanglah dengan rasa keimanan. Enti akan dapat lalui semua ini dengan penuh rasa takjub. Percayalah!"

“Mereka ini perlu kita letakkan keterikatan hati dengan Allah. Baru mereka akan rasa kewajipan dalam sesuatu pekara yang di usahakan. Contohnya usrah. Apabila kita mengikat hati kita dengan Allah, kita akan rasa tak sedap untuk meninggalkan usrah, kita rasa dengan usrah inilah yang akan mengisi setiap kekosongan hati. Kadang-kadang kita cuba singkap kembali sirah Nabi Muhammad di dalam liqa’ dan kita persoalkan untuk mereka. Bukan untuk menguji tahap IQ mereka, tetapi dengan cara ini mereka akan kata pada diri sendiri bahawa ‘ aku ini teruk, kalaulah Rasulullah tahu bagaimana aku pasti Baginda sedih’. Ini adalah teknik refleksi diri sendiri dengan membiarkan mereka membuat kesimpulan sendiri, bukan enti.”

Dia tetap tenang. Aura itu amat dekat dihati aku yang gersang ini. Apakah ini kelapangan hati, ketenangan jiwa yang ada pada mereka yang melalui tarbiah?



********BERSAMBUNG******* 

Friday, July 22, 2011

Seni Dakwah part 1..



Allah bantulah hamba Mu ini


"Assalamualaikum, hari ini free tak? Ana nak jumpa, ada hal ana nak bincang. Kalau sibuk, tidak mengapa." Satu mesej dihantar dengan penuh debaran. Menanti satu jawapan yang tak kunjung tiba.


'Barangkali sibuk dengan mad'u.' Monolog aku sendirian. Memang aku mengharapkan pertemuan kali ini. Mungkin ini adalah jalan yang akan Allah tunjukkan bagi menghilangkan kekusutan hati dan fikiran yang melanda pada diri ini.


Buku Hero diambil dan diselak setiap helainnya. Belum pernah dibaca sejak hari pertama aku membelinya. Menghabiskan sirah Biografi Muhammad bin Abdullah lebih menarik perhatianku.


'Seronok juga cerita ini, tapi agak complicated nak faham. Tidak mengapa, itu bukan alasan untuk aku tidak memahami apa yang hendak disampaikan.' 


'Bismillahirrohmanirahim. Huh ayat! Kalau dah orang lelaki yang buat cerita pening kepala la aku nak faham istilah-istilah canggih ini. Bukan bermaksud aku tidak tahu, tapi..'


'Kringg..kringg..' Handphone ku berdering. Segera aku capai! Alhamdulillah, dia call aku!


"Emm, assalamualaikum ana Ummu Sulaim."


"Waalaikummusalam, ada apa sayang? Nak jumpa hari ini ke.?


"Ya, nak jumpa hari ini, tapi hanya kita berdua sahaja."


"Kita berdua? Nak jumpa dimana?"


Belum sempat aku memberi kata putus, dia pintas dulu.


"Okay, kita jumpa di masjid."


"Masjid? Okay, ana bersiap dulu. Nanti kita jumpa. Just two of us."


Baju muslimah orange dan seluar track aku sarungkan. Tudung labuh hitam aku gayakan. Simple pretty.


Lama aku duduk di masjid. Sekumpulan jemaah yang mendengar taklimat umrah menarik perhatian aku. Entah aku mampu atau tidak untuk menghantar kedua orang tuaku di kampung.?


"Salam, ana dah sampai masjid." Aku menghantar mesej pemberitahuan. Tapi tidak dibalas, barangkali menumpukan perhatian kepada memandu.


Kelibat 'pak guard' melintasi ruang pandanganku. Aku dengan gagah beraninya lagak seperti Umar Al-Khattab melaungkan pertanyaan kepada 'pak guard' tersebut selembut Abu Bakar As-Siddiq.


"Encik, bila nak buka pintu ini"?


