Monday, July 4, 2011

~ ILMU YANG BERMANFAAT ~

Assalamualaikum wbt....


Syukur ke hadrat ALLAH SWT masih diberi peluang untuk merasai nikmatnya di atas muka bumi ini, juga masih diberi peluang mencari bekalan untuk ke akhirat-NYA, juga dapatku merasai manisnya ukhwah ini atas dasar keimanan kepada-NYA....Alhamdulillah......
Setiap degup jantungku ini adalah untuk-NYA....
Ilmuku ini, adalah dari-NYA.....semoga bermanfaat buat semua....


Alhamdulillahi Rabbilalamin,


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang. Kami bersyukur ke hadrat Mu yang telah
mencipta diri kami dari segumpal darah. Engkau Tuhan
Yang Maha Pemurah, yang memiliki ilmu pengetahuan. Engkau
wahai Tuhan yang mengajar kami sesuatu yang tidak diketahui dengan
perantaraan membaca serta menulis. Sesungguhnya Engkau Tuhan
Yang Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.


Subhanallah!


Maha Suci Engkau wahai Tuhan yang telah melanjutkan usia kami
menjadi remaja yang berilmu,  beriman dan berbakti.  Sesungguhnya
zaman remaja banyak pancaroba.  Apa lagi dalam menghadapi
kehidupan di zaman pembangunan dan kemajuan.  Kehidupan dunia
global menyebabkan banyak perubahan dan pergolakan yang hebat
dan mencabar.  Perubahan dan pergolakan yang mencabar itu hanya
dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan ilmu dan kemahiran yang
kita miliki.  Justeru itu ia menuntut supaya kami mengamalkan budaya
ilmu untuk menghadapi hari-hari seterusnya.  Kami masih ingat lagi


di waktu kecil dahulu,  ayah ibu serta guru sentiasa berpesan dan
menasihati kami agar belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi
orang yang pandai dan bijaksana.  Kami belajar di rumah daripada
ibu, ayah serta keluarga.  Manakala di sekolah,  kami belajar pelbagai
ilmu daripada guru.  Kami sentiasa menyayangi dan menghormati
mereka.


Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! 


Berikan pertunjuk dan hidayah Mu di hati kami.  Pancarilah nur ilmu
pengetahuan Mu dalam sanubari kami,  tanamkanlah kesedaran dan
keinsafan ke jiwa kami betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam
kehidupan ini.  Sesungguhnya tanpa anugerah ‘nur’ ilmu pengetahuan
dari Mu,  nescaya hiduplah kami dalam kegelapan.  Hidup kami
sentiasa  dalam  kejahilan dan kepapaan.  Kami tidak dapat
membezakan yang baik dengan yang buruk dan yang halal dengan
yang haram.  Alangkah zalimnya kami ketika itu.  Akibat kejahilan
dalam  agama, hidup  kami  bergelumang  dengan  dosa  dan
kemungkaran.  Bagaimanakah kami dapat menjadi insan yang baik
dan sentiasa mengharapkan keredaan Mu di samping merealisasikan
kemakmuran dan kesejahteraan di bumi Mu ya Allah!


Wahai Tuhan!


Kami sedar bahawa perjuangan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan
Mu masih jauh lagi.  Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan,
namun kemampuan kami untuk memiliki ilmu pengetahuan Mu
sangat terbatas.  Untuk mencapai semuanya itu kami tidak boleh leka
dan lalai, kerana zaman persekolahan kami berlalu begitu pantas.
Kini kami mengetahui hanya ilmu sahaja yang dapat membimbing
kami ke jalan  yang benar dan selamat.  Tanpa mengira lelaki atau
wanita, tua atau muda,  Engkau telah mewajib kepada kami supaya
mempelajarinya selagi hayat di kandung badan.  Kami menyedari bahawa pengiktirafan dan jaminanMu di dalam al-Quran terhadap kedudukan yang tinggi keatas orang yang berilmu pengetahuan
adalah ternyata tepat dan benar.


