Saturday, July 2, 2011

GaDiss UngGul yAnG Sol3h4h

Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatu..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasihani

Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada Allah yang memiliki Arsy Yang Agung kerana memberi kesempatan buat diri ini untuk memanjatkan kesyukuran PadaNya, 
Alhamdulillah Ya Rabb.

Setelah hati ini bermuhasabah dalam mengenal apakah erti diri ini dijadikan, untuk siapa aku diciptakan dan siapa  Pencipta yang terlalu indah itu. Ku mengenal diri didalam  kekusutan dihiruk pikuk  ujian hidup yang tersurat pada takdir.
Menangis bukan penyelesaian mujarab malah kebinasaan.

Alhamdulillah..

Siapakah yang tidak ingin menjadi gadis dan wanita unggul? bersama Sarah, isteri Nabi ibrahim,Fatimah binti Muhammad  pemimpin wanita penghuni syurga, Nusaibah binti kaab al-anshariah, yang dijamin menjadi pendamping Nabi Muhammad disyurga?

Walaupun akhlak ini masih belum mampu sebarisan mereka wanita syumul namun aku masih ada waktu untuk melakukan sesuatu untuk menuruti mereka disyurga. Inilah usaha diri ini dan kamu semua iaitu MEMPERBETULKAN KETERAMPILAN YANG SOLEHAH yang mengimami firman Allah swt.  Kita sudah mula berpegang pada tali Allah.



Namun, setibanya di majlis yang meriah dan gilang gemilang, kehadiran diri ini agak berlainan sambutannya. Pelbagai reaksi mengamit sekeliling. Seorang sahabat yang jua berbusana muslimah mendakap diri ini penuh erat sambil bebisik." Alhamdulillah, kamu bagaikan bidadari yang datang dari syurga. "
Seorang teman yang taasub dengan pakaian melayu ala-fesyen barat berjabat tangan dengan kerutan dahi beserta pandangan pejam celik, bertanya dengan suara himarnya,
" Aik, bertudung labuh ? Apahal ni? Buang tabiat ke hapa?"

Oh, dunia! Hati ini terusik bagai disiat duri-duri, tanganku sejuk mengeletar dan nafas pun semakin tidak tentu ritmanya. Apatah lagi telinga ini menangkap suaranya mengekek ketawa mengilai ditengah-tengah jemaah kelompok sejenisnya.

Hal ini sudah ku jangka pasti berlaku, kusabarkan hati ini demi sebaris denganmu wahai wanita syumul.
Aku sudah memilih untuk menjunjung akhirat.  Aku sudah jelas azab yang ku akan terima andai aku ingkar kalimah Allah. Aku sedar ketika ini aku di uji. Yang mengejek dan bersuara himar tadi adalah hasutan iblis yang berusaha mengoncangkan iman aku. Aku tidak akan membiarkan hasutan dan suara himar ini merosakkan keimanan ku kerana ku percaya gadis mahupun wanita unggul yang solehah itu tetap berketerampilan  yang menjunjung kalimah Allah sepenuh hatinya tanpa palitan rasa penyesalan hatta sebesar zarah pun.


 Redhailah aku Ya Rabb dalam mencari keredhaanMu.



Katakanlah, "Sesungguhnya aku takut kepada azab hari yang besar jika aku derhaka kepada Tuhanku." 
(surah Al-An'am:15)

No comments:

Post a Comment