"Kenapa pula, sekejap lagi kita buka. Masuk nak solat ke"?(Sebenarnya pak cik ni cakap loghat Terengganu. Oleh kerana saya tak reti, saya terjemahkan dalam bahasa baku.)


'Sebenarnya masuk nak tunggu dia, tapi takut 'pak guard' tak nak buka, cakap la ya.'


"Encik, saya tunggu!" Laungan jarak dekat ku dibalas dengan senyuman ikhlas yang  dilemparkan dari 'pak cik' yang setia menjaga masjid ini. Kaki aku melangkah masuk setelah beberapa minit menunggu pintu untuk di buka. Ditanggalkan stokin dan sarung tangan. Bercadang hendak memperbahurui wudhuk, tetapi..


'Kringg..kringg..' Sekali lagi handphone ku berdering. Tertera namanya di atas skrin. Lantas ku angkat.


"Assalamualaikum, enti di mana? Ana ada di depan pintu masjid muslimat."


"Waalaikummusalam, ana di dalam masjid. Sekejap, nanti ana keluar."


Huh, berdebar juga. Jarang berbual walau pernah bersua muka. Pintu kereta ku buka. Tangan dan salam ku hulurkan, tanda perkenalan.


"Ada apa sayang ana ni, tiba-tiba nak jumpa. Lama dah sampai"?


Aku hanya mengangguk. Kelu lidah hendak memulakan bicara. Tapi dia nampak seperti biasa. Melayanku seolah-olah sudah lama kenal. Tak kekok sangat.


"Maaf la lambat sikit tadi. Tadi ziarah rumah sahabat lama. Makan sedikit di rumahnya. Kita nak pergi pantai bukan"?


"Ha'ah, boleh juga. Lebih selesa." Aku mula bersuara tanpa rasa kekok.


"Ish, romantik pula rasa."


"Semestinya." Aku menghantar senyuman buatnya yang sanggup berkorban masa untukku.


Kami sampai di tempat yang dituju. Mencari port yang jauh dari hiruk pikuk jutaan manusia memang aku mahir. Mencari ketenangan dalam kekusutan, aku dan dia berada di situ, pantai.


Dengan lafaz 'Bismillah' dia memulakan bicara. Mata aku masih mengamati keindahan pantai. Yang sentiasa berzikir dengan alunan ombaknya. Tidak menghiraukan sesiapa yang berada di situ lagi. Burung berkicauan dengan rentaknya. Layang-layang terbang tinggi dengan momentumnya.


Jiwa dan hatiku turut tebang bersama mereka. Keasyikan ku diperhati olehnya tanpa aku sedari.


'Pertanyaannya membuatkan lamunanku terhenti sebentar.'


"Apa masalah enti sampai nak berjumpa?". Persoalan dengan nada guraunya mencuit hati.Kami duduk sangat rapat, seperti layang-layang yang tidak akan terputus dari talinya. Aku masih tunduk memandang pasir yang menghiasi pantai. Merenung dan berfikir  untuk memulakan ayat.




******BERSAMBUNG******




P/S: Cuba teka, siapa 'dia' dan tinggalkan komen yang dapat mentarbiyah diri ana.Syukran antum.
Moga Allah sayang kalian.

Wednesday, July 13, 2011

Banner bersih 5.0





1. Bersahabat dan bergaul dengan orang yang soleh.
2. Sentiasa membaca Al-Quran dengan tadabur, khusyuk dan menginsafi
3. Memelihara perut daripada makanan yang HARAM.
4. Melakukan solat malam (tahajud)
5. Selalu berzikir dan berdoa kepada ALLAH SWT.




Sumber : Langit Ilahi.com

Sunday, July 10, 2011

Sinar harapan tetap ada dihujungnya..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum,
Khas buat kalian yang tidak jemu-jemu mendokong penulisan di sesawang ini,
Alhamdulillah dengan nikmat kurnianya, kita masih diberi peluang untuk bernafas.


