Friday, July 29, 2011

Seni Dakwah part akhir

Assalamualaikum..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Hanya ini yang mampu ana persembahkan buat kalian, diharap kalian beroleh manfaat darinya. Kadang-kadang kita rasa kita selalu di jalan yang betul, tapi sebenarnya kita silap. Dan disebabkan kesilapan itu ia telah mengajar kita dengan sesuatu yang baru. Ya, berlapang dada adalah salah satunya, tapi tak semua yang mampu untuk melakukannya. Ana mengharapkan tembakan doa dari kalian buat ana. Jika ana adalah batangnya maka hulurkan hati dan tangan kalian untuk menjadi akar buat ana..Jika kalian daunnya izinkan ana menjadi buahnya..Ameen
Moga Allah Redha..


ketabahan itu...

Aku nampak seni dan teknik dalam berdakwah. Mindaku mula bercabang membuahkan idea. Hatiku mula berputik riang. Jalan-jalanku mula terbuka. Ombak yang menghempas lautan seakan-akan melonjak keriangan. Bibir mula menguntum senyuman. Airmata ku kesat.

Terimalah dugaan dengan sabar kerana ia datang untuk menguji keteguhan & kekuatan iman kita. Setiap dugaan ada hikmahnya dan ia tidak akan melampaui batas kemampuan kita untuk menangani nya. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hambanya & Dia tidak akan sesekali menyusahkan kita. Apabila ditimpa bencana, hendaklah kita bersabar & redha. Dekatkan diri pada Nya dan Insyaallah, hati akan berasa lebih tenang.

“Pernah dengar cerita tentang Ustaz Dahlan?”


“Pernah, tapi ana tak pernah kenal dia.”


“Ustaz seorang yang sangat terasa bila menyebarkan qudwah. Berasa disisi dia cukup tenang hati ini. Cukup selamat. Lembut bicaranya, akhlaknya lagaknya seperti Abu Bakar As-Siddiq. Ustaz seorang yang sangat memberati sunnah. Apabila dalam penyampainnya yang mana dirasakan penting akan di ulang sebanyak tiga kali. Maaf sentiasa bermain di bibir. Sangat memuliakan tetamu.  Menghormati sesiapa sahaj yang ada di sekelilingnya. Baik yang muda mahupun tua. Kehilangan Ustaz amat terasa. Seolah-olah hilang satu permata. Simbahan qudwah yang di pamerkan amat melekat di hati mereka yang mendapat tarbiah darinya. Terasa baru berjumpa dengan Ustaz baru semalam. Ustaz mempamerkan nilai-nilai murni yang amat disegani. Itulah ustaz Dahlan.”


Mendengar tentangnya sahaja seolah-olah dia berada dekat dihati aku. Simbahan qudwahnya sedikit sebanyak terkesan di hati aku walaupun aku tidak pernah mengenalinya. Hanya melalui cerita daripada sahabat-sahabat. Aku belum pasti adakah aku dapat menyebarkan qudwah sebagaimana arwah. Seni Ustaz dalam berdakwah cukup meninggalkan jejak dihati.


“Jadi bagaimana sekarang, enti dah nampak bagaimana caranya? Kita kena menghadirkan hati kita bersama mereka. Tak perlu untuk mengarah apa yang patut dibuat atau tidak. Mereka akan rasa terkongkong. Biarkan mereka dengan cara mereka. Tarik tapak hati mereka untuk mengikat janji setia dengan Allah. Baru kita akan nampak jambatan hati antara satu sama lain.”


Aku mula nampak setapak demi setapak. Mulut aku terkunci rapat. Otak ku berputar ligat. Berbagai contoh seni dalam berdakwah dihadiahkan buatku yang masih baru. Aku belum pernah terkena sentuhan tarbiyah dan inilah kali pertama. Face to face, from heart to heart.


