Saturday, April 21, 2012

5 Tips Memilih Teman Baik..



"Sesesorang berada di atas agama kawannya"


Demikian pesan Nabi kita.


Kenapa ya?


Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita. Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
Maka, carilah kawan yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-sunnah. Carilah kawan yang baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah            
Tapi, nak cari dimana? Hmm, memang susah sebenarnya nak cari orang jenis macam ni. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk sesiapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita. Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh yang terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom hargai kawa-kawan disekeliling kita hari ini juga        
Bagaimana ya untuk menghargai mereka? Oh,untuk yang satu itu anda kan lebih kreatif daripada saya! Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'.
Terasa kreativiti Nya sangat dekat bukan?
            



Kalau kawan tu tak beragama, macam mana pulak? Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik' kena perhati sungguh-sungguh agamanya. Agama tetap penting kerana kawan kita adalah cerminan diri kita.
Kata ulama dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat."              
1. Orang yang berakal
~Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.


2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya
~Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.


3. Orang yang soleh
~Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa
yang besar dan kecil


4. Jangan berkawan dengan orang yang kasih pada dunia
~Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang sebegini, kita akan terikut-ikut akan tabiat kawan kita itu.
5. Orang yang benar perkataanya
~Janganlah berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan emebawa kepada kebinasaan dunia dan termasuk diri kita sekali.
Anda semua punya kawan yang bagaimana ya?

Friday, April 20, 2012

puisi sahabat

                                                                 Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri 

sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai 

seorang sahabat 

yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan 

keikhlasan dan 

kejujuran seorang 

sahabat,begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.



Bagi kita, Itu alasannya 

untuk menutup 

kesilapan dan membela diri

Kita terlupa, kita juga pernah 

membiarkan dia 

ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji 

yang tidak ditepati.


Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. 


tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu 

kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, 

harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,


Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi 

bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa 

bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi 

sumber kekuatannya seperti 

mana dia meniup 

semangat setiap kali kita 

merasa kecewa dan 

menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia 

bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan 

tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?



Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, 

sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan

Dia juga perlukan kawan sebagai 

kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.



Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi 

mungkin sebenarnya dia tidak setabah 


yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..

tetapi jika kita cuba jadi 

sahabat seperti dia,

mungkin kita akan tahu.



Thursday, April 19, 2012

Mujahadah?

Assalamualaikum..
Kali ini saya sangat berminat untuk meluahkan rasa mengenai mujahadah.
All of you get ready? Okay lets perform our junk food before we start it! Hehehe, Just kidding only!
Lets we opened our heart and mind to accept it as our 'makanan rohani' insya Allah.


Mujahadah itu jalannya berterusan. Credit!



Apa itu mujahadah?


Mujahadah itu adalah memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredhaan Allah.Do you want to know something?


"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati telah gelap, maka dada akan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak jadi buruk, maka makhluk akan membencinya"  (Abu Bakar al-Hakim  al-Warraaq)


Mujahadah itu maknanya luas, banyak. Tidak pada satu. Mujahadah dalam exam, dalam dakwah, dalam berkawan, melawan nafsu, mempertahankan diri dan bermacam lagi lah bentuk mujahadah. Paling takpun komplikasinya menangis airmata darah, macam gambaran yang terlebih sudah kat bawah ni. Hehehe..Indikasi dia, untuk orang-orang yang cuba berusaha menggapai redha Allah. Dan peluang ini terbuka untuk semua orang. Tiada bayaran, free of charge!!

Payah betul!

Credit!


Mana ada orang kata mujahadah itu senang? Macam bukak kacang cap tangan! Tak ada la, kalau ada pun tu bohong la. Nak sedapkan hati, biar kuat semangat sikit untuk maju. Sebelum kita mujahadah, apa yang penting sekali adalah kita mesti ada ILMU untuk mulakan peperangan hawa nafsu ni. Kenapa perlu ada ilmu? Apa pentingnya ilmu? Sebab kita nak mengenali sifat-sifat jahat yang terkubur dalam hati, jiwa dan raga kita ni. Nak nyahkan karat pakai clorox, kompem tak tanggal punyer!