Salam kasih dan sayang buat junjugan Baginda s.a.w. Salam rindu buat keluarga baginda serta sahabat-sahabat Baginda yang sentiasa membantu dalam dakwah perjuangan hidup Baginda. Moga ini semua dapat menjadi saksi buat saya dan antum semua. Insya Allah.


Berbicara soal iman, bagaimana dengan iman kalian saat ini?
Masih teguh berdiri atau sudah digoyangkan dengan arus dunia?
Ya, begitulah kita yang digelar manusia. Hidup ibarat roda. Sebentar diatas, sebentar dibawah.
Manusia itu perlu kepada peringatan walau setinggi manapun ilmu yang bertapak didadanya hatta mereka yang tahu tentang agama.
Masih perlu kepada peringatan.


Suatu pagi.


"Ija, kalau dah bertudung itu, teruskanlah bertudung. Lebih sopan nampaknya. Apabila kita bertudung tingkah laku kita akan jadi terjaga secara semulajadi. Pucuk dicita ulam yang mendatang. Daripada perangai nak kata lelaki bukan lelaki, nak kata perempuan memang perempuan lama-lama akan berubah. Cuba la untuk bertudung ye" Kata-kata Puan Aisyah menjengah masuk di telinga aku.


Dipanggil lagi nama-nama mereka yang masih belum mengenakan tudung di kepala. Satu demi satu. Mereka tunduk membisu. Barangkali berfikir.


"Apa salahnya kalau awak semua berhijrah. Balik rumah pakai tudung. Bagi hadiah perubahan yang awak lakukan. Peduli apa orang nak kata, abaikan."


"Buang tabiat apa?!" kata salah seorang pelajar dengan nada bergurau.


"Buang tabiat? Eh, ini bukan buang tabiat, tapi ini adalah kenyataan. Awak semua dah setahun setengah di sini. Takkan tak ada satu perubahan yang awak nak buat dalam diri awak semua? Jadi saya harap tolong la bertudung, saya bercakap di sini selagi saya masih hidup. Selagi saya masih boleh berkata yang benar."


Tersentuh sebenarnya hati aku. Mereka semua ini kalau diubah, ada yang datang memimpin tangan mereka untuk bersama-sama mujahadah pasti lebih hebat dari yang biasa. Pasti seperti mutiara yang bersinar dengan kilaunnya yang tidak dapat digambarkan.


Seperti kisah Umar Al-Khattab r.a. Beliau memiliki perwatakan yang sangat digeruni ramai. Dia juga membunuh anak perempuanya sendiri hidup-hidup. Dia amat memusuhi Rasulullah s.a.w. Tapi suatu hari dia melalui dihadapan rumah adiknya dan terdengar beliau mengaji surah Taha. Lalu dia berasa amat marah dan hampir saja membunuhnya.
Umar meminta kertas yang dibaca oleh adiknya sebentar tadi lalu minta dibacakan. Umar terjelepuk jatuh dan air matanya jatuh berderaian. Terharu. Saat itu juga Allah telah mencampakkan iman dihatinya pada masa itu dan dia meminta orang yang mengajarkan adiknya mengaji untuk berjumpa dengan Baginda. Ucapan dua kalimah syahadah meluncur laju di bibir Umar. Baginda tersenyum riang.


Begitu juda dengan mereka yang ditegur ini. Meskipun ada yang tidak terkesan dengan kata-kata ini, masih ada yang sedikit diantara mereka tersentuh. Moga Allah mencampakkan iman di hati kami semua sebagaimana Allah mencampakkan iman di hati Umar. Moga Allah lembutkan hati kami semua sebagaimana Allah lembutkan hati Umar.


Dan saya percaya,
Sinar harapan tetap ada dihujungnya, semoga ia bersinar bercahaya sentiasa.
Kata-kata semangat dari Akhi Ali.


Moga Allah sayang antum.

Friday, July 8, 2011

Rindu Ramadhan..:-)

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum..

Rindu GAZA..



Moga sempat sampai

Monday, July 4, 2011

~ ILMU YANG BERMANFAAT ~

Assalamualaikum wbt....