“Dulu masa ana nak mulakan liqa’ beginilah keadaan ana. Ana tak tahu bagaimana caranya. Akhirnya, ana catch up siapa yang selalu hadir ke masjid. Buat permulaan, ana mengajak dia mengaji bersama ana dan ana membaca tafsir dan begitulah hari-hari seterusnya. Hinggalah ahli liqa’ ana bertambah. Suatu hari ana dapat tahu ada seorang mahasiswi melakukan zina. Pada awalnya ana agak terkejut, tapi ana cuba untuk tenangkan diri untuk tidak marah supaya syaitan tidak menguasai diri ana.”


“Akak, akak tak marah ke? Saya dah buat kesalahan yang cukup besar.”


“Nak marah kenapa. Kesalahan apa yang awak dah buat.”?


“Ala, takkan akak tak tahu. Semua orang dah tahu.”?
Aku hanya menjungkitkan bahu tanda memang aku tidak tahu walaupun aku tahu perkara sebenarnya. Hati segera beristighfar laju. Mudah-mudahan aku tidak marah.


“Akak, saya dah melakukan zina. Saya dah melakukan dosa besar. Saya tak tahu Allah akan ampunkan saya atau tidak. Saya tak nak buat, tapi pada waktu itu nafsu terlalu menguasai diri saya.” Airmataku jatuh berderaian. Aku malu dengan sikapku. Pelajar IPT melakukan perkara yang dilarang dan diharamkan!


Tangan sejuk akak senoir memaut bahuku. Bagaikan terkena satu renjatan yang menggoncangkan hati sesiapa sahaja yang mendapat sentuhan ini. Satu suara perlahan dengan penuh kasih dan sayang membisik di telingaku hampir memecahkan hatiku yang kosong. Jiwa yang gersang. Yang mencari erti bertuhan.


“Dengar ini, tidak ada satu pun manusia yang akan terlepas dari melakukan kesilapan. Dan Allah itu Maha Penerima Taubat. Kembalilah kepada Allah. Jalannya indah dan tersusun rapi. Tidak ada lekuk yang juram.”


Mendengar itu sahaja sudah cukup menembusi hati aku. Airmataku terus menitis diatas tikar sejadah menngenangkan perbuatanku.


“Jadi begitulah kisah sahabat ana dulu. Berdakwah ini ada seninya. Dan kunci utama seni dakwah adalah sabar. Kadang-kadang kita lupa untuk berdoa kepada orang yang kita ajak untuk mengenal Allah. Jangan lupa doakan mereka. Moga hati mereka teguh dengan jalan yang mereka pilih.”


“Enti ada buku apa untuk rujukan?”


“Ana banyak buku hasil karya Hilal Asyraf.” Aku malu sebenarnya. Sahabat aku ada buku sirah tapi aku belum mempunyai lagi.


“Oh, karya Hilal. Lebih kepada HATI. Nanti ana kenalkan enti dengan anak ana yang belajar di Jordan, perempuan. Tidur rumah ana la nanti kalau ada kelapangan.”


“Insya-Allah.” Hati terasa sangat lapang, tenang.


“Ummu Sulaim boleh buat! Enti dah makan?”  Akak cuba mengubah topik untuk mengalih tumpuanku.


“Belum, suruh akak bilik tapaukan je.”


“Jom, gerak. Jangan risau dah, nanti ana tolong fikirkan jalan untuk enti.”


Aku tunduk setuju. Kereta mula bergerak tenang. Dan aku menghantar pandangan terakhir di pantai ini. Inilah yang akan menjadi saksi ku.
Masalah aku selesai akhirnya. Jalan yang aku pilih penuh dengan duri. Menghapuskan jahiliah adalah tugasku. Bukan menunggu jahiliah datang baru aku furu’ kan ia.


Dan inilah jalan yang aku pilih. Mencari redha Allah dalam erti kata yang sebenar. Berani aku kerana cinta dan kasihku terhadap Rasulullah s.a.w. Kerana aku tidak dijadikan dengan sia-sia. Penuh dengan makna yang aku perlu tuntut.


Terima kasih akak. Ana uhibbuki enti fillah. Moga kita dapat berkumpul bersama orang yang saling cinta-mencintai di jannah kelak. Doakan kejayaan ana.



  

Seorang Hamba,
Srikandi Umar..

No comments:

Post a Comment