Kita kena kenal sifat-sifat yang kita sibuk nak perangi tu. Contonya, sifat bakhil, sombong, gila dunia, bangga diri, tak reti-reti nak sabar. Bila dah kenal baru la mudah sikit kita nak handle tugas-tugas berat ni.
Ada faham sahabat-sahabat? Payah kan. Hari-hari duk berendam airmata. Rasa tak sanggup nak teruskan mujahadah. Rasa diri terikat. Rasa macam ada satu peraturan ketat yang kita kena  continous follow up.

Tapi...

Kalau kita tahu hati yang hidup dengan mujahadah ni, dia akan semakin terasa dekat dengan Allah. Rasa macam disayangi. Rasa Allah tu ada kat depan mata walaupun hakikatnya kita tak nampak pun. Kalau korang cuba atau memang dah tolak mujahadah ni awal-awal, rasa nak hidup bebas macam diri yang sebelum ni, korang rasa Allah nak bagi semula tak nikmat yang pernah dia bagi? Nikmat MUJAHADAH? Nikmat yang kita dapat dari mujahadah? Cuba la untuk fikir-fikirkan. Kalau dapat pun belum tentu korang dapat rasa nikmat tu dengan hati yang dalam. Dengan hati yang terbuka. Korang akan rasa macam dah dapat sesuatu, tapi tak tahu benda apa? Hati kosong mungkin?

Hikmah ada tak?

Adush!! Insya Allah, Allah itu Maha Adil, Maha Lembut, Pengasih, Penyayang lagi.
Time mujahadah kompem akan rasa semua kepahitan, derita sebab mikroorganisma yang jahat tu duk bukak khemah dalam hati kita. Parking baik lagi! Siap bagitahu lagi yang nak lawan kebaikan yang kita cuba nak buat. Macam kita tengok citer kartun ultroman. Sibuk je makhluk asing tu bersungguh-sungguh nak kalahkan ultroman. Last-last siapa menang? Ultroman jugak. Macam tu jugak dengan kita, kena lawan 2 kali ganda kehebatan yang utlroman ada tu.

Tapi adatlah dalam perlawanan. Nafsu pun akan rasa sakit juga. Yang berlawan dan melawan akan sama-sama sakit. Tidak sakit kena tampar, sakit kena tumbuk. Tidak sakit kena pukul, sakit kena tendang. Sakit tetap sakit. Nafsu pun sakit, kita pun sakit. Tapi lama-kelamaan kalau kita terus melawannya, nafsu pun jadi  "Arghh, aku dah give up dengan manusia ni, kental sangat." 

"Orang-orang yang berjihad (mujahadah)  pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan Kami. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik" (Surah Al-Ankabut: 69)

Cuma jalan-jalan yang didatangkan untuk kita mungkin dalam bentuk mehnah-mehnah atau ujian. Ianya berupa latihan untuk kita bermujahadah dan satu berita gembira untuk kita jika kita memilih untuk bersabar.

Mujahadah dalam berkawan.


Be strong!


Yelah, bukan semua manusia itu lahirnya kat dunia ni terus sempurna. Terus boleh berjalan. Tidak sama sekali! Macam tu jugak dengan sahabat-sahabat kita. Bukan semuanya sempurna. Kenapa saya kata mujahadah dalam berkawan? Perkara common. Kadang-kadang kita selalu berbuat baik pada kawan kita. Tolong dia bila dia susah, nangis dengan dia bila dia sedih, raikan dia bila dia gembira, telan jugak makanan yang dia bagi walaupun dah rasa nak pecah perut, sanggup berhabis duit untuk dia semata-mata nak mudahkan urusan dia, lebihkan dia supaya dia senang hati, rasa dihargai. Tapi dia buat kita macam buah yang dah kena makan dengan ulat. Hampeh nyor betul!
Geramnya rasa! Rasa menyesal giler jadi kawan dia!

Tapi..
Disebalik kebaikan yang korang buat tu, ada ganjaran yang ada pada korang. Kalaupun dia tak balas atau tak ingat setiap kebaikan yang korang pernah buat, mungkin Allah dah aturkan untuk korang yang orang lain akan replied semula. Who know the power of Allah?! Cuma yang penting, apa yang korang pernah buat dekat kawan korang, korang kena la ikhlas, doa banyak-banyak dekat dia. Mungkin dia tak sedar.