Syukur ke hadrat ALLAH SWT masih diberi peluang untuk merasai nikmatnya di atas muka bumi ini, juga masih diberi peluang mencari bekalan untuk ke akhirat-NYA, juga dapatku merasai manisnya ukhwah ini atas dasar keimanan kepada-NYA....Alhamdulillah......
Setiap degup jantungku ini adalah untuk-NYA....
Ilmuku ini, adalah dari-NYA.....semoga bermanfaat buat semua....


Alhamdulillahi Rabbilalamin,


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Kami bersyukur ke hadrat Mu yang telah
mencipta diri kami dari segumpal darah. Engkau Tuhan
Yang Maha Pemurah, yang memiliki ilmu pengetahuan. Engkau
wahai Tuhan yang mengajar kami sesuatu yang tidak diketahui dengan
perantaraan membaca serta menulis. Sesungguhnya Engkau Tuhan
Yang Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.


Subhanallah!


Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang telah melanjutkan usia kami
menjadi remaja yang berilmu,  beriman dan berbakti.  Sesungguhnya
zaman remaja banyak pancaroba.  Apa lagi dalam menghadapi
kehidupan di zaman pembangunan dan kemajuan.  Kehidupan dunia
global menyebabkan banyak perubahan dan pergolakan yang hebat
dan mencabar.  Perubahan dan pergolakan yang mencabar itu hanya
dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan ilmu dan kemahiran yang
kita miliki.  Justeru itu ia menuntut supaya kami mengamalkan budaya
ilmu untuk menghadapi hari-hari seterusnya.  Kami masih ingat lagi


di waktu kecil dahulu,  ayah ibu serta guru sentiasa berpesan dan
menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi
orang yang pandai dan bijaksana.  Kami belajar di rumah daripada
ibu, ayah serta keluarga.  Manakala di sekolah,  kami belajar pelbagai
ilmu daripada guru.  Kami sentiasa menyayangi dan menghormati
mereka.


Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! 


Berikan pertunjuk dan hidayah Mu di hati kami.  Pancarilah nur ilmu
pengetahuan Mu dalam sanubari kami,  tanamkanlah kesedaran dan
keinsafan ke jiwa kami betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam
kehidupan ini.  Sesungguhnya tanpa anugerah ‘nur’ ilmu pengetahuan
dari Mu,  nescaya hiduplah kami dalam kegelapan.  Hidup kami
sentiasa  dalam  kejahilan dan kepapaan.  Kami tidak dapat
membezakan yang baik dengan yang buruk dan yang halal dengan
yang haram.  Alangkah zalimnya kami ketika itu.  Akibat kejahilan
dalam  agama, hidup  kami  bergelumang  dengan  dosa  dan
kemungkaran.  Bagaimanakah kami dapat menjadi insan yang baik
dan sentiasa mengharapkan keredaan Mu di samping merealisasikan
kemakmuran dan kesejahteraan di bumi Mu ya Allah!


Wahai Tuhan!


Kami sedar bahawa perjuangan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
Mu masih jauh lagi.  Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan,
namun kemampuan kami untuk memiliki ilmu pengetahuan Mu
sangat terbatas.  Untuk mencapai semuanya itu kami tidak boleh leka
dan lalai, kerana zaman persekolahan kami berlalu begitu pantas.
Kini kami mengetahui hanya ilmu sahaja yang dapat membimbing
kami ke jalan  yang benar dan selamat.  Tanpa mengira lelaki atau
wanita, tua atau muda,  Engkau telah mewajib kepada kami supaya
mempelajarinya selagi hayat di kandung badan.  Kami menyedari bahawa pengiktirafan dan jaminanMu di dalam al-Quran terhadap kedudukan yang tinggi keatas orang yang berilmu pengetahuan
adalah ternyata tepat dan benar.


