Kali ini saya sangat berminat untuk meluahkan rasa mengenai mujahadah.
All of you get ready? Okay lets perform our junk food before we start it! Hehehe, Just kidding only!
Lets we opened our heart and mind to accept it as our 'makanan rohani' insya Allah.
Mujahadah itu jalannya berterusan. Credit! |
Apa itu mujahadah?
Mujahadah itu adalah memerangi hawa nafsu yang mengatasi segala kelemahan diri untuk mencapai dengan sempurna keredhaan Allah.Do you want to know something?
"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati telah gelap, maka dada akan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak jadi buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)
Mujahadah itu maknanya luas, banyak. Tidak pada satu. Mujahadah dalam exam, dalam dakwah, dalam berkawan, melawan nafsu, mempertahankan diri dan bermacam lagi lah bentuk mujahadah. Paling takpun komplikasinya menangis airmata darah, macam gambaran yang terlebih sudah kat bawah ni. Hehehe..Indikasi dia, untuk orang-orang yang cuba berusaha menggapai redha Allah. Dan peluang ini terbuka untuk semua orang. Tiada bayaran, free of charge!!
Payah betul!
Credit! |
Mana ada orang kata mujahadah itu senang? Macam bukak kacang cap tangan! Tak ada la, kalau ada pun tu bohong la. Nak sedapkan hati, biar kuat semangat sikit untuk maju. Sebelum kita mujahadah, apa yang penting sekali adalah kita mesti ada ILMU untuk mulakan peperangan hawa nafsu ni. Kenapa perlu ada ilmu? Apa pentingnya ilmu? Sebab kita nak mengenali sifat-sifat jahat yang terkubur dalam hati, jiwa dan raga kita ni. Nak nyahkan karat pakai clorox, kompem tak tanggal punyer!
Kita kena kenal sifat-sifat yang kita sibuk nak perangi tu. Contonya, sifat bakhil, sombong, gila dunia, bangga diri, tak reti-reti nak sabar. Bila dah kenal baru la mudah sikit kita nak handle tugas-tugas berat ni.
Ada faham sahabat-sahabat? Payah kan. Hari-hari duk berendam airmata. Rasa tak sanggup nak teruskan mujahadah. Rasa diri terikat. Rasa macam ada satu peraturan ketat yang kita kena continous follow up.
Tapi...
Kalau kita tahu hati yang hidup dengan mujahadah ni, dia akan semakin terasa dekat dengan Allah. Rasa macam disayangi. Rasa Allah tu ada kat depan mata walaupun hakikatnya kita tak nampak pun. Kalau korang cuba atau memang dah tolak mujahadah ni awal-awal, rasa nak hidup bebas macam diri yang sebelum ni, korang rasa Allah nak bagi semula tak nikmat yang pernah dia bagi? Nikmat MUJAHADAH? Nikmat yang kita dapat dari mujahadah? Cuba la untuk fikir-fikirkan. Kalau dapat pun belum tentu korang dapat rasa nikmat tu dengan hati yang dalam. Dengan hati yang terbuka. Korang akan rasa macam dah dapat sesuatu, tapi tak tahu benda apa? Hati kosong mungkin?
Hikmah ada tak?
Adush!! Insya Allah, Allah itu Maha Adil, Maha Lembut, Pengasih, Penyayang lagi.
Time mujahadah kompem akan rasa semua kepahitan, derita sebab mikroorganisma yang jahat tu duk bukak khemah dalam hati kita. Parking baik lagi! Siap bagitahu lagi yang nak lawan kebaikan yang kita cuba nak buat. Macam kita tengok citer kartun ultroman. Sibuk je makhluk asing tu bersungguh-sungguh nak kalahkan ultroman. Last-last siapa menang? Ultroman jugak. Macam tu jugak dengan kita, kena lawan 2 kali ganda kehebatan yang utlroman ada tu.