 Dalam firman Mu Engkau menjelaskan bahawa Engkau akan
mengangkat darjat orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu
pengetahuan dengan beberapa kelebihan, sama ada semasa mereka
hidup di dunia dan di akhirat.  Ketika kami meneliti dalam suatu
firman Mu yang lain,  Engkau menjelaskan pula tentang perbandingan
orang  yang berilmu pengetahuan adalah berbeza dengan orang yang
tidak berilmu.  Buktinya  jelas ternyata  orang berilmu, kehidupannya
lebih baik daripada orang yang tidak berilmu.  Apa lagi dalam
menghadapi kehidupan di zaman yang penuh cabaran dan pergolakan Tanpa ilmu, nescaya kami akan tenggelam lemas dalam  gelora arus
lautan dan badai yang mengganas.


Wahai Tuhan!


Tambahkanlah ilmu pengetahuan Mu kepada kami supaya kami dapat
mengamal dan manfaatkannya dalam kehidupan ini.  Semoga
keberkatan ilmu pengetahuan yang Engkau anugerah itu dapat
memandu kami ke jalan yang benar,  di samping dapat kami mengajar,
mendidik dan membimbing anak-anak kami.  Sesungguhnya ilmu
pengetahuan itu adalah milik Mu.  Berbahagialah orang yang berjaya
memperolehi ilmu,  kerana ia dipilih oleh Mu untuk menerima
pertunjuk dan kurniaan dari Mu kepada sesiapa yang dikehendaki.
Hanya dengan ilmu sahaja kami dapat memartabatkan diri,  keluarga,
ummah dan negara.  Sungguh malang sekali kerana ada sesetengah
di  kalangan pelajar yang meremehkan ilmu dan tidak ada usaha untuk
mempelajari bagi meningkatkan ilmu,  sebaliknya mereka lebih
mementingkan kesenangan dan kemewahan.  Hidup mereka untuk
mengejar kebendaan.  Sikap dan gelagat sebilangan kecil pelajar dan
anak  muda  hari  ini  tidak  menyanjung  ilmuwan  amat
membimbangkan.  Bagi mereka yang bersikap demikian,  ilmu
merupakan ‘barang’ yang telah hilang daripada kehidupan mereka.


     Kalau begini sikap dan bentuknya para pelajar dan remaja,  tunggulah,
di suatu masa nanti umat Islam akan hilang kekuatan,  hilang
kemuliaan, menjadi hamba dan melarat di tanah air sendiri,  tenaga
mereka akan diperas,  kuasa mereka akan ditindas,  mereka hidup
dalam kehinaan dan kepapaan.  Semua ini kerana mereka jahil dalam
melaksanakan kewajipan diri mereka terhadap Islam.  Biarpun banyak
ilmu yang kami perolehi,  namun  keberkatannya tidak akan diperolehi
jika sekiranya kami tidak beramal dengannya.  Apa lagi jika kami
menyalahgunakan ilmu tersebut untuk menipu dan mengkhianati
orang lain.  Akhirnya ilmu tersebut akan menghilangkan diri dan
memudaratkan tuannya.






Maksud hadis :
" Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu, atau orang yang mendengarkan ilmu atau orang yang cintakan ilmu dan janganlah kamu menjadi orang yang ke-lima, maka golongan yang ke-lima ini akan binasa.."  ( HR Al-Baihaqi )






Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
“Siapa yang berkehendakkan dunia,  dia mestilah
mempunyai ilmu; siapa yang berkehendakkan
akhirat,  dia hendaklah mempunyai ilmu;  siapa
yang berkehendakkan  kedua-duanya  maka
hendaklah ia mempunyai ilmu.”
( Riwayat Muslim )


Dalam kitab "Bidayatus Salikin", al-Imam Abdul Shomad al-Balibbani menerangkan :


Tujuh ciri-ciri ilmu yang bermanfaat adalah, apabila ilmu itu dipelajari maka, :


1- Semakin membuatkan kita takut kepada ALLAH SWT
2- Membuat kita semakin mampu melihat kesalahan dalam diri sendiri
3- Menyebabkan kita lebih gemar dan bersemangat dalam beribadah kepada ALLAH SWT
4- Membuat kegemaran kita kepada dunia semakin berkurangan
5- Membuat kita lebih gemar dan obses kepada kehidupan kehidupan akhirat
6- Ilmu tersebut membuka mata hati kita
7- Membuatkan kita dapat memahami berbagai macam tipu daya syaitan...