 Dalam firman Mu Engkau menjelaskan bahawa Engkau akan
mengangkat darjat orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu
pengetahuan dengan beberapa kelebihan, sama ada semasa mereka
hidup di dunia dan di akhirat.  Ketika kami meneliti dalam suatu
firman Mu yang lain,  Engkau menjelaskan pula tentang perbandingan
orang  yang berilmu pengetahuan adalah berbeza dengan orang yang
tidak berilmu.  Buktinya  jelas ternyata  orang berilmu, kehidupannya
lebih baik daripada orang yang tidak berilmu.  Apa lagi dalam
menghadapi kehidupan di zaman yang penuh cabaran dan pergolakan Tanpa ilmu, nescaya kami akan tenggelam lemas dalam  gelora arus
lautan dan badai yang mengganas.


Wahai Tuhan!


Tambahkanlah ilmu pengetahuan Mu kepada kami supaya kami dapat
mengamal dan manfaatkannya dalam kehidupan ini.  Semoga
keberkatan ilmu pengetahuan yang Engkau anugerah itu dapat
memandu kami ke jalan yang benar,  di samping dapat kami mengajar,
mendidik dan membimbing anak-anak kami.  Sesungguhnya ilmu
pengetahuan itu adalah milik Mu.  Berbahagialah orang yang berjaya
memperolehi ilmu,  kerana ia dipilih oleh Mu untuk menerima
pertunjuk dan kurniaan dari Mu kepada sesiapa yang dikehendaki.
Hanya dengan ilmu sahaja kami dapat memartabatkan diri,  keluarga,
ummah dan negara.  Sungguh malang sekali kerana ada sesetengah
di  kalangan pelajar yang meremehkan ilmu dan tidak ada usaha untuk
mempelajari bagi meningkatkan ilmu,  sebaliknya mereka lebih
mementingkan kesenangan dan kemewahan.  Hidup mereka untuk
mengejar kebendaan.  Sikap dan gelagat sebilangan kecil pelajar dan
anak  muda  hari  ini  tidak  menyanjung  ilmuwan  amat
membimbangkan.  Bagi mereka yang bersikap demikian,  ilmu
merupakan ‘barang’ yang telah hilang daripada kehidupan mereka.


     Kalau begini sikap dan bentuknya para pelajar dan remaja,  tunggulah,
di suatu masa nanti umat Islam akan hilang kekuatan,  hilang
kemuliaan, menjadi hamba dan melarat di tanah air sendiri,  tenaga
mereka akan diperas,  kuasa mereka akan ditindas,  mereka hidup
dalam kehinaan dan kepapaan.  Semua ini kerana mereka jahil dalam
melaksanakan kewajipan diri mereka terhadap Islam.  Biarpun banyak
ilmu yang kami perolehi,  namun  keberkatannya tidak akan diperolehi
jika sekiranya kami tidak beramal dengannya.  Apa lagi jika kami
menyalahgunakan ilmu tersebut untuk menipu dan mengkhianati
orang lain.  Akhirnya ilmu tersebut akan menghilangkan diri dan
memudaratkan tuannya.






Maksud hadis :
" Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mendengarkan ilmu atau orang yang cintakan ilmu dan janganlah kamu menjadi orang yang ke-lima, maka golongan yang ke-lima ini akan binasa.."  ( HR Al-Baihaqi )






Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
“Siapa yang berkehendakkan dunia,  dia mestilah
mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan
akhirat,  dia hendaklah mempunyai ilmu;  siapa
yang berkehendakkan  kedua-duanya  maka
hendaklah ia mempunyai ilmu.”
( Riwayat Muslim )


Dalam kitab "Bidayatus Salikin", al-Imam Abdul Shomad al-Balibbani menerangkan :


Tujuh ciri-ciri ilmu yang bermanfaat adalah, apabila ilmu itu dipelajari maka, :


1- Semakin membuatkan kita takut kepada ALLAH SWT
2- Membuat kita semakin mampu melihat kesalahan dalam diri sendiri
3- Menyebabkan kita lebih gemar dan bersemangat dalam beribadah kepada ALLAH SWT
4- Membuat kegemaran kita kepada dunia semakin berkurangan
5- Membuat kita lebih gemar dan obses kepada kehidupan kehidupan akhirat
6- Ilmu tersebut membuka mata hati kita
7- Membuatkan kita dapat memahami berbagai macam tipu daya syaitan...




