Tuesday, November 5, 2013

Ohsemm kot..!

Bismillah..
Petang yang agak mendamaikan..

Sembang santai dengan adik yang telah pun bergelar ummi buat puteri dan puteranya..
Kagum melihat ketabahan adik yang hidup dalam keadaan serba sederhana..
Masih bergelar seorang pelajar sekaligus memikul amanah yang saya kira begitu berat untuk dia seawal usianya yang begitu muda..

Tabahnya adik..! May Allah love and ease you for everything adik..!

Menyedari kelemahan dan kekurangan yang bersarang dalam diri membuatkan saya rasa lebih termotivasi dan sentiasa di motivasi oleh keadaan sekeliling..
Berhijrah dari yang biasa kepada yang luar biasa merupakan satu pengalaman yang sangat ohsem..!
Memahami makna sebenar minda tajdid dalam erti kata pembaharuan lebih membuatkan kita terbuka, maknanya syadid itu, pembaharuan itu perlu pada tempat dan keadaan..

Walaubagaimanapun..
Saya tetap diri saya..
Kadang itu jatuh bangun sendiri..
Untungnya punya Dia dan teman yang sentiasa disisi..
Untungnya punya teman yang punya hati,matlamat dan fikrah yang sama..
Sekurang-kurangnya tidak jauh lari dari landasan dalam mencari erti hidup bertuhan..

Punya bulatan, jemaah dan tali ikatan yang teguh..
Ibarat bina satu jambatan juga bangunan yang ampuh..
Takkan pernah roboh dek badai ombak mahupun tiupan angin anasir jahat yang hadir merempuh..
Kerana semua itu terbina atas satu nama aqidah..!

No comments:

Post a Comment