Mafhum firman Allah s.w.t. :
“Kalau sekiranya air di lautan dijadikan tinta untuk
menuliskan kalimah-kalimah Allah,  nescaya akan
kering seluruh lautan sebelum habis kalimah-kalimah Allah itu dituliskan sekalipun di tambah lagi
tinta sebagai air seluruh lautan itu pula.”
( Surah al-Kahfi : ayat 109 )






Mafhum sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila seorang anak Adam telah mati, maka
terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara
yang dapat menghubungkan pahalanya, iaitu anak
yang soleh, sedekah  jariah  dan  ilmu  yang dimanfaatkan.”
( Riwayat Muslim )




Mafhum hadis Rasulullah s.a.w :
“Tidak wajar bagi orang yang bodoh berdiam diri
atas kebodohannya dan tidak wajar orang yang
berilmu berdiam diri dengan ilmunya.”
( Riwayat at-Tabrani )




Hadis Rasulullah s.a.w :
“Bacalah al-Quran,  kerana dia akan datang pada
hari kiamat sebagai pembela kepada orang yang
mempelajari dan mentaatinya.”
( Riwayat Muslim )


"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.."
( HR Bukhari )


Dalam hadis yang lain lagi  Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,  kamu
tidak akan sesat jika kamu berpegang dengan keduaduanya iaitu al-Quran dan sunahku.”
( Riwayat Ibnu Majah )










Bilakah masa anda berfikir? Mengapa mesti berfikir?
Berfikir secara rasional sangat dituntut dalam Islam.  Banyak ayat
al-Quran yang menggesa manusia supaya berfikir.  Apabila berfikir,
kita mestilah mempunyai matlamat semata-mata untuk mencapai
kebenaran serta mendapat keredaan Allah  s.w.t.  Oleh itu semasa
anda berfikir,  rancanglah ia dengan rapi.  Contohnya,  dengan
memerhati beberapa fenomena yang berlaku di persekitaran untuk
diambil iktibar dan pengajaran sebaik mungkin.  Sebaik-baiknya
berfikirlah sepanjang masa,  apabila melihat,  mendengar dan
mengambil keputusan atau tindakan terhadap sesuatu perkara.  Apa
lagi semasa kita sedang belajar.  Pelbagai masalah,  ujian,  dugaan
dan cabaran yang mesti ditempohi dan dialami.  Setiap tindak tanduk
yang kita lakukan  mestilah difikir terlebih dahulu supaya tidak timbul
keresahan dan penyesalan.




Mafhum firman Allah s.w.t :
“ … Katakanlah:  Adakah  sama orang yang berilmu
pengetahuan dengan orang yang tidak berilmu
penge tahuan?   Hanya orang  yang mene r ima
peringatan ialah orang yang berakal.”
( Surah az-Zumar : ayat 9 )




Rasulullah s.a.w. telah mengajar umatnya supaya
sentiasa berdoa untuk menetapkan hati dan pegangan terhadap agama
Islam dan menjauhi diri dari kesesatan :


“Wahai Tuhan, tetapkanlah hati kami di atas agama
Mu dan ketaatan kepada Mu, tunjukkanlah kami
tentang kebenaran dan berilah kami habuan untuk
mengikutinya.  Tu njukkanlah  kami  tentang
kebatilan dan  berilah  kami  habuan  untuk
menjauhinya.”




Dalam membicarakan kelebihan-kelebihan bidang ilmu pengetahuan
Imam asy-Syafie r.a. telah berkata :


“Siapa mempelajari al-Quran ilmunya menjadi
tinggi. Siapa mempelajari hadis, alasan pendapatnya
kuat.  Siapa yang membicarakan ilmu Fiqh,  ia akan
menjadi  orang  yang  pintar.  Siapa  yang
memperhatikan budi pekertinya ia akan menjadi
orang yang baik dan jujur. Siapa yang banyak
berhitung  dan  mempelajari  ilmu  Hisab,
pemikirannya akan berkembang.  Manakala siapa
yang tidak memelihara kehormatan dirinya,  maka
ilmunya tidak akan berguna sama sekali.”