Mafhum firman Allah s.w.t. :
“Kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untuk
menuliskan kalimah-kalimah Allah,  nescaya akan
kering seluruh lautan sebelum habis kalimah-kalimah Allah itu dituliskan sekalipun di tambah lagi
tinta sebagai air seluruh lautan itu pula.”
( Surah al-Kahfi : ayat 109 )






Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila seorang anak Adam telah mati, maka
terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara
yang dapat menghubungkan pahalanya, iaitu anak
yang soleh, sedekah  jariah  dan  ilmu  yang dimanfaatkan.”
( Riwayat Muslim )




Mafhum hadis Rasulullah s.a.w :
“Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiam diri
atas kebodohannya dan tidak wajar orang yang
berilmu berdiam diri dengan ilmunya.”
( Riwayat at-Tabrani )




Hadis Rasulullah s.a.w :
“Bacalah al-Quran,  kerana dia akan datang pada
hari kiamat sebagai pembela kepada orang yang
mempelajari dan mentaatinya.”
( Riwayat Muslim )


"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.."
( HR Bukhari )


Dalam hadis yang lain lagi  Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,  kamu
tidak akan sesat jika kamu berpegang dengan keduaduanya iaitu al-Quran dan sunahku.”
( Riwayat Ibnu Majah )










Bilakah masa anda berfikir? Mengapa mesti berfikir?
Berfikir secara rasional sangat dituntut dalam Islam.  Banyak ayat
al-Quran yang menggesa manusia supaya berfikir.  Apabila berfikir,
kita mestilah mempunyai matlamat semata-mata untuk mencapai
kebenaran serta mendapat keredaan Allah  s.w.t.  Oleh itu semasa
anda berfikir,  rancanglah ia dengan rapi.  Contohnya,  dengan
memerhati beberapa fenomena yang berlaku di persekitaran untuk
diambil iktibar dan pengajaran sebaik mungkin.  Sebaik-baiknya
berfikirlah sepanjang masa,  apabila melihat,  mendengar dan
mengambil keputusan atau tindakan terhadap sesuatu perkara.  Apa
lagi semasa kita sedang belajar.  Pelbagai masalah,  ujian,  dugaan
dan cabaran yang mesti ditempohi dan dialami.  Setiap tindak tanduk
yang kita lakukan  mestilah difikir terlebih dahulu supaya tidak timbul
keresahan dan penyesalan.




Mafhum firman Allah s.w.t :
“ … Katakanlah:  Adakah  sama orang yang berilmu
pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu
penge tahuan?   Hanya orang  yang mene r ima
peringatan ialah orang yang berakal.”
( Surah az-Zumar : ayat 9 )




Rasulullah s.a.w. telah mengajar umatnya supaya
sentiasa berdoa untuk menetapkan hati dan pegangan terhadap agama
Islam dan menjauhi diri dari kesesatan :


“Wahai Tuhan, tetapkanlah hati kami di atas agama
Mu dan ketaatan kepada Mu, tunjukkanlah kami
tentang kebenaran dan berilah kami habuan untuk
mengikutinya.  Tu njukkanlah  kami  tentang
kebatilan dan  berilah  kami  habuan  untuk
menjauhinya.”




Dalam membicarakan kelebihan-kelebihan bidang ilmu pengetahuan
Imam asy-Syafie r.a. telah berkata :


“Siapa mempelajari al-Quran ilmunya menjadi
tinggi. Siapa mempelajari hadis, alasan pendapatnya
kuat.  Siapa yang membicarakan ilmu Fiqh,  ia akan
menjadi  orang  yang  pintar.  Siapa  yang
memperhatikan budi pekertinya ia akan menjadi
orang yang baik dan jujur. Siapa yang banyak
berhitung  dan  mempelajari  ilmu  Hisab,
pemikirannya akan berkembang.  Manakala siapa
yang tidak memelihara kehormatan dirinya,  maka
ilmunya tidak akan berguna sama sekali.”


