Assalamualaikum.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maaf kerana sudah lama tidak beraksi. Kekangan masa membuatkan ana belum sempat untuk post hasil yang terbaru disamping memperbaiki tulisan karya. Tambahan, ana tidak mempunyai lappy,(^_^).
Terimalah dari ana buat tatapan kalian. Moga Allah redha.
sabar.. |
"Ana ada masalah besar yang ana tak dapat nak selesaikan sendiri. Ana rasa ana cukup terbeban dengan masalah ini. Ana bukanlah sempurna, dan ana tak pandai. Tapi ana tak tahu hendak mulakan dari sudut yang mana.”
Akal ku ligat mencari ayat yang sesuai. Kelu lidah untuk meneruskan ayat. Aku tak pasti apakah ada pengakhirnya. Keluhan di hujung ayat memikirkan.
“Sebenarnya, ana merupakan seorang ketua dalam satu organisasi. Ana rasa ana tak mampu nak jalankan tanggungjawab ana. Ana rasa ana tak layak. Bukan semua orang boleh terima perlantikan kita yang sedia ada. Ana tak mampu nak tunjukkan qudwah hasanah.” Tanpa aku sedari air mata mula berkolam, tapi ditahan. Hanya menanggung sebak di dada. Aku mesti kuat.
‘Tapi aku nak tinggalkan sesuatu yang akan menjadi qudwah bagi yang lain. Ini adalah harapan aku yang terakhir sebelum kaki aku melangkah pergi dari institusi ini. Aku rasa tempat ini perlu kepada perubahan. Itu yang aku rasakan sepanjang perjalanan kehidupan aku di institusi ini.’
"Boleh bagi ana tahu yang selanjuntnya"? Suaranya memecahkan hening. Derauan ombak menyapa lembut selembut hati aku yang sedang sayu.
Aku melihat satu persatu dia meneliti apa yang aku perkatakan. Aku juga menyusun ayat sehabis baik takut ada yang tertinggal. Berhari-hari aku mohon dan munajat pada-Nya untuk hilangkan kekusutan yang aku alami. Hati aku cukup sempit untuk mencari jalan dan akhirnya dia adalah pengantara untukku. Dan aku percaya padanya, kerana dia adalah yang menerima tarbiah.
Hatiku tersenyum. Sebagaimana awan tersenyum memayungi alam. Sebagaimanana burung berkicauan mengikut rentaknya.
"Ana lihat semuanya mempunyai masalah dengan hati. Tidak mengapa, inilah ranjau yang akan enti tempuhi. Dalam berdakwah tidak akan ada yang boleh terima semuanya. Contoh paling senang, perjuangan Baginda. Tidak semua yang terima dakwah Baginda. Sabar, mereka semua belum faham lagi. Jangan cepat melatah. Kita tak mampu nak ubah orang yang kita sayang melainkan Allah yang mampu. Hanya Allah."
"Enti cukup bagus kerana mempunyai satu rasa tanggungjawab. Bukan semua orang yang ada rasa tanggungjawab untuk yang satu ini. Kebanyakannya akan lari sebab tak nak. Dan untuk pikul tanggungjawab ini bukanlah satu perkara yang perlu dipandang enteng. Ana rasa enti perlu seseorang untuk guide enti untuk melalui proses tarbiah islamiah."
Aku menghantar pandangan lesu ke ombak yang menghempas daratan. Suasana redup memayungi kami seolah-olah mengerti perasaan aku. Satu tangan memaut bahuku. Hangat. Air mataku mula mengalir. Kali ini entah kali ke berapa airmata ini mentis. Terasa seolah-olah diberi sentuhan tarbiyah dengan penuh kasih dan sayang yang belum pernah aku miliki. Aku tidak faham kenapa aku perlu melalui proses Tarbiah Islamiah. Aku tidak pernah mengerti dengan kehidupan aku sendiri.
‘Argh, serabut!’ Getus hatiku sendirian tanpa menghiraukan lagi air mata yang jatuh seperti permata yang bertaburan.
"Ummu Sulaim boleh! Melalui proses Tarbiah Islamiah itu perlu, kerana melalui proses itu kita dapat menyerahkan sebulat hati kita terhadap Dia, Sang Pencipta. Kita dapat satu kekuatan dimana kita akan merasai seperti lautan dan daratan. Seperti matahari dan bumi. Yang saling melengkapi." Dia seakan mengerti kenapa aku perlu kepada semua itu.
"Ya, ana boleh. Tapi ana tetap rasa terbeban. Ana belum tentu dapat melengkapi diri ana dengan yang lain. Ana belum tentu dapat menghadirkan hati ana dengan yang lain. Ana tak faham mereka. Ana tidak menjalinkan hubungan ana dengan mereka atas dasar keimanan. Ana abaikan mereka. Ana selalu meminta supaya diri ana difahami." Aku meluahkan tanpa rasa malu. Jiwa aku cukup terbeban. Aku mencari-cari apa yang aku perlukan.
"Jangan fikir begitu. Mereka yang ikhlas dalam mencari keredhaan Allah dan sanggup memperjuangkan agama Allah, Dia akan bantu untuk bagi ilham. Seni dalam berdakwah, Dia akan bagi secara langsung. Apa yang ada pada diri enti sekarang adalah pengalaman. Pengalaman yang Allah suruh enti kutip dan pelajari. Berkasih sayanglah dengan rasa keimanan. Enti akan dapat lalui semua ini dengan penuh rasa takjub. Percayalah!"
“Mereka ini perlu kita letakkan keterikatan hati dengan Allah. Baru mereka akan rasa kewajipan dalam sesuatu pekara yang di usahakan. Contohnya usrah. Apabila kita mengikat hati kita dengan Allah, kita akan rasa tak sedap untuk meninggalkan usrah, kita rasa dengan usrah inilah yang akan mengisi setiap kekosongan hati. Kadang-kadang kita cuba singkap kembali sirah Nabi Muhammad di dalam liqa’ dan kita persoalkan untuk mereka. Bukan untuk menguji tahap IQ mereka, tetapi dengan cara ini mereka akan kata pada diri sendiri bahawa ‘ aku ini teruk, kalaulah Rasulullah tahu bagaimana aku pasti Baginda sedih’. Ini adalah teknik refleksi diri sendiri dengan membiarkan mereka membuat kesimpulan sendiri, bukan enti.”
Dia tetap tenang. Aura itu amat dekat dihati aku yang gersang ini. Apakah ini kelapangan hati, ketenangan jiwa yang ada pada mereka yang melalui tarbiah?
********BERSAMBUNG*******
No comments:
Post a Comment