Saidina Ali k.w. telah menjelaskan pandangan beliau ketika ditanya
mengenai ilmu :


“Ilmu lebih baik daripada harta kerana ia adalah
warisan para nabi, manakala harta  pula warisan
Qarun dan Fir’aun.  Ilmu boleh menjaga diri kamu,
sedangkan harta,  kamu yang menjaganya.  Orang
yang memiliki ilmu mempunyai ramai teman,
sedangkan pemilik harta mempunyai ramai musuh.
I l m u   p e n g e t a h u a n   i t u   a k a n   b e r t a m b a h   j i k a
diamalkan, sedangkan harta akan berkurangan jika
dibelanjakan.  Pemilik ilmu pengetahuan sentiasa
dihormati,  sedangkan pemilik harta akan dikenali
sebagai si kedekut.  Pemilik ilmu akan memberi
syafaat, pemilik harta akan dihisab.  Biarpun masa
berlalu namun ilmu tidak lapuk ditelan zaman,
tetapi harta itu semakin lama semakin usang, ilmu
pengetahuan dapat menyinari hati,  tetapi harta mengeraskan hati. 
 Orang berilmu mengakui dirinya
sebagai hamba Allah,  sedangkan orang berharta
mengakui  dirinya pemilik.”


Dalam memperkatakan tentang kelebihan orang yang menuntut ilmu,
Muaz bin Jabal r.a. telah berkata :


“Pelajarilah ilmu,  kerana mempelajarinya kerana
A l l a h   s . w. t .   a d a l a h     t a n d a   t a k u t   ke  p a d aNy a .
Menuntut ilmu adalah ibadat,  mengingatinya
a d a l a h   t a s b i h ,  me n y e l i d i k i n y a   a d a l a h   j i h a d ,
m e n g a j a r k a n n y a   k e p a d a   o r a n g   y a n g   b e l u m
mengetahui adalah sedekah,  memberikan kepada
ahlinya adalah kebaktian sebab ilmu itu jalan untuk
ke syurga.  Dialah teman ketika keseorangan dan
penghibur hati ketika kesepian. Dialah penunjuk
jalan kepada agama dan pendorong kesabaran pada
masa kesusahan.  Dia menjadi senjata ketika
menghadapi musuh.  Allah mengangkat martabat
kaum-kaum yang berilmu pengetahuan,  sehingga
dijadikan pemimpin yang dapat diikuti oleh orang
ramai.  Orang yang berilmu pengetahuan menjadi
model utama dalam melakukan amalan kebajikan.
Para malaikat serta makhluk di darat dan di air
sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Ilmu
dapat menghidupkan hati dari kebodohan,  menjadi
pelita ketika dalam kegelapan, dapat mengenal yang
halal dan yang haram.  Ilmu sebagai penunjuk amal,
s e d a n g   a m a l   t e t a p   m e n j a d i   p e n g i k u t n y a .
Berbahagialah orang yang menerima ilham dari
ilmu dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu
pengetahuan.”




Mafhum firman Allah s.w.t. :
“ . . .   M a k a   b e r t a n y a k a n l a h   p a r a   a h l i   i l m u
pengetahuan sekiranya kamu tidak mengerti.”
Surah an-Nahl : ayat 43


Maksud pepatah Melayu :


"Malu bertanya sesat jalan..."


Setelah nyawa terpisah dari badan dan meninggalkan dunia ini, setiap dari kita akan diminta mempertanggungjawabkan atas perkara itu.. BERSEDIAKAH UNTUK MENJAWABNYA????!


1- USIANYA, dimana dihabiskan?
2- MASA MUDANYA,  digunakan untuk apa?
3- HARTANYA, dari mana ia diperolehi, apakah haram @ halal?
4- Juga dimana HARTANYA diperuntukkan?
5- ILMUNYA, apakah dipraktikkan dan diamalkan dari ilmunya itu?
( HR Tirmidzi )


Jadi, marilah sama2 kita mencari ilmu, pelajarinya, amalkannya dan sebarkannya untuk kepentingan UMMAH....wallahualam..wasalam...

No comments:

Post a Comment