Saidina Ali k.w. telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya
mengenai ilmu :


“Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah
warisan para nabi, manakala harta  pula warisan
Qarun dan Fir’aun.  Ilmu boleh menjaga diri kamu,
sedangkan harta,  kamu yang menjaganya.  Orang
yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman,
sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
I l m u   p e n g e t a h u a n   i t u   a k a n   b e r t a m b a h   j i k a
diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika
dibelanjakan.  Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa
dihormati,  sedangkan pemilik harta akan dikenali
sebagai si kedekut.  Pemilik ilmu akan memberi
syafaat, pemilik harta akan dihisab.  Biarpun masa
berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman,
tetapi harta itu semakin lama semakin usang, ilmu
pengetahuan dapat menyinari hati,  tetapi harta mengeraskan hati. 
 Orang berilmu mengakui dirinya
sebagai hamba Allah,  sedangkan orang berharta
mengakui  dirinya pemilik.”


Dalam memperkatakan tentang kelebihan orang yang menuntut ilmu,
Muaz bin Jabal r.a. telah berkata :


“Pelajarilah ilmu,  kerana mempelajarinya kerana
A l l a h   s . w. t .   a d a l a h     t a n d a   t a k u t   ke  p a d aNy a .
Menuntut ilmu adalah ibadat,  mengingatinya
a d a l a h   t a s b i h ,  me n y e l i d i k i n y a   a d a l a h   j i h a d ,
m e n g a j a r k a n n y a   k e p a d a   o r a n g   y a n g   b e l u m
mengetahui adalah sedekah,  memberikan kepada
ahlinya adalah kebaktian sebab ilmu itu jalan untuk
ke syurga.  Dialah teman ketika keseorangan dan
penghibur hati ketika kesepian. Dialah penunjuk
jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada
masa kesusahan.  Dia menjadi senjata ketika
menghadapi musuh.  Allah mengangkat martabat
kaum-kaum yang berilmu pengetahuan,  sehingga
dijadikan pemimpin yang dapat diikuti oleh orang
ramai.  Orang yang berilmu pengetahuan menjadi
model utama dalam melakukan amalan kebajikan.
Para malaikat serta makhluk di darat dan di air
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Ilmu
dapat menghidupkan hati dari kebodohan,  menjadi
pelita ketika dalam kegelapan, dapat mengenal yang
halal dan yang haram.  Ilmu sebagai penunjuk amal,
s e d a n g   a m a l   t e t a p   m e n j a d i   p e n g i k u t n y a .
Berbahagialah orang yang menerima ilham dari
ilmu dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu
pengetahuan.”




Mafhum firman Allah s.w.t. :
“ . . .   M a k a   b e r t a n y a k a n l a h   p a r a   a h l i   i l m u
pengetahuan sekiranya kamu tidak mengerti.”
Surah an-Nahl : ayat 43


Maksud pepatah Melayu :


"Malu bertanya sesat jalan..."


Setelah nyawa terpisah dari badan dan meninggalkan dunia ini, setiap dari kita akan diminta mempertanggungjawabkan atas perkara itu.. BERSEDIAKAH UNTUK MENJAWABNYA????!


1- USIANYA, dimana dihabiskan?
2- MASA MUDANYA,  digunakan untuk apa?
3- HARTANYA, dari mana ia diperolehi, apakah haram @ halal?
4- Juga dimana HARTANYA diperuntukkan?
5- ILMUNYA, apakah dipraktikkan dan diamalkan dari ilmunya itu?
( HR Tirmidzi )


Jadi, marilah sama2 kita mencari ilmu, pelajarinya, amalkannya dan sebarkannya untuk kepentingan UMMAH....wallahualam..wasalam...