ops!!what's that?? |
Pernah tak anda terfikir, apakah nasib anda yang akan terjadi pada diri anda sekiranya anda tidak pernah terjebak, terperangkap tidak boleh lari dan menyertai misi dakwah dan tarbiyah ini? Pasti pernah bukan? Jangan nak tipu la, sikit-sikit tu mesti ada punyer, kompem!
Pernah tak anda semua tahu bahawa sifat 'berkalau-kalau' itu hanya membuka peluang keemasan kepada syaitonirojim? Saya disedarkan dengan satu hadis Rasulullah s.a.w yang menari-nari dalam hati ni:
Daripada Abu Hurairahr.a bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata :" KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti yang lain akan berlaku. Tetapi katakanlah :" Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendakiNya, sesungguhnya 'KALAU' akan membukakan pintu amalan syaitan.' (Riwayat Muslim)
Nah amik kau sebijik! Pelepek dapat satu hadis (tamparan diikuti dengan berdas-das tembakan). Kan dh kata. Tetapi dalam isu melihat kembali masa silam kita sebelum disentuh oleh sentuhan kasih sayang tarbiyah, saya melihat ia dari sudut yang berbeza. Tanpa menidakkan perancangan Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, ia adalah sebagai satu cara untuk kita bermuhasabah sebenarnya, untuk menilai sejauh mana perjalanan yang telah kita lalui.
Tetapi yang lebih utama daripada itu,melihat siapa diri kita sekiranya kita tidak terjebak ke dalam jalan ini? Hanya dengan membayangkan siapa agaknya kita pada hari jika tidak diselamatkan oleh dakwah dan tarbiyah, baharulah kita benar-benar dapat menghargai harga dan nilai hidayahNya
(Masa untuk sediakan ayam percik dan air nescafe!!huhu) :
1- Saya mungkin menjadi seorang modeling atau terlibat dengan dunia hiburan yang sangat menyeronokkan! Why not, dunia kan dah berubah mengikut zaman, salah ke? Suka hati la nak buat apa pun, kubur kan masing-masing!
2-Saya teringin nak jadi wanita yang paling cantik. Kulit muka licin, badan slim,takde spare tyre yang terkumpul sana-sini, vouge, femes. Dan semestinya saya akan sibuk untuk ke spa, mencuba rawatan kecantikan yang terkini, sibuk ke gym untuk kurus semestinya!
3-Hujung minggu saya akan habiskan masa depan lappy, main game. Tak payah nak sibuk ber' usrah' sangat lah. It's so bored guys!
weekend yang kritikal gilers! |
4-Saya akan update gajet-gajet baru, buat rambut like JLo! Nak cantik,apa pun bolih boh!
5- Saya takkan dengar cakap parents saya yang suruh saya buat macam-macam. Huh, buat sakit kepala bila dengar they bubling! Mungkin jugak saya akan melepaskan beberapa das tembakan sebab tak puas hati.
6-Saya pun tak hirau pasal ummah yang memang dah banyak hanyut dek arus tsunami dunia(i mean hiburan and whatever yang related). Mungkin Al-Quran dan amalan sunnah pun saya tinggalkan. Ibarat lalat hinggap di hidung dan kita pukul dengan tangan. Ringan bukan? Tak pandang suatu dosa tu seperti gunung yang retak seribu, hancur berderai..Bursttttttt!Pappp!
7-Saya juga mungkin terjebak dengan gejala yang tak sepatutnya saya ikut. Contohnya, rempit, couple dan macam yang kita nampak hari ini.
Tapi....Allah itu terlalu luas kasih sayangNya.
Dia bagi saya peluang untuk sambut taufiq dan hidayahNya.
Dia bagi saya peluang untuk memperluas dalamnkan lagi kefahaman Islam.
Sebab tu saya sayang bila semua ni ditarik semula, saya tak nak jadi macam apa yang saya senarai tadi. Saya tak nak jadi manusia yang paling rugi.
Tap,tap,tap(crying but in heart only)
Guys,
Bersyukurlah sebab kita dikurniakan semua ni tatkala berjuta manusia sedang hanyut, leka dengan dunia.
Bersyukurlah yang sebenarnya Allah memang sayang giler kat kita!
Lagi bertambah bersyukur sebab kita semua ni dalam keadaan kita masih Islam.
Duduk pulak kat negara Malaysia yang memang aman dan damai, no war guys!
Tempat lain?
Korang tak rasa malu ke bila Allah dah bagi semua korang boleh buat tak reti?
Korang tak rasa bersalah ke bila terang-terang Allah bukak pintu syurga untuk kita korang buat sengal je?
Hidayah yang Dia bagi tu free je, tak payah bayar, kita je kena sami'na wa ato'na(kami dengar dan kami taat)
Apapun..
Terima kasih Allah kerana kenalkan saya dengan tarbiyah ni. Kalo tak saya tak jadi macam mana diri saya yang sekarang. Terima kasih Allah sebab kenalkan saya dengan mereka yang bersungguh-sungguh mencapai redhaMu.
Saya sayang sangat-sangat semua ni.
Kalau saya tak kenal semua ni, saya mungkin seorang budak jahat.
Saya mungkin tak kenal RasulMu dan Pencipta yang menciptakan.
Anda bagaimana? Kalau anda tak dapat tarbiyah, siapa anda sekarang?
P/S: Dapat ilham dari blog http://angelwearsgucci.blogspot.com
No comments:
Post a Comment