Allah bantulah hamba Mu ini |
"Assalamualaikum, hari ini free tak? Ana nak jumpa, ada hal ana nak bincang. Kalau sibuk, tidak mengapa." Satu mesej dihantar dengan penuh debaran. Menanti satu jawapan yang tak kunjung tiba.
'Barangkali sibuk dengan mad'u.' Monolog aku sendirian. Memang aku mengharapkan pertemuan kali ini. Mungkin ini adalah jalan yang akan Allah tunjukkan bagi menghilangkan kekusutan hati dan fikiran yang melanda pada diri ini.
Buku Hero diambil dan diselak setiap helainnya. Belum pernah dibaca sejak hari pertama aku membelinya. Menghabiskan sirah Biografi Muhammad bin Abdullah lebih menarik perhatianku.
'Seronok juga cerita ini, tapi agak complicated nak faham. Tidak mengapa, itu bukan alasan untuk aku tidak memahami apa yang hendak disampaikan.'
'Bismillahirrohmanirahim. Huh ayat! Kalau dah orang lelaki yang buat cerita pening kepala la aku nak faham istilah-istilah canggih ini. Bukan bermaksud aku tidak tahu, tapi..'
'Kringg..kringg..' Handphone ku berdering. Segera aku capai! Alhamdulillah, dia call aku!
"Emm, assalamualaikum ana Ummu Sulaim."
"Waalaikummusalam, ada apa sayang? Nak jumpa hari ini ke.?
"Ya, nak jumpa hari ini, tapi hanya kita berdua sahaja."
"Kita berdua? Nak jumpa dimana?"
Belum sempat aku memberi kata putus, dia pintas dulu.
"Okay, kita jumpa di masjid."
"Masjid? Okay, ana bersiap dulu. Nanti kita jumpa. Just two of us."
Baju muslimah orange dan seluar track aku sarungkan. Tudung labuh hitam aku gayakan. Simple pretty.
Lama aku duduk di masjid. Sekumpulan jemaah yang mendengar taklimat umrah menarik perhatian aku. Entah aku mampu atau tidak untuk menghantar kedua orang tuaku di kampung.?
"Salam, ana dah sampai masjid." Aku menghantar mesej pemberitahuan. Tapi tidak dibalas, barangkali menumpukan perhatian kepada memandu.
Kelibat 'pak guard' melintasi ruang pandanganku. Aku dengan gagah beraninya lagak seperti Umar Al-Khattab melaungkan pertanyaan kepada 'pak guard' tersebut selembut Abu Bakar As-Siddiq.
"Encik, bila nak buka pintu ini"?
"Kenapa pula, sekejap lagi kita buka. Masuk nak solat ke"?(Sebenarnya pak cik ni cakap loghat Terengganu. Oleh kerana saya tak reti, saya terjemahkan dalam bahasa baku.)
'Sebenarnya masuk nak tunggu dia, tapi takut 'pak guard' tak nak buka, cakap la ya.'
"Encik, saya tunggu!" Laungan jarak dekat ku dibalas dengan senyuman ikhlas yang dilemparkan dari 'pak cik' yang setia menjaga masjid ini. Kaki aku melangkah masuk setelah beberapa minit menunggu pintu untuk di buka. Ditanggalkan stokin dan sarung tangan. Bercadang hendak memperbahurui wudhuk, tetapi..
'Kringg..kringg..' Sekali lagi handphone ku berdering. Tertera namanya di atas skrin. Lantas ku angkat.
"Assalamualaikum, enti di mana? Ana ada di depan pintu masjid muslimat."
"Waalaikummusalam, ana di dalam masjid. Sekejap, nanti ana keluar."
Huh, berdebar juga. Jarang berbual walau pernah bersua muka. Pintu kereta ku buka. Tangan dan salam ku hulurkan, tanda perkenalan.
"Ada apa sayang ana ni, tiba-tiba nak jumpa. Lama dah sampai"?
Aku hanya mengangguk. Kelu lidah hendak memulakan bicara. Tapi dia nampak seperti biasa. Melayanku seolah-olah sudah lama kenal. Tak kekok sangat.
"Maaf la lambat sikit tadi. Tadi ziarah rumah sahabat lama. Makan sedikit di rumahnya. Kita nak pergi pantai bukan"?
"Ha'ah, boleh juga. Lebih selesa." Aku mula bersuara tanpa rasa kekok.
"Ish, romantik pula rasa."
"Semestinya." Aku menghantar senyuman buatnya yang sanggup berkorban masa untukku.
Kami sampai di tempat yang dituju. Mencari port yang jauh dari hiruk pikuk jutaan manusia memang aku mahir. Mencari ketenangan dalam kekusutan, aku dan dia berada di situ, pantai.
Dengan lafaz 'Bismillah' dia memulakan bicara. Mata aku masih mengamati keindahan pantai. Yang sentiasa berzikir dengan alunan ombaknya. Tidak menghiraukan sesiapa yang berada di situ lagi. Burung berkicauan dengan rentaknya. Layang-layang terbang tinggi dengan momentumnya.
Jiwa dan hatiku turut tebang bersama mereka. Keasyikan ku diperhati olehnya tanpa aku sedari.
'Pertanyaannya membuatkan lamunanku terhenti sebentar.'
"Apa masalah enti sampai nak berjumpa?". Persoalan dengan nada guraunya mencuit hati.Kami duduk sangat rapat, seperti layang-layang yang tidak akan terputus dari talinya. Aku masih tunduk memandang pasir yang menghiasi pantai. Merenung dan berfikir untuk memulakan ayat.
******BERSAMBUNG******
P/S: Cuba teka, siapa 'dia' dan tinggalkan komen yang dapat mentarbiyah diri ana.Syukran antum.
Moga Allah sayang kalian.
No comments:
Post a Comment