Tapi adatlah dalam perlawanan. Nafsu pun akan rasa sakit juga. Yang berlawan dan melawan akan sama-sama sakit. Tidak sakit kena tampar, sakit kena tumbuk. Tidak sakit kena pukul, sakit kena tendang. Sakit tetap sakit. Nafsu pun sakit, kita pun sakit. Tapi lama-kelamaan kalau kita terus melawannya, nafsu pun jadi "Arghh, aku dah give up dengan manusia ni, kental sangat."
"Orang-orang yang berjihad (mujahadah) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan Kami. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar beserta orang yang berbuat baik" (Surah Al-Ankabut: 69)
Cuma jalan-jalan yang didatangkan untuk kita mungkin dalam bentuk mehnah-mehnah atau ujian. Ianya berupa latihan untuk kita bermujahadah dan satu berita gembira untuk kita jika kita memilih untuk bersabar.
Yelah, bukan semua manusia itu lahirnya kat dunia ni terus sempurna. Terus boleh berjalan. Tidak sama sekali! Macam tu jugak dengan sahabat-sahabat kita. Bukan semuanya sempurna. Kenapa saya kata mujahadah dalam berkawan? Perkara common. Kadang-kadang kita selalu berbuat baik pada kawan kita. Tolong dia bila dia susah, nangis dengan dia bila dia sedih, raikan dia bila dia gembira, telan jugak makanan yang dia bagi walaupun dah rasa nak pecah perut, sanggup berhabis duit untuk dia semata-mata nak mudahkan urusan dia, lebihkan dia supaya dia senang hati, rasa dihargai. Tapi dia buat kita macam buah yang dah kena makan dengan ulat. Hampeh nyor betul!
Geramnya rasa! Rasa menyesal giler jadi kawan dia!
Tapi..
Disebalik kebaikan yang korang buat tu, ada ganjaran yang ada pada korang. Kalaupun dia tak balas atau tak ingat setiap kebaikan yang korang pernah buat, mungkin Allah dah aturkan untuk korang yang orang lain akan replied semula. Who know the power of Allah?! Cuma yang penting, apa yang korang pernah buat dekat kawan korang, korang kena la ikhlas, doa banyak-banyak dekat dia. Mungkin dia tak sedar.
Kaitannya adalah, korang kena mujahadah untuk bersabar dapat kawan macam ni. Tapi jangan jadi Mr Bean pulak! Maksud saya, jangan la korang pasrah sangat benda yang dia buat kat korang tu, sampai kena aniaya pun korang redha je. Itu TERUK! Tugas korang seterusnya adalah menegur dia samada secara verbal atau non verbal supaya dia sedar. Kalau kawan korang tu jenis cepat terasa, korang kena pandai main psikologi pulak. Psikologi untuk dia berfikir. Mungkin dia lambat untuk terima kenyataan, tapi percayalah lama-lama dia akan terima juga. Sebab Allah itu kan Maha Lembut.
Penutup
Okay, dah terlalu panjang. Takut korang semua termuntah darah nak baca! Nafsu kita juga tua mengikut tuanya umur kita. Kalau kita tidak dapat menundukkan hawa nafsu jahat kita semasa muda, tidak mungkin kita dapat menundukkannya bila kita dah tua nanti. Waktu muda remaja ni, tenaga kita masih kuat dan akal fikiran juga masih sihat, boleh bangun untuk bawa beribadah kepadaNya. Mana mungkin bila kita sudah tua kita dapat lakukan semua ni? Sebab? Tenaga kita tak cukup gagah, otot-otot lembik (atritis belaka), urat saraf lemah. Jadi apa yang korang rasa sekarang?
I leave you with that question..
Yang mencintaiMu,
Wasalam..
p/s: Tak tahu knp jd separuh ada putih, separuh cantik bagai. Takpelah janji korang sume paham! Kalau ada sesaper yang rajin nak tolong cantikkan semula, amatlah dialu-alukan!
No comments:
Post a Comment