Assalamualaikum duhai sahabatku....
Perkongsianku ini hanyalah sebagai teguran buat saudara se-ISLAM-ku...
Juga sebagai peringatan buat diriku...Dalam membentengi diri,Sering diri diuji,Kadang diri ini juga lemah,Kadang IMAN itu di atas,Kadang IMAN itu di bawah.....Peringatan buat diri agar tidak kecundang dalam MUJAHADAH ini...
Kerana aku sayang kalian FILLAH...
Pernah saya bertanya dengan beberapa orang sahabat yang sedang ber'COUPLE'
++ Kamu couple dengan dia ni, rasanya kamu pasti ke yang dia akan jadi suami kamu satu hari nanti??
" Ntahlah ek, tak pasti. Sebab dah SAYANG kan..hmm, nak buat cmne... Tapi rasanya macam bukan jek..."
++ Habis tu apa tujuan kamu ber'couple' sebelum nikah?
" Saja suka-suka.."
" Bila hati dah sayang. tak boleh dah nak hilangkan perasaan ni.."
++ Kalau bukan dia pasangan kamu kelak cmne?
" Nak buat cmne, kalau dah bukan jodoh.."
Oooooo..... macam tu ea??
Hmm.... aduhai saudaraku...
Mudahnya berbuat maksiat kan dengan cara begitu?
Berbalas rindu-rinduan..
Berbalas sayang-sayangan...
Berbalas mesej-mesej'an tanpa sebarang urusan...
Behabis duit dengan ber'calling'...
Agaknya kalau kita mati sebelum sempat menginsafi kelalaian diri,
Pasangan COUPLE kita tu nanti akan bantu kita tak kat akhirat sana tatkala diri diazab????
Nauzubillah....
Di manakah janji sehidup semati???
Di manakah janji, " You jump, I jump.." ??
(Ok... tarik nafas dalam-dalam dulu.... =)
Regangkan ketegangan-ketegangan time baca entri ni )
Saudaraku, seandainya kalian 'terasa' dengan teguran ini,
Alhamdulillah.... itu tandanya hati itu hidup...
Buatlah pertimbangan sewajarnya.....
Sekali bertahan, selamanya akan ku pertahankan maruah ini!!
Ayuh saudara...
Berubah memang tak mudah
Ianya perlukan Mujahadah...
Tetapi tiada kemudahan melainkan dengan pertolongan ALLAH SWT....
InsyaALLAH kemanisannya nanti adalah yang terindah...^__^
Pabila dilakukan semata-mata kerana ALLAH SWT....
Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT, yang buruk atas kesilapan diri saya sendiri.... As salam wbt..
~Tazkirah~ ~PSI~
Assalam..
ReplyDeleteentri yg bagus sekali
teguran yg sgt tepat
tak ramai yang faham dan sedar, jadi kita semua kena cuba utk pertingkatkan diri
mujahadah bukan sng, kena lalui tarbiyah..
move on!