Monday, November 11, 2013

Saya juga pernah kecewa!!



Dengan namaMu Tuhan
Salam junjungan selamanya buatmu penghulu ummat
Tidak lupa buat keluargamu jua sahabat seperjuanganmu
Tidak pernah lupa setiap titik darah yang jatuh menyembah bumi demi Islam yang kalian tegakkan..
Moga setiap titik darah itu, tiap perjuangan kalian itu sumber kekuatan kami pada hari ini

****************
Dia baring tak sedarkan diri. Hanya bangun untuk solat lalu disambung tidurnya. Esok nak exam nih, pelik pulak dia nih. Bangun dan duduk di katil dia. Tapak tangan menyapa lembut di dahinya.

"Allah! Demam!"

Alat pengukur suhu diletakkan di bawah lidah.

"39 celcius! Panas nih! Jap aku keluar jap."

"Nak pergi mana?"

"Nak amik daun bunga raya je.. Masa aku demam haritu, Zila selalu buat macam ni kat aku..(senyum, rindu Zila)."

Gelap, sunyi.. Takut jugak. Buat tak tahu je.. Petik jela mana yang nampak. Berlari-lari balik hostel. Berdebar!! Takut kot!! Bekas kecil itu saya ambil, ditonyoh-tonyoh daun bunga raya tu. Tuala kecil saya juga jadi mangsa keadaan. 


Pffttttt.... "Sejuk sikit, biar cepat sembuh, jangan selimut la, nanti serap haba. Nak apa-apa, bagitahu je. Aku nak study sikit."

"Tak baca buku lagi."

"Hmm, biar aku cerita. Nak tajuk yang mana?"

Maka, tajuk2 yang dia nak tu saya pun baca dengan seringkasnya, mata dia lelap dengan nota kaki yang saya baca. 

Kembali ke meja study, hampir jam 1 pagi berhempas pulas di selang seli basahkan kain, menyuakan ubat untuk dia. 
Penat jugak, tapi saya yakin satu perkara.. 'Aku dah usaha, pemeriksa itu pengantara, yang bagi lulus tetap Dia.'

Demamnya tak kebah-kebah sampai hari last exam, mujur saja exam 3 hari. 

Dalam 3 hari tu saya kena cover banyak topik dan subjek. 
Mengenangkan dia yang sakit, ya saya korbankan sedikit masa. Boleh dikatakan hampir setiap malam dan selepas subuh tak lena tidur.

Minggu berganti minggu. 
Result exam keluar. Mencari empunya nama. Mata berkaca-kaca. 
Rasa macam Tuhan tak adil. Memandang langit dengan perasaan remuk. 
Langkah lebih longlai dari biasa. Dia lulus!! Lagi tambah sedih. Lagi bertambah rasa Dia tak adil dengan saya.

"Ka, lulus tak?"

Tangan lembutnya yang menyapa bahu ditempis. Diam seribu bahasa.


"Aku nak keluar jap."

Anak matanya melirik tepat dengan setiap pergerakan. Kasut sukan itu siap disarungkan. Langsung tidak menoleh ke arahnya.

Sampai di gelanggang badminton. Kepala tunduk.
Berlari mengelilingi gelanggang entah yang ke berapa kali.

"Woi, tak penat ke? Dah2 la tu, nak maghrib dah ni!"

Tersedar, berhenti berlari! Balik bilik.

"Aku failed satu paper!"

Wahhhh, masa tu menangis!!

"Allah bagi kita gagal bukan tiada sebab ka, Dia nak kita belajar lebih lagi dengan subjek tu. Aku lulus pun atas kehendak Dia. Kan ka sendiri pernah cakap."

insaf....

Thankss... :)

No comments:

Post a Comment