Kaitannya adalah, korang kena mujahadah untuk bersabar dapat kawan macam ni. Tapi jangan jadi Mr Bean pulak! Maksud saya, jangan la korang pasrah sangat benda yang dia buat kat korang tu, sampai kena aniaya pun korang redha je. Itu TERUK! Tugas korang seterusnya adalah menegur dia samada secara verbal atau non verbal supaya dia sedar. Kalau kawan korang tu jenis cepat terasa, korang kena pandai main psikologi pulak. Psikologi untuk dia berfikir. Mungkin dia lambat untuk terima kenyataan, tapi percayalah lama-lama dia akan terima juga. Sebab Allah itu kan Maha Lembut.

Penutup

Okay, dah terlalu panjang. Takut korang semua termuntah darah nak baca! Nafsu kita juga tua mengikut tuanya umur kita. Kalau kita tidak dapat menundukkan hawa nafsu jahat kita semasa muda, tidak mungkin kita dapat menundukkannya bila kita dah tua nanti. Waktu muda remaja ni, tenaga kita masih kuat dan akal fikiran juga masih sihat, boleh bangun untuk bawa beribadah kepadaNya. Mana mungkin bila kita sudah tua kita dapat lakukan semua ni? Sebab? Tenaga kita tak cukup gagah, otot-otot lembik (atritis belaka), urat saraf lemah. Jadi apa yang korang rasa sekarang?

I leave you with that question..
Yang mencintaiMu, 
Wasalam..


p/s: Tak tahu knp jd separuh ada putih, separuh cantik bagai. Takpelah janji korang sume paham! Kalau ada sesaper yang rajin nak tolong cantikkan semula, amatlah dialu-alukan!

Wednesday, April 18, 2012

TAZKIRAH

Assalamualaikum duhai sahabatku....


Perkongsianku ini hanyalah sebagai teguran buat saudara se-ISLAM-ku...
Juga sebagai peringatan buat diriku...Dalam membentengi diri,Sering diri diuji,Kadang diri ini juga lemah,Kadang IMAN itu di atas,Kadang IMAN itu di bawah.....Peringatan buat diri agar tidak kecundang dalam MUJAHADAH ini...
Kerana aku sayang kalian FILLAH...

Pernah saya bertanya dengan beberapa orang sahabat yang sedang ber'COUPLE'


++ Kamu couple dengan dia ni, rasanya kamu pasti ke yang dia akan jadi suami kamu satu hari nanti??


" Ntahlah ek, tak pasti. Sebab dah SAYANG kan..hmm, nak buat cmne... Tapi rasanya macam bukan jek..."


++ Habis tu apa tujuan kamu ber'couple' sebelum nikah?


" Saja suka-suka.."
" Bila hati dah sayang. tak boleh dah nak hilangkan perasaan ni.."


++ Kalau bukan dia pasangan kamu kelak cmne?


" Nak buat cmne, kalau dah bukan jodoh.."


Oooooo..... macam tu ea??


Hmm.... aduhai saudaraku...
Mudahnya berbuat maksiat kan dengan cara begitu?
Berbalas rindu-rinduan..
Berbalas sayang-sayangan...
Berbalas mesej-mesej'an tanpa sebarang urusan...
Behabis duit dengan ber'calling'...


 Agaknya kalau kita mati sebelum sempat menginsafi kelalaian diri,
Pasangan COUPLE kita tu nanti akan bantu kita tak kat akhirat sana tatkala diri diazab????
Nauzubillah....


Di manakah janji sehidup semati???
Di manakah janji, " You jump, I jump.." ??


(Ok... tarik nafas dalam-dalam dulu.... =) 
Regangkan ketegangan-ketegangan time baca entri ni )


Saudaraku, seandainya kalian 'terasa' dengan teguran ini,
Alhamdulillah.... itu tandanya hati itu hidup...
Buatlah pertimbangan sewajarnya.....


Sekali bertahan, selamanya akan ku pertahankan maruah ini!!


Ayuh saudara...
Berubah memang tak mudah
Ianya perlukan Mujahadah...
Tetapi tiada kemudahan melainkan dengan pertolongan ALLAH SWT....


