Friday, April 20, 2012

puisi sahabat

                                                                 Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri 

sendiri.

Tetapi dalam kita bersendiri,

Kita beruntung kerana mempunyai 

seorang sahabat 

yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan 

keikhlasan dan 

kejujuran seorang 

sahabat,begitu juga dia.



Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.

Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.



Bagi kita, Itu alasannya 

untuk menutup 

kesilapan dan membela diri

Kita terlupa, kita juga pernah 

membiarkan dia 

ternanti-nanti..

Kerana kita juga ada janji 

yang tidak ditepati.


Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. 


tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu 

kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, 

harapan dan impian kita luahkan,

Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,


Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi 

bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa 

bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi 

sumber kekuatannya seperti 

mana dia meniup 

semangat setiap kali kita 

merasa kecewa dan 

menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia 

bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan 

tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?



Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.



Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,

Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, 

sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan

Dia juga perlukan kawan sebagai 

kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.



Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi 

mungkin sebenarnya dia tidak setabah 


yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,

disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..

tetapi jika kita cuba jadi 

sahabat seperti dia,

mungkin kita akan tahu.



No comments:

Post a Comment