( Dasyatnya Energi Iman , Abdullah bin Fahd As-Sallum )
* Ibnul Qayyum berkata :
"Sesungguhnya amal itu bertingkat-tingkat kerana bertingkatnya apa yang ada di dalam hati. Apabila amalan badan tidak disertai dengan amalan hati, maka ibadah itu hambar, tidak membuahkan kelazatan, kenikmatan, kelapangan dan tidak menambahkan iman. Ibadah kehilangan r0h dan jiwanya. Inilah keadaan maj0riti umat Islam."

Bila iman telah benar, maka sese0rang hamba akan berdakwah kepada Allah, menebar hati dan menyebar dakwah dengan p0tensi maksimal yang ia miliki dengan lisannya, penanya,hartanya, petunjuknya, kedudukannya, pengajarannya, himbauannya, kehadirannya dan layanannya. Pintu-pintu terbuka, apakah ada yang mahu masuk? Diantara kurnia Allah adalah Dia membuka pintu-pintu dakwah untuk semua 0rang. Bukan hanya khusus untuk para ulama ,khatib, dan 0rang-0rang yang fasih lisannya. Tidak...tetapi semua b0leh berdakwah, mengingatkan, melarang, dan memerintah, mengajari dan menunjukkan kebaikan sesuai dengan kemampuannya. Tidak disyaratkan bagi se0rang da'i sampai pada tingkat mujtahid ( orang yang sangup dan layak menumpukan fikiran pada nas-nas dan kaedah-kaedah (dasar-dasar) agama serta menyelidiki jalan-jalannya dengan teliti bagi memahamkan maksud firman Allah dan hadis nabi serta menetapkan keputusan-keputusan hukum mengikut alasan-alasan yang didapati.) atau mufti (mufti dari segi syarak membawa maksud gelaran yang diberikan kepada orang yang menerangkan kepada manusia tentang urusan-urusan agama mereka, benar-benar mengetahui dan memahami tentang ilmu-ilmu yang memerlukanya mengeluarkan hukum agama atau berfatwa.). Hanya saja mesti mengetahui berdasarkan ilmu tentang apa yang akan ia serukan kepada 0rang lain kerana Nabi S.A.W besabda, 'Sampaikanlah dariku meskipun satu ayat." (HR. BUKHARI).
( Dasyatnya Energi Iman , Abdullah bin Fahd As-Sallum )
#K0BAR2013...~
No comments:
Post a Comment