InsyaALLAH kemanisannya nanti adalah yang terindah...^__^
Pabila dilakukan semata-mata kerana ALLAH SWT....


Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT, yang buruk atas kesilapan diri saya sendiri.... As salam wbt..


~Tazkirah~  ~PSI~

TAUBAT HAMBA

Pabila datangnya kesedaran diri,
Pabila hati menyesali akan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh diri sendiri,
Pabila airmata tak mampu lagi ditampung dan berguguran di pipi, 
Pabila merasakan bahawa diri terlalu hina dek noda yang menyelubungi hati,

Itulah tandanya datangnya RAHMAT dan KASIH SAYANG ALLAH SWT buat hamba-NYA..

Pabila hati merasakan seakan-akan ALLAH sedang berbicara,
Maka bergetaranlah hati itu,
Pabila hati merasakan betapa ALLAH itu Maha Pengampun,
Subhanallah.......Indahnya perasaan ini...
Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata...
Pabila datang keinsafan diri....
Maka sujudlah pada ILAHI......

ALLAH........ 
Subhanallah... <3 <3 <3

( Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang )
^__^  Love ISLAM

Saturday, April 14, 2012

Kalau saya tidak berada dalam tarbiyah..


ops!!what's that??


Pernah tak anda terfikir, apakah nasib anda yang akan terjadi pada diri anda sekiranya anda tidak pernah terjebak, terperangkap tidak boleh lari dan menyertai misi dakwah dan tarbiyah ini? Pasti pernah bukan? Jangan nak tipu la, sikit-sikit tu mesti ada punyer, kompem!

Pernah tak anda semua tahu bahawa sifat 'berkalau-kalau' itu hanya membuka  peluang keemasan kepada syaitonirojim? Saya disedarkan dengan satu hadis Rasulullah s.a.w yang menari-nari dalam hati ni:

Daripada Abu Hurairahr.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata :" KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti yang lain akan berlaku. Tetapi katakanlah :" Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendakiNya, sesungguhnya 'KALAU' akan membukakan pintu amalan syaitan.' (Riwayat Muslim)

Nah amik kau sebijik! Pelepek dapat satu hadis (tamparan diikuti dengan berdas-das tembakan). Kan dh kata. Tetapi dalam isu melihat kembali masa silam kita sebelum disentuh oleh sentuhan kasih sayang tarbiyah, saya melihat ia dari sudut yang berbeza. Tanpa menidakkan perancangan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, ia adalah sebagai satu cara untuk kita bermuhasabah sebenarnya, untuk menilai sejauh mana perjalanan yang telah kita lalui.

Tetapi yang lebih utama daripada itu,melihat siapa diri kita sekiranya kita tidak terjebak ke dalam jalan ini? Hanya dengan membayangkan siapa agaknya kita pada hari jika tidak diselamatkan oleh dakwah dan tarbiyah, baharulah kita benar-benar dapat menghargai harga dan nilai hidayahNya

(Masa untuk sediakan ayam percik dan air nescafe!!huhu) :

1- Saya mungkin menjadi seorang modeling atau terlibat dengan dunia hiburan yang sangat menyeronokkan! Why not, dunia kan dah berubah mengikut zaman, salah ke? Suka hati la nak buat apa pun, kubur kan masing-masing!

2-Saya teringin nak jadi wanita yang paling cantik. Kulit muka licin, badan slim,takde spare tyre yang terkumpul sana-sini, vouge, femes. Dan semestinya saya akan sibuk untuk ke spa, mencuba rawatan kecantikan yang terkini, sibuk ke gym untuk kurus semestinya!

3-Hujung minggu saya akan habiskan masa depan lappy, main game. Tak payah nak sibuk ber' usrah' sangat lah. It's so bored guys!



weekend yang kritikal gilers!


4-Saya akan update gajet-gajet baru, buat rambut like JLo! Nak cantik,apa pun bolih boh!

5- Saya takkan dengar cakap parents saya yang suruh saya buat macam-macam. Huh, buat sakit  kepala bila dengar they bubling! Mungkin jugak saya akan melepaskan beberapa das tembakan sebab tak puas hati.

6-Saya pun tak hirau pasal ummah yang memang dah banyak hanyut dek arus tsunami dunia(i mean hiburan and whatever yang related). Mungkin Al-Quran dan amalan sunnah pun saya tinggalkan. Ibarat lalat hinggap di hidung dan kita pukul dengan tangan. Ringan bukan? Tak pandang suatu dosa tu seperti gunung yang retak seribu, hancur berderai..Bursttttttt!Pappp!

7-Saya juga mungkin terjebak dengan gejala yang tak sepatutnya saya ikut. Contohnya, rempit, couple dan macam yang kita nampak hari ini.

Tapi....Allah itu terlalu luas kasih sayangNya.
Dia bagi saya peluang untuk sambut taufiq dan hidayahNya.
Dia bagi saya peluang untuk memperluas dalamnkan lagi kefahaman Islam.
Sebab tu saya sayang bila semua ni ditarik semula, saya tak nak jadi macam apa yang saya senarai tadi. Saya tak nak jadi manusia yang paling rugi.

Tap,tap,tap(crying but in heart only)


Guys,
Bersyukurlah sebab kita dikurniakan semua ni tatkala berjuta manusia sedang hanyut, leka dengan dunia.
Bersyukurlah yang sebenarnya Allah memang sayang giler kat kita!
Lagi bertambah bersyukur sebab kita semua ni dalam keadaan kita masih Islam.
Duduk pulak kat negara Malaysia yang memang aman dan damai, no war guys!
Tempat lain? 

Korang tak rasa malu ke bila Allah dah bagi semua korang boleh buat tak reti?
Korang tak rasa bersalah ke bila terang-terang Allah bukak pintu syurga untuk kita korang buat sengal je?
Hidayah yang Dia bagi tu free je, tak payah bayar, kita je kena sami'na wa ato'na(kami dengar dan kami taat)

Apapun..
Terima kasih Allah kerana kenalkan saya dengan tarbiyah ni. Kalo tak saya tak jadi macam mana diri saya yang sekarang. Terima kasih Allah sebab kenalkan saya dengan mereka yang bersungguh-sungguh mencapai redhaMu.
Saya sayang sangat-sangat semua ni.
Kalau saya tak kenal semua ni, saya mungkin seorang budak jahat.
Saya mungkin tak kenal RasulMu dan Pencipta yang menciptakan.

Anda bagaimana? Kalau anda tak dapat tarbiyah, siapa anda sekarang?

P/S: Dapat ilham dari blog http://angelwearsgucci.blogspot.com

Buat ukhtiku sayang...

Assalamualaikum wbt...
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat dan ahli keluarga baginda...
khas buat sahibah-sahibah flagyl dan untuk semua pembaca...

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah,melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.” 

HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim



Sahabat…

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. 

Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra.,

“Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api.

Sahabat… Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah dari ketinggian akhlak, dan tafarruq (perselisihan) kita merupakan akibat dari rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang, dan saling memberikan manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwah. Ukhuwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar dan Zaid, atau Umar, Ali dan Utsman, yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih sayang diantara mereka merupakan gambaran janin ukhuwah yang dikandung dalam perut iman, dan terlahir dari ibu yang bernama iman.

Ukhuwah bererti bersatunya hati-hati yang ruhnya terikat dengan ikatan akidah. Kerananya, persaudaraan adalah bentuk keimanan yang terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran, yang menempatkan keimanan dan kasih sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama dibanding dirinya sendiri. Jika perkara ini terjadi, ukhuwah akan terasa sangat indah, nikmat, dan manis.

Sahabat… Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Siapapun yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah.

 Rasulullah Saw bersabda,

“Barangsiapa bersaudara dengan seseorang kerana Allah, maka Allah mengangkatnya satu darjat di syurga, yang tidak didapatnya dengan sesuatu amalan lainnya”.

Ibnu Jarir pun meriwayatkan sabda Rasulullah Saw. dari Ibnu ‘Abbas ra., ia berkata, 

“Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah boleh diperoleh dengan perkara tersebut. Seorang hamba tidak akan menemukan nikmatnya iman, sekalipun banyak sholat dan shaum, sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan diantara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka.”
Sahabat… Cinta seorang Mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu Muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. 

Allah Swt. Berfirman; 

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara.” Q.S Al-Hujurat : 10

Sementara itu, Rasulullah Saw bersabda,

“Mukmin yang satu terhadap Mukmin yang lain itu bagaikan bangunan yang mengikat antara sebagian dengan sebagian yang lainnya.” HR. Muttafaqun ‘Alaih

Sahabat… Persaudaraan Islam bukanlah suatu permasalahan sampingan dalam Islam, tetapi ia menjadi salah satu prinsip dasar yang menyertai syahadah (persaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad Saw. 


Kecintaan Sesama Saudara Islam Kerana ALLAH by Hada Islamic-Halaqah.net

Friday, April 13, 2012

Jalan Dakwah

"Bagaimana aku boleh masukkan semua sifat-sifat ini ke dalam diriku? Bukan diriku sahaja bahkan ke dalam diri peribadi pemuda."

-Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha-

1-Akidah yang sejahtera

2-Ibadah yang sahih

3-Akhlak yang teguh

4-Berilmu pengetahuan/fikiran terdidik

5-Jasad yang kuat

6-Mujahadah pada nafsu

7-Bemanfaat pada orang lain

8-Menjaga waktunya

9-Sistematik urusannya

10-Mampu berdikari


~Karangan oleh Mustafa Masyur,Jalan Dakwah~

Thursday, April 12, 2012

Hidayah Allah perlu dicari...

Dengan nama Allah Yang Melapangkan hati ini..


Kisah benar yang terjadi pada seorang rakan facebook kita. Baru terjadi Februari 2012. Diceritakan sendiri kepada saya.

Ini ceritanya:

"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh.

Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut.

Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.

Saya tergamam. Allahuakbar!

Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents!

Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat.

Dua minggu lepas tu, hati ini nekad.

Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari.

Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."

Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin.

p/s: Moga2 kisah benar ini menjadi iktibar kepada kita semua. Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.



Wednesday, April 11, 2012

Perspektif jodoh




 YANG SALAH
 YANG BETUL
Jodoh tidak perlu dicari.
Allah menyuruh manusia berusaha.
Perempuan hanya perlu menunggu.
Sayadatina Siti Khatijah meminang Rasulullah s.a.w.
Alang2 sudah terlajak,teruskan sahaja kerana tak mungkin lagi menemui lelaki/perempuan yang baik.
Allah sentiasa membuka taubat kepada hambaNya.
Perempuan tidak banyak pilihan,sebaliknya lelaki banyak pilihan.
Perempuan berhak memilih.
Pasangan yang banyak perbezaan tidak akan kekal dalam perhubungan.
Perbezaan menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi.
Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan ber ‘SMS’ dan berjumpa.
Selagi belum berkahwin,syariat membataskan hubungan antara pasangan.Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber ‘SMS’ sehingga melalaikan.
Janji manis pasangan harus dipercayai. Contohnya seorang lelaki berkata kepada teman ‘I takde harta ,tp I ada cinta.
Lelaki demikian sebenarnya tak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras untuk mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.

Monday, April 9, 2012

hembusan kasturi..

Assalamualaikum buat antum yang setia menziarahi kami..
Salam buat Rasul tercinta dan para sahabat..


Seindanhya pelangi cantik
Mewarnai bumi
Menghiasi pentas dunia ini
Yang dulu kehilangan sinarnya


Selembutnaya suara merdu
Menusuk niwa
Mengalunkan kata-kata
Membajai kekuatan diri


Tapi kini bertaburan titik noda hitam
Berkeliaran di persada kesenian
Menutur nista yang membimbangkan
Semua yang akan memandang
Ku cuba mewarnainya kembali
Alunan suci yang abadi


Semerdu kalam-Mu, ya Ilahi
Memberi ketenangan di hati
Seindah sabda dan selawat Nabi
Sunnah Rasul buat contoh diri
Melengkapi kehidupan insani

Selembut bayu hembusan kasturi
Seindah cerianya suria pagi
Sedamai memuji Ilahi
Bagaikan di taman firdausi

Seharumnya wangi kasturi
Oh tiada terperi
Harum baunya menghiasi diri
Dari hati kan jatuh ke hati
Pastinya dari hati yang bersih
Itulah hembusan kasturi



Sunday, April 8, 2012

Ujian Allah swt Sesuai Dengan Kemampuan

TIP PERKAHWINAN...



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.





http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original