Monday, November 11, 2013

Semangat dari yang 'tua' untuk kami yang 'muda'...


Bismillah..
Memulakan penulisan..tangan terus menari di atas keyboard..
Ya sudah beberapa tahun dalam 'dunia' ini..
Kadang ianya gembira, kadang ianya menyakitkan..
Tapi masing-masing tetap punya matlamat yang sama..
Iaitu menuju Illah..
Pencipta.. :)

***********************

Huh!

Tut..tut..(mesej baru!)

"Assalamualaikum. Esok halaqah kita di Surau Putri jam 5 petang insya Allah. Moga Allah permudahkan urusan kita."

"Waalaikummusalam makcik, maaf makcik, saya tengah kerja ni.. Maaf tak dapat hadir lagi.."

Dan lagi..

"Maaf makcik, saya balik kampung esok.."

Dan seterusnya..

"Maaf makcik, saya demam.. Tiba rasa nak cari madu, Sahabat suggest yang itu."

"Insya Allah nanti makcik tanyakan siapa-siapa yang tahu ya."

Mesej ni saya akan terima hampir setiap minggu.. Dan setiap minggu jarang sekali saya dapat hadir ke majlis ilmu ini.. Apatah lagi konvensyen,ijtima', tamrin dan yang lain..

"Makcik, rindu kat makcik. Asal nak halaqah je saya kerja. Asal nak halaqah je saya balik kampung. Asal nak halaqah je saya demam. Sedihnya!"

"Allah uji kita tanda Dia sayang pada kita. Macam-macam bentuk ujian yang Dia bagi pada kita. Bersabarlah."

Ouh itu lah makcik jemaah saya, yang sentiasa tenang dalam memberi kata semangat! Qudwah yang dia tunjukkan makin membuatkan saya rasa kagum dengan dia.

Apa yang lebih mengharukan saya, ummi (panggilan adik-adik usrah yang kini. Dulunya saya panggil makcik aje) invite saya untuk ke program KOBAR. Nun jauh ummi mengingatkan saya mengenai program ini. 
Sedangkan tempat program dengan saya hanya ambil masa beberapa jam sahaja. 
Lembiknya saya, macam sardin!

Rindu dengan murobbi-murobbi yang sentiasa inbox saya. Memberi kata-kata semangat. Invite pelbagai program. Suatu ketika saya pernah diberi tanggungjawab untuk buat program ditempat saya. Dimana saya perlu bekerjasama dengan beberapa badan uniform dan juga Jabatan Agama Islam.
Tapi saya tak dapat laksanakn program itu walaupun saya punya kenalan dalam badan uniform.

"Maaf tuan, saya tak dapat buat tuan, saya tidak punya organisasi pelaksana. Mana mungkin program ini akan berjalan tuan."

Ahh.. waktu itu!!

Mereka mencari pelapis.

Sedangkan saya nak jadi pelapis belum tentu.
Jadi penapis air teh, mungkin!
Betapa lobaknya saya!

No comments